SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 14

"Baby...what a big suprise. U buat apa kat sini?" soal aku dalam gelabah. Mampus aku kalau Mimi nampak, bikin ribut saja nanti. Aku menarik tangan Baby dan berjalan keluar dari Kinokuniya.

"I just jalan-jalan. Rindu kat u tau B..dah lama tak jumpa U. Jom teman I jalan-jalan, itupun kalau U tak keberatanlah." Ujarnya dengan nada manja ngada-ngada.

"Ok. I free jer. Jomlah kita pergi tempat lainlah. I takut U kena serbu dengan peminat pulak nanti. Jom, Baby sayang..." aku memimpin tangannya menuju ke tempat parking.


*************


'Aku kuar ngan Baby ni, tolong cover line aku k...!'

Macamtulah bentuk sms yang aku dapat dari mamat yang selalu menyakitkan hati aku. Dari kecik sampai besar perangai tak berubah.

"Mimi, kita kena balik sendirilah karang." Ujarku pada Mimi.

"Nape lak? Abang mana?" Mimi mencari-cari kelibat abangnya di tempat majalah tadi.

"Abang sms akak tadi. Member dia nak jumpa kejap tuk bereskan kerja."

"Oh..ok. Takpelah kalau macam tu. Jom tengok wayang."

"Jomlah. Akak ikut jer Mimi nak tengok cerita apa pun akak tak kisah."

"Ok." Kami pun menuju ke tempat panggung wayang.



"Dah balik kamu Dany? Ingatkan taknak balik dah tadi." Daddy menyindir Daniel yang kelihatan letih.

"Ingat Daddy."

"Kamu ke mana tadi?" soal daddy lagi.

"Dany jumpa member tadi."

"Takpelah kalau macam tu. Jangan nak buat perangai dulu lagi. Ingat! Kamu tu dah berbini." Pesan daddy dengan tegas. Daniel menjelingku dengan agak tajam.

"Ingat daddy." Jawabnya perlahan.

"Dah, pergi naik atas. Mandi, solat, pastu turun makan."

"Ok daddy."



"Ok. Thanks anta aku balik sini. Bye...Assalammualaikum.." aku memberi salam sebelum menutup pintu kereta.

'Una, jangan lupa. Minggu ni giliran umah ko pulak.'

'Ok.' Aku membalas sms yang diberi. Macamlah tak boleh cakap pulak tadi.



"Penatnya....!!!!" jerit aku sekuat hati setelah sampai dalam bilik. Nasib baik takde orang time ni. Mana ntah dorang keluar.

"Woi! Diamlah....Ingat ko jer ada suare ke?!" amaran keras dari jiran atas umah kitaorang khas untuk aku yang memekak tadi. Padan dengan muka aku.

"Bosanlah pulak...." aku mengeluh perlahan. Aku merenung ke arah cincin yang bertakhtakan berlian . Akhirnya aku terlelap tanpa disedari.



"Una...bangunlah..dah maghrib ni.." Qure mengejut aku yang masih dalam keletihan.

"Ok." Jawabku dalam mamai.

"Bila sampai?" soal mereka.

"Pukul 4 tadi. Letihlah pulak, tu yang terlelap jap tu. Korang pergi mana tadi?" soal aku sambil mata liar melihat beg plastik Giant yang bersepah atas meja makan.

"Kitaorang pergi jalanlah. Nak tunggu ko, tau tau bila ko sampai. Telipon off pulak tu." Balas Yaya.

"Sori. Bateri konglah." Aku tersengih macam tiram busuk.

"Yelah tu." Jawab mereka serentak.


******************


"Dany!!!!Geramnya mummy ngan kamu ni Dany. Apa kamu dah buat ni? Mana mama nak letak muka Mummy ni?" mummy berjalan mundar mandir depan kami berdua iaitu, aku dan daddy.

"Tak pahamlah mummy.." aku yang dah pening lalat dengan mummy memandangnya dengan penuh persoalan.

"Ni..Ambik ni!!!Kamu tengok elok-elok.." mummy melemparkan majalah ke meja. Aku mencapainya dan membelek majalah tu.


"Apa bendanya?" soal aku masih masih bodoh-bodoh.

"Cuba kamu tengok cover depan tu. Kamu saja jer nak jatuhkan air muka kami ke Dany?" mummy mengeluarkan api yang mampu membakar aku saat ni. Renungan mata mummy amat menakutkan aku saat ni.

