SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Pengantin Berdarah

“Mana dia ni? Aku dah lapar ni.” Aina bercakap dengan sendirian. Matanya melilau memandang sekeliling bilik yang dihiasi indah dengan kamar yang cantik berwarna biru lembut. Sedari tadi perutnya tidak berisi apa-apa makanan, perutnya berkeroncong meminta diisi makanan.

‘Lama lagi ke dia ni? Ngantuklah pula.' dia menguap sambil menutup mulutnya dengan tangannya yang comel. Akhirnya dia terlelap menunggu kepulangan suami tercinta.

“Aina, bangun sayang. Abang dah balik ni.” Aidil mengejut isterinya. Terpisat-pisat Aina bangun dari tidurnya sambil tersenyum kea rah suaminya.

“Sorry, abang lambat balik. Bos abang ni tiba-tiba je suruh abang buat kerja tambahan. Padahal dah tahu yang kita baru lepas kahwin. Tak puas nak bermanja dengan isteri abang yang cantik ni.” Pujinya pada Aina sambil mencuit manis dagu isterinya. Tak disangka oleh Aidil, baru berkahwin selama empat hari, bosnya mintak dia tolong membuat kerja padahal sedari awal lagi dia meminta cuti selama dua minggu.

“Takpelah bang. Kerja pentinglah tu. Kalau tak bos abang tak mintak abang tolong dia. Abang….jom kita pergi makan. Aina tak makan lagi ni, laparlah.” Ujar Aina sambil mengusap perutnya menandakan dia lapar.

“Ok, jomlah. Abang pun dah lapar ni.” Aidil bangun dan memimpin tangan Aina dengan penuh kasih sayang.

“Wah…banyaknya isteri abang masak. Berselera abang tengok masakan Aina ni.” Dicubit sedikit isi ayam masak merah lalu dimasukkan kedalam mulutnya. Mujur isterinya sudah siap sedia menghidangkan makanan untuk mereka makan bersama.

“Duduklah dulu bang. Aina ambil air basuh tangan dengan air minum sekali kejap.” Aidil terus menarik kerusi dan duduk. Aina muncul semula dari dapur dengan jag berisi air oren dan mangkuk berisi air. Aidil menyambut mangkuk berisi air dari Aina dan membasuh tangannya. Mereka menikmati makan malam bersama. Aidil kelihatan begitu berselera sekali menikmati masakan isterinya.




“Abang, Aina ingat nak kerjalah bang. Bosan duduk sorang kat rumah ni. Boleh tak bang Aina kerja?” soal Aina yang menyandarkan kepalanya pada bahu suaminya.

“Tak payahlah kerja sayang. Nanti kalau Aina kerja siapa nak sambut abang balik dari kerja. “ balas suaminya sekaligus mematikan niatnya untuk berkerja. Benar juga kata suaminya, kalau dia kerja, tanggungjawab sebagai seorang isteri akan terabai serba sedikit. Terselit perasaan takut dalam diri Aina mana tahu kalau-kalau suaminya akan berkecil hati kalau dia terabaikan tanggungjawabnya.

Lagipun kerja suaminya sebagai seorang arkitek sudah cukup untuk menanggung mereka berdua malah berlebihan sedikit. Tidak mengapalah kalau dia turutkan permintaan suaminya agar dia tidak berkerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa saja sudah cukup.

“Ok, Aina ikut cakap abang. Cuma Aina rasa sunyilah bang, duduk sorang kat rumah besar macam ni. Nak-nak lagi kalau abang balik lambat. Dahlah rumah kita jauh kedudukannya dari rumah lain.”

“Sunyi ke? Takpe, kalau macam tu. Abang upah orang gaji untuk temankan Aina, ok?”

“Takyah membazirlah bang, nak upah orang gaji pula. Lagipun semua kerja ni, Aina boleh buat sendiri.” Tegas Aina sambil memandang tajam suaminya.

“Lah.....Aina juga kata tadi. Aina sunyi sendirian. So, abang nak upah orang untuk teman Aina. Setuju?”

“Ikut suka hati abanglah. Cuma yang pentingnya, abang janga upah perempuan muda pula.” Aina meletakkan syarat pada Aidil.

