SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

2
Komen

Impian Si Chubby


“Peah meh la bagi aku lak baca. Asyik kau je baca majalah tu. Aku tunggu dari semalam lagi nak baca, sampai sekarang tak dapat jugak. Kau baca apa Peah? Kau membaca ke mengeja huruf tu?”

“Bising la kau ni Azie. Bagi la aku nak baca penuh minat ni.”Peah meneruskan bacaannya tanpa mempedulikan Azie yang dah kebengangan dengannya.

“Dah-dah, bagi aku lak baca sekarang ni. Sekarang ni giliran kau pulak basuh baju.” Balas Azie.

“Ye la debab.”ujar Peah pada Azie.

“Banyak cantik muka kau. Sesedap rasa air longkang je kau kata aku macam tu ek. Kau tu lagi la badan cam blue hippo.”kutuk Azie yang membalas kata-kata Peah padanya tadi.

“Tu la korang punya kerja kan. Asyik gaduh jer. Kang aku cepuk korang ngan senduk nasi ni kang. Orang nak masak sambil nyanyi lagu Hindustan pun tak boleh. Dah nak sambung nyanyi lak.” Dah keluar lak si Enot dari dapur ngan tayang senduk kesayangan kat tangan tu.

“Woi, tak payah la nyanyi. Aku baru jemur je baju tadi. Kalau kau kesian kat aku jangan nyanyi ok.” Tetiba je Dayah menyampuk.

“Sesedap air oren kau berkata-kate padaku ye. Amik kau. Terima lah serangan action kamen. Beep…Beep…Beep…Beep…Beep…” kata si Enot.

“Woi cam kanak-kanak la korang ni. Main tak ajak aku sekali. Nak join. Woi jom main perang-perang.” Maka tercetus la benda yang semua orang tak mau tengok dan dengar. Makanya kesemua manusia dalam rumah tu menjerit-jerit dan terlolong-lolong macam kuntilanak tak jumpa sikat rambutnya nak buat sikat rambut la apa lagi.

Tak lama lepas tu terjadi la sesuatu yang tak disangka-sangka. Keadaan yang riuh rendah dengan kebisingan tadi telah menjadi hiba apabila terbau sesuatu yang ‘sedap’ dari dapur.

“Woi, korang kau ada bau something tak?” Azie menyoal semua keempat-empat kawannya. Serentak dengan itu kelima-lima manusia tu senyap sekelip mata sambil hidung kembang kempis menghidu bau seperti anak kucing terbau makanan.

“Woi, kau masak apa ni?” soal Peah.

“Alamak!!!!Ayam aku….!!!” Bergegar jap rumah dengar Enot menjerit. Lepas tu lintang pukang lari. Siap tak pandang dah kiri kanan, main ikut sedap je pijak siapa-siapa jer yang ada kat situ.

“Woi, sakit la Enot. Badan kalau kecik takpe gak ni dah macam tong drum tapi kecik sikit dari tong drum tu.” Peah membebel la apa lagi mau tak kena pijak kaki dia tadi dengan Enot.

“Mulut tu jaga sikit ek. Aku sumbat dengan cili baru tau. Sensitif aku dengar tong-tong ni.”laung Enot dari dapur.

Macam tu la rumah bila kelima-lima sekawan tu berkumpul. Nasib baik rumah tu masih kukuh dan kuat binaannya. Maklum la semua umat yang duduk dalam rumah tu badan sihat-sihat belaka. Macam-macam saiz ada dari XL sampai ke XXXXL. Tapi takpe tak jadi halangan pun kan. Cerita ni berkisar pada impian gadis yang chubby belaka. Setiap manusia ada impian begitu juga dengan mereka semua. Mari kita berkenalan dengan mereka berlima.

Bermula daripada Enot, atau nama sebenar dalam kad pengenalan, Zarina Amira binti dia ni seorang yang berbadan montel dan katek jugak. Bila jalan terkedek-kedek je dari jauh. Seorang yang happy go lucky, santai dan pelatah. Kerja tukang masak kat gerai belakang rumah dorang.Impian dia mesti la nak jadi tukang masak gak tapi dia nak capai cita-cita nan satu iaitu bukak kedai sendiri la.

Azie ni pulak nama betul dia Sharifah Azie Hanani binti Syed Azlan. Perwatakan menarik la. Badan dia sorang je kecik sikit dari semua yang lain. Dia ni periang, manja dan penyayang. Atas sifat penyayang dia tu la dia kerja sebagai cikgu tadika. Jangan korang tak tahu, impian dia bukan senang tau. Nak jadi model kononnya. Tapi badan macam dia boleh ke? Entah la apa-apa pun kita tengok je la nanti.

Peah seorang gadis yang berbadan gedempol, mulut pun tak ingat kira minah laser la sorang ni. Dia ni paling suka makan, pantang je ada makanan depan mata diserbunya dia. Siap tak pandang kiri kanan lagi tu. Lupa dia ni kerjanya amat merbahaya, dengarnya kerja dia ni kira bulu gajah da….Hehe. Mana ada, kerja minah sorang ni senang je jaga kaunter wang kat depan kedai, cashier la tu. Impian nak jadi penyanyi macam Adibah Nor tu. Nama betul Peah ni tak lain tak bukan mestilah Roslina Admira Shah binti Amirul Khuzaiman.

Eton lak, nama sebetulnya Mariah Izzati binti Kamarulzaman. Badan macam biasa la, chubby gak. Mulut yang ni kalau dah bersatu dengan si Peah tu alamat terbalik la rumah korang. Suara kuat, mulut kecoh pulak tu.Kerjanya berangan dari sehari ke sehari al-maklum la nak jadi penulis. Sekarang ni pun dia kerja jadi penulis tapi untuk blog sendiri je la. Kerja tetap dia sebagai promoter kat Jaya Jusco Wangsa Maju je pun.

Akhir sekali, cik Dayah kita atau nama dalam surat beranak Tengku Hidayah Putri Almiah binti Tengku Shah Aman. Tergeliat lidah gak nak sebut nama minah ni. Dia ni minat melukis, impian nak jadi pereka fesyen. Tapi dapat jadi tukang jahit je. Tak sempat nak reka apa-apa fesyen dah dibantai bos dia suruh jahit baju pelanggan.
Ok cukup masa dah kenal dorang semua. Untuk capai impian masing-masing mestilah banyak ujian dan halangan. Begitu jugak dengan dorang ni semua. Nak lagi Azie tu nak jadi model. Tercapai ke hajat dorang tu semua? Baiklah, jom patah balik masa anda dengan dorang tadi.

“Wei, aku lapar la Enot, kau masak apa ni? Dah la tu rentung lak tu ayamnya.” Peah mengadu lapar siap peril lagi Enot tu.

“Amboi siap perli aku tapi tanya masak apa lak. Banyak cantik muka kau Peah.”

“Muka aku memang cantik. Kau jangan la jeles dengan aku pulak.” Balas Peah.

“Banyak la kau. Aci yang selalu datang beli makanan kat kedai makan aku lagi cantik dari kau tau.”

“Dah la korang ni. Asyik gaduh je, tengok aku pantas memasak ni. Kesian kat Enot tau. Jom la makan cucur udang ni je.” tawar Dayah pada kawan-kawannya.

“Nasib kau ada tau Dayah. Sedapnya bau.” Laju je Peah sambar cucur udang dan dimasukkan terus ke dalam mulutnya.

“Gelojoh betul la kau ni Peah. Kang tercekik baru padan muka kau.” Kata Eton.

“Aku lapar la wei. Lantak korang la. Aku nak makan.” Dengan rakus Peah sumbat cucur udang dalam mulutnya lagi. Serentak itu, keempat-empat mereka menggelengkan kepala tengok perangai Peah yang gelojoh tu.






“Peah majalah aku beli semalam kau letak mana? Aku nak baca la. Asal aku beli je kau rembat dulu. Tak sempat aku nak baca lagi tau. Bak sini balik kalau kau dah abis baca. Aku nak baca pulak.” Minta Azie pada Peah yang tengah syok menonton cerita Renjis.

“Ada tu kat atas meja aku. Amik la sendiri aku nak tengok cerita ni. Jangan kacau aku.”

“Yelah.”

“Azie nah surat kau. Ok la aku dah lambat nak pergi kerja ni. Chow dulu.” Dengan tergopoh-gapah Dayah berlari keluar mendapatkan skuter kesayangannya.

“Dayah, thanks. Bawak motor elok-elok. Jangan rempit lak.” Laung Azie pada kawannya seorang itu.

“Surat apa pulak ni. Lain macam je. Baca la dulu. Sukacita dimaklumkan permohonan anda telah berjaya, dengan itu anda diminta menghadirkan diri pada 22.10.2008 di alamat tersebut bagi menjalani sesi bergambar.” Terjojol biji mata Azie membaca suratnya. Macam tak percaya dia telah terpilih untuk ke sesi bergambar dan sekaligus melayakkan dirinya menjadi model syarikat tersebut.

“Woi silau mata aku tengok gigi kau tu. Apakehal kau ni duk menyengih sesorang ni?” soal Peah tiba-tiba.

“Peah, sukanya aku.” Dah terlompat-lompat lak Azie macam kongkang dapat pisang.

“Apa yang kau suka? Bagitau la kat kitaorang ni. Dah yang kau terlompat-lompat lak ni kenapa?” kata Eton setelah melihat kongkang terlompat-lompat depan mata.

“Aku dah berjaya jadi model la wei. Tak sia-sia usaha aku selama ni. Berapa banyak gambar aku hantar kat agensi model. Akhirnya aku dapat gak.” Kata Azie sambil terkinja-kinja melompat tak tentu pasal lagi.

