SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Cintaku Hanya Untukmu Selamanya


“Wei, jom pergi lunch. Aku belanja ko hari ni.”
“Banyak lak duit ko nak belanja aku ari ni. Ko serius ke ni?”
“Serius la. Cuba ko tengok muka aku yang penuh keseriusan ni.”
“Ok ikut ko la. Ko nak makan kat mana?”
“Mana lagi makan kat mulut la.”
“Aku tau la. Ko ni cuba serius bila orang tanya.”
“Jangan la marah. Jom makan kat McDonald la. Kita g kat Carrefour k.”
“Ikut ko la yang penting ko bawak.”
“Ok kang aku mesej ko. Tunggu kat bawah kereta aku terus nanti.”
“Yelah.” dah blah pun mamat tu. Aku memang rapat ngan dia. Sampai mencetuskan gossip yang kami ni bercinta lak. Tapi mana mungkin coz dia dah ada kekasih hati. Bukan calang-calang tu, pensyarah tu. Beruntung dia dapat makwe kerja cam gitu. Tak macam kami ni hanya kerani biasa je. Takpe janji kerja halal. Rezeki masing-masing.
Aku pun tak tau camner leh rapat ngan die. Masuk lain-lain intake, tapi tak sangka jadi rapat camni sampai timbul gosip liar. Hehehe. Tapi yang sebenarnya kami ni jadi rapat maybe la kan minat yang sama pastu kitaorang jenis gila-gila sikit kepala. Tu la kot yang watkan kami rapat.


“Nana ko ngan Zack ada apa-apa ke? Amboi bukan main lagi siap ajak makan sama lagi siap nak belanja lagi tu.”
“Aku takde apa-apa ngan dia la. Pandai la korang ni ek. Cam tak biasa jer tengok kitaorang rapat.”
“Mana la tau kan kot ada apa-apa hubungan spesel antara korang berdua yang perlu kami tau.”
“Banyak la spesel. Kami kawan je la jangan salah faham tau.”
“Yelah tu. Mana tau nanti tersangkut lak.”
“Tak mungkin akan terjadi la. Dia dah ada makwe pun. Lagi comel dari aku.”
“Betul ke. Mana kau tau ni? Amboi-amboi taknak bagitau ngan kitaorang pun.”
“Watpe bagitau korang. Nak tau g la tanya dia sendiri ok. Ok la nak g lunch. Dia dah mesej ni. Korang tak lunch ke?”
“Nak g la ni. Nak tunggu korang jemput harem je la.”
“Lain kali je la ye cik kak. Bye.”

“Ko nak makan pe? Aku nak g order ni. Ko duk sini tunggu aku bawak jer.”
“Aku nak Mc Chiken set medium je tau.”
“Ok. Tunggu aku sampai.”
Abis makan je pe g jejalan la kejap. Layan je la bukan selalu kuar pun ngan mamat ni. Sekali sekala je kuar sama tu pun kalau bosan. Lagipun makwe dia jauh kat Kedah nun. Kami kua pun kadang-kadang ngan member opis lain tu. Kadang berdua kalau takde aktiviti lain nak dibuat. Seronok gak kuar ngan dia setakat ni. Maklum la satu kepala senang nak masuk sama dalam apa-apa bab pun.

“Woi!! Berangan jer ko ni. Ko kenapa Nana?”
“Aku tau kenapa ngan budak Nana ni termenung sakan.”
“Hah, kenapa?”
“Biasa la dari pagi lagi ko tak perasan ke sapa yang tak masuk dalam opis ni lagi”
“Ooo….Baru aku perasan sapa tak masuk dari tadi lagi. Alamak takut siot Nana jeling kat kami.”
“Mana buah hati ko tak masuk dari tadi lagi? Patut la kami tengok ko monyok je dari tadi lagi.”
“Mana aku tau. Aku tak jaga dia la.”
“Eleh-eleh, jangan la marah kami la. Pe susah ko tipon la dia.”
“Watpe? Taknak aku.”
“Ala, malu-malu lak. Cam tak biasa jer tau ko ni.”
“Taknak la. Menganggu jer.”
“Ikut ko la Nana.”
Tetiba handset aku menjerit-jerit nyanyi lagu Agnes Monica – Shake It Off. Bising jer. Meh sini nak tengok sapa tipon aku. Ngaco jer. Nape lak mamat ni tipon aku. Angkat jap.
“Hello. Assalammualaikum.”
“Wa’laikumsalam. Nana, aku kat kampung ni. Ada hal la, aku saja nak gtau. Takut ko rindu lak kat aku nanti.”
“Banyak la ko. Tolong la. Nak rindu kat ko.”
“Tau sapa la aku dimata mu yang sepet itu.”
“Siot la ko selamber jer kata mata aku sepet. Sikitnya cantik mata aku ni. Sekeh kang.”
“Sekeh je ko tau. Ok la nanti aku balik K.L aku belikan buah kaki tuk ko ok.”
“Tak belikan pun takpe. Tak heran la.”
“Yelah tu. Ok la nak chow la. Mak aku panggil tu. Bye Sayang.”

Klik!

Siot jer dia ni. Tapi nape hati aku berdebar semacam jer kalah orang yang lari pecut. Eh, melampau lak tu. Tak kisah la, tapi aku ngah pelik skunk ni nape hati aku berdebar ni. Takkan pasal dia cakap sayang tadi? Mungkin la kot. Abis merah lak muka ni. Takkan la aku dah jatuh hati ngan dia? Malas la nak layan hati ni. Merepek jer. Baik bukak blog baca madah cinta ngan motivasi ni. Lagi best nak dilayan. Klik yang ni jap. Cam menarik jer.

5 Petanda Kamu Sudah Angau
1) Gelisah apabila dia tidak online diruangan chat Gmail atau YM atau MSN. Kamu jadi geram kerana tiada resit si dia memeriksa e-mel kiriman kamu.
2) Sentiasa mencari alasan supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk meminjam VCD. Padahal VCD tersebut baru sahaja adik kamu beli semalam.
3) Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta. Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya satu-satu pada si dia.
4) Si dia sering sangat memasuki alam mimpi mu sejak akhir-akhir ini.
5) Kamu melihat bayangan wajahnya di mana saja kamu pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga kamu mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.

Adake pada aku ni? Baca lain la plak.

30 Tanda Jatuh Cinta
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Panjang la plak. Tapi yang ni kan aku rasa cam ada yang kena jer ngan aku. Betul ke aku dah jatuh cinta?
Tapi takkan la ngan dia? Nape la ngan hati ni? Nape die, bukan org lain? Sudah malas la nak layan hati ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi lak.
“Nana, jom lunch. Layan jiwang lak ko ni.”
“Yelah. Jom g lunch.”


“Nana jom malam ni kuar nak?”
“Ko nak g mana?”
“Teman aku dinner malam ni. Aku amik la ko nanti kat umah ko nanti. Leh tak?”
“Yelah.”
“Kitaorang ko taknak ajak ke?”
“Watpe ajak korang. Tak mendatangkan faedah pun. Lain la bawak sayang aku sorang ni.”
“Amboi-amboi dah bersayang-sayang lak skunk ni. Tengok muka Nana dah merah.”
“Wei korang.”
“Malu la tu.” Dah semua gelakkan aku. Kurang asam tul dorang ni. Bab-bab kena kan orang memang nombor satu.

Malam tu kitaorang pun g la makan kat Nz Wangsa Maju. Makan pun sempoi je la, yang penting dapat kuar ngan dia. Happy jer rasa hati ni. Dapat kuar ngan dia. Rindu tak jumpa dia 3 hari ni. Pe lagi macam-macam la cerita yang kua. Dia ni pun kalau bercerita ngan lawak, jadi je. Rasa nak pecah perut gelak sakan ngan dia. Tapi ntah camner terkeluar lak kisah pasal hati ni. Dia skunk ni ngah bersedih sebenarnya sebabnya biasa la adat orang bercinta tak sah kalau tak gaduhkan.So paham-paham la, yang aku lak duk ralit tengok muka dia. Nakalnya aku. Dia ni tak hensem tapi duk dalam kategori lelaki jambu la. Hidung mancung cam mamak, muka licin tu besih dari segala jerawat dan jeragat.