“Kenapa pula?"

“Tak boleh. Nanti abang menggatal dengan dia pula. Takpun dia yang menggatal dengan abang pula.” Jelas Aina dengan nada yang penuh kecemburuan.

“Yelah, sayang. Tak jadilah kita upah orang gaji. Banyak cekadak lakisteri abang sorang ni.” Tutur Aidil separuh bergurau.

“Abang ni.....ngada je tau. Selamba je kutuk Aina depan-depan.”

“Dari kutuk belakang, baik kutuk depan-depan.” Tercetus tawa Aidil sedikit. Aina spontan mencubit geram lengan suaminya.

“Esok, abang maybe kena balik lambat kot. Kerja masa cuti tu banyak tertangguh, semuanya mengharap pada hasil kerja abang. Susah betul.”

“Ala.....balik lambat ke bang? Takutlah tinggal sorang malam-malam. Abang jangan balik lambat sangat tau.” Aina memperingatkan Aidil.

“Ok, abang cuba tak balik lambat sangat.”



“Assaalammualaikum, abang.” Terdengar halus dari corong telifon suara Aina memberi salam pada Aidil.

“Waalaikumsalam. Kenapa ni sayang?” soal Aidil.

“Takde apa. Cuma sunyi je duduk sorang kat rumah. Bosanlah.” Ujar Aina lirih.

“Takpe. Nanti dah siap kerja ni. Abang baliklah. Kalau tu, Aina masuk tidur dulu.”
“Banyak lagi ke kerja abang kena buat?”

“Adalah sikit lagi. Takpe, Aina tidur dulu, tak payah tunggu abang. Takut balik lambat je ni.”

“Yelah bang. Apa pun Aina cuba tunggu abang balik.”

“Ok. Abang nak sambung buat kerja ni. Bye, sayang. Assalammualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

Aina mengeluh kecil, bosan sendirian dirumah. Banglo dua tingkat yang diduduki oleh mereka terasa begitu sunyi dan seram ketika ini. Masakan tidak seram, banglo ini tersorok sedikit dari pandangan orang dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang tinggi dan besar.

Aina bersandar pada katil dan meneruskan bacaan novelnya yang terputus sebentar tadi. Hobinya yang suka membaca novel tidak pernah lenggang . Masa lapangnya diisi dengan mebaca novel atau melayari internet sepanjang hari.

Aina mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding, dah pukul 11.30 malam tapi Aidil masih tak balik lagi. Matanya semakin lama, semakin berat dirasakan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menamatkan bacaannya dan berniat untuk masuk tidur. Perlahan dengan rasa yang agak malas sedikit bercampur mengantuk, dia bangun menuju ke tandas.

Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam tandas, tiba-tiba terasa angin menampar mukanya. Terhenti seketika langkahnya, perasaan takut menguasai seketika hatinya namun diusir perasaan takut itu. Aina mencapai berus gigi disinki lalu dipicit ubat gigi sekata dengan berus gigi. Aina memberus giginya dengan segera kerana dia terasa seperti ada seseorang memerhati pergerakannya di cermin. Segera dia berkumur dengan selaju yang mungkin.

Ketika kepalanya didongakkan ke atas, terasa seperti ada satu kelibat lalu dibelakangnya. Segera dia berpusing ke belakang, tiada apa pun yang ada. Dia memusingkan kembali badannya dan membasuh tangannya. Sesudah selesai basuh tangan, Aina kembali ke atas katilnya. Tanpa disedarinya, kelibat yang lalu sebentar tadi, kini merenung tajam ke arah Aina.

Kelibat itu, kelihatan menggerunkan dengan gaun pengantin yang dipakainya disimbahi penuh darah memercik, rambutnya mengerbang dan mukanya yang hampir reput menyeringai pada Aina yang sudah pun lena diulit mimpi. Perlahan-lahan, kelibat itu hilang dari pandangan.




“Abang, bangun bang.” Aina mengejut suaminya yang masih lena.

“Bangun solat subuh dulu bang.” Ujar Aina lembut. Aidil bangun dengan keadaan masih sedikit mamai.

“Aina dah solat belum?” sempat Aidil menyoalnya.

“Belum lagi, kita solat sama-samalah bang.” Balas Aina sambil membentangkan sejadah di lantai. Aidil keluar semula ke biliknya setelah selesai mengambil wudhuk, dia mengimamkan solat subuh. Usai solat subuh tadi, Aidil menyambung kembali tidunya. Pulangnya lewat tidak disedari Aina yang nyenyak ketika itu.



Aidil menuruni anak tangga dengan hati-hati. Kelihatan aina tengah sibuk menghidangkan sarapan pagi mereka. Aidil menarik kerusi lalu duduk menghadap makanan yang hampir siap dihidangkan. Aina muncul dengan semangkuk besar berisi nasi goreng ikan bilis. Sempat dihadiahkan senyuman manja pada suaminya sebelum duduk disebelah suaminya.

“Makan bang, Aina masak nasi goreng kesukaan abang.” Dengan pantas tangan Aina menyenduk nasi ke dalam pinggan Aidil.

“Terima kasih, sayang. Sedap ni, bau dia je dah menggoda abang.”

“Ada-ada je abang ni. Hari ni abang balik lambat lagi ke?” soal Aina.

“Tak tahu lagi. Bergantung pada kerja yang masih ada. Kenapa?”

“Takde apa. Cuma, Aina sunyilah duduk sorang malam-malam.” Teragak-agak Aina hendak memberitahu suaminya tentang semalam, khuatir jika suaminya tidak percaya dengan kata-katanya.

“Abang cuba balik awal ok.” Ujar Aidil dan kemudian meneruskan suapan ke dalam mulutnya.



Malam itu.....

"Helo, assalammualaikum sayang."

"Waalaikumsalam abang. Kenapa telifon Aina masa ni? Abang nak balik dah ke?"

"Sebenarnya macamni. Abang tak balik malam ni. Kerja abang kena settlekan hari ni juga. Esok pagi dah kena submit. Abang mintak maaflah Tak dapat balik malam ni." Ujar Aidil dengan penuh keal. Hajat dihati ingin balik kerumah tidak kesampaian memandangkan kerjanya perlu disiapkan segera sebelum pagi esok.

"Takpelah kalau macam tu. Tapi boleh tak kalau abang suruh siapa-siapa teman Aina malam ni? Aina rasa tak sedap hatilah malam ni bang." Ujar Aina.

"Ok. Nanti abang suruh Melati temankan Aina malam ni. Mintak-mintaklah dia mahu."

"Harap-harap macam tulah bang." Balas Aina penuh harapan didada agar Melati sudi menemani dirinya malam itu.


Tok! Tok! Tok!

Kedengaran bunyi pintu diketuk bertalu-talu dari luar. Kebetulan Aina yang berada didapur ketika itu terdengar bunyi pintu diketuk dengan nada yang keras. Terkocoh-kocoh dia berlari hendak membuka pintu rumahnya.

"Aik, takde orang pun. Perasaan aku je ke?" Aina mencari-cari kelibat orang yang mengetuk pintu rumahnya. Setelah yakin tiada orang yang dicari, segera tangannya menutup pintu rumah dan berlalu semula ke dapur.

'Sunyinya malam ni. Abang tak balik. Si Ati ni pun tak sampai-sampai lagi. Orang telifon banyak kali tak pula berangkat.' Desis Aina sendirian sambil tangannya rancak menggoreng keropok. Sedap pula malam-malam makan keropok cicah pula dengan sos yang diberi oleh mak mertuanya dari Kelantan.

Aina menyanyi-nyanyi kecil mengikut irama lagu yang diputarkan dari tv di ruang tamu. Sengaja suara tv dikuatkan bagi mengelakkan rasa sunyi yang bersarang dalam hati ketika ini. Siap goreng, Aina mematikan dapur gas dan memasukkan keropok ke dalam pinggan.

Sedang dia sibuk membawa makanan ke ruang tamu, muncul satu lembaga perempuan dengan gaun pengantinnya. Berjalan perlahan sambil mukanya menghadap ke depan. Aina muncul semula ke dapur mengambil gelas yang berisi air suam, tiba-tiba terdengar seperti bunyi cakaran di tingkap dapurnya. Segera dia berpaling ke arah tingkap tersebut. Hampir gugur jantungnya melihatkan tangan kecil seekor kucing yang mencakar –cakar tingkapnya.

'Ingatkan bunyi apa tadi. Buat tekejut aku je. Kus semangat aku.' Gumam hati Aina.



Tok! Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk, Aina yang sedang enak mengunyah keropok berasa terkejut. Keropok ditangannya melayang menghempas ke lantai. Jantungnya berdegup dengan kencang seperti orang lepas berlari 400 meter. Dia bangun dan berjalan ke arah pintu. Dibuka perlahan pintu, diintai sedikit demi sedikit melihat gerangan siapakah yang mengetuk pintu rumahnya. Manalah tau Melati ke.

'Pelik. Takde siapa, masuk ni dah dua kali.' Spontan bulu romanya meremang. Pintu dihempas kuat dan dia berlari duduk di sofa dan terkaku memandang kosong tv dihadapannya.

Tok! Tok! Tok! Diam.

Tok! Tok! Tok! Diam lagi.

Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu diketuk semakin lama semakin kuat dan deras sekali. Hampir roboh pintu dikerjakannya. Aina banun dengan perlahan-lahan menuju ke pintu, hatinya sedikit cuak dengan siyuasi yang menghantuinya sebentar tadi. Namun dikuatkan semangatnya.

Tangannya terketar-ketar hendak memulas tombol pintu. Perlahan disuakan muka sedikit ke luar. Tak nampak apa pun. Dibuka lagi sedikit. Tak nampak. Sedikit demi sedikit pintu ditarik dari dalam. Entah dari mana datang angin menampar mukanya. Terpejam sebentar matanya, sebaik matanya dibuka semula segera dia menghempas pintu.
Aina berpaling ke depan hendak menuju ke sofa kembali dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat seorang. Bergegar rumahnya dengan jeritan yang nyaring keluar dari mulutnya.

"Kak Aina, apa jerit-jerit ni? Perit telinga orang dengar akak jerit tau." Selamba Melati menempelak Aina yang terkejut campur terkaku kini melihat Melati yang tiba-tiba berada didepannya kini. Setelah kembali stabil, Aina mengusap jantungnya. Terasa mahu tercabut jantungnya saat ini.

"Ati....kenapa buat akak terkejut macamni? Sakit jantung akak tau." Ujar Aina perlahan.

"Sorry, tadi Ati ketuk pintu kuat banyak kali, tak buka pun. Nak patah tangan ati ni ketuk pintu rumah akak." Adu Melati sambil mengusap tangannya.

"Ye ke. Akak tak perasanlah. Sorry..." tutur Aina.

"Takpelah. Jom lepak dulu. Dah lama tak sembang dengan akak. Maklumlah, Ati ni bukan selalu senang macam sekarang ni. Mehlah kita duduk sini." Dicapai tangan Aina dan diheret Aina ke sofa.

"Duduklah dulu. Akak ambil air kejap."

"Takpe...takpe...Ati dah dah minum dan makan sebelum ke sini tadi. Lepas je Abang Aidil telifon, terus je Ati kemari." Terang Melati dengan bersungguh hati.

"Kalau macam tu takpelah. Tapi kalau nak makan atau minum cakap jelah. Akak boleh sediakan makanan untuk Ati.”

"Ok. Takpe, takyah kalut-kalut. Ati kenyang lai ni. Kang kalau Ati terasa nak makan atau minum, Ati mintaklah kat akak. Akak macam mana sekarang? Maklumlah orang lepas kahwin." Melati cuba mengusik Aina. Aina tersipu-sipu malu dengan usikn Melati. Mereka bersembang seperti tiada hari esok bagi mereka berdua. Jam dinding telah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Agak lama juga mereka bersembang dari tadi lagi.

"Akak, Ati rasa laparlah. Nak makan boleh?" pinta Melati dengan muka kesian.

"Apa pula tak boleh. Kejap, akak panaskan lauk dengan nasi. Ati bolehlah makan. Akak kenyang lagi ni. Maklumlah perut sempit." Ujar Aina.

"Takyah panaskan lauk ke nasi ke. Bagi je Ati makan. Lapar sangat ni kak. Ngada-ngada pula perut ni." Kata Melati sambil memukul kecil perutnya yang kempis.

"Ok, kalau macam tu tunggu kejap. Akak pergi sediakan."



"Nah Ati. Makan ni, habiskan tau. Khas untuk Ati." Aina menghulurkan pinggan berisi nasi dan lauk. Melati menyambut huluran Aina. Kecur liurnya melihat masakan Aina.

"Makanlah Ati. Jangan tengok je." Pelawa Aina sekali lagi. Melati mendekatkan pinggan pada hidungnya, dihirup bau makanan. Tanpa menunggu lebih lama lagi, Melati dengan lahapnya memakan nasi didepannya. Aina hairan melihat perangai sepupu Aidil itu. Macam orang tak jumpa makanan 10 tahun. Habis comot mulut Melati, tangannya pula penuh dengan nasi melekat. Aina pura-pura memandang tv. Suasana sepi sebentar.

"Tak cukuplah. Nak lagi." Melati menyeringai pada Aina, disuakan pinggan pada Aina.

“Cukup tak?” soal Aina sekembalinya dari dapur.

“Cukup kot.” Balas Melati.

“Tak cukup, ada lagi kat dapur tu. Akak masak lebih sikit hari ni sebab dah tahu Ati nak datang hari ni.” Ujar Aina sambil meneruskan pandangan mata menghadap tv.

“Akak tak cukuplah. Nak lagi.” Pinta Melati sekali lagi. Aina kehairanan, dalam hatinya berfikir setahunya Melati ni tak kuat makan orangnya. Kenapa malam ni dia makan banyak pula. Dibiarkan persoalan itu berlegar dalam mindanya.

“Sedapnya, kak.” Puji Melati sambil meneruskan suapan nasi ke dalam mulutnya yang penuh dengan nasi.

“Kalau sedap makanlah.” Aina sedikit geli melihat keadaan Melati yang begitu lahap sekali ketika itu. Usai makan, Melati sedawa dengan begitu kuat, kenyang sangat barangkali.

“Kenyang dah ke Ati?” soal Aina melihatkan Ati yang sedikit menggeliat.

“Kenyang sikit, lapar lagi sikit.” Tutur Atie selamba. Aina terkejut mendengar jawapan Melati, takkan lapar lagi. Habis satu periuk dibedalnya begitu juga lauknya licin habis.

“Takpe, biar akak bawa buah, dapat kita cuci mulut.” Aina ke dapur dan muncul semula dengan buah epal berserta pisau dan piring kecil.

Melati kelihatan senyap selepas makan tadi, jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Namun kedua-dua mereka masih segar terbuka luas, tiada tanda-tanda mengantuk pun. Aina ralit memotong kulit epal tanpa disedari dia terhiris sedikit jari manisnya dan mengakibatkan darah keluar. Aina tersentak dan spontan melepaskan epal dari pegangan tangannya.

“Aduh...” Aina mengaduh, Melati yang berada disebelah segera mencapai tangan Aina dan menghisap jari manis Aina yang mengalir darah. Begitu lahap sekali dia menghisap, Aina yang terkejut dengan tindakan spontan Melati menolak kuat tubuh Melati kebelakang.

“Kenapa tolak Ati? Sakitlah.” Membara rasa marah dalam mata Melati. Tajam sekali dia merenung wajah Aina yang sedikit kaget.

“Sorry, akak tak sengaja.” Aina memohon maaf. Aina berjalan mengambil peti kecemasan ,dia mencapai ubat gamat dan disapu rata ke jari manisnya.

“Akak, sorry, Ati tak patut marah akak tadi.”

“Takpe, akak tak kisah.” Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa hatinya dilanda perasaan terkejut dan takut ketika ini.

“Kak Aina, selesa tak tinggal kat banglo ni?” soal Melati tiba-tiba.

“Selesa je. Kenapa tanya?”

“Takdelah, saja je. Akak tak pernah alami apa-apa ke setakat ni?”

“Apa maksud Ati?”