"Dany, daddy dah pesan pada kamu banyak kali. Tengok sekarang, apa jadi? Jelaskan pada kami sekarang jugak!" kata daddy dengan penuh tegas.

"Dany pun tak tau apa-apa." Jawabku.

"Tak tahu kamu kata..!!Dany tu dah ada bini. Jangan buat perangai tak elok kamu tu. Kami ingatkan kamu dah berubah. Dany...Dany.." daddy menggelengkan kepala tanda kecewa dengan sikapku yang masih seperti dulu.

"Dany cintakan dia..." spontan ayat tu meluncur dari mulutku.

"Cinta kamu kata?" mummy mula meleking.

"Dany nak kawin dengan dia."

"Dany, kamu tahu tak apa yang kamu cakapkan ni? Perempuan macam tu kamu nak jadikan bini?" mummy naik angin mendengar kata-kataku.

"Daddy tak akan pernah setuju dengan kamu tentang hal ni. Kamu tak boleh bercerai ngan Una atau kawin lain. Keputusan daddy muktamad. Kalau tak, dipersilakan kamu keluar dari sini. Jangan anggap kami ni mak bapak kamu lagi Dany." Tegas daddy menamatkan hal ni. Aku terdiam mendengar kata-kata daddy. Mummy pun bersedar mengikuti langkah daddy dan membiarkan aku dalam keadaan bingung.


**************


"Kenapa dengan aku ni? Dah 2 bulan tak jumpa dia. Aku asyik teringat kat dia jer. Kenapa ek? Aku dah jatuh tangga dengan dia ke? Tak mungkinlah...." soalku sendirian bertalu-talu.

"Apa cerita dia sekarang yer? Senyap jer..." aku menyoal diriku sekali lagi.

"Woi!Berangan jer ko ek?" sergah Qure.

"Ko kenapa? Macam orang ngah angau jer." Qure cuba menyerkap jarang aku.

"Pandailah ko."

"Taulah ko rindukan encik Sham kan?" Qure mencube lagi.

"Takde maknenya."

"Ala..ala...malulah pulak..Ngaku jelah wei."

"Takde maknenya. Dahlah, jom layan cerita Antoo Fighter lak." Aku cuba mengalihkan tajuk perbualan kami.

"Pandai jer nak lari tajuk." Aku hanya tersengih pada Qure.

'Dany, aku rasa aku dah jatuh tangga dengan ko lah...' laju jariku menaip ayat tersebut. Baru nak tekan send, panggilan masuk pulak. Kacolah pulak. Ak menekan keypad jawab panggilan.

"Assalammualaikum."

"Wa'laikumsalam. Ko sihat tak?" soal suara yang tak asing lagi dari pendengaranku.

"Alhamdulillah sihat. Ko pulak? Apa kes tipon aku malam-malan cam gini?" soal aku.

"Takde apa. Saje je nak dengar suara ko. Rindulah." Terdengar dia tertawa dihujung talian.

"Mengada jer.." padahal dalam hati berbunga tuh..

"Oklah..aku ada kerjalah. Nanti aku tipon ko lagi."

"Malam-malam pun ada h......" belum sempat aku habis cakap dia dah letak phone. Kecewa aku tau. Takpelah, nanti dia tiponlah tu.


"Una, kalau tak keberatan, malam ni boleh tak saya nak ajak awak keluar makan malam dengan saya?" soal encik Sham yang kebetulan aku terpaksa ke biliknya menghantar tugasan.

"Saya sorang jer ke encik?" soal aku untuk kepastian.

"Yup, awak sorang jer. Bolehkan? Saya tak buat apa pun. Just makan dan sembang jer." Dia memandangku dengan penuh harapan menyinari matanya yang tajam menusuk pandanganku.

"Insyallah, boleh encik." Jawabku.

"Macam tulah. Saya jemput awak pukul 7.50 nanti. Kita pergi makan kat One Utama."

"Jauhnya encik. Sempat ker nak balik malam ni?"

"Jangan risau. Kita akan bermalam di rumah kakak saya. Dia akan datang sekali nanti. Cuma lambat sikit jer. Nanti saya mintak izin dengan bapak Una." Ucapnya dengan tersusun.

"Ok." Aku menjawab dengan lemah. Apa-apa pun aku kena bagitau Daniel dulu.

Penat jer tipon 'Pak Mamat' sorang ni. Tak angkat pun. Takpelah..nanti aku tipon dia sampai dapat. Papa dah bagi green light untuk aku keluar dengan encik Sham, cuma aku masih tak puas hati selagi tak bagitau Daniel lagi.

"Nape saya tengok awak gelisah jer?" soal encik Sham sambil memandang sekejap ke arahku.

"Takde apa encik. Saya ok jer." Jawabku nak tak nak.

"Ok, kita dah sampai. Jom turun." Kami berjalan masuk ke dalam mall.

Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai sehinggalah aku ternampak sesuatu yang aku tak pernah terlintas dipikiran aku. Susuk lelaki yang amat aku kenali dari jauh kelihatan sedang memeluk mesra perempuan disebelahnya. Aku berjalan dengan agak laju meninggalkan encik Sham jauh dibelakang.

Setelah aku berada dibelakangnya, aku menepuk bahunya dan ternyata telahanku benar. Suamiku, Daniel dan kekasih hatinyanya, Baby kelihatan begitu mesra sekali. Patutlah aku tipon tak angkat, sms tak berjawab rupanya sebab ni jer.

Entah kenapa hati aku pilu sangat, secara spontan aku berlari meninggalkan pasangan bahagia tu tanpa berpaling ke belakang. Aku berlari menuju keluar mall dan menangis teresak-esak tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Tanganku dengan segera mengagau hanset dari dalam beg dan menelipon papa.

Kira-kira 40 minit, papa datang menjemputku. Aku tertidur dalam sendu sehingga sampai dirumah. Esoknya aku dijangkiti demam panas. Nasib papa dan mama memahami keadaan aku, papa menelipon encik Sham dan meminta maaf atas kejadian semalam. Pada Dany, papa mintak supaya untuk tidak berjumpa aku dalam masa terdekat ni.

Lepas sembuh aku pulang ke Unisel, member aku dah pelik ke mana aku menghilangkan diri hampir seminggu. Aku cakap jelah aku kena demam panas. Daniel pulak tak habis-habis tipon dan sms aku. Serabut betul hidup aku ketika ni.

Dia sanggup datang ke Unisel hari-hari semata-mata nak jumpa aku. Tapi aku sengaja melarikan diri dari dia. Kalau boleh aku taknak jumpa dia langsung. Hampir 2 minggu aku merajuk akhirnya aku termakan dengan pujukkan papa.

"Korang, aku nak balik umahlah lusa nanti." Aku menyuarakan hasratku pada mereka.

"Ok, jangan lupa beli buah 'kaki' untuk kitaorang tau.." pesan mereka separuh bergurau.

"Jangan kata buah 'kaki', buah jantung pun aku beli nanti." Aku membalas usikkan mereka.


Sebelum aku balik umah, sempat aku berjumpa encik Sham setelah aku bersedia untuk meminta maaf atas kejadian hari tu. Aku malu nak jumpa dia lepas hari tu, ni semua gara-gara Daniellah ni. Dahlah...malas nak sebut nama dia lagi.

"Encik...saya nak mintak maaf atas apa yang jadi hari tu."

"Takpelah. Bukan salah awak pun."

"Hari tu encik nak cakap apa dekat saya?" soal aku malu-malu tapi mahu tahu.

"Oh...hal tu. Saya sebenarnya dah lama sukakan awak Una. Sejak kejadian awak hampir jatuh tangga dan saya datang tolong awak. Ingat lagi tak?" soalnya.

"Mana boleh lupa. Terima kasih encik sebab tolong saya masa tu. Kalau encik tak tolong saya masa tu, apa jadi pada saya agaknya." Aku membayangkan kejadian time tu.

"Kalau boleh saya nak hantar rombongan meminang awak nanti..."

"What??????" terjojol bijik mata aku time ni. Rasa nak terkentut pun ada gak. Tapi ku tahan jua Jebat...huhu..

"Saya harap awak dapat pertimbangkan hasrat hati saya ni. Ok, saya mintak diri dulu. Assalammualaikum..." dia melangkah pergi dan ditinggalkan aku dengan sekotak bekas yang berisi cincin. Belum sempat aku nak cakap hal sebenar. Macam mana ni?

2 komen:

Anonymous berkata...

:-t wo2...
mcm mne nihhh...apo dj jdiii....
aiyooooo....

Tanpa Nama berkata...

8-}

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan