SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

5
Komen

Buruk 28

Petang yang mendamaikan, angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipiku. Terasa sejuk, aku memeluk tubuhku. Walaupun terasa damai namun hatiku menidakkannya, mungkin ada petanda buruk bakal berlaku.

“Assalamualaikum,” salam diberi. Aku menjawab salam yang dihulurkan dalam hati.

“Dah lama sampai?” soalan pertama yang diajukan olehnya. Cermin mata aku tolak kebelakang. Baru rasa selesa, rambutku terasa beralun ditiup angin petang.

“Tak lama mana pun. Em...kata ada perkara nak dibincangkan hari ni,” ujarku lambat-lambat.

“Memang pun, baru hari ni ada kesempatan. Maklumlah kat pejabat tu mana ada masa nak bersembang macam ni. Sekali-sekala ambil angin best juga,” dia melemparkan senyuman padaku.

‘Alamak, main ayat bunga pula mamat ni. Cepatlah cakap, aku ni dahlah tak berapa nak faham ayat-ayat sastera ni,’ gumamku dalam hati.

“Ok, straight to the point. Awak setuju dengan cadangan umi saya supaya kita disatukan?” aku angguk namun tiada sepatah perkataan yang mampu kukeluarkan.

“Awak yakin apa yang jadi sekarang ni akan kekal sampai bila-bila?” soalnya lagi. Apa punya soalanlah. Eh...nak kena jawab ke?

“Entahlah, tapi saya yakin. Semua ni atas ketentuanNya. Saya redha dengan apa yang terjadi,” balasku. Matanya kurenung cuba mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti.

“Saya harap macam tu juga. Cuma saya tak nak awak menyesal satu hari nanti. Biarlah saya terus terang dengan awak. Lagipun saya nampak awak blur je,” memang pun aku tengah blur. Lambat je rasa otak ni nak mencanai setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia.

“Awak tahu saya dah ada ‘buah hati’. Betul?” aku angguk.

“Memandangkan awak sendiri dah tahu. Tanpa rasa ragu-ragu lagi saya nak katakan kat sini, hati saya hanya satu. Kalau saya dah jatuh cinta pada seseorang, saya akan setia selamanya dan hati saya telah saya beri pada Fasha,” dia merenung aku dengan tajam.

“Maksudnya?” tanyaku yang masih kabur.

‘Alahai, apalah lembap sangat dia nak pick-up apa aku cakapkan ni?’ Badrul mengomel dalam hati. Bengang.

“Maksudnya sekarang ni, saya langsung takde perasaan sayang, cinta atau kasih pada awak. Hati saya ni dah jadi milik Fasha sepenuhnya sejak dari dulu lagi. Sekarang ni, umi nak satukan kita berdua, saya pun jadi serba-salah sekarang ni. Antara umi dengan Fasha,” Badrul kini menopang dagu di atas lututnya.

“Saya faham maksud awak,” ucapku lembut sambil menapak disebelahnya yang kini sedap landingkan punggung diatas rumput.

“Baguslah awak faham. Sebab saya sayangkan umi, jadi saya turutkan kehendak umi walaupun hati saya tak mahu,” katanya satu-persatu.

“Anak mana yang tak sayang mak. Lagipun siapa nak jadi anak derhaka. Awak bertuah tau dapat mak macam umi tu. Kalau saya diberi kesempatan nak juga saya merasa kasih sayang seorang mak dan ayah,” tetiba pula masuk bab sensitif ni. Tolonglah jangan keluar air mata, aku memang sensitif kalau cakap pasal ni.
‘Kenapa dia pandang aku macam tu? Seramlah pula,’ senyap je mamat ni. Takkan terasa dengan aku cakap tadi. Pandang aku macam nak makan je.

“Saya harap pilihan umi saya tepat. Dah, mari saya hantar awak balik,” macam tu je. Terus ajak aku balik. Apa-apa pun selamat dia nak hantar, jauh juga nak menapak balik ke bawah. Masa naik tadi tak pula terasa jauh.



“Kejap je dah sampai, thanks sudi dengar luahan hati saya. Satu je saya nak cakap kat awak. Hati saya tetap jadi milik Fasha,” dengan penuh yakin dia berkata.