“Kejadian peliklah. Adatlah kalau kita pindah masuk rumah baru. Penunggu mesti ada.” Celupar sekali Melati melafazkan kata-kata.

“Ati ni. Ada pula tanya macam tu pagi-pagi macamni. Seram tahu.” Balas Aina dengan rasa tak selesa dalam hati.

“Takdelah kak, dulu Ati pernah terdengar kat banglo ni ada orang mati.” Nafas Aina terasa seakan terhenti mendengar kata-kata Melati.

“Dengar ceritanya perempuan Inggeris yang baru lepas kahwin mati kena bunuh, tapi mayat dia tak jumpa sampai sekarang. Orang dekat sini cakap, kadang-kadang bila malam menjelma, akan nampak satu lembaga perempuan bergaun pengantin dan darah yang melekat pada bajunya berlegar disekeliling banglo ni. Pernah ada seorang lelaki dijumpai mati oleh orang yang lalu disini, keadaan dia mengerikan sekali keadaannya. Kepalanya kebelakang, mata terbelalak keluar, mulut berbuih dan badan dia berlubang dibahagian hati. Cuma yang peliknya darah mayat tu kering macam kena hisap dengan hantu.” Melati bercerita dengan bersungguh pada Aina yang dah pucat lesi mendengar ceritanya.

“Ati, stoplah. Akak taknak dengar lagi cerita tu. Seramlah. Dah...dah..” Aina menolak untuk mendengar cerita lebih lanjut dari Melati.

“Takut ke kak?” selamba Melati menyoalnya lagi saat ini.

“Takutlah, dahlah. Jom masuk tidur.” Aina menarik tangan Melati mengikut dia naik kebiliknya yang terletak dibahagian atas.

‘Alamak, barang tak kemas lagi tadi, takpelah esok je aku kemas.’ Bisik hati Aina.

“Wau...cantiknya bilik akak. Macam nak sambut malam pertama pula.” Melati berjalan keliling bilik. Teruja melihat bilik yang masih terhias indah umpama menyambut pengantin.

“Ati baringlah dulu. Akak nak masuk tandas jap.” Aina melangkah ke tandas. Seperti selalu dia akan memberus gigi sebelum masuk tidur. Sewaktu dia sedang ralit memberus gigi, terasa seperti ada seseorang memerhatikan dirinya ketika itu. Namun dia tetap meneruskan niatnya. Siap berkumur dan membilas tangannya, dia melihat mukanya kali terakhir sebelum keluar dan alangkah terkejutnya dia apabila terlihat sesusuk lembaga yang menyeringai ke arahnya dicermin yang tergantung depannya.

Dia memalingkan mukanya kebelakang, kali ini berserta jeritan nyaring terpacul dari mulutnya. Terkejut melihat Melati yang terpaku kaku depannya sambil menyeringai ngeri.

“Ya Allah...Ati kenapa tak ketuk pintu dulu. Terkejut akak tau.” Aina mengurut dadanya.

“Takpelah, akak keluar dulu. Gunalah tandas ni.” Aina terhenti sekali lagi, pelik melihat pintu tandasnya. Bukan ke tadi dia kunci pintu lepas masuk sini. Tapi macam mana pula Melati boleh masuk ke dalam sedangkan pintu terkunci dari dalam.

‘Perasaan aku je kot.’ Aina mengusir perasaan gusarnya.

Aina menapak ke katilnya, sekali lagi dia terhenti kerana terbunyi suara yang menakutkan seolah-olah memanggil namanya. Aina mempercepatkan langkahnya ke katil. Dia mencapai gebar dan spontan berselubung dalam gebar.

“Kak Aina.” Melati menggoyangkan badan Aina yang berselubung. Aina menyembulkan mukanya sedikit, lupa seketika yang Melati berada disini menemaninya malam ini. Dia menarik nafas kelegaan.

‘Aik, mana Ati ni. Bukan ke tadi dia panggil aku.’ Aina kehairanan apabila mendapati Melati tiada pun didepannya. Tiba-tiba, lampu terpadam sendirinya, mujur juga lampu backup diluar biliknya terpasang.

“Masa nilah nak blackout. Ati....Ati...” Aina cuba memanggil Melati yang berada dalam tandas. Senyap, tiada sahutan. Aina menolak pintu tandas, tiada kelibat sesiapa pun didalam tandas.

