SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

0
Komen

Buruk 27

“Bad...” aku menjerit sekuat hati tanpa kusedari air mataku jatuh dipipi.

“Tasha...Tasha...Tasha...” badanku terasa digoncang dengan kuat. Suara Nora kedengaran dicorong telingaku. Perlahan-lahan aku membuka mata, terlihat kelibat Nora dihadapan mataku.

“Nora...” lemah suaraku memanggilnya.

“Kau ni kenapa? Mimpi buruk ke? Tulah, dah banyak kali aku pesan basuh kaki sebelum tidur,” tangannya lembut menyeka air mata dipipiku.

“Nora, aku mimpi Badrul nak bunuh aku dengan tolak aku dari atas bukit. Fasha pun ada, dorang gelak jahat lagi kat aku,” ceritaku tanpa dipinta sambil menahan sendu yang tiba-tiba menerpa.

“Dah...dahlah tu, takde apa pun. Mimpikan mainan tidur. Kalau kau rasa tak boleh tidur baik kau pergi ambik wuduk lepas tu buat solat tahajjud,” cadangnya.

“Betul juga kau cakap tu, macam tau je aku tak boleh nak tidur. Thanks, sayang kau,” aku memeluk Nora dengan erat.

“Tulah gunanya kawan, ada bila kita sedih atau gembira.”

Sorry, ganggu kau tidur. Nasib Zarina tu pun tak terjaga sekali.”

“Dia tukan juara tidur. Apa pun jadi kat sekeliling dia bukan ambik peduli pun...”

“Tido lagi sodap,” spontan slogan Zarina terkeluar dari mulut kami berdua secara serentak. Lantas tercetus tawa dari bibir kami berdua.

“Oklah, aku nak sambung tidur balik. Esok nak kerja pula. Good nite, jangan fikir bukan-bukan tau,” sempat dia berpesan padaku sebelum matanya terlelap semula.

“Yelah, thanks,” ucapku sekali lagi. Aku segera bangun ke bilik air dan segera mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajjud. Ingin bermunajat pada Allah supaya aku dilindungi dari segala kejahatan dan dipermudahkan perjalanan hidup.



“Assalamualaikum kak,” sapaku seperti selalu.

“Waalaikumsalam. Hai...lemah je bunyinya.”

“Tak cukup tidurlah kak malam tadi. Nightmare,” balasku.

“Dah besar pun kena ‘nightmare’ juga ke?” Kak Siti tergelak kecil.

“Akak, mimpi buruk ni bukan kira kita besar atau kecik tau. Siapa-siapa pun boleh terkena.”

“Yelah tu. Eh...baru akak perasan ada something yang asing kat jari kau tu,”sebaik saja Kak Siti berkata begitu, segera aku menilik jari jemariku.

“Apa benda kak?” soalku setelah tidak dapat mencari maksud sebenar Kak Siti.

“Alah...tu benda yang ada kat jari manis kau ni. Senyap-senyap je kau dengan akak ek,” ujar Kak Siti sambil memegang jari manisku.

“Benda ni ke? Ingatkan apa tadi.”

“Yelah, baik kau bagitahu akak...” belum sempat Kak Siti berkata, tiba-tiba terpacaklah tubuh seorang hamba Allah dihadapan kami.

“Tasha, masuk dalam bilik saya segera,” satu arahan keluar dari mulutnya. Selepas itu dia segera berlalu ke dalam biliknya meninggalkan kami yang masih terlopong. Mana taknya tiba-tiba muncul dengan muka yang kelat.

“Tasha, kenapa dengan ‘pak cik’ kau tu? Dia salah makan ubat ke?” suara Kak Siti memecah keheningan seketika.

“Entahlah, akak orang masuk dalam dululah ek. Kang tak pasal-pasal dia mengamuk pula,” pintaku pantas berjalan kebilik bos aku, Badrul Amri.



“Assalamualaikum bos,” sapaku sebaik saja kakiku melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Waalaikumsalam. Duduk, saya ada perkara yang nak dibincangkan,” ujar Badrul tegas. Matanya tidak langsung memandangku. Seolah-olah ada satu kesalahan yang cukup besar telahku lakukan.

“Bos nak bincang pasal apa?”

“Tentang kita. Saya rasa awak tahu sebabnya...” ketukan pintu menganggu percakapan Badrul. Dia merengus kasar. Sedikit marah.

“Masuk!” arahnya. Perlahan pintu ditolak oleh Sherry, setiausaha bos kami.

“Awak nak apa?” pandangan matanya tepat memandang ke arah Sherry yang setia memegang sebuah buku hitam berupa diari.

“Bos, saya nak ingatkan bos tentang meeting pagi ni,” balasnya lembut gigi dari lidah. Maklumlah, kalau bercakap dengan aku macam halilintar.

Meeting? Pukul berapa start?”

“9.30 pagi bos.”

“Ok, thanks. Awak boleh keluar,” pinta bos aku. Terus laju aku mengangkat punggung untuk keluar.

“Ehem...saya tak suruh pun awak keluar dari bilik saya. Saya hanya suruh Sherry sorang je yang keluar. Ok Sherry, kalau takde apa lagi. Awak boleh keluar,” Sherry terus menyimpul senyum sinis padaku. Aku juga yang malu, naik panas campur merah muka aku ni. Mana nak sorok muka aku ni. Tulah, banyak sangat berangan, tengok apa jadi. Buat malu diri sendiri je.

“Ok, berbalik pada tadi,” katanya sebaik saja Sherry menutup pintu biliknya.

“Apa dia bos?”

“Saya rasa kita terpaksa tangguh dulu perbincangan kita. Ada masa nanti kita bincangkan. Lagipun ni hal peribadi, tak patut rasanya dicampur adukkan dengan hal kerja. Saya mintak maaf. Awak baliklah ke tempat awak. Saya pun nak bersiap untuk meeting kejap lagi,” ujar Badrul sedikit kesal. Dia melemparkan senyuman seketika. Aku terpaku lagi.

“Saya mintak diri dulu bos. Nak balik tempat buat kerja,” dengan laju aku bangun dan melangkah dari situ. Sempat aku terperasankan pandangan maut dari Sherry. Gerunnya, rasa macam nampak bayangan mak tiri yang jahat pula.
5
Komen

Buruk 26

“Wei, nape kau nganga mulut kau tu luas sangat?” soal Zarina sambil tangannya mencuit belakang badanku.

“Tutup sikit mulut tu. Kang ada ‘menatang’ yang tak diundang masuk dalam mulut tu baru tahu,” celah Nora yang kebetulan lalu dibelakang kami. Segeraku menutup mulut.

“Kau kenapa?” soal Zarina yang masih tidak puas hati setelah puas menunggu aku memberi jawapan.

“Nah,” aku beri telefon bimbitku pada Zarina.

What?!” Zarina terpekik.

“Hah!” kini giliran Nora pula terjerit. Dorang ni suka sangat menjerit. Nasib baik takde pertandingan untuk orang yang suka menjerit. Kalau tak dah lama aku masukkan nama korang.

“Kau ni biar betul?!” serentak suara mereka terkeluar dengan biji mata yang terbeliak.

“Entah,” balasku pendek sambil menolak cermin mataku yang melorot kebawah. Dorang saling berpandangan antara satu sama lain. Antara nak percaya atau tak.



“Kami datang ni membawa hajat, rasanya pihak tuan mesti dah tahu kedatangan kami ni berhajatkan apa. Betul tak?” soal wakil dari pihak rombongan lelaki. Aku dengan kawan-kawanku memasang telinga disebalik pintu.

“Hajat apa tuan, hajat tu banyak maksudnya,” balas wakil perempuan. Sengaja hendak bergurau senda walaupun sudah tahu hajatnya.

“Ooo...hajat kami hendak memetik bunga ditaman rumah ini.”