"Suka la kau ek Azie. Apa-apa pun tahniah la dari kami." Mereka segera memeluk Azie.

"Thanks korang." Balas Azie.

"Syarikat mana kau dapat tu? Kau dapat jadi model apa sebenarnya ni?" soal Enot.

"Syarikat penerbitan majalah Fesyen Muslimah la. Ala majalah yang tengah meletup sekarang ni dengan fesyen-fesyen muslimah tu. Sukanya aku." Tersengih-sengih Azie menampakkan giginya yang putih berseri setelah menggunakan ubat gigi Fresh and White.






"Sharifah Azie Hanani binti Syed Azlan. Sila masuk ke dalam." Panggil gadis berbaju kurung merah hatii.Ayu bertudung macam Wardina sepuluh kali tengok.

"Cik Shaifah, tahniah dari pihak kami. Saya Khairil, dah lama kami mencari model yang sesuai untuk peragakan pakaian keluaran syarikat kami." Ucap Encik Khairil.

"Terima kasih encik. Saya pun tak sangka boleh terpilih, saya memang minat sangat jadi model tapi maklum la badan saya tak secantik dan semolek Nasha Aziz. Saya rasa bersyukur sangat terpilih jadi model untuk syarikat encik." Balas Azie.

"Ok kalau macam tu mari kita berlatih untuk sesi bergambar. Saya nak tengok hasil dari awak. Baiklah kenalkan jurugambar kami, Nizam. Nizam, apa lagi tolong la amik gambar Cik Sharifah kita ni." Kata Encik Khairil.

"Encik Khairil, panggil saya Azie sudah la. Lebih selesa lagi, baiklah Encik Khairul. Saya mintak diri untuk sesi bergambar." Azie meminta izin.

"Baik la Azie. Silakan. Nizam bagi dia pakai baju yang baru tu. Rasanya sesuai dengan dia." Arah Encik Khairil.

"Baik Encik Khai. Permisi dulu ya." Nizam meminta diri.

"Ok Azie, saya Nizam. Selamat datang ke syarikat kami. Mari la kita mulakan kalau awak dah bersedia."

"Thanks Nizam. Saya siap dulu ye."



30 mint kemudian…..

"Woooo….comelnya awak Azie. Sesuai la baju ni dengan awak. " laju je kata-kata itu meluncur dari lidah Nizam.

"Terima kasih. Boleh kita mulakan sekarang tak? Malu la saya awak tengok saya macam tu." Dalam tersipu-ipu malu Azie berkata setelah menyedari Nizam memandang dirinya tanpa berkeelip-kelip.

"Sori, ok jom mula sekarang." Dengan penuh semangat Nizam memulakan segala tugas yang diberikan.






6 bulan kemudian.....

"Azie! Azie! Azie! Cepat wei, tengok ni!" Peah terjerit-jerit memanggil Azie dari luar rumah lagi. Rasa macam nak tercabut anak tekak gak la minah seorang ni duk menjerit kuat-kuat dari jauh lagi.

"Apanya kau ni Peah? Ni tengok gambar kau. Siap jadi cover depan lagi tu. Cantik siot." Termengah-mengah Peah berkata pada Azie.

"Azie handset kau berbunyi la. Pergi angkat, bak sini aku nak tengok." Pinta Dayah seraya dengan selamba merampas majalah Fesyen Muslimah dari tangan Azie.

"Assalammualaikum. Encik Khai ke? Ye saya, dah tengok dah Encik Khai. Terima kasih encik saya ucapkan. Baik encik." Laju je Azie berkata.

"Azie, tahniah. Cantik la gambar kau. Pandai jurugambar ni ambil gambar kau. Ayu je kau dalam gambar ni. Mesti Mama Pah bangga dengan kau." Kata Enot.





"Azie sayang, tahniah dari papa dan mama. Tak sangka anak mama yang chubby ni jadi model. So bila nak balik? Papa dan mama nak raikan kejayaan anak kesayangan mama ni." Tutur Mama Pah pada anaknya, Azie.

"Insyaallah ma. Next week Azie balik la mama. Tak sabar nak jumpa papa dengan mama. Rindu kat papa dengan mama. Ok la ma, Azie nak masuk tidur dulu ma.

Assalammualaikum. Good nite. Kirim salam kat papa tau mama."

"Yelah. Bye sayang." Klik!






Empat tahun kemudian.....

"Suprise.....!!!!!!!!!" bertalu-talu la ciuman yang Azie dapat dari papa dan mamanya.

"Azie!!!!!!!Kitaorang sayang kau. Tahniah dah popular abis member aku sorang ni. Jadi model ternama sekarang ni. Tak sia-sia usaha kau selama ni Azie." Abis penyek Azie dipeluk oleh rakan seangkatannya yang comel-comel belaka.

"Azie rindu kat kau tau. Mana buah tangannya untuk kitaorang semua?" Kata Peah pada Azie. Maklum orang tu baru balik dari Paris dah tu dapat pulak jadi duta minyak wangi dan jam tangan lagi.

"Ada, nah untuk korang semua atas sokongan korang. Ni untuk papa dan mama." Segera diberi buah tangan yang dibeli khas untuk orang tersayang.

"Mana untuk abang?" tiba-tiba suara garau lemak merdu menyampuk.

"Nah, ni special buat abang yang tak putus bagi sokongan buat Azie." Sebuah kucupan dipipi dan pelukan diberikan khas buat suami tersayang. Maka gamat la sebentar suasana dengan tepukan dari orang tersayang dibelakang mereka berdua. Kan dah merah muka tu. Malu la tu. Hehe.

"Papa Syed, tak lama lagi Papa Syed dengan Mama Pah dapat la tengok anak kesayangan Papa Syed dengan Mama Pah jadi cover depan untuk majalah keluaran khas bertajuk 'Ibu Muslimah' la pulak." Kata Peah.

"Betul ke ni Azie?" soal Mama Pah.

"Mana ada mama, pandai je dorang ni." Nafi Azie.

"Betul tu mama. Azie ni takda nya jadi model majalah tu. Dorang memain je tu. Tapi yang lebih betul lagi, mama dengan papa bakal jadi nenek dan datuk la." Kata suami Azie pada mertuanya.

"Betul ke ni Azie? Ya Allah, alhamdulillah. Syukur padaMu." Ucap Papa Syed dan Mama Pah.

"Bang, saya nak buat la kenduri kesyukuran untuk anak saya semua ni sekali atas kejayaan masing-masing." Cadang Mama Pah pada suaminya.

"Saya tak kisah, ikut je la. Benda yang elok saya setuju sangat." Kata Papa Syed.

"Terima kasih semua." Balas Azie.

Untuk makluman semua setelah empat tahun berlalu Azie and the gang telah berjaya mencapai cita-cita memasing. Enot telah menjadi tauke kedai makan yang diberi nama Zarina Kafe Corner. Peah tercapai gak impiannya nak jadi penyanyi macam Kak Adibah Nor kita tu, setelah berusaha menyertai pelbagai ujibakat akhirnya Peah berjaya dalam pertandingan nyanyian anjuran Mencari Bintang Baru. Meletup-letup lagu Peah sekarang ni dipasaran dengan tajuknya, Aku Untukmu.

Eton pulak berjaya jadi penulis di Syarikat Buah Fikiran. Novel dia tengah laris sekarang ni tajuknya Akan Kucintaimu, yang akan datang ni pulak tajuknya......entah la dalam proses katanya. Hehe. Dayah pulak impian nak jadi pereka fesyen dan memiliki butik sendiri tercapai jua akhirnya. Begitu la kisah impian lima gadis chubby belaka. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Lagi satu berita gembira, empat sahabat ni akan berkahwin dengan jejaka pilihan masing-masing pada hari dan tempat yang sama. Akhirnya............




"Azie sayang, abang sayang Azie dari hari pertama kita bersua. Terima kasih sayang. Abang sayang chubby abang sorang ni," sebuah kucupan hangat singgah didahi Azie.

"Azie pun sayang sangat pada abang, terima kasih sudi terima Azie yang chubby ni. Maklum la abangkan kurus cam papan nak pulak at Azie yang badan cam tong air ni." Seloroh Azie pada suaminya.

"Azie ni hadiah khas untuk sayang abang. Buka dan baca la. Selami hati abang dengan lebih dalam lagi. Abang tunggu jawapan dari Azie." Kata suaminya.

"Ok, Azie baca ye." Balas Azie.


Assalammualaikum sayangku….

Azie sayang, Abang amat berterima kasih pada Azie kerana sudi menyambut cinta abang pada Azie. Pada kali pertama kita bertemu, hati abang sudah terperangkap dan tergoda dengan lirikan manja Azie. Debaran hati abang makin kuat berbunyi macam orang tengah main drum pulak. Tak sangka jodoh kita kuat untuk bersama dalam ikatan suci ini. Abang janji dengan Azie selagi abang bernafas cinta dan kasih abang hanya untuk Azie dan anak-anak kita.

Yang mencintaimu,
Mohd Nizam Bin Aiezad

p/s: kalau dah abis baca surat ni pandang abang sayang, kat belakang sayang je ni.


"Azie sayang, sudi tak jadi isteri dan ibu kepada anak abang selama-lamanya?" lafaz Nizam dengan lagaknya seperti seorang putera melamar puteri kesayangannya.

"Selamanya Azie sudi bang. Terima kasih bang. Azie cintakan abang selamanya." Ucap Azie pada Nizam, suami yang dinikahinya 2 tahun lalu.