Dah la duk tenung muka dia lak. Bukan dapat pe-pe pun.
“Zack, aku rasa aku dah jatuh cinta dengan ko la.”
“Hah! Pe dia????” naik tersembul bijik mata dia dengar aku cakap camtu. Nape la mulut aku ni, malunya aku. Camner leh terpacul sebut mende tu tadi.
“Takde pe la. Ko ignore je pe yang aku cakap.”
“Mane leh. Baik ko cakap.”
“Watpe aku nak cakap ko lik?”
“Sejak bila?”
“Sejak bila apa?”
“Sejak bila ko jatuh cinta dengan aku?”
“Ntah la. Aku pun tak tau. Perasaan tu hadir tanpa aku sedari. Aku pun pelik. Nape ko yang aku telah terjatuh cinta. Dah la ko lupakan je la. Aku mintak maaf la kalau aku cakap merepek-repek tadi. Jom balik.”
“Ikut ko la.”

Sejak dari hari tu kitaorang jadi renggang. Ni semua mulut aku la gatal sangat paculkan kata-kata yang tak sepatutnya. Padahal dah tau dia ada makwe lagi mau cakap camtu ngan dia. Tapi betul la cakap dorang, kan ke aku dah jatuh cinta. Camner nak wat ni?

“Along, surat sape ni? Surat ko ek Long?”
“Bacalah betul-betul nama tu.”
“Long surat aku la. Yea….Yea…Along aku dapat sambung belaja lagi la kat UTM Skudai.”
“Biar betul Ngah. Tahniah la. Ni kalau mak ngan abah ada lagi mesti dorang bangga ngan ko Ngah.”
“Takpe la Long. Angah akan belaja sungguh-sungguh. Jangan risau.”
“Bila ko kena daftar diri ni?”
“Tak lama jer dah ni Long. Next month la 15hb. “
“Nampak gaya ko kena la settle semua benda secepat mungkin. “
“Yelah Long.”

Datang ofis esoknya, orang yang aku nak tuju nak sampaikan berita gembira ni mestilah Zack. Sapa lagi kan? Melilau mata aku cari dia tapi tak nampak pun dalam ofis dia ni. Mana dia ni, takkan tak datang kot.
“Mira, Zack mana?”
“Dia takde la. Takkan tak tau kot. Korangkan asik berkepit jer berdua.”
“Aku tak tau la Mira.“
“Korang gaduh ker? Dia pergi kursus la.“
“Mana de. Pandai je ko ni. Dia kursus kat mana? Berapa lama?“
“Dia kursus kat Langkawi la. Tak silap aku dalam 2 minggu dia kursus.“
“Ye ke. Takpe la. Thanks ek Mira. Aku balik ofis dulu la.”

“Korang aku nak mintak maaf la kalau aku ada wat salah ke apa kan kat korang. Jangan lupakan aku lak kalau korang tu nak naik pelamin nanti ok. Rindu nanti dengan korang.“
“Kau tu pun jangan la lupakan kitaorang jugak. Belaja nanti jangan lupa cari calon suami lak. Jangan mengharap kat mamat sorang tu je.”
“Pandai la korang ni. Dah belaja nanti bz la aku. Bila la leh jumpa korang.“
“Ala bila-bila ko nak jumpa leh je. Jangan malu jangan segan.“
“Yelah korang. Korang tu pun jangan lupa melawat aku kat sana tau.“
“Ok ada rezeki kitaorang sampai la kat sana. Jangan nakal-nakal tau.“
“Ingat aku budak-budak ke?“
“Lupa lak padahal dah leh jadi mak budak pun.“
“Malas la nak layan korang. Ok la chow.“
“Ok take care. Good luck.”
“Korang pun take care. Sampaikan salam aku kat dia ok. Thanks. Jumpa lagi.”

5 tahun kemudian.

“Along jom la kita g KL Long. Angah nak tengok dorang. Lagipun ada yang nak kawin dah tu.”
“Yelah. Manja betul la adik Along sorang ni. Nanti ujung minggu ni kita g KL ok.“
“Yes! Cayang Along.“ Lupa lak aku ngan Along dah stay terus kat Johor ni. Kebetulan aku dapat tawaran belaja dan Along pulak dapat naik pangkat jadi pengurus kat syarikat dia kerja. Murah betul rezeki Along. Along memang seorang abang yang baik dan bertanggungjawab, dan yang pastinya Along aku akan mendirikan rumah tangga ujung tahun ni juga. Sukanya aku dapat kakak ipar. Kak Mas memang baik dan sepadan ngan abang aku. Dorang ni kenal pun dalam kat tempat kerja. Dah jodoh dorang pun.
“Angah, nanti kita g KL tu bawak Kak Mas nak? Leh la cari barang hantaran sekali. Shoping apa yang patut.“
“Tak kisah la Long. Bawak aje Kak Mas tu. At least ada gak orang yang leh teman Angah kat sana nanti. Lagipun dah tau Along mesti bz jumpa member Along tu.”
“Ala Angah tu pun sama je. Mesti nak g cari si Zack tu kan.“
“Along ni pandai-pandai je la. Mana ada la. Orang tu dah lupakan kita nak wat macam mana. Dah la malas nak ingat lagi.”
“Ye la tu.”
“Betul la. Dah la nak tido. Gud nite Along.” Memang betul pun apa Along cakap tu. Bila je Along sebut nama dia, bergetar rasa hati ini. Aku akui dia la orang yang akan aku cari nanti coz aku betul-betul rindukan dia. Sabarlah hatiku. Lepas aku pergi belaja kitaorang dah tak contact lagi. Aku pun tak tau la kenapa. Apa kabar kau disana. Mana tau dah kawin ke. Hehe.


“Wei Wani. Rindunya kat ko. Selamat pengantin baru. Wau, berseri-seri ko cam matahari. Tembam ko ek skunk. Mana yang lain? Tak nampak pun.“
“Ko ni cuba bawak bersabar Nana. Nanti sampai la dorang tu. Aku tau ko mesti nak jumpa Zack kan. Sat g datang la tu dia ngan dorang yang lain. Ni sapa?”
“Ni bakal kakak ipar aku la. Abang aku ada kat luar tu tengah sembang ngan kawan dia. Kak Mas ni kawan opis orang. Wani nama dia.“
“Selamat pengantin baru. Akak datang amik berkat gak ni. Ujung tahun nak naik pelamin.“
“Tahniah kak. Thanks. Makan la dulu, nanti lagi ramai datang. Ko masuk balik tau pastu.”
“Baik mem. Jom kak kita makan.“

“Wei Nana. Lama tak jumpa. Rindunya.“
“Korang semua. Rindunya aku kat korang.“
“Nana makin kurus la aku tengok ko ni.“
“Mana ada biasa je la. Pandai je korang ni.“
“Kitaorang g makan jap kat sana. Pastu kita masuk jumpa Wani sesama ok. Aku tau ko nak jumpa cik abang kat belakang sana kan.”
“Wei, jangan la tinggalkan aku. Korang....! Kak Mas jom g kat Along.“ Aku tau sape yang dorang maksudkan, Zack la sape lagi. Tapi aku pun tak paham kenapa aku larikan diri dari dia sedangkan aku nak sangat jumpa dia dan dengar suara dia. Dah hati aku putar lagu Hindustan lak ni. Bukan main g siap lagu bhangra lagi tu. Dahsyat tul penangan mamat tu.

