SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

3
Komen

Mini Chocolate (Kenanganku I)

Assalamualaikum semua...(^0-) Berjumpa lagi kita sekali lagi, kali ni aku nak bawa korang semua imbas cerita aku, Husna atau Una dan suami aku, Daniel atau Dany. Aku rasa mesti korang masih ingat lagikan saat kami berkenalan dulu. Asyik gaduh je macam kucing dengan anjing, tapi kini tak lagi memandangkan kami saling mencintai satu sama lain.

Masih ingat dengan situasi ni tak? Dimana Dany meminta tolong aku untuk berlakon sebagai awek sementara dia?



Malam tu pening kepala aku nak tidur tau, apa kata korang baca jelah cerita aku malam tu.

‘Boleh caya ke mamat sengal tu?’ aku menarik majalah remaja terbaru dari rak buku yang tersusun pelbagai majalah, komik serta novel. Habis semua benda alah tu aku angkut bawak datang sini. Membebel mama, dia tanya nak buat apa semua ni? Aku jawab nak bacalah takkan nak buat perhiasan pulak. Bukan apa, asyik menghadap komputer pun bosan jugak. Nasib ada koleksi kesayangan aku ni.

Ok, tutup cerita pasal tu, tak pasal-pasal dah alih topik lain pulak. Majalah remaja ditanganku tidak terusik, fikiranku sekarang tidak boleh fokus hal lain. Asyik teringat je permintaan Dany yang mengarut tu. Aku menutup kembali majalah remaja dan berbaring atas tilam bujang berwarna pink. Pandangan kuhala ke kipas yang melekat cantik di dinding. Ngantuklah pulak rasanya.

Baru nak layan ngantuk aku dikejutkan dengan mesej masuk. Kacau daun betullah, sapalah yang hantar mesej malam-malam ni? Nak lepak kejap pun tak boleh. Aku mencapai malas handset T700 dari atas meja belajar dan tekan butang open, terteralah mesej dari Hotlink jer pun.

Apalah Hotlink ni, sibuk jer hantar benda alah macam tu. Tanganku laju menekan butang keluar. Aku meletak semula handset ke tempat asalnya di atas meja. Kini komik pula menjadi tatapan mataku . Seronok jugak baca komik ni tau, tambahan kalau dari Gempak Starz punya. Aishhh..mengarut lagi.

“Ko tak nak join kitaorang tengok tv kat luar ke?” soal Qure yang tiba-tiba muncul dari muka pintu.

“Takde moodlah. Korang jelah yang layan. Aku nak layan baca komik ni jap. Pastu aku nak ‘bobok’ dulu,” jawabku dengan aksi yang sesuai digayakan bersama.

“Apa-apa jelah ko ni,” balas Qure dan berlalu keluar dari bilik kami.

Selesai cakap-cakap dengan Qure, tiba-tiba terdetik dalam hati aku untuk mesej Dany. Tanganku mula terasa gatal untuk menekan mesej.


Aku selamat tekan butang send dan sms tu berjaya sampai kat di sebab tak lama je lepas tu aku dapat balik sms dari dia.







Fuh, lega dapat ikut kehendak hati walaupun aku dapat rasa debaran didada kuat namun aku gagahkan diri jugak. Termenung lagi sekali bila terpikir kenapa aku buat semua ni? Aku pun pelik, apa pun tawakal jelah.

“Woi, termenung!” sergah seseorang. Mesti Yanalah tu. Aku pusing belakang, kan betul tekaan aku. Dia ni memang pantang nampak orang lain termenung, mesti disergahnya orang tu.

“Yana ni....” desisku.

“Ala..sorilah, sapa suruh ko termenung jauh. Aku panggil berapa kali pun tak menyahut. Nah, aku beli kopok lekor untuk ko,” dia menghulurkan sebungkus keropok lekor padaku.

“Mana yang lain?” liar mataku mencari kelibat Yaya dan Qure.