“Bunga yang mana agaknya tu. Rumah disini mempunyai tiga kuntum bunga yang belum dimiliki, tapi yang satu tu sudah dibooking awal-awal lagi. Maknanya tinggal dua kuntum sajalah disini,” sengaja lagi bermain kata. Kitaorang kat dalam dah terkekek-kekek. Mana tak, boleh pula ada tambahan ‘booking’ dalam bermadah tu.

“Agaknya disini ada tak bunga yang bernama Fiona Natasha? Kalau ada, yang itulah kami mahu,” berpeluh si wakil lelaki ingin menyampaikan maksud sebenar kedatangan mereka.

“Ooo...kalau yang itu, belum berpunya lagi. Bolehlah kami berikan pada pihak tuan,” madah lagi.

“Moleklah kalau begitu, kalau tuan empunya badan setuju. Ini cincin tanda dari pihak kami,” sebekas bekas berbentuk hati berbalutkan baldu merah dihulurkan pada wakil perempuan.

“Terima kasihlah dari pihak kami, tuan empunya badan memang dah bersetuju pun dari awal. Kalau tak keberatan, saya nak tahu bila nak langsungkan majlisnya?”

“Cukup bulan ni, eloklah rasanya nikahkan terus dorang berdua sekali dengan bersanding. ‘Complete set’ orang putih kata,” terburai tawa dari semua orang setelah mendengar jawapan yang disampaikan.

“Alhamdulillah semua sudah selesai, terima kasih atas kedatangan semua pada hari ini. Kami pihak perempuan menjemput semua ke luar untuk menikmati hidangan yang disediakan. Marilah kita,” pelawa wakil perempuan, bapa kepada Nora. Maklumlah, aku ni tak ada siapa dalam dunia yang fana ni. Nasib baik Pak Omar sanggup jadi wakil untuk pihak aku. Majlis ni pun hanya untuk pinang aku je, takde sarung cincin. Nak sarung cincin tunggu waktu nikah nantilah.

“Tasha, asyik melangut je dari tadi. Bukalah benda tu, nak juga kitaorang tahu macam mana bentuk dia,” datang dah dorang ni. Pantang je tengok aku melangut. Tanpa berlengah aku membuka bekas cincin itu dengan cermat. Maka terpampanglah sebentuk cincin belah rotan. Segeraku sarungkan dijari manisku. Muat-muatlah.



“Hai Cik Tasha, asyik berangan je lepas bertunang,” usik Zarina.

“Bukan ke aku selalu berangan, tak pula korang bising.”

“Yelah tu. Dulu berangannya kurang, yang sekarang ni je makin terlebih anganannya. Taulah orang tu nak naik pelamin dah. Awal pula tu dari aku yang bertunang awal dari dia,” sakat Nora selamba dengan mata yang tak beralih dari menatap majalah Media.

“Ada-ada jelah korang ni, dah lah. Aku nak masuk tidur lagi bagus...”

“Memang bagus, tak berangankan lagu hindustan mesti lagu ‘dolu-dolulah’ tu. Tau dah kau tu,” tanpa membalas usikan dorang. Aku segera berlari masuk ke bilik. Memang tepat seperti kata mereka, aku dah pun melayarkan bahtera mimpi diiringi lagu Uji Rashid dan Hail Amir yang cukup popular dari dulu sampai kini.



“Tasha, saya rasa awak dah tahukan kedudukan kita sekarang ni,” soal Badrul memecah keheningan petang. Badrul mengajak aku keluar bersamanya ke tepi bukit bertujuan untuk membincangkan sesuatu.

“Em...kita sekarang ni dah bertunangkan? Saya pun rasa macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sekarang ni. Rasa macam layan cerita kartun pula...” aku bertutur tanpa henti. Tak lama pun sebab dia mencelah.

“Tu pada awak, pada saya pula lain. Saya pun memang tak percaya juga. Tak sangka awak yang terpilih walaupun awak tak pernah bertakhta dalam hati saya. Saya ajak awak keluar ni pun sebab nak bincang masalah yang melanda dalam fikiran saya ni. Pening saya dengan keadaan sekarang ni,” dia mengeluh sesaat sambil memicit kepalanya.