Maka dengan itu berakhirlah cerita tentang gadis-gadis chubby tersebut. Semoga mereka bahagia selalu.

p/s: sori la kalau cerpen ni tak berapa nak menarik hati. Saya masih merangkak lagi untuk menulis.Puas gak perah otak cari idea nak siapkan jugak cerpen ni. Ni la hasilnya, tak berapa best. Apa-apa pun terima kasih la sudi baca cerpen saya kali ni. Sebarang komen saya terima dengan hati yang terbuka.
2
Komen

Cintaku Hanya Untukmu Selamanya


“Wei, jom pergi lunch. Aku belanja ko hari ni.”
“Banyak lak duit ko nak belanja aku ari ni. Ko serius ke ni?”
“Serius la. Cuba ko tengok muka aku yang penuh keseriusan ni.”
“Ok ikut ko la. Ko nak makan kat mana?”
“Mana lagi makan kat mulut la.”
“Aku tau la. Ko ni cuba serius bila orang tanya.”
“Jangan la marah. Jom makan kat McDonald la. Kita g kat Carrefour k.”
“Ikut ko la yang penting ko bawak.”
“Ok kang aku mesej ko. Tunggu kat bawah kereta aku terus nanti.”
“Yelah.” dah blah pun mamat tu. Aku memang rapat ngan dia. Sampai mencetuskan gossip yang kami ni bercinta lak. Tapi mana mungkin coz dia dah ada kekasih hati. Bukan calang-calang tu, pensyarah tu. Beruntung dia dapat makwe kerja cam gitu. Tak macam kami ni hanya kerani biasa je. Takpe janji kerja halal. Rezeki masing-masing.
Aku pun tak tau camner leh rapat ngan die. Masuk lain-lain intake, tapi tak sangka jadi rapat camni sampai timbul gosip liar. Hehehe. Tapi yang sebenarnya kami ni jadi rapat maybe la kan minat yang sama pastu kitaorang jenis gila-gila sikit kepala. Tu la kot yang watkan kami rapat.


“Nana ko ngan Zack ada apa-apa ke? Amboi bukan main lagi siap ajak makan sama lagi siap nak belanja lagi tu.”
“Aku takde apa-apa ngan dia la. Pandai la korang ni ek. Cam tak biasa jer tengok kitaorang rapat.”
“Mana la tau kan kot ada apa-apa hubungan spesel antara korang berdua yang perlu kami tau.”
“Banyak la spesel. Kami kawan je la jangan salah faham tau.”
“Yelah tu. Mana tau nanti tersangkut lak.”
“Tak mungkin akan terjadi la. Dia dah ada makwe pun. Lagi comel dari aku.”
“Betul ke. Mana kau tau ni? Amboi-amboi taknak bagitau ngan kitaorang pun.”
“Watpe bagitau korang. Nak tau g la tanya dia sendiri ok. Ok la nak g lunch. Dia dah mesej ni. Korang tak lunch ke?”
“Nak g la ni. Nak tunggu korang jemput harem je la.”
“Lain kali je la ye cik kak. Bye.”

“Ko nak makan pe? Aku nak g order ni. Ko duk sini tunggu aku bawak jer.”
“Aku nak Mc Chiken set medium je tau.”
“Ok. Tunggu aku sampai.”
Abis makan je pe g jejalan la kejap. Layan je la bukan selalu kuar pun ngan mamat ni. Sekali sekala je kuar sama tu pun kalau bosan. Lagipun makwe dia jauh kat Kedah nun. Kami kua pun kadang-kadang ngan member opis lain tu. Kadang berdua kalau takde aktiviti lain nak dibuat. Seronok gak kuar ngan dia setakat ni. Maklum la satu kepala senang nak masuk sama dalam apa-apa bab pun.

“Woi!! Berangan jer ko ni. Ko kenapa Nana?”
“Aku tau kenapa ngan budak Nana ni termenung sakan.”
“Hah, kenapa?”
“Biasa la dari pagi lagi ko tak perasan ke sapa yang tak masuk dalam opis ni lagi”
“Ooo….Baru aku perasan sapa tak masuk dari tadi lagi. Alamak takut siot Nana jeling kat kami.”
“Mana buah hati ko tak masuk dari tadi lagi? Patut la kami tengok ko monyok je dari tadi lagi.”
“Mana aku tau. Aku tak jaga dia la.”
“Eleh-eleh, jangan la marah kami la. Pe susah ko tipon la dia.”
“Watpe? Taknak aku.”
“Ala, malu-malu lak. Cam tak biasa jer tau ko ni.”
“Taknak la. Menganggu jer.”
“Ikut ko la Nana.”
Tetiba handset aku menjerit-jerit nyanyi lagu Agnes Monica – Shake It Off. Bising jer. Meh sini nak tengok sapa tipon aku. Ngaco jer. Nape lak mamat ni tipon aku. Angkat jap.
“Hello. Assalammualaikum.”
“Wa’laikumsalam. Nana, aku kat kampung ni. Ada hal la, aku saja nak gtau. Takut ko rindu lak kat aku nanti.”
“Banyak la ko. Tolong la. Nak rindu kat ko.”
“Tau sapa la aku dimata mu yang sepet itu.”
“Siot la ko selamber jer kata mata aku sepet. Sikitnya cantik mata aku ni. Sekeh kang.”
“Sekeh je ko tau. Ok la nanti aku balik K.L aku belikan buah kaki tuk ko ok.”
“Tak belikan pun takpe. Tak heran la.”
“Yelah tu. Ok la nak chow la. Mak aku panggil tu. Bye Sayang.”

Klik!

Siot jer dia ni. Tapi nape hati aku berdebar semacam jer kalah orang yang lari pecut. Eh, melampau lak tu. Tak kisah la, tapi aku ngah pelik skunk ni nape hati aku berdebar ni. Takkan pasal dia cakap sayang tadi? Mungkin la kot. Abis merah lak muka ni. Takkan la aku dah jatuh hati ngan dia? Malas la nak layan hati ni. Merepek jer. Baik bukak blog baca madah cinta ngan motivasi ni. Lagi best nak dilayan. Klik yang ni jap. Cam menarik jer.

5 Petanda Kamu Sudah Angau
1) Gelisah apabila dia tidak online diruangan chat Gmail atau YM atau MSN. Kamu jadi geram kerana tiada resit si dia memeriksa e-mel kiriman kamu.
2) Sentiasa mencari alasan supaya dapat ke rumahnya walaupun hanya untuk meminjam VCD. Padahal VCD tersebut baru sahaja adik kamu beli semalam.
3) Kamu mula memegang semula buku kata-kata indah dan madah cinta. Juga rajin membeli buku psikologi tentang cinta dan cuba mempraktikkannya satu-satu pada si dia.
4) Si dia sering sangat memasuki alam mimpi mu sejak akhir-akhir ini.
5) Kamu melihat bayangan wajahnya di mana saja kamu pergi dan pada sesiapa sahaja yang kamu terpandang. Sehingga kamu mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.

Adake pada aku ni? Baca lain la plak.

30 Tanda Jatuh Cinta
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Panjang la plak. Tapi yang ni kan aku rasa cam ada yang kena jer ngan aku. Betul ke aku dah jatuh cinta?
Tapi takkan la ngan dia? Nape la ngan hati ni? Nape die, bukan org lain? Sudah malas la nak layan hati ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi lak.
“Nana, jom lunch. Layan jiwang lak ko ni.”
“Yelah. Jom g lunch.”


“Nana jom malam ni kuar nak?”
“Ko nak g mana?”
“Teman aku dinner malam ni. Aku amik la ko nanti kat umah ko nanti. Leh tak?”
“Yelah.”
“Kitaorang ko taknak ajak ke?”
“Watpe ajak korang. Tak mendatangkan faedah pun. Lain la bawak sayang aku sorang ni.”
“Amboi-amboi dah bersayang-sayang lak skunk ni. Tengok muka Nana dah merah.”
“Wei korang.”
“Malu la tu.” Dah semua gelakkan aku. Kurang asam tul dorang ni. Bab-bab kena kan orang memang nombor satu.

Malam tu kitaorang pun g la makan kat Nz Wangsa Maju. Makan pun sempoi je la, yang penting dapat kuar ngan dia. Happy jer rasa hati ni. Dapat kuar ngan dia. Rindu tak jumpa dia 3 hari ni. Pe lagi macam-macam la cerita yang kua. Dia ni pun kalau bercerita ngan lawak, jadi je. Rasa nak pecah perut gelak sakan ngan dia. Tapi ntah camner terkeluar lak kisah pasal hati ni. Dia skunk ni ngah bersedih sebenarnya sebabnya biasa la adat orang bercinta tak sah kalau tak gaduhkan.So paham-paham la, yang aku lak duk ralit tengok muka dia. Nakalnya aku. Dia ni tak hensem tapi duk dalam kategori lelaki jambu la. Hidung mancung cam mamak, muka licin tu besih dari segala jerawat dan jeragat.

Dah la duk tenung muka dia lak. Bukan dapat pe-pe pun.
“Zack, aku rasa aku dah jatuh cinta dengan ko la.”
“Hah! Pe dia????” naik tersembul bijik mata dia dengar aku cakap camtu. Nape la mulut aku ni, malunya aku. Camner leh terpacul sebut mende tu tadi.
“Takde pe la. Ko ignore je pe yang aku cakap.”
“Mane leh. Baik ko cakap.”
“Watpe aku nak cakap ko lik?”
“Sejak bila?”
“Sejak bila apa?”
“Sejak bila ko jatuh cinta dengan aku?”
“Ntah la. Aku pun tak tau. Perasaan tu hadir tanpa aku sedari. Aku pun pelik. Nape ko yang aku telah terjatuh cinta. Dah la ko lupakan je la. Aku mintak maaf la kalau aku cakap merepek-repek tadi. Jom balik.”
“Ikut ko la.”

Sejak dari hari tu kitaorang jadi renggang. Ni semua mulut aku la gatal sangat paculkan kata-kata yang tak sepatutnya. Padahal dah tau dia ada makwe lagi mau cakap camtu ngan dia. Tapi betul la cakap dorang, kan ke aku dah jatuh cinta. Camner nak wat ni?

“Along, surat sape ni? Surat ko ek Long?”
“Bacalah betul-betul nama tu.”
“Long surat aku la. Yea….Yea…Along aku dapat sambung belaja lagi la kat UTM Skudai.”
“Biar betul Ngah. Tahniah la. Ni kalau mak ngan abah ada lagi mesti dorang bangga ngan ko Ngah.”
“Takpe la Long. Angah akan belaja sungguh-sungguh. Jangan risau.”
“Bila ko kena daftar diri ni?”
“Tak lama jer dah ni Long. Next month la 15hb. “
“Nampak gaya ko kena la settle semua benda secepat mungkin. “
“Yelah Long.”

Datang ofis esoknya, orang yang aku nak tuju nak sampaikan berita gembira ni mestilah Zack. Sapa lagi kan? Melilau mata aku cari dia tapi tak nampak pun dalam ofis dia ni. Mana dia ni, takkan tak datang kot.
“Mira, Zack mana?”
“Dia takde la. Takkan tak tau kot. Korangkan asik berkepit jer berdua.”
“Aku tak tau la Mira.“
“Korang gaduh ker? Dia pergi kursus la.“
“Mana de. Pandai je ko ni. Dia kursus kat mana? Berapa lama?“
“Dia kursus kat Langkawi la. Tak silap aku dalam 2 minggu dia kursus.“
“Ye ke. Takpe la. Thanks ek Mira. Aku balik ofis dulu la.”

“Korang aku nak mintak maaf la kalau aku ada wat salah ke apa kan kat korang. Jangan lupakan aku lak kalau korang tu nak naik pelamin nanti ok. Rindu nanti dengan korang.“
“Kau tu pun jangan la lupakan kitaorang jugak. Belaja nanti jangan lupa cari calon suami lak. Jangan mengharap kat mamat sorang tu je.”
“Pandai la korang ni. Dah belaja nanti bz la aku. Bila la leh jumpa korang.“
“Ala bila-bila ko nak jumpa leh je. Jangan malu jangan segan.“
“Yelah korang. Korang tu pun jangan lupa melawat aku kat sana tau.“
“Ok ada rezeki kitaorang sampai la kat sana. Jangan nakal-nakal tau.“
“Ingat aku budak-budak ke?“
“Lupa lak padahal dah leh jadi mak budak pun.“
“Malas la nak layan korang. Ok la chow.“
“Ok take care. Good luck.”
“Korang pun take care. Sampaikan salam aku kat dia ok. Thanks. Jumpa lagi.”

5 tahun kemudian.

“Along jom la kita g KL Long. Angah nak tengok dorang. Lagipun ada yang nak kawin dah tu.”
“Yelah. Manja betul la adik Along sorang ni. Nanti ujung minggu ni kita g KL ok.“
“Yes! Cayang Along.“ Lupa lak aku ngan Along dah stay terus kat Johor ni. Kebetulan aku dapat tawaran belaja dan Along pulak dapat naik pangkat jadi pengurus kat syarikat dia kerja. Murah betul rezeki Along. Along memang seorang abang yang baik dan bertanggungjawab, dan yang pastinya Along aku akan mendirikan rumah tangga ujung tahun ni juga. Sukanya aku dapat kakak ipar. Kak Mas memang baik dan sepadan ngan abang aku. Dorang ni kenal pun dalam kat tempat kerja. Dah jodoh dorang pun.
“Angah, nanti kita g KL tu bawak Kak Mas nak? Leh la cari barang hantaran sekali. Shoping apa yang patut.“
“Tak kisah la Long. Bawak aje Kak Mas tu. At least ada gak orang yang leh teman Angah kat sana nanti. Lagipun dah tau Along mesti bz jumpa member Along tu.”
“Ala Angah tu pun sama je. Mesti nak g cari si Zack tu kan.“
“Along ni pandai-pandai je la. Mana ada la. Orang tu dah lupakan kita nak wat macam mana. Dah la malas nak ingat lagi.”
“Ye la tu.”
“Betul la. Dah la nak tido. Gud nite Along.” Memang betul pun apa Along cakap tu. Bila je Along sebut nama dia, bergetar rasa hati ini. Aku akui dia la orang yang akan aku cari nanti coz aku betul-betul rindukan dia. Sabarlah hatiku. Lepas aku pergi belaja kitaorang dah tak contact lagi. Aku pun tak tau la kenapa. Apa kabar kau disana. Mana tau dah kawin ke. Hehe.


“Wei Wani. Rindunya kat ko. Selamat pengantin baru. Wau, berseri-seri ko cam matahari. Tembam ko ek skunk. Mana yang lain? Tak nampak pun.“
“Ko ni cuba bawak bersabar Nana. Nanti sampai la dorang tu. Aku tau ko mesti nak jumpa Zack kan. Sat g datang la tu dia ngan dorang yang lain. Ni sapa?”
“Ni bakal kakak ipar aku la. Abang aku ada kat luar tu tengah sembang ngan kawan dia. Kak Mas ni kawan opis orang. Wani nama dia.“
“Selamat pengantin baru. Akak datang amik berkat gak ni. Ujung tahun nak naik pelamin.“
“Tahniah kak. Thanks. Makan la dulu, nanti lagi ramai datang. Ko masuk balik tau pastu.”
“Baik mem. Jom kak kita makan.“

“Wei Nana. Lama tak jumpa. Rindunya.“
“Korang semua. Rindunya aku kat korang.“
“Nana makin kurus la aku tengok ko ni.“
“Mana ada biasa je la. Pandai je korang ni.“
“Kitaorang g makan jap kat sana. Pastu kita masuk jumpa Wani sesama ok. Aku tau ko nak jumpa cik abang kat belakang sana kan.”
“Wei, jangan la tinggalkan aku. Korang....! Kak Mas jom g kat Along.“ Aku tau sape yang dorang maksudkan, Zack la sape lagi. Tapi aku pun tak paham kenapa aku larikan diri dari dia sedangkan aku nak sangat jumpa dia dan dengar suara dia. Dah hati aku putar lagu Hindustan lak ni. Bukan main g siap lagu bhangra lagi tu. Dahsyat tul penangan mamat tu.

“Wani aku balik dulu la ek. Aku tak lama pun kat sini. 4 hari je. Banyak lagi kerja nak wat kat sana. Aku mintak maaf la tak boleh lama ngan korang semua. Ko kirim salam la kat dorang semua nanti. Insyaallah, sape yang kawin g nanti aku datang la. Nanti kad kawin abang aku, aku pos kat korang ok.“
“Aku tau ko nak larikan diri dari dia kan?“
“Sape dia lak ni?“
“Ko jangan tipu aku la. Aku tau ko rindukan Zack dan ko cuba larikan diri dari dia kan.“
“Wani, orang tu dah tak ingat lagi pun kat kita. Watpe aku nak ingat lagi kat dia.“
“Aku paham perasaan ko tu. Kalau dia ingatkan ko mesti dia akan cari ko lagi. Sabarlah ye.“
“Thanks Wani. Aku balik dulu la ye. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu. Jangan lupakan aku tau. Nanti senang aku datang lagi melawat korang. Sampaikan salam maaf aku kat dorang ok. Bye Wani.“
“Thanks Nana.“

Esoknya.....

“Kak Mas, mana Along ni? Lamanya dia g toilet. Kalah kita yang pompuan ni kan.”
“Sabar la Nana. Nanti sampai la Along tu.”
“Apehal lak ni bergegar lak kaki Nana ni kak. Geli la plak. La ada ke patut letak vibrate. Sapenya kije la ni. Mesti Along, sekeh gak Along ni. Jap Kak Mas nak jawab tipon ni. Akak jalan la dulu. Jumpa kat seberang jalan kang.”
“Ok. Kak Mas tunggu sana tau.”
“Assalammualaikum. Sapa ni?“
“Wa’laikumsalam. Ni aku la Zack.“
“Zack? Mana ko dapat nombor aku ni? Aku ingat ko dah lupakan aku.“
“Mana aku leh lupakan orang yang aku sayang.“
“Banyak la ko sayang. Ni pehal mimpi tipon aku? Dengar kata nak kawin dah ko. Tahniah la ek.“
“Memang pun aku nak kawin. Mana tau ni?“ alamak hancur berkecai hati aku dengar. Rasa nak nangis jer.
“Adalah, aku tau pun dari sumber yang leh dipercayai. Sapa calonnya?“
“Tu la aku nak tanya pendapat ko ni.“
“Asal lak nak tanya pendapat aku?“ alamak Kak Mas dah lambai-lambai la tu. Along pun dah ada kat sana. Bila masa lak orang tua ni g sana. Kena la lintas jalan sesorang, tu la gatal sangat. Tadi taknak lintas jalan ngan Kak Mas. Ok, adik-adik pandang kiri kanan, tengok kereta ada ke tak. Ok cantik jalan clear.
“Hello, ko dengar tak aku cakap tadi?”
“Sory, pe ko cakap tadi?”
“Aku cakap lagi skali ni. Dengar betul-betul tau.”
“Ok. Pe dia?“
“Sudi tak ko jadi isteri aku?“ terhenti aku jap. Menitis air mata aku dengar dia lamar aku. Saat yang membahagiakan bila seorang gadis dilamar oleh lelaki yang dicintainya. Macam tak caya jer.
“Aku setuju.“


“Angah, maafkan Along tak jaga Angah ngan baik.“
“Sabarlah abang. Mas pun sedih, tak sangka Nana pergi tinggalkan kita semua.“
“Abang, saya ucapkan takziah.”
“Terima kasih. Maafkan semua kesalahan arwah masa hayat arwah dengan kamu semua. Tak sangka ajal dia secepat ni. Tapi abang redha dengan permergian arwah.”
“Dah ajal dia bang. Kami semua simpati ngan abang.”
“Takpe la. Abang balik dulu. Assalammualaikum.”
“Wa’laikumsalam.“

“Nana, maafkan aku sebab terlambat sampaikan rasa cintaku padamu. Aku terlewat menyatakan isi hati aku pada ko. Semoga ko damai disana, aku disini akan sentiasa mendoakanmu sayangku.“



Penulis : Thanks sudi baca cerpen yang ke-3 ni. Tak tau la kne ke x ngan selera korang. Maklum la x pandai nak menulis tapi still g nak cube. So saje je nak wat kelainan ni. Ada tambah bahan bacaan tuk korang2 yang rase2 cam jatuh cinta la kan. K sila beri komen yang membina.
1
Komen

Kau Tetap Dalam Anganku


Aku tak sangka dari perkenalan melalui dunia chatting aku telah berkenalan dengan sorang mamat ni. Lebih tak sangka dia merupakan mat rempit. Cam tak caya lak mat rempit pon minat ke main chatting. Hehe.

Ijat Rempit : Hye, leh berkenalan?
Gadis_87 : Hai, leh jer.
Ijat Rempit : nama apa?dok mana?
Gadis_87 : Panggil jer Una. Dok kat atas kerusi jer.Hehe.
Ijat Rempit : Tau la dok atas kerusi. Main-main lak awak ni. Saya tanye asal dari mana la.
Gadis_87 : Jangan la marah. Gurau jer la. Dok kat K.L la. Awak lak dari mana?
Ijat Rempit : Saya asal Johor. Umo brape? Saya 23 tahun.
Gadis_87 : Saya baru 19 tahun. Belaja g ke @ kije?
Ijat Rempit: Blaja g. Main chatting ni saje-saje ke atau de makne (cari pakwe) :p.
Gadis_87 : Saje je nak tambah kawan la. Pandai jer awak ni. Awak nak out la. Member ajak balik dah.
Sowy la wak. Len kali kita sambung g k.
Ijat Rempit : Ok. Jap kalu tu leh tak kita tukar nombor?
Gadis_87 : Nak watpe?
Ijat Rempit : Saje nak berkenalan lebih g. Kalu tak kisah la kan. Leh x?
Gadis_87 : Ok. 013-3334458.
Ijat Rempit : Ok. Thanks. Pe2 hal saya tpon atau sms awak k.
Gadis_87 : Ok. Bye,nak out dah. Assalammualaikum.




“Adoi banyaknya kije lec aku bagi mampus nak wat ni. Tu la sape suh tangguh kije g, kan dah kelam kibut nak wat.” Dah membebel lak sesorang, tak pasal-pasal orang cakap aku gila lak. Tiba-tiba kedengaran lagu PCD – Buttons menandakan mesej masuk.
“Ni sape lak kaco orang ngah bz ni.”
‘Hye. Watpe tu? Bz ke?’
‘Sudah spe lak ni tetibe mesej aku?’ gumam aku dalam ati.
‘Sape ni?’
‘Takkan tak ingat dah kot kat member? Baru brape ari tak chat. Ijat Rempit la wak.’
‘Awak ke. Sori la ingatkan sape. Sihat ke? Watpe tu? Kat mana ni?’
‘Sabo la tanya satu-satu soalan lu. Saya sihat. Tak watpe pon, ngah lepak ngan member je. Awak bz ke?’
‘Bz la gak. Banyak assignment tak settle g ni.’
‘Sori la kaco. Kalo cm gtu len kali saya mesej g k.’
‘Ok xpe xkisah. Len kli kt msj g k. Sori, Assalammualaikum.’
‘Wa’laikumsalam. Bye.’
Alamak aih sori la Ijat tak dapat layan kau nak bersms. Banyak kije ni. Cepat settlekan sok kena anta.

Sejak dari ari tu kitaorang jadi makin rapat. Penah gak dia lamar aku jadi kekasih dia. Tapi aku tolak coz aku dah de yang empunya la. So kitaorang putuskan tuk berkawan je. Dah lama kawan dia cakap dia nak berubah nak tinggalkan keseronokan merempit. Lagipun dia nak taubat dari bertaruh dan menang perempuan. Dia nekad nak jual motor dia dan tukar kereta plak.

Bagus la tu. Syukur dia nak berubah. Hubungan kitaorang berjalan macam biasa je. Sampai satu masa aku dan pakwe aku gaduh mana taknye. Aku dapat tau die da hubungan ngan pompuan lain. Lastly putus secara baik je la.

Tak lama kemudian Ijat melamar aku lagi skali jadi kekasih atinya. Aku pon pk masak-masak sampai naik hangus dah rasanya. Aku terima je la. Hampir 2 tahun kami bercinta. Dia baik dan penyayang bagiku. Walaupun percintaan kami secara jarak jauh aku tetap sayangkan dia sepertimana dia menyayangi diriku ini. Aku tak pernah menaruh syak wangsaka pada die. Hubungan kami pon berjalan dengan lancar.

Aku skunk ni pon dah kije tapi hanya kerani sambilan je. Dia lak masih belaja g. dia amik degree kat UTM Skudai. Tapi kami dah wat perancangan tuk berkahwin lepas dia abis belaja dan dapat kije. Indah sungguh anganan kami. Betapa indahnya kurniaan Allah pada hamba-hambaNya, anugerah cinta yang diberikan padaNya.



Aku berjanji akan menunggu dia selamanya sehingga akhir hayat akan mencintai dan menyayangi dirinya. Tapi dalam keindahan percintaan kami juga tak terlepas dengan dugaan seperti mana insan lain yang dilamun cinta. Percintaan kami dihalang oleh kedua orang tuanya. Bagi keluargaku tiada masalah kerana ibubapaku tidak memilih. Mungkin aku datang dari golongan keluarga sederhana bukan sepertinya yang datang dari keluarga kaya.

Tapi aku tetap nyatakan aku tak kisah dengan kekayaan dia Begitu jugak dengan dirinya yang tak kisah memilih aku sebagai teman hidupnya. Tapi apakan daya, kerana masalah inikami hampir berpisah. Aku tak sanggup wat dia jadi derhaka pada ibubapanya. Tiap-tiap hari aku berdoa agar ibubpanya leh trime aku.

Paling sakit sekali bila dia khabarkan yang ibubapanya telah merisik sepupunya untuk dia Aku dah berputus asa sama skali tuk meneruskan percintaan kami. Tapi dia memberikan kekuatan dan berjanji akan menjadikan aku sebagai teman hidupnya. Aku akan dibawa berjumpa ibubapanya bila saja dia tamat belaja nanti.

Kami tekad meneruskan hubungan selagi dia atau aku tak berkahwin lagi. Tak lama kemudian hari jadiku akan tiba pada 22hb. Kami hanya berbual dan sms macam biasa. Sungguh mesra layanannya padaku. Betapa dia menyayangi diriku ini. Sehari selepas itu aku still sms dan bersembang macam biasa dengan dia. Sehinggalah pada malam itu kami bersms. Dia telah menanyakan soalan yang ku kira agak pelik jugak la.
‘Kalau kita xde jodoh camner ek?‘
‘Nape tanye camni? Kalau ditakdirkan antara kt xde jodoh nak wat cmner. Kne la time walaupun pedih.‘
‘Bukan ape parents abg sungguh2 nak kenankan abg ngan sepupu abg. Abg x sanggup tgglkan syg. Abg xleh hidup tanpa syg.‘
‘Xpe la bg kalau parents abg dah pilih sepupu abg nak wat cmner. Ikut la cakap parents abg.‘
‘Sedih la. Abis camner ngan syg? Syg leh time ke laki lain dlm hidup syg?‘
‘Memang sedih n perit nak time laki lain dlm hidup syg. Syg sygkan abg sgt2. Tapi kalu antara kt tetap xde jodoh kne la time.‘ menitik gak air mataku mengenangkan kisah cinta kami.

Esoknya, seperti biasa aktiviti kami ditempat masing-masing. Sehinggalah hari itu, 25hb pada pukul 7.15 petang merubah segalanya. Sewaktu aku mengadap tv tiba-tiba kedengaran lagu 1st Lady - Never Be Replaced menyanyi-nyanyi di hansetku. Aku pon segera mengangkatnya.

“Assalammualaikum“
“Wa’laikumsalam. Ni kawan Ijat ke?“
“Ye, ni kawan dia. Ni sape?“
“Ni adik dia. Saya nak bagitau Ijat dah xde kat dunia ni. Dia accident dan meninggal kat tempat tu jugak petang tadi kul 5.30. Dia kena gilis ngan lori.“
“Betul ke ni?“ kelam dunia ku rasakan. Betul ke apa yang aku dengar ni?! Ya Allah!!! Air mataku dah merembas keluar tak putus-putus.
“Betul la. Mana leh main-main benda ni.“
“ Tau x saya ni sebenarnya makwe dia. Dia naik apa time tu?“
“Tau. Dia penah cite dulu. Dia naik motor nak ke kedai. Agaknya time tu la dia kena langgar. Saya nak mintak maaf bagi pihak arwah kalau dia ada wat salah selama hayatnya dan maafkan parents kitaorang.“
“Saya maafkan segala kesalahan arwah dan parents awak. Maafkan saya tak dapat pergi sana. Saya takut kehadiran saya xleh ditime nanti. Cukuplah saya doakan dia dari sini.“
“Baiklah. Time kasih ye.“
“Sampaikan salam takziah saya pada family yer. Maafkan kesalahan saya jugak kalau-kalau kehadiran saya menyusahkan family awak. Time kasih sudi bagitau saya. Assalammualaikum.“

Klik!

Ya Allah! Betul ke apa yang dikhabarkan oleh adiknya tadi. Kenapa aku x dapat time ketiadaan kau lagi?
Baru semalam kita bermadu kasih. Musnah sudah segala impian kami. Sampai disini saja kisah cinta kami. Allah lebih menyayangi dirimu. Tenanglah dirimu disana. Aku disini akan meneruskan kehidupan tanpa dirimu disisiku lagi. Aku akan tetap mencintaimu selamanya. Takkan ada pengganti yang sama seperti dirimu. Kau tetap dalam anganku.........Al-Fatihah buatmu sayangku. Semoga kau ditempatkan dalam golongan yang beriman. Damailah kau disana.

Azie-Kau Tetap Dalam Angan Ku

Sekilas ku teringat
Detik-detik yang lepas
Indahnya perkasihan
Semacam ku rasakan
Tak sanggup rasanya
Sesaat ditinggalkan

Dan seboleh-bolehnya
Ku ingin mengikutmu
Walau ke lurah dalam
Aku sanggup terluka
Demi kerana sayang
Apa jua kurela
Jiwa dan raga

Engkau saja yang sentiasa
Bermain di fikiran
Tiap masa dan ketika
Tak terlintas di hati ini
Untuk curang kepadamu
Oh kekasih

Aku berharap pendirian engkau juga
Sama-sama pertahankan kebahagiaan
Walau diacu belati tajam mengugutku
Cinta aku kasih aku tetap untukmu
Sampai ke mati
Hanya itu mampu ku beri

Tersentak lamunan
Bila diri ini disentuh
Oleh seseorang
Ku cuba damaikan
Hati yang kian berkocak
Agar perasaan sedihku ini
Tidak nampak

Di pusara ini
Ku sedia berdiri
Bersama doa-doa
Tak putus kuhulurkan
Itulah tanda kasih...
Kasih yang sebenar

Wajah dan senyumanmu
Sentiasa kuangankan
Aduhai sayang oh...


Penulis say: Ni adalah cerpen saya kali ke-2.Sowy la kalu x brape besh citernyer. X byk dialog ke pe. Saya masih budak baru belaja menulis g.Tapi kisah ni kisah cinta sy yg sebenarnya. Tapi saya dah olah la sikit byk. X pandai nak tulis bile cite sendiri. Rase cm skema pon de bile tulis cite ni. Sowy le byk2. Pe2 pon....Takziah tuk family arwah dan Al-Fatihah tuk arwah.
3
Komen

Sengal Ke?


"Wei ko pe hal asik nak cari gaduh jer ngan aku?" tensen tul aku ngan mamat sengal ni. Well kiteorang ni hari-hari xleh jumpa de je benda nak digaduhkan. Tu korang tengok la tu...(eh...lupe lak mane lak korang nak nampak pe yang aku nampak, xpe biar aku bagitau korang) mamat sengal tu dok menyengih cam cipan tul la. Ingat ensem la sangat tu. Tu ada la tu mende nak ngaco aku g tu. Dah mai dah sengal dia tu.

Untuk pengetahuan korang nama mamat sengal tu Aiezad Adam. Ensem tau dia muke macam Ashraf Muslim dengan hidung mancungnye. Paling x tahan mate redup je bile pandang orang (menusuk kalbu woo..). Tapi satu je tensen tau korang hari-hari gaduh jer. Ada je idea nakal ngan sengal dia untuk kaco hidupku yang tenang ni.

"Nurul nak kaco ko jap leh x?" tengok dah start balik.
"Ko jangan nak ngengade ek. Blah la wei, malas la nk layan ko yang sengal ni." amik ko kan dah kena sengal ngan aku.
"Sedapnya ko panggil aku cam gtu." dah mula perang mulut ni.
"Ala aku panggil cam gitu pon sebab ko memang sengal pon. Betul x? Ade bantahan ke?" merah muke dia, tahan marah ke?
"Dah la malas nak layan ko." Bagus dah pegi pon mamat tu.

Kiteorang ni memang xleh jumpa ada je mende nak digaduhkan. Sampai pinin pala orang lain tengok perangai sorang2 yang dah layak jadi mak bapak budak ni. Kiteorang memang kalu jumpa je mula la perang mulut xpon perang anggota badan ni. X lawan mulut mesti lawan tangan contoh cam de je benda depan mata siap la tambah ngan mamat sengal tu. Nak kaco aku mesti cari pembaris nak pukul aku. Korang pk la x ke sengal perangai cam kanak2 jer. Aku pon x kurang gak balas le balik pe lagi pijak kaki die. Nakal x aku?

Aku ni agresif sikit. Biase la otak gile-gile. Tapi ktieorang ni memasing dah de yang empunye maksud aku die dah ade makwe aku pon dah ade pakwe tapi ye la bercinta jarak jauhkan. Paham2 la. Aku anggap die cam abang sendiri je x lebih dari tu. Gaduh2 tu biasa la nak meriahkan suasana hari bekerja. Hehe.

------------------------

"Nurul ko ni sengal la!"
"Ko la sengal!!!"
"Ko la!"
"Ko la!"
"Wei korang dah2 la tu!!! Asik nak gaduh jer bile jumpe, sehari x gaduh x sah la korg ni. Kang akak kawinkan korang baru tau." Abis la Kak Tim membebel.
"X nak la kak kawin ngan die. Runtuh umah nanti asik gaduh jer."
"Tau pon, dah tu asik gaduh jer korang ni."
"Ala Kak Tim rilek r orang xleh la x gaduh ngan minah sengal ni."
"Pe ko cakap?! Ko cakap aku sengal!!! Aku tau la ko malu nak ngaku ko tu sengal kan? Tu pasal la ko kata aku lak. Sengal!" Amik ko nak sangat kene sembur ngan aku yang x kurang laser gak la mulut.


"Dah la malas akak nak layan korang ni." kan Kak Tim pon dah pinin ngan ktorang ni.

--------------------------

'Pe? Mak awak masuk meminang sepupu awak? Camner ngan saya wak? Camner ngan cinte kita?" dah meleleh lak hingus ni ngan air mata berjurai-jurai. Mana xnya terkejut dapat tau buah ati kita ni maknya g pinang sepupunya tuk dia. Hancur luluh ati ni.
'Awak, saya pon x tau mak saya masuk meminang sepupu saya tu. Saya pon x tau nak wat pe."
'Awak dari dulu lagi saya suh awk bagitau parents awk pasal hal kt ni wak. Saya pon x tau la nak cakap pe wak. Camni la saya bagi tempoh untuk awak bagitau n pujuk parents awak pasal kita ni wak."
'Awak, saya mintak maaf wak tarikh untuk perkawinan saya x lama lagi. Saya x sanggup tuk lukakan ati mak bapak saya."
'Xpe la wak saya paham. Mungkin kite xda jodoh tuk bersama. Saya doakan awak bahagia."

Klik!

'Ya Allah, Tolonglah hambaMu ni tuk menghadapi segala dugaanMu. Berikanlah aku keimanan dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu,Ya Allah. Berikanlah aku jodoh yang dapat membimbingku ke arahMu dan menerima segala kekuranganku. Amin..."

--------------------------

'Ko ni nape Nurul? Aku tengok ko ni bad mood je ari ni."
'Xde pe la. Ko x yah nak sibuk2 la pasai aku."
'Nape ngan awek ko tu Zad?"
'Ntah la Kak Tim, salah makan ubat kot."
'Pandai je ko ni la."
'Ko wat pe hah kat dia?"
'Mane de wat pe kak. Pandai jer akak ni saya lak disalahkan."
'Dah r biar akak g tanye la. Ko tu kalu menanya tu biar la betul2.

Maka datanglah Kak Tim ke arahku yang sedang berdukacita.
'Ko ni nape Nurul? Akak tengok ko ni monyok jer cam orang putus cinta pon de tau x." Alamak Kak Tim ni tanye camtu lak. Ni yang nak wat aku menangis ni. Tapi bukan salah Kak Tim pon. Die mana tau pasai aku.

'Xde pe la Kak Tim. Orang ok jer."
'Ye ke x nampak cam ok pon. K.o je akak tengok ko ni."
'Ala akak ni orang ok je la kak. Akak..... pe pendapat akak kalu orang nak sambung blaja g?"
'Nape ko nak sambung blaja g ke? K gak tu. Bile ko nak sambung blaja balik?"
'Orang ingat nak sambung degree lak. Tapi x tau la bile lagi, yang orang tau orang nak apply dulu."
'K akak doakan ko mudah-mudahan dapat la pe yang ko hajatkan tu."
'Hye Nurul? Ko dah ok ke?" datang dah mamat sengal tu.
'Aku ok la. Zad, ko memang kan?"
'Pe yang memangnya?" dengan pandangan menusuk kalbu aku pon berkata2 la kat dia.
'Ko memang sengal kan?" hehe, dengan muka selambanya aku pon berlalu dari situ.

---------------------------

'Yea...............Yea...........Aku dapat belaja lagi. Yes....!!!!!!!!!!
X sabonyer nak bagitau dorang aku dapat belaja lagi.

-------------------------------

'Kak Tim orang dapat sambung belaja g."
'Wau bagus la tu."
'Pe ko dapat sambung belaja g?" Aiezad memandangku cam x caya la tu.
'Ye la. Ko ingat ko sorang jer nak jadi pandai? Mana aci aku pon nak pandai gak."
'Aman la aku ko xde nanti. Dah le suka panggil aku sengal."
'So why? Dah memang betul pon ko tu sengal"
'Dah setat la tu korang ni. Malas akak nak layan."
'Ala kak lek la pasni akak x dengar dah ktorang nak memekak g. Betul x abangku sengal?" 1,2,3 lari........................

------------------------------

Lagu PCD – When I Grow Up memekakkan suasana pagiku. Adoi kaconyer, malas tul la nak bangun. Malas nak ngadap lecture yang banyak songeh tu. Dah la ajar orang satu pe pon x paham. Tau la amik IT, tapi agak2 la sikit de ke ajar asik tekan je slide. Paham pon x, so malas nak banyak komplen. Balik buka buku belaja sendiri g ok.

Nak x nak kena la bangun jugak. Kelas setat g 2 jam. Nak jalan g dah brape 30 minit. Mandi lagi, mane nak makan lagi. Sempat gak la nak sampai kelas die. Lecturer muda g n ncem bergaya tapi xleh blah watak sama cam si sengal tu. Rindu lak kat mamat tu. Pe la cite dorang ek? Tapikan lecturer aku sorang ni malas tul nak cakap ayat laser gile dari mamat tu. Dah tu slalu soal aku macam2. Dah la x paham die ajar pe. So aku pon main blasah je la jawabnyer. Sudahnye x pepasal aku lak kene wat keje tambahan. Bertambah g keje aku. Tensen lak ngan lec aku sorang tu.

Ok abis cite pasai lec aku tu, yang sebenarnye aku saja je nak abiskan masa korang pasai lec aku tu. Jangan marah k. Korang tau, x sangka lak kat cni de sorang mamat yang saling x tumpah prangai cam mamat sengal kat opis aku dulu tu. X ingat ke Aiezad Adam. Tapi kali ni mamat yang terlebih sengal ni namenye Salleh. Perwatakan dah ok cukup sifat semue. Tinggi, kulit cerah, muka paling penting. Muka die cam pelakon Korea yang korang suke tu ala name die ikut melayunya Hujan tapi ikut englishnya Rain. Tapi mulut xleh blah laser gila. Paling x suka dia suka cari pasai ngan aku malah g teruk dari Aiezad tu. Sehari kalu jumpa bukan main syiuk lagi die nyakat aku. Paling teruk die g letak lipas (huhu..binatang paling benci tu) dalam beg aku time aku g tandas. Teruk betul la x pasal2 orang lain pon kena histeria ngan joget lambak dalam kelas dengan aku. Sengal betul la mamat tu. Balik tu pe g gaduh beso la gak. Aku g serang dia.

'Ko pe hal asik kaco aku jer?"
'Suke ati la nak kaco ko pon. Bukan kene pe pon."
'Memang la x kene pe2 pon tapi agak2 la menyakat aku pon."
'So ade bantahan?" cam kenal jer ayat tu.
"Dah la malas aku nak layan ko. Wat sakit ati jer. Sengalllllll!!!!!!!!!!!!!!!!!"
'Pe ko cakap?"
'S.E.N.G.A.L……Sengal!" aku pon terus blah malas nak lame2 kat ctu.

Tapi yang paling bestkan korang lepas something yang jadi aku ngan dia jadi pasangan yang bahagia tau. Ni semua gara2 kesengalan dia gak yang wat kan ktorang jadi cam skunk ni. Rupe2nya de sebab dia sakat aku sampai camtu skali. Die suka kat aku dari ari pertama ktorang masuk kelas sesama. Tapi dia x tau camner nak luahkan perasaan dia kat aku. So dia gunalah taktik kotor dia iaitu dengan mengenakan aku tuk tarik perhatian aku. Pandai je kan dia tu.

Korang nak tau? Sejak dari ari yang dia kenakan aku tu (lipas) die dah x kaco aku. Yang paling x sangkanya ari2 aku dapat hadiah cam coklat la bunga la. Time kasih la kat sape yang bagi aku tu. Dah selamat pon aku belasah coklat tu ngan dak2 umah aku. Aku makan sikit jer. Bukan pe takut de jampi ke. Hehe. Lastly aku baru tau rupa2nya ni semue keje si Salleh tu. Dia nak mintak maaf kat aku. Aku memang dah lama maafkan pon. Aku bukan jenis pendendam pon.

Bahagian paling bestnya aku saja je wat dono kunun2 x nak maafkan la ni. Korang tau pe yang die wat? Kesengalannya yang wat aku jatuh cinta skali lagi. Die wat mende yang korang pon xkan jangka sama la cam aku gak. Dia g jerit kat depan orang ramai yang dia suka aku. Dah heboh gila. Muka aku dah naik merah cam udang kene bakar. Dah naik blusher kat muke aku. Malu gile wei...

So sejak tu la ktorang jadi rapat n x terjadi dah apa2 yang bisa membuatku sakit ati ngan dia. Cam x caya lak ktorang leh sampai ke tahap ni. Sekali lagi kesengalan dia datang, letih aku dapat pakwe sengal cam dia tau. Korang mesti kena tau gak. Malas nak tanye dah. Die wat surprise ari jadi tuk aku dan hadiah yang paling bermakna tuk aku ialah …………..Die purpose aku depan sume member aku dan dia. Terharunye aku, rasa cam nak peluk jer dia. Sabar beb. Lastly lepas grad nanti ktorang dah rancang akan berkawin. Nasib la mak bapak dia leh terima aku dan paling penting parents aku dapat terima dia gak.

So mai la ramai2 jemput datang ke majlis aku...Hehe.

---------------------------------

X sabarnyaa g berapa minggu aku akan melangsungkan perkawinan ngan Salleh sengal aku ni. Segala persediaan dah get ready. Tinggal nak nikah ngan sanding jer. Cantik x tema perkawinan aku? Biru lembut. Feveret kaler aku la tu.

Tapi kan something yang jadi wat aku kembali sepi n sedih kembali……..

"Adik! Adik, bangun la siap cepat. Ko ni nak kawin pon lambat bangun ker?"
'Kaco la ko yong. G la main jejauh."
"Banyak la ko main jejauh. Bangun!!!!!!!!!!!" alamak gegaran berlaku. Bisingnye akak aku sorang ni. Yang aku pon sorang sengal dah tau nak nikah leh lak bangun lambat. Bukan pe semalam seronok sangat nak kawin sampai tido lambat lak dok berangan kehidupan pas aku bergelar isteri orang. Pe lagi terpaksa la aku bangun walau malas pon.
"Adik cepat la sat g mak andam datang."
"Ok aku siap la ni. Bising la ko." Lepas beberape jam aku pon siap sedie tuk ke masjid nak nikah la kate kan. Baru nak langkah kuar bilik dah akak aku sorang ni datang balik siap heret aku masuk bilik lagi.

'Ayong, ko pehal heret aku ni? Abis cair mekap aku tau. Rosak lak mekap."
"Ko diam la dulu dan paling penting ko tarik nafas n kuatkan semangat k." Ni pehal lak akak aku ni. "Dik, sabar ek. Salleh eksiden dalam perjalanan tadi. Die dah xda." "Yong, betul ke ni? Ko jangan main2 Yong." pelik nape aku x mengalir air mata langsung. Hanye mata aku bergenang je.
"Dik ko ok x? Dik! Dik!" dunie ku gelap rasanya. Sedar2 semua orang de dikeliling aku.
"Abah, mama, ayong nape ni? Mane abang?"
"Dik sabar ye dik" Mama peluk aku. Nape ni? Baru aku sedar semua yang berlaku ari ini.
"Dik sabar dik. Salleh dah xde, dia dah selamat dikebumikan." Abah pulak memujuk diriku.

-----------------------------

Setahun selepas tu aku baru dapat melupakan sedikit demi sedikit kenangan lalu. Amat perit tuk melupakan orang yang kita sayang. Tapi aku kuatkan diri tuk menerima segalanya.

Lagu Agnes Monica – Matahariku menyanyi2 di handsetku. Sape lak la yang tipon ni. Kaco la plak.
"Assalammualaikum, dik."
'Walaikumsalam,ma. Mama ngan abah sihat?"
'Sihat alhamdulillah dik. Bila nak balik umah ni? Ada orang nak masuk meminang ni."
'Biar betol mama ni?"
'Betol la budak bertuah ni."
'Sapa ma?"
'Balik je la dulu. Banyak soal lak ko ni dik."
'Ye la ma orang balik la ni."
"K la. Jaga diri tu. Jangan lupa solat. Nak balik ni jangan lupa bagitau dulu.
"Baik Mem. Kim salam kat semua orang rumah tu.K babai. Assalammualaikum."
"Waalaikumsalam."

Klik!


'Sapa plak la yang nak masuk minang aku ni? Wat gempak jer. Pe2 pon jom kita balik dan tengok sapa orangnya.’ gumam atiku.

----------------------------

"Assalammualaikum. Mama, abah. Mana lak dorang ni.?"
"Waalaikumsalam. Hah, Adik balik pon. Jom naik, g mandi, solat pastu makan. Nanti baru cite panjang k."
'Baik Bah."

Malam itu.......
'Bah sapa yang nak masuk meminang adik ni?"
'Tu abah x nak cakap yang penting adik terima je la. Abah bukan pe, abah nak yang terbaik tuk anak2 abah. Abah nak adik bahagia, xkan ayong jer yang bahagia ngan family dia sendiri. Abah nak adik pon de kuarga sendiri. Abah dah tengok bakal menantu abah tu. Memang abah dah berkenan lama ngan die." Abah ni wat aku nak nangis lak.
'Abah, adik ikut je segala permintaan abah ngan mama. Adik sayang semua."
"Baguslah macam tu.Esok dorang datang merisik ngan meminang sekali. Cukup bulan ni adik kawin la ye?"
"Baiklah bah. Adik ikut jer pe yang abah cakap."

Esoknya....
Meriah gak majlis pertunangan aku ni. Alamak serba pink tu. Berdebarnya ati nak bertunang sekali lagi padahal yang kedua kali ni. Rasanya mesti sebab aku x tau dan x kenal sapa bakal suami aku ni.

Cukup bulan.....

"Adik amacam? Berdebar x? Sat g ko akan bergelar puan lak." ayong ni ade je tau nak nyakat aku. Dah la berdebar semacam ni. Nak luruh lak rasenya jantungku ini.
"Hye adik sayang." Cam kenal jer sore tu.
"Kak Tim! Ya Allah! Bile sampai ni? Sowy la orang lupa la kat akak. Dah lama x jumpa akak tau. Rindu orang kat akak."
"Tu la ko kawin x ingat kat akak pon. Akak baru je sampai la Nurul. Cantik Nurul ari ni. Mesti 'abang’ Nurul terpaku tengok ni." Dah setat la tu Kak Tim ni, xpe la dah lama x digiat pown.
"Ala Kak Tim ni malu la orang." tiba-tiba abah pon masik dalam bilikku sambil berkata....
"Dik, siap sedia pengantin laki dah sampai tu."
"Baik bah." Maka dengan itu kesemua umat manusia kat dalam dan luar bilik aku pon siap sedia la. Takutnya aku, dah sejuk tangan ni.

"Aku terima nikahnya Nurul Suhana Binti Azlan dengan mas kawinnya Rm100 tunai." Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri kepada .........?. Menitis air mataku setelah sekian lama aku menanti seorang lelaki yang sudi menjadi suamiku.

"Ok2 bagi laluan pengantin lelaki nak masuk untuk batalkan air wuduk." Malunya aku nak pandang dia. Padahal tadi aku bukan main x sabar nak tau sapa suami aku ni. Pe2 pon dulu aku hulurkan tanganku kepadanya. Hangat terasa tanganku ini. Saat yang dinanti2kan. Setelah sarung cincin dia mengucup dahiku. Waktu tu bukan main terkejut aku tengok laki aku. Kuss semangat......Korang tau aku terlepas cakap pe kat dia?
"Awak, sengal?" dah semua orang terkejut pekehal lak pengantin pompuan ni bersengal2.
"Ye sayang. Memang abang sengal sayang pon." Uiks..ngan muke selambe jer dia cakap cam gtu depan semua orang. Memang sengal tul la dia ni. Dari dulu x berubah-ubah.


"Kak Tim.........Saja je tau. Malu orang tadi."
"Tu la ko asik gaduh jer kan dah lekat. Kan dah masin mulut akak, tu la asik gaduh kan dah jadi laki bini. Pasni jangan gaduh2 lagi k. Nurul ko tau x, dulu de orang tu frust menonggeng pas ko g belaja dah tu tup2 dengar cite ko nak kawin lak. Dahsyat gak penangan ko ek Nurul."
"Ye ke kak. Cam x caya je kak. Dulu la kan orang ingat de mamat sengal ni suka orang xde.Tapi kan kak bukan ke dia ni dah berpunye dulu? "
"Tu la nasib akak de tau. Tu cite dulu. Kadang2 tu kan Nurul, cinta x semestinya bersatu. Kadang tu lepas kita kehilangan seseorang baru kita sedar kita cintakan dia. Time tu memang dah x guna dah. Tapi ye la jodoh ditangan Allah. X sangka kan korang bersatu akhirnya. Jodoh kuat la kata kan."
"Kak Tim thanks ek kak. Orang sayang akak. Berkat mulut akak tu ktorang bersama akhirnya."
"Hah, Zad. Ko tu lain kali usaha sikit nak dapatkan anak dara orang ni. Nasib de akak ko ni tau. Zad jaga Nurul elok2 k. Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke anak cucu cicit. Tahniah."
"Akak thanks again" ketika itu aku rasa bahagia sekali nak2 lagi kan Aiezad Adam adalah suamiku dan ketika itu dia mengenggam erat tanganku. Semoga kami bahagia selamanya. Korang semua doakan la aku dan suami tersayangku selalu. Tapi kan de satu mende dalam pikiran aku nakal aku skunk ni iaitu............harap2 jangan la runtuh umah bile dia dah datang sengal nak kaco aku g. X larat wei. Kecoh nanti ktorang gaduh balik. Mesti bergegar umah. Riso aku ngan kesengalan dan kenakalan dia.




Nanti la dulu......Lom abis lagi la. Selesai je majlis nikah tu tiba lak hari bersanding ktorang....Gempak wei sekali lagi. Meraung aku jap ye la ingatkan aku dah jadi janda lak. Dah la baru kahwin....

Tengah syiuk2 siap sambil bergurau ngan ayong dan Kak Tim datang plak abah dalam bilik aku mengkhabarkan berita sedih yang suami aku eksiden. Dapat la aku merasa pengsan untuk kali kedua. Sedar2 aku terus jer meraung. X sanggup woo kehilangan sekali lagi orang yang kita sayang. Tiba2 aku rasa de orang peluk aku. Pandang2 rupa2nya suami aku yang peluk. Pe lagi berjurai air mata, aku ingatkan aku dah kehilangan dia.

"Ayang nape nangis2 ni?" alahai naik luruh jantung dengar sore dia.
"Abang, ayang ingat abang dah xde. Ayang x sanggup kehilangan abang."
"Jangan camni yang, abang xkan tinggalkan ayang.Tadi tu abang xde pe pon. Eksiden sikit jer abang ok jer yang. Kereta kita yang k.o yang."
"Yang penting sekali abang x cedera. Bang....Ayang sayang abang. I love you so much bang...."
"I love u too honey....Dah jom kita sambung balik majlis sanding kita ni. Kesian lak orang datang nak tengok pengantin. Penat dorang datang melaram abis2an tu."
"Abang ni x senonoh la. Orang ngah sedih2 ni dia wat lawak lak. Ngade je tau. Bagi la ayang bersiap lik. Tengok ni comot dah ayang. Abang la ni. Abang........."
"Ye sayang....Pe die....?" dengan penuh romantik dia pandang ke anak mataku. Sesungguhnya panahan mata dia yang redup itulah pernah membuat hatiku bergetar hebat dan membuai mimpiku.
"Abang......S.E.N.G.A.L......" maka dengan itu aku pon melangkahkan kaki ku ke arah belakang dan siap sedia tuk berpusing dan lari.
"Ayang...........!!!!!!!!!!!" maka terjadilah adegan kejar mengejar kejap.

Malam itu setelah selesai majlis persandingan kami.
"Abang.....Ayang nak say thanks to you. Terima kasih sebab sudi amik ayang jadi isteri abang. Ayang janji tuk setia selamanya pada abang." Kataku yang bersandar pada dadanya yang bidang sedang tangannya pula memeluk erat pinggang aku dari belakang sambil bersaksikan bintang2 dan bulan diberanda bilik.
"Ayang, abang pon akan setia pada ayang dan mencintai sayang selamanya. Sejak ayang pergi blaja abang terasa kosong dalam hidup. Tanpa kenakalan dan kemanjaan ayang hidup abang sepi. Nak2 lagi time ayang dah grad abang dapat cerita ayang akan berkawin. Hancur luluh ati abang tau sayang. Lagi sedih bila abang dapat tau ayang kehilangan bakal suami ayang. Maafkan abang sebab xde pada masa ayang bersedih."
"Abang, jangan la kita kenang lagi pe yang dah berlalu. Abang ayang nak wat doa selamat tuk kita ngan tahlil tuk arwah Salleh boleh x bang?"
"Boleh jer yang. Lepas majlis tu kita g honeymoon k?"
"Ok baik bos?"
"Ayang nak tau x pe yang wat abang jatuh ati g pada ayang?"
"Pe die bang?"
"Senyuman ayang yang manis, jelingan ayang dan lirikan mata ayang yang menusuk jantung abang. Ok jom la masuk tido."
"Jom bang....Bang, I love you....."
"I love you to yang....."

4 bulan lepas tu....
"Yes........Yippieeeeeee.........Aku bakal jadi papa." Tengok la tu dah datang sengal dia la tu dok jerit siap joget gaya Elvis g...X senonoh jer perangau dah nak jadi bapak orang pon wat perangai gtu.
"Abang.....malu la sikit kat semua." kan semua mata dah jeling kat dia. Padan muka.
"Ehem...Zad abah ngan papa termasuk semua dah bincang tadi kebetulan sangat la tu. Kita kan nak wat kenduri cukur jambul tuk anak ayong korang tu, jadi kita wat la kenduri kesyukuran tuk kamu berdua sekali nak sambut orang baru kan."
"Ok, Zad terima je cadangan semua. Ayang camner?"
"Ayang ok jer. Go on."
"Baguslah camtu. Jom la kita makan ngan minum2 kat dalam tu. Semua yang de kat ctu pon beredar ke dalam.
"Yang thanks...I love you."
"Thanks to you too bang...I love you too.." Muaaahhhhh....Sempat lak dia cium pipi aku. Aku pon balas la balik ciuman kat pipi dia. Makanya ktorang pon nak ke dalam la ek nak makan2. Sambil tu kt pegang2 la tangan sikit banyak menuju ke dalam. Hehe. K babai aku nak g makan ngan hubby n my family.


P/s : Korang thanks la sudi baca cerpen yang x seberapa ni...Sory la kalu de ayat yang korang x phm n sory kalu cite ni merepek ke kan.lagi satu sowy la ntah pe la problem (") ade yg jadi ('). Harap maaf ek korang semua. Al-maklumlah saya budak baru belajar. Sila la komen pe2. Saya sanggup je terime semua komen2. Cerpen ni wat pon sesaje je nak try.(^o-)