“Dorang pergi beli airlah. Nasib baik ko duduk diam kat sini, berangan sampai kemana ntah. Orang panggil pun tak menyahut, apa daaa...” kutuk Yana. Aku cuma mampu tergelak saja.

“Ehem...assalamualaikum, “ sapa satu suara yang tidak asing ditelingaku.

“Waalaikumsalam,” jawab kami serentak.

“Sori ganggu, boleh pinjam kawan awak sekejap tak?”

“Boleh encik, boleh je. Yana pergilah, encik panggil kau tu. Aku pergi tengok dorang jap ek,” secepat kilat aku bangun masuk ke kafe. Korang nak tau sapa orang tu? Betullah tu tekaan korang, aku tau korang ni memang pandailah. Encik Hisham atau Sham yang tegur kami tadi, kenapa aku lari dari dia aku pun tak tahu.

“Korang, lepas habis kelas kang aku nak jumpa member japlah. Korang baliklah dulu ek, nanti jumpa kat rumah,” aku sibuk bercakap dengan Qure dan Yaya sambil mata tak lepas pandang ke arah air ditangan. Dahaga betul tengok oren ni. Kesian Yana, selamba aku je tinggalkan dia dengan Encik Sham. Kena susun ayat dulu ni nak mintak maaf dengan dia.

“Bak sikit kopok lekor tu,” pinta Yaya. Aku menghulurkan bungkusan plastik berisi keropok lekorku.

“Husna...sampai hati ko tinggalkan aku dengan encik tadi. Dia nak jumpa kau bukan aku, sekeh kang baru tau!” belum sempat kitaorang sampai dekat Yana. Dah terpekik-pekik lak budak sorang ni, buat malu kaum je.

“Yana, slowlah sikit. Malu orang tengok,” Qure buat isyarat diam.

“Nak cakap lagi, cakap kat rumah nanti, jom masuk kelas,” sekali lagi Qure selamatkan keadaan.



“Korang, aku pergi dulu ek. Bye..” aku melambaikan tangan pada mereka. Yana memandangku dengan pandangan pelik sebab dia sorang je tak tahu aku nak ke mana. Aku berjalan dengan pantas menuju ke kafe, takut dorang nampak aku ke mana nanti.

Sampai kat kafe, aku pandang sekeliling. Hampa, orang yang dicari takde lagi. Aku mengambil tempat dihujung sudut kafe, biar tersorok sikit dari dinampak oleh kawan-kawan aku yang lain. Maklumlah aku sekarang ni ada temu janji dengan Danial, pelajar lelaki yang paling ‘popular’.





Malam tu sekali lagi aku pening kepala dan kali ni terpaksa sapu ubat Cap Kapak pulak kepala ni, jangan pikir lain pulak tau. Aku pening nak baca tulisan mamat ni. Nak kata cakar ayam tak, maybe cakar kambing kot. Dah tu tulisannya kejap jelas kejap lagi kabur, dia ni tulis dalam gelap ke? Last-lastnya aku tertidur kepeningan memikirnya. Tidur lagi best dari layan apa yang ko(Dany) tulis!

Amacam? Dah ingat semula cerita pasal aku dengan Dany? Kalau tak ingat jugak nampak gayanya korang kena baca dari mula kisah aku dengan Dany. Emmmm...korang mesti tertanya-tanya kenapa aku terima permintaan Dany untuk jadi awek sementara dia kan? Aku pun tak tau kenapa, yang pasti hati aku senang untuk terimanya walaupun aku takut dengan akibatnya kemudian hari. Kadang-kadang kita pun tak dapat duga kehendak hati kita, tau-tau kita dah buat baru kita tertanya-tanya kenapa.

Harap korang puas hati dengan cerita aku kali ni, insyallah kita jumpa lagi. Aku sertakan sekali gambar kahwin aku dan Dany.


3
Komen

Sinopsis Will You Be My Chocolate

Kau umpama coklat yang mampu memberi aku kebahagian tika ku berduka...
Tanpa kita sedari yang sebenarnya dari dulu kita sudah jatuh cinta...



Aku hanya menyintai dia..sehingga kehadiranmu dalam hidupku
mampu meruntuhkan cintaku padanya...
Demi cintaku padamu...Ku tolak egoku ketepi..



Akulah Baby...model terkenal tanah air...
yang digilai ramai jejaka...
namun hatiku hanya terpaut pada cintanya..



Secara tidak sengaja, perkenalan mereka yang pada mulanya dingin kerana sering terlanggar sesama sendiri menyebabkan mereka menjadi musuh, tapi dari musuh menjadi kawan dan akhirnya menjadi cinta. Pertemuan semula kedua-dua family mereka akhirnya menyatukan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Namun pernikahan mereka sengaja dirahsia atas sebab tidak bersedia. Hingga satu persatu dugaan datang melanda akibat dari rahsia tersebut.
4
Komen

Buruk 18


“Apa yang bising sangat tadi? Macam nak runtuh rumah ni dibuatnya,” umi menyoal Badrul yang masih lagi tidak lekang dengan ketawa. Suka benar dia melayan keletah Aiman yang nakal.

“Aiman, turun elok-elok, jatuh nanti tu,” sempat papanya berpesan. Aiman hanya tersengih dan memperlahankan langkah kakinya. Mereka mengambil tempat masing-masing.

“Bad, esok sibuk tak?” soal Along yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan Abang Long.

“Rasanya tak kot, kenapa?”

“Esok, Along cadang nak bawak umi pergi rumah calon bini kau,” ujar Along selamba hingga mampu membuatkan Badrul tersedak air oren yang baru dihirup seteguk dua.

“Aik, baru sebt dah tersedak ke Bad?” usik Abang Long.

“Err...Asyaf mana Along? Dia tak makan sekali ke?” Badrul mengalih topik. Kepalanya sengaja ditinjau-tinjau melihat sekeliling seolah-olah mencari kelibat Asyraf.

“Bad, kau ni demam ke apa?” balas Along.

“Asal lak Bad demam? Bad ok je ni.”

“Ok kau kata? Kau ingat Asyraf tu besar Aiman ke dah boleh makan nasi?” Badrul termalu sendiri, perlahan suapan nasi masuk ke dalam mulutnya.

“Hai Bad, dah tak sabar nak kahwin ke? Baru sebut nak pergi rumah calon bini dah tanya soalan pelik-pelik,” sela umi yang sedari tadi mendiamkan diri memerhatikan tingkah laku anak menantu.

“Yelah umi, betullah tu. Baik umi kahwinkan Bad ni cepat-cepat,” tambah Abang Long. Aiman hanya memandang mereka, pelik dengan perbualan yang dibualkan oleh mereka.

“Dah...dah...makan dulu. Karang kita sambung balik sembangnya. Kang kenyang dengan bercakap je,” umi mematikan celoteh. Mereka semua terdiam dan mengisi perut kembali.



“Wei, cuba kau tengok minah senget sorang tu. Asyik tersengih je dari tadi,” Zarina mencuit Nora.

“Budak ni bukan betul, kalau dibiarkan entah sampai ke mana pulak dia ni. Kejap ek, aku nak kembalikan dia ke alam nyata,” Nora tersenyum penuh jahat sambil membuat isyarat tunggu.

“Tasha, lipas kat bahu kau!” jerit Nora di sebelah telinga aku. Aku yang masih diulit angan tidak menghiraukan jeritannya malah semakin hanyut dibawak arus angan. Nora memandang Zarina, Zarina mengangkat bahu tanda tak tahu.

Selalunya aku akan menjerit atau menari tango sebaik saja terpandang binatang yang amat aku alergik baik hidup atau pun mati. Nora mati akal, dia membuat isyarat pada Zarina supaya memikirkan jalan untuk mengejutkan aku. Kini giliran Zarina pulak tiba, dia tersenyum sampai ke telinga, dengan perlahan-lahan dia melangkah menuju ke arah aku.

“Tasha.....!!!!!!!!Bom nak meletup....!!!!!!!!” nyaring sekali suara Zarina melekat kat gegendang telinga aku hingga mampu mencairkan taik telinga. Aku tersentak dan dengan spontannya, aku terus bangun dan berlari menuju ke bawah meja makan. Nora dan Zarina yang sedari tadi memerhatikan pergerakanku terus ketawa mengekek sekuat hati. Aku jugak yang terpinga-pinga tengok dorang ketawa.

“Eh..korang, bom nak meletuplah. Cepatlah menyorok bawah meja macam aku ni.”

“Banyaklah kau punya menyorok, dari tadi berangan tak ingat dunia. Tulah jadinya, geli usus perut aku ketawakan kau,” dorang sambung ketawakan aku lagi. Aku yang baru dapat tangkap dengan hal sebenar terus keluar dari bawah meja. Rasa geram berbuku dalam hati, siaplah korang. Ada ubi ada batas, time ni jugak aku balas.

“Serang........!!!!!!!” aku mencapai bulu ayam yang kebetulan ada tersangkut cantik kat dinding dan melangkah mengejar dorang berdua. Tak fasal-fasal dah jadi macam budak-budak.

“Tasha, rileklah...ooiii...rileklah..sakitlah...” tulah kata-kata yang keluar dari mulut dorang berdua. Padahal bukan aku pukul dorang kuat sangat pun, saja nak bagi gempak je.

“Tasha....!!!Tu, belakang kau...” Nora menunding ke arah belakang aku. Aku buat tak tahu, macamlah aku tak kenal perangai dia yang suka menyakat aku tu.

“Eeeiiii..Tasha..ada benda terbang belakang kau tu, baik kau pusing belakang tengok...” Zarina membuat mimik muka takut.

“Kali ni kitaorang tak main-main, cuba kau paling tengok belakang. Benda tu dah hampir dengan kau, baik kau baca apa-apa ayat,” tambah Nora sekali gus meyakinkan aku ada sesuatu yang menakutkan dibelakangku.

“Korang, janganlh main-main,” bulu roma aku kian menegak, perlahan-lahan aku memusingkan kepala ke belakang.
“Arrghhhhh......!!!!!!!” jeritanku kali ni ditambah dengan budak berdua ni, bakal mengegarkan rumah malah mampu meruntuhkan.




“Pak Ngah, bukaklah ‘cite’ katon. Aiman nak tengok ni,” Aiman meminta Badrul menukar siaran. Badrul membatukan diri, saja mengusik Aiman.

“Pak Ngah..!!!!” nyaring suara kecil itu menjerit. Badrul mengusap telinganya yang terasa perit.

“Bad, apa yang digaduhkan dengan Aiman tu? Macam budak-budak jelah Bad ni,” sampuk umi yang muncul tiba-tiba dengan semangkuk kerepek pisang bersira.

“Saja usik Aiman je umi, sekali dia jeritlah pulak. Kerepek je ke umi? Airnya tak ada ke?”

“Kejap lagi sampailah tu, Along tengah bancuh, Shidi, meh makan sekali,” umi memanggil Abang Long yang sedang sibuk mengemas data di dalam laptopnya.

“Ok, lagi sikit umi,” balas Abang Long segera.

“Bad, esok jagakan Aiman boleh?” Badrul berhenti mengunyah. Matanya menatap wajah umi yang putih berseri.

“Jaga Aiman?”

“Yelah, jaga Aiman. Esokkan umi nak pergi rumah Mak Lang, Aiman tu bukan nak ikut kalau takde Bad,” Badrul menepuk dahinya. Baru ingat, Mak Lang ada buat doa selamat untuk Milah, dengarnya sepupu dia dapat sambung belajar kat UIA.
“Aiman, esok ikut ibu pergi rumah Nek Lang boleh?” Badrul menduga Aiman. Aiman mengerut dahinya, dia menatap tajam muka Badrul.

“Tak nak! Aiman nak ‘itut’ Pak Ngah pergi ‘opfis’.”

“Aiman nak buat apa pergi ofis? Bukan boleh buat apa pun, nanti Aiman bosan ikut Pak Ngah.”

“Tak bosan, sebab boleh main kapal terbang Aiman,” balas Aiman siap dengan gaya kapal terbang berlepas lagi.

“Pandailah Aiman ni, nanti jangan nakal-nakal duduk dengan Pak Ngah,” pesan ibunya yang baru tiba dengan sedulang air.

“Along, berapa lama pergi?”

“Tak lama pun, 2 hari je kot.”

“Kenapalah Mak Lang suka buat time orang kerja. Abang Long tak pergi sekali ke?” soal Badrul. Abang iparnya sibuk menyimpan laptop ke dalam beg.

“Abang kebetulan ada kerja dekat sana. Makanya, sambil menyelam minum airlah. Pagi kat tempat kerja, malam pergi rumah Mak Lang. Kenapa? Nak suruh abang risik budak Milah tu ke?” usik Abang Long.

“Ish...ke situ pulak Abang Long ni. Bad dah ada...” kata-kata Badrul terhenti apabila menyedari dia hampir-hampir terlepas kata.

“Bad dah ada apa ni? Cuba bagitahu umi...” lembut uminya menyoal.

“Tak ada apa, Bad dah ada...”
“Pak Ngah dah ada ‘gelfren’, nama dia...” Badrul segera menekup mulut Aiman. Mereka bertiga memandang gelagat keduanya yang beria-ia ‘wrestling’.

“Bad.... siapa nama ‘dia’? Bila nak kenalkan dengan umi?” soal uminya bertalu-talu, cuba untuk mngorek rahsia anak terunanya.

“Mengantuklah pulak, kami naik dululah ya...selamat malam semua. Assalammualaikum,” Badrul segera mendukung Aiman dan dibawa lari ke dalam bilik tidurnya.



Aku menekup mukaku dengan tangan, padahal tak nampak apa pun lagi. Sungguh, memang aku ni penakut orangnya. Penat sudah menjerit dengan budak berdua tu tadi, perit pulak rasa tekak ni. Aku membuka sikit ruang untuk melihat benda apa yang dikatakan tadi.

“Tasha...kat tangan kau, nak aku ambikkan ridsect ke?” soal Nora.

“Apa benda?” terasa seperti ada sesuatu yang menjalar kejari jemariku. Apa lagi, jerit sakanlah balik. Badan aku yang seram sejuk tadi bertukar menjadi seram panas bercampur kegelian. Spontan je tanganku menepis dengan menghayun tangan ke depan dan...

Pap! Alamak...terkena tepat pulak kat muka Zarina yang duduk melopong dari tadi. Tak tahulah minah tu nak menangis ke ketawa. Nora pulak sibuk memegang ridsect dan dihalakan tepat ke arah muka Zarina.

“Woi....muka aku!” Zarina menepis lipas yang berada di mukanya. Berlakulah adegan kejar-mengejar dengan binatang tu. Habis bersepah rumah ni jangan cakaplah, tapi yang tak bestnya, kenapa binatang tu asyik attack aku je. Tak cukup ruang aku berlari, binatang tu asyik mengejar aku je sampai akhirnya aku terlanggar kerusi dan tercium dinding rumah. Lepas tu, baru tenang rumah kejap. Kepala aku ni dah ‘miung-miung’ ni. Kenapa gelap je pandangan mata aku ni? Last sekali yang aku dengar suara dorang pekik nama aku.