“Apa susah, kalau pening Bad sapu jelah dengan ubat Cap Kapak ni,” aku menghulurkan sebotol Cap Kapak kecil kepadanya. Cap Kapak ni memang tak boleh berpisah dengan aku, ubat kecemasan saat aku sakit kepala melayan kerenah Sherry.

“Boleh tak kalau awak jangan main-main? Saya tengah serabut sekarang ni tau!” keras suara itu membalas kata-kataku.

“Maafkan saya,” pintaku perlahan.

“Sudahlah, benda dah berlaku pun. Jom, saya nak tunjuk sesuatu kat awak. Mesti awak suka,” dia mengamitku mendekatinya. Aku berjalan menghampirinya yang sedang tersenyum memandang ke arah pemandangan dari atas bukit yang kami duduki sekarang. Senyuman yang tak bisa kulihat, namun kutepis prasangka yang melanda hatiku.

“Apa yang awak nak tunjuk kat saya, Bad?” soalku tanpa memandang ke arahnya yang berada dibelakangku. Walaupun sedikit gayat tetap kuberanikan diri.

“Apa pandangan awak tentang tu?”

“Apa dia? Saya tak nampak apa-apa pun yang Bad tunjuk,” aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal.

“Tu.”

“Mana?” aku tercari-cari. Tiba-tiba terasa tubuhku ditolak oleh sepasang tangan dengan agak kasar. Sempat aku berpaut sebelum sempat aku terjatuh ke bawah yang hanya tinggal beberapa inci dariku.

“Bad,” menggeletar saat ini kurasakan. Pegangan tanganku semakin kejap namun dia kulihat bersahaja. Senyumannya tadi serupa dengan sekarang.

“Kau ingat kau boleh rampas dia dari aku dengan mudah? Jangan jadi bodohlah!” tiba-tiba Fasha muncul disebelah Badrul dengan senyuman yang cukup sinis. Aku menjadi semakin takut.

“Bad, tolong saya,” lemah suara aku meminta pertolongan Badrul. Namun dia hanya tersenyum sinis sama seperti Fasha. Lagaknya seperti dipukau. Perlahan-lahan aku merasakan peganganku pada tangannya semakin longgar.

Badrul tanpa sedikit pun rasa bersalah terus melepaskan pegangan tanganku. Badanku terasa ringan, terasa ajalku semakin dekat. Air mata jatuh membasahi pipiku. Cincin tanda dijariku tercabut saat pegangannya terlepas. Fasha semakin galak ketawa dengan penuh sadis.

“Bad...” laungku sekuat hati.
3
Komen

Buruk 25

“Bad, duduk sini dulu. Umi nak cakap sikit dengan Bad,” ujar uminya lembut tapi tegas.

“Kenapa umi?” Badrul memandang pelik pada semua yang ada.

‘Macam ada pakatan nak gulingkan aku je. Eh...asal pula nak gulingkan aku. Aku bukannya sultan pun. Apa-apa pun duduk dan dengar jelah, tapi peliklah tengok dorang semua ni dari tadi asyik tersengih je. Taulah perut semua dah kembung kenyang dengan makan malam tadi. Tak dapat dinafikan lagi, umi memang tukang masak yang handal,’ sempat lagi dia berfikir sebelum mengambil tempat disebelah uminya.

“Bad...”

“Ya, umi. Nak apa ni?”

“Umi rasa dah tiba masa Bad beri kata putus,” tepat pandangan mata dituju ke arah Badrul.

“Takpe, kalau kata tu dah putus. Kita sambung balik je umi, kan Along?”

“Bad, jangan nak loyar buruk kat sini,” Shida membaling bantal yang berada disisinya tepat ke arah Badrul. Sempat dia mengelak dari terkena bantal, tapi yang satu ni je tak terlepas. Sepitan jari yang dihadiah pada lengannya oleh umi tersayang. Sakit tu. Dia menggosok perlahan tempat yang disepit tadi.

“Padan muka kau, tulah main-main lagi. Give five umi,” mereka berdua menepuk tangan. Hilang terus peribadi seorang ibu dan anak kalau lihat waktu ini.

“Macam budak-budak je,” sempat dia mengutuk umi dan kakaknya.

“Biarlah, dengki!” Shida menjelirkan lidah pada Badrul. Aiman dan papanya terkekek-kekek melihat aksi mereka bertiga sedari tadi. Mujur Asyraf sudah tidur selepas diberi susu.

“Dah...dah...kita dah lari dari tajuk sebenarnya ni. Bad, jangan nak loyar buruk lagi,” tegur uminya lembut tapi garang.

“Ok,” terus dimatikan tawanya seketika.

“Bad dah ada kata putus ke belum?” soal uminya tak sabar.

“Belumlah umi.”

“Hah...memang kenalah tu. Biar kitaorang yang putuskan siapa layak jadi isteri kepada Badrul Amri. Setuju tak?” semua mengangguk kecuali Badrul.

“Mana boleh macam tu, Bad yang nak kahwin sekarang ni.”

“Boleh ke tak, kitaorang tak peduli. Ok, start sekarang. Siapa suka kalau Tasha jadi isteri Bad?...”

“Angkat tangan!” sampuk Aiman sebelum sempat ibunya menghabiskan kata-kata. Serentak dengan itu, semua yang ada disitu mengangkat tangan tanda setuju. Hanya Badrul seorang saja yang tak mengangkat tangannya.

“Ok, sekarang ni. Siapa setuju Fasha jadi isteri Bad...”

“Angkat tangan,” sekali lagi Aiman menyampuk. Badrul dengan laju mengangkat tangannya, semua yang berada di situ hanya tersengih. Empat lawan satu.

“Ok, dan pemenangnya ialah...TASHA!” umum Shida sambil melompat kegembiraan bersama Aiman. Uminya tersenyum panjang sampai ke telinga. Gembira sangat dengan keputusan yang dibuat.

“Mana aci macam ni, Bad tak setuju!” segera dipangkah keputusan yang diumumkan.

“Bad...ingat tak perjanjian kita hari tu?” lembut nada yang menampar corong telinganya.

‘Perjanjian?’ Badrul termenung seketika.




“Bad, tak makan dulu ke?”

“Takpelah umi, Bad kenyang lagilah,” muka cemberutnya menimbulkan penuh tanda tanya difikiran uminya.

“Bad, kenapa ni? Macam orang putus cinta je,” duga uminya.

“Takdelah umi. Bad ok je. Bad naik dululah umi,” pintanya.

“Kejap, umi nak mintak kamu sain kertas ni kejap,” kertas A4 putih dihulurkan padanya.

“Kertas apa pula ni umi?” soalnya pelik.

“Sain jelah. Jangan banyak tanya. Tak percaya kat umi ke?” soal uminya pula dalam nada sedih.

“Oklah, Bad sain sekarang,” dia menurunkan tandatangannya tanpa lengah. Fikirannya tengah serabut sekarang ni. Memikirkan perihal dia dan Fasha. Fasha kelihatan dingin selepas pertemuan dengan keluarganya kelmarin.

“Terima kasih anak umi,” kelihatan senyuman senang terpalit diwajah uminya.

“Bad naik dululah umi, peninglah,” pintanya.

“Yelah,” balas uminya pendek.




“Bad ingat tak perjanjian ni?” uminya menghulurkan sehelai kertas A4 putih yang tertera perjanjian serta tandatangannya. Kertas disambut, dia membaca isi yang tertulis di atas kertas.

{ Saya, Badrul Amri berjanji akan patuh dengan segala keputusan yang diputuskan oleh keluarga saya jika saya gagal memberi kata putus untuk calon isteri saya. Tempoh yang ditetapkan adalah 2 minggu dari sekarang. Jika gagal, saya akan berkahwin dengan pilihan yang ditetapkan dalam masa sebulan akan datang.}

“Bila masa Bad sain...”

“Hah...lupalah tu. Tulah, tak peka dengan keadaan sekililing lagi. Hari tu Bad yang sain,” tekan uminya lagi. Badrul cuba mengingati sesuatu.