“Ati....Ati...” Aina melaung nama Melati. Tiada sahutan. Hampa.

Aina berpusing kebelakang, namun sekali lagi dia terkejut apabila melihat sesusuk lembaga perempuan dengan gaun pengantin serta berdarah menyeringai ngeri ke arahnya. Aina terpaku disitu, seolah-olah kakinya dipaku. Suaranya tidak keluar dari peti suaranya, dia hanya mampu menjerit dalam hatinya. Perlahan-lahan lembaga itu merapatinya.......



Keesokan harinya....

“Assalammualaikum. Aina...Aina...” Aidil yang baru sampai rumah melaung memanggil Aina.

“Mana Aina ni?” dia tercari-cari kelibat Aina. Dia naik ke atas menuju ke dalam bilik tidur mereka. Ditolak sedikit pintu bilik.

“Aina...........!!!!!!!!!!!!” dia meraung melihat isterinya terbaring kaku di atas lantai. Aina terbaring kaku tak bernyawa lagi, darah memercik pada badannya. Aidil menangis dan meraung memanggil nama Aina.




Aina selamat dikebumikan, namun kematiannya menjadi misteri.Tiada siapa tahu cara kematian Aina dan siapakah yang telah membunuh Aina dengan begitu kejam sekali. Aidil terpaku dikubur isterinya, air mata ditahan dari mengalir. Dia memegang kepala batu nisan, diusap perlahan.

“Tenanglah Aina disana, abang akan sentiasa mendoakan Aina.” Aidil bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke kereta. Emaknya dan Melati kelihatan menanti Aidil di keretanya.

“Aidil, sabarlah ye nak.” Ucap Mek Nab, emak Aidil yang berusaha menenangkan anaknya.
“Aidil kesal mak, Aidil tak ada waktu masa tu. Kalau tak, Aidil tentu akan selamatkan Aina.” Aidil meraup mukanya.

“Sabarlah abang Aidil. Semua telah ditentukanNya. Kita doakan jelah semoga roh Kak Aina tenang disana.” Melati pula menenangkan Aidil yang kelihatan begitu sedih sekali kehilangan isteri tercinta.

“Polis suspek apa nak?”

“Polis syak Aina dibunuh oleh pencuri. Tapi tak nampak tanda-tanda orang mencuri, barang pun takde yang hilang.”

“Abang, Ati mintak maaf. Kalaulah Ati datang teman Kak Aina malam tadi. Ati mintak maaf sangat-sangat dengan abang dan Mak Ngah. Ati tak boleh datang malam tadi, Ati terpaksa berkejar ke hospital malam tadi, kawan Ati accident. Subuh tadi baru Ati balik.”

“Tak apalah Ati, abang tak ada hak marah Ati. Sudah ajal Kak Aina, abang pun bersalah, biarkan dia tinggal seorang diri malam tadi.” Aidil mengeluh kesal.

“Sekarang ni, Aidil macam mana? Nak tinggal lagi ke dekat banglo tu?” soal Mek Nab.

“Entahlah, mungkin Aidil nak jual rumah tu. Aidil tak sanggup tinggal dekat rumah tu.Banyak kenangan dengan Aina yang tak mampu Aidil lupakan.”

“Kalau macam tu, Aidil duduk je dengan mek dekat kampung.” Pelawa Mek Nab pada anaknya.

“Betul tu bang. Abang mintak je bertukar ke sana. Jaga Mak Ngah.”

“Tengoklah macam mana mek. Aidil fikirkan nanti.”



Aidil berdiri di depan banglonya, terukir kenangan bersama Aina. Hari ini, banglo miliknya akan bertukar tangan dengan orang lain. Setelah hampir 2 bulan, akhirnya dia berjaya menjual banglo ini. Tak lama kemudian, muncul sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam di perkarangan halaman banglo.

“Assalammualaikum. Encik Aidil ke ni?” sapa seorang lelaki yang bersut biru gelap pada Aidil.

“Ya, saya Aidil. Encik Aman kan?”

“Ya, saya.”

“Marilah, kita