“Wani aku balik dulu la ek. Aku tak lama pun kat sini. 4 hari je. Banyak lagi kerja nak wat kat sana. Aku mintak maaf la tak boleh lama ngan korang semua. Ko kirim salam la kat dorang semua nanti. Insyaallah, sape yang kawin g nanti aku datang la. Nanti kad kawin abang aku, aku pos kat korang ok.“
“Aku tau ko nak larikan diri dari dia kan?“
“Sape dia lak ni?“
“Ko jangan tipu aku la. Aku tau ko rindukan Zack dan ko cuba larikan diri dari dia kan.“
“Wani, orang tu dah tak ingat lagi pun kat kita. Watpe aku nak ingat lagi kat dia.“
“Aku paham perasaan ko tu. Kalau dia ingatkan ko mesti dia akan cari ko lagi. Sabarlah ye.“
“Thanks Wani. Aku balik dulu la ye. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu. Jangan lupakan aku tau. Nanti senang aku datang lagi melawat korang. Sampaikan salam maaf aku kat dorang ok. Bye Wani.“
“Thanks Nana.“

Esoknya.....

“Kak Mas, mana Along ni? Lamanya dia g toilet. Kalah kita yang pompuan ni kan.”
“Sabar la Nana. Nanti sampai la Along tu.”
“Apehal lak ni bergegar lak kaki Nana ni kak. Geli la plak. La ada ke patut letak vibrate. Sapenya kije la ni. Mesti Along, sekeh gak Along ni. Jap Kak Mas nak jawab tipon ni. Akak jalan la dulu. Jumpa kat seberang jalan kang.”
“Ok. Kak Mas tunggu sana tau.”
“Assalammualaikum. Sapa ni?“
“Wa’laikumsalam. Ni aku la Zack.“
“Zack? Mana ko dapat nombor aku ni? Aku ingat ko dah lupakan aku.“
“Mana aku leh lupakan orang yang aku sayang.“
“Banyak la ko sayang. Ni pehal mimpi tipon aku? Dengar kata nak kawin dah ko. Tahniah la ek.“
“Memang pun aku nak kawin. Mana tau ni?“ alamak hancur berkecai hati aku dengar. Rasa nak nangis jer.
“Adalah, aku tau pun dari sumber yang leh dipercayai. Sapa calonnya?“
“Tu la aku nak tanya pendapat ko ni.“
“Asal lak nak tanya pendapat aku?“ alamak Kak Mas dah lambai-lambai la tu. Along pun dah ada kat sana. Bila masa lak orang tua ni g sana. Kena la lintas jalan sesorang, tu la gatal sangat. Tadi taknak lintas jalan ngan Kak Mas. Ok, adik-adik pandang kiri kanan, tengok kereta ada ke tak. Ok cantik jalan clear.
“Hello, ko dengar tak aku cakap tadi?”
“Sory, pe ko cakap tadi?”
“Aku cakap lagi skali ni. Dengar betul-betul tau.”
“Ok. Pe dia?“
“Sudi tak ko jadi isteri aku?“ terhenti aku jap. Menitis air mata aku dengar dia lamar aku. Saat yang membahagiakan bila seorang gadis dilamar oleh lelaki yang dicintainya. Macam tak caya jer.
“Aku setuju.“


“Angah, maafkan Along tak jaga Angah ngan baik.“
“Sabarlah abang. Mas pun sedih, tak sangka Nana pergi tinggalkan kita semua.“
“Abang, saya ucapkan takziah.”
“Terima kasih. Maafkan semua kesalahan arwah masa hayat arwah dengan kamu semua. Tak sangka ajal dia secepat ni. Tapi abang redha dengan permergian arwah.”
“Dah ajal dia bang. Kami semua simpati ngan abang.”
“Takpe la. Abang balik dulu. Assalammualaikum.”
“Wa’laikumsalam.“

“Nana, maafkan aku sebab terlambat sampaikan rasa cintaku padamu. Aku terlewat menyatakan isi hati aku pada ko. Semoga ko damai disana, aku disini akan sentiasa mendoakanmu sayangku.“



Penulis : Thanks sudi baca cerpen yang ke-3 ni. Tak tau la kne ke x ngan selera korang. Maklum la x pandai nak menulis tapi still g nak cube. So saje je nak wat kelainan ni. Ada tambah bahan bacaan tuk korang2 yang rase2 cam jatuh cinta la kan. K sila beri komen yang membina.

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

salam adik..
cerita yang agak baik olahannya..
jalan cerita yang menarik..
boleh la layan..
teruskan usaha anda tuk lebih layann...

et berkata...

die mati kne langgar ke?

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan