SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

1
Komen

Buruk 22


“Aiman, suka tak kalau acik Tasha jadi Mak Ngah Aiman?” soal Kak Siti dengan soalan ‘cepuk’ emasnya.

“Mestilah ‘cuka’,” jawab Aiman dengan penuh semangat.

“Kalau Aiman suka, Aiman cakaplah dengan nenek Aiman. Suruh kahwinkan Pak Ngah dengan Acik Tasha cepat-cepat. Nantikan hari-hari Aiman dapat main dengan Acik Tasha,” sudah...Kak Siti dah start cucuk jarum dia. Dekat budak kecik macam Aiman ni pun jadilah.

“Aiman, kenapa tersengih sorang-sorang ni?” soal Badrul yng sedari tadi tertoleh-toleh melihat Aiman yang tersengih sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

“Mana ada. Pak Ngah ni....pandai je tau. Pak Ngah, bila nenek dengan ibu balik ‘umah’ kita?”

“Esok kot, kenapa?”

“Takde apa,” Aiman menggelengkan kepalanya sambil tersengih kembali.



“Tasha, takde cerita lain ke nak tengok. Dah tu asyik termenung je dari tadi. Meh sini remote tu,” dengan pantas Nora merampas remote control yang berada ditanganku.

“Kau ni kenapa? Dari tadi asyik keluh kesah je, dah macam kucing nak beranak pun ada. Apa nak jadi dengan kau ni?” sampuk Zarina pulak yang sedari tadi membatukan diri.

“Tak ada apa,” balasku pendek. Sebenarnya ada apa, korang jangan bagitau dengan dorang pulak tau. Nanti aku tak nak cerita lagi kisah hidup aku dengan korang semua. Aku sebenarnya terkenangkan mamat sorang tu, siapa? Siapa lagi kalau bukan bos aku, Badrul Amri yang comel bukan main tu.

Aku tengah tak senang duduk ni, ni semua gara-gara tengahari tadilah. Errr..korang jangan cemas pulak, aku bukan salah makan ke apa pun. Cuma aku sekarang ni bagaikan orang yang sedang dilamun cinta, mana je aku pandang asyik teringat dekat mamat tu.
Pertolongan!!!! Tolong ubatkan penyakit aku sekarang ni.


“Aiman, dah siap ke?”

“Dah. Pak Ngah, ibu balik hari ni ke?”

“Ye kot. Kenapa?”

“Rindu kat ibu.”

“Tulah, ibu dengan nenek ajak ikut, tak mau.”

“Pak Ngah....”

“Yup.”

“Takde apalah.”

“Aik?! Macam tu je. Dah panggil tak mau cakap pulak. Aiman ni kenapa?”

“Aiman ‘bocanlah’ Pak Ngah. Pak Ngah tak payah kerja hari ni boleh tak?” Badrul mengerutkan dai mendengar permintaan Aiman.

“Mana boleh camtu. Pak Ngah tak boleh ambik cuti tiba-tiba kalau takde hal. Tapi takpe, memandangkan permintaan Aiman penting. Pak Ngah kerja separuh hari jelah hari. Ok?”

“Ok,” muka Aiman berubah ceria.

“Macam tu, jom kita pergi ofis Pak Ngah dulu. Petang nanti kita lepak kat KLCC.”

“Yea...yea...sayang Pak Ngah,” sebuah kucupan khas ditujukan dipipi kanan Badrul. Aiman masih terlompat kegirangan.



“Sherry, masuk dalam bilik saya sekejap,” Badrul memberi arahan setelah panggilan dijawab oleh Sherry.

“Kenapa bos panggil aku ni? Aku ada buat salah ke? Ke dia nak ajak aku pergi dating?” Sherry gelak gaya gedik campur perasan. Tangannya pantas mencalit gincu dibibir serata meratakan bedak dipipinya. Kemudian dia melangkah dengan yakin menuju ke bilik Badrul. Pintu diketuk dari luar.

“Masuk.”

“Ya, bos. Ada apa yang perlu saya bantu?”

“Tolong chek aktiviti saya sepanjang hari ni?” pinta Badrul sambil menanti.

“Hari ni, kalau ikutkan bos ada meeting dengan Farid Corparation. Kebetulan tadi pihak dorang telifon dan meeting dibatalkan. So...bos free hari ni.”

“Ok, bagus. Kebetulan saya pulak tak masuk petang ni. Jadi, kalau ada apa-apa boleh terus kepada Yazidlah ye. Satu lagi, saya tak mahu diganggu petang ni. Ok itu je, awak boleh keluar, terima kasih,” Badrul melemparkan senyuman manis yang mampu mencairkan jiwa Sherry saat ni. Kalah susu cair cap F&N.



“Ada apa hal bos panggil?” soal Anita, kaki kepoh nombor satu di ofis mereka.

“Takde apa pun. Just cakap petang ni dia tak masuk. Tu je, buat penat je aku mekap tadi. Ingatkan dia nak ajak aku pergi dating ke tadi,” Sherry menghamburkan rasa terkilannya pada Anita. Kemudian mereka membuka kedai kopi jenama ‘gosip’.



Sekian matahari terbit disiang hari, kini muncullah bulan menerangi malam. Aiman kelihatan gembira sekali hari ni maklumlah dapat pergi jejalan dengan Pak Ngahnya diKLCC.

“Aiman, pergi mandi. Kejap lagi ibu sampai.”

“Yea..yea...ibu balik!” Aiman memekik gembira. Dia segera mendaki tangga menuju ke bilik untuk bersihkan diri begitu juga dengan Badrul. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, mereka berdua turun bersama menanti kepulangan yang ditunggu-tunggu. Tak sampai setengah jam kemudian, terdengar bunyi deruan kereta memasuki perkarangan rumah.

“Assalamualaikum,” terdengar suara memberi salam.

“Waalaikumsalam,” jawab mereka berdua serentak.

“Anak ibu,” Kak Shida segera memeluk Aiman didepan pintu dan dikucup Aiman dengan penuh kasih.
“Ibu, Acap mana bu?” soal Aiman yang mencari kelibat adiknya, Asyraf.

“Ada dengan nenek, nah Aiman bawak masuk ni kat dalam. Kejap lagi nenek masuk dengan adik. Ibu nak pergi angkat barang dengan papa kat kereta,” Kak Shida memberikan bekas berisi botol susu pada Aiman. Dia segera menuju ke kereta untuk memunggah barang yang masih ada di dalam kereta.

“Banyak barang bang,” celah Badrul yang tertinjau-tinjau dalam kereta. Uminya sudah masuk terlebih dahulu dengan Asyraf sebentar tadi.

“Mana tak banyak, akak kau ni. Pantang nampak orang jual barang kat tepi jalan tu, semua benda dia nak borong.”

“Pandailah abang tu, dia pun sama. Habis semua mainan yang orang jual di beli untuk Aiman. Nah! Angkat yang ni bawak masuk dalam,” Kak Shida memberikan selonggok plastik berisi barang pada Badrul.

“Bad, Aiman macam mana? Ok tak sepanjang Bad jaga ni?”

“Ok je Long, nakal budak je pun,” Badrul membalas pertanyaan kakaknya.

“Biasalah tu Bad, namanya budak-budak. Nanti kau ada anak sendiri baru kau tahu,” sampuk Abang Long yang penuh dengan barang ditangan.

“Lambat lagilah saat tu nak tiba.”

“Apa pulak lambat, tak lama je lagi tu. Umi tu pun asyik merungut je bila Bad nak kahwin.”

“Ish...Along ni. No komen,” Badrul membuka langkah besar agar cepat sampai ke dalam rumah.
“Hah! Bad, meh sini kat umi,” Uminya memanggil dengan penuh lembut. Macam ada bau-bau bahaya je ni.

“Aiman, tepi sikit,” sengaja dihimpit Aiman yang duduk ditengah-tengah sofa.

“Apa Pak Ngah ni? Tak ‘unatlah’,” Aiman menolak badan Badrul dengan kuat. Badrul hanya tertawa.

“Kenapa umi? Macam ada benda penting je nak sampaikan ni. Umi nak kahwin lagi ke?” gurau Badrul spontan.

“Ish..Bad ni, kesitu pulak dia.”

“Dah tu kenapa umi?”

“Umi nak Bad kahwin!” dengan tegas uminya berkata sehingga Aiman terkentut apatah lagi Bad yang tersedak air liur yang baru hendak dicernanya.

“Umi ni biar betul?!” naik terjojol biji matanya saat ni. Along dengan abang Long dah tersenyum kambing pandang dirinya.

“Apa pulak tak betul. Betullah apa umi cakapkan ni.”

“Dengan siapa?”

“Siapa, apa ni?” soal uminya pulak.

“Umi nak suruh Bad kahwin dengan siapa?”

“Hai...dengan siapa lagi kalau bukan Tasha,” dengan pantas uminya menjawab.

“Apa?!”



“Apa?!” aku terkejut mendengar khabar yang dibawakan oleh Nora.

“Kau biar betul Nora?” giliran Zarina pulak bertanya.

“Betullah, kau ingat aku main-main ke? Menyampah,” Nora mengajuk cara Pak Sudin di dalam cerita Seniman Bujang Lapok.

“Bila masa korang bercinta ek? Senyap-senyap je. Apa punya kawan daa...” balas Zarina dengan nada tak puas hati.

“Betul tu, bila masa korang bercinta? Tup...tup... je nak bertunang,” aku pulak mencelah ditengah kekalutan.

“Cinta ekspresslah katakan. Apa nak buat. Korang jangan jeles pulak ek,” Nora tersengih bahagia.

“Tak jeles pun. Cuma ter‘kezut’ je.”

“Bila nak berlansungnya majlis kau tu?” soalku.

“Rileklah, lagi dua bulan je. Lagipun semua persedian dia buat. Aku cuma rilek je tunggu masa untuk sarung cincin,” ujar Nora.

“Bestlah kau, dah lepas. Kitaorang ni, bilalah agaknya,” aku dan Zarina termenung.