‘Sejak bila umi pandai dalam bab-bab ni? Ni mesti penangan cerita Korea,Full House tu. Sabar jelah aku dengan umi ni. Nak taknak terpaksalah aku ikut kata umi. Melawan karang, tak pasal-pasal jadi anak derhaka pula.’ Badrul melepaskan keluhan. Kata putus telah ditetapkan, terpaksalah dia turutkan.

So, Bad setuju ke tak? Takpelah, umi anggap Bad setuju jelah,” tanpa sempat berkata-kata uminya telah selamat memberi kata putus sekali lagi.

“Yea...yea...Aiman dapat Mak Ngah!” Aiman menjerit kegembiraan. Gempak gempita rumah dibuatnya dengan keputusan yang dibuat. Dah macam dapat tahu keputusan perlawanan bola sepak pula. Badrul hanya memandang mereka dengan muka yang terkulat-kulat.

“Umi, jom kita bincang tarikh untuk wedding dorang,” Shida segera menarik tangan uminya ke luar taman.

“Nak ikut,” Aiman menerpa belakang ibunya. Berjalan terkedek-kedek mengikut langkah kedua-duanya.

“Abang Long naik dululah ye. Mengantuk pula rasanya,” sengaja dia buat-buat menguap menunjukkan dia betul-betul mengantuk. Tinggallah Badrul terpinga-pinga seorang diri dengan mata yang berkelip tak kesudahan diruang tamu.
0
Komen

Buruk 24

Thanks, sudi datang jumpa family I. Love u syg...:)’ Badrul tersenyum bahagia setelah selamat menekan butang send.

“Bad, senyum sorang-sorang nampak,” tiba-tiba uminya terpacul disebalik pintu.

“Eh...umi, mehlah join sekali tengok ikan dalam kolam ni,” jemput Badrul sambil menepuk-nepuk kerusi disebelahnya.

“Bad...Bad, manalah nak nampak ikan dalam kolam tu. Kan ke gelap tu, lagipun kolam tu bukannya ada depan mata kamu tu Bad.”

“Nak gurau pun tak boleh ke umi?” seloroh Badrul.

“Boleh, tapi biar kena pada caranya.”

“Umi...apa keputusan umi?”

“Keputusan apa?” soalnya,sengaja menduga hati anak teruna nan seorangnya.

“Umi ni...saja je kan buat-buat tak tahu.”

“Terpulang pada Bad, lagipun Bad yang nak kahwin. Bukan umi tau,” sebuah senyuman diukir pada anaknya.

“Itu Bad tau umi, cuma sekarang ni, Bad nak keputusan dari pihak umi,” ujarnya lembut.

“Kalau dari pihak umi, umi pilih Tasha. Hati umi kenan sangat dengan Tasha. Dia memang layak untuk jadi menantu umi sekaligus isteri Bad,” luah uminya sambil memandang tepat ke arah anak matanya yang berwarna hitam.

“Kalau itu yang umi putuskan, Bad ikut je.”

“Aik, tak nak pikir dah ke? Kang menyesal pulak, umi tak tahu.”

“Kalau macam tu, biar Bad pikirkan dululah. Errr...umi, Bad nak masuk tidur dululah. Esok kita sambung lagi ye umi,” Badrul bangun dan menolak kerusi.

“Yelah, pikirlah mana yang terbaik buat Bad. Bad dah besar. Cuma, umi kalau boleh nak sangatlah Tasha jadi menantu umi.”

“ Bagi masa untuk Bad pilih ye umi. Good night. Assalamualaikum umi.”


“Assalamualaikum Kak Siti. Morning...” sapaku pada Kak Siti yang kebetulan berada ditempatnya.

“Hai, happy nampak. Ada apa-apa ke ni?”

“Kenapa akak tanya orang macam tu?”

“Aik, tanya pun tak boleh dah?” Kak Siti mencekak pinggangnya sambil mencemikkan bibirnya.

“Ala...akak ni, tu pun nak ambik hati. Orang nak ceria pagi-pagi ni pun tak boleh ke?”

“Bukan tak boleh, cuma akak nampak kau lain macam je cerianya,” Kak Siti terus mendugaku.

“Mana ada, pandai je akak ni. Jom pergi ‘mencekik’ kat tempat biasa,” pelawaku sambil menarik tangan Kak Siti.

“Sabarlah kau ni, akak nak ambik barang akak dulu ni,” Kak Siti melepaskan tangannya dari tarikkanku.



“Awal bos kau sampai hari ni,” bisik Kak Siti.

“Alah, macam tak biasa tengok dia datang awal. Apalah akak ni.”

“Bukan apa, nampak ceria je ‘pak cik’ tu. Ada apa-apa ke?” Kak Siti menyenggol badanku. Macamlah aku tau kenapa dia ceria semacam je. Kak Siti melirik matanya padaku, tak lain tak bukan tu mesti nak korek cerita dari akulah tu.

“Dah, akak tak payah pandang orang macam tu. Kalau akak nak tau, tanya bos sendiri,” dengan spontan aku tertolak badan Kak Siti. Entah macam mana boleh tergerak ke arah Badrul.

“Eh...eh..sorry bos. Tak perasan bos lalu tadi,” pohon Kak Siti bersungguh. Siap tertunduk-tunduk macam orang Jepun lagi. Aku menahan tawa dalam gabra, bukan apa takut aku kena marah pula nanti. Kak Siti menjeling tajam padaku, matanya seolah memberi amaran. Jagalah kau!

It’s ok. Saya tak apa-apa pun. Lain kali hati-hati ya. Saya masuk office dulu,” pintanya lantas menghayun langkah ke dalam. Aku pun apa lagi angkat kakilah dari situ. Kak Siti yang melihat aku larikan diri segera menghayun langkah selaju yang boleh. Apa lagi nak kejar akulah tu, nak bagi hadiah istimewa untuk aku.

“Tasha! Tengok, kau punya pasallah tadi. Buat malu akak je. Nasib mood dia ok pagi ni,” sambil bercakap tangan Kak Siti dengan ligatnya mencubit lengan aku. Sakit tak terkata, mesti merah lepas ni. Kak Siti ni kalau cubit orang, memang bisa. Itulah hadiah istimewa yang aku cakapkan tadi.

“Akak, sakitlah akak cubit. Tengok, merah dah lengan orang,” ujarku sambil menggosok-gosok lenganku menahan bisa ‘sengatan’ Kak Siti.

“Itulah, lain kali buat lagi macam tu.”



“Tasha!” sergah suara yang tak asing ditelingaku. Secara tak spontan aku tertampar muka pemilik suara tersebut.

“Ish...,terkejut saya Cik Sherry ni. Lain kali bagilah salam dulu. Jangan main sergah je. Tengok tadi tak pasal-pasal saya dah tertampar muka Cik Sherry yang putih gebu ni,” selorohku secara tak langsung menyindirnya. Kira dua dalam satulah tu.

“Dah, jangan nak banyak bunyi lagi. Ni, aku nak kau taip kerja ni. Aku nak dalam pukul 12.30 tepat karang. Kalau tak siap, jagalah kau!” dia memberi arahan padaku macam biasalah. Cuma kali ni, muka tak berhenti berkerut dengan tangan asyik mengusap pipi gebunya.

“Baik Cik Sherry,” dia terus beredar dari tempatku sebaik saja aku menjawab katanya tadi. Dah lama minah tu tak ganggu aku. Alih-alih, hari ni dia buat balik. Peliklah pula. Apa-apa pun layan jelah.

“Apahal minah tu?” soal Kak Siti tiba-tiba.

“Entah, sengugut kot. Dah lama tak kacau hidup orang, tiba-tiba je muncul balik.”

“Singa lapar cari mangsa, kesian kau Tasha,” kami ketawa lepas Kak Siti menuturkan ayat sedemikian.

“Woi! Aku dengarlah apa korang cakap. Jangan ingat aku pekak. Cepat, pergi buat kerja,” pekiknya yang kebetulan berada dekat dengan kitaorang. Apa lagi kelam kabutlah kitaorang sambung buat kerja.