“Saya faham. Saya masuk dalam dulu ya,” aku meminta diri sebelum dia berkata apa-apa lagi.


“Hai Tasha, lambat balik hari ni. Pergi dating ngan cik abang ke?” soal Nora yang tengah mengelap rambut dengan tuala. Mesti baru lepas mandi tadi, memang dah jadi rutin harian dia pun. Balik kerja je terus mandi, tak tahan dengan bau badan campur dengan melekit dek peluh.

“Pandailah kau, aku baru balik dari atas bukit dengan Bad. Ada hal nak dibincangkan tadi,” balasku jujur.

“Kira dating jugaklah tu. Pelik aku tengok kau ni.”

“Kenapa?”

“Biasanya orang lain kalau baru balik dari jumpa buah hati dia akan happy. Ni tak tengok kau ni masam je. Kenapa?”

“Takde apalah. Aku ok je, penat kot.”

“Tasha, kau kenal aku dah berapa lama? Aku boleh baca fikiran kau tau. Air muka kau je dah menggambarkan yang kau sekarang ni ada masalah. Betul tak?” sengaja diduga perasaan aku yang tak berapa nak tenteram.

“Susah betullah kalau nak berahsia dengan kau ni,” aku melepaskan keluhan kecil.

“Ceritalah kat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau ke,” Nora mendesak aku.

“Yelah, Bad luahkan perasaan dia kat aku yang dia...”

“Dia suka kau ke?”

“Dengarlah dulu, suka sangat potong cakap aku. Bagilah aku cerita dulu sampai habis, lepas tu kau nak potong cakap aku pun potonglah,” balasku. Nora terdiam dan menyengih mengakui kesilapannya.

“Sambunglah cepat.”

“Dia cakap dia tetap cintakan Fasha sampai bila-bila. Walaupun kami dah kahwin nanti. Sekarang ni dia terpaksa ikut cakap umi dia sebab dia sayangkan umi dia,” ceritaku pendek. Nora hanya menganggukkan kepala dari tadi, dah macam burung belatuk pun ada.

“ So, kau sekarang ni tak ubah macam seorang mangsa. Kesian kat kawan aku, aku faham apa kau rasa sekarang ni. Sabar jelah, jodoh hanya datang sekali. Kau mesti terima dengan hati terbuka, lagipun umi dia dah sayang habis dengan kau. Anak dia kau settel lepas kahwin pulalah,” Nora mengangkat kedua-dua keningnya ke atas. Buat muka nakal.

“Aku tak kisah, macam kau cakap. Jodoh hanya datang sekali dalam hidup, tapi tu pun kalau betullah jodoh yang terbaik kita dapat,” aku mula mengorak senyuman. Untung nasib aku dapat kawan yang memahami.

“Macam tulah kawan aku. Sejuk je aku tengok senyuman manis kau tu,” usik Nora membuatkan aku sedikit malu.

“Aku harap-harap perkahwinan aku dengan dia berjalan dengan lancar.”

“Amin...” Nora mengaminkan kata-kataku yang juga merupakan sebuah doa.

“Fasha memang cantikkan orangnya,” tiba-tiba tercetus pujian buat Fasha. Entah kenapa lidah aku boleh cakap macam tu. Aku pun tak pasti, tapi memang aku akui kecantikan yang dikurniakanNya buat Fasha.

“Asal tiba-tiba je kau puji minah tu? Bagi akulah, apa ada pada cantik tu? Cantik kat luar, tak semestinya kat dalam pun cantik. Kau ikut ‘falsampah’ aku. Biar cantik kat dalam jangan buruk kat dalam. Amacam? Sempoi tak?” ada saja Nora ni, kalau bercakap dengan dia memang tak menang mulut. Ada je benda dia nak cakapkan. Aku hanya mengiakan saja kata-katanya dengan menguntumkan senyuman.

“Eh...dari tadi kita cakap. Baru aku perasan, Zarina mana?”

“Zarina buat O.T hari ni, tadi dia telefon aku. Aku laparlah, jom cari makan,” dahi Nora berkerut menahan lapar.

“Boleh, tapi bagi aku mandi dulu lepas tu solat Maghrib. Ok?”

“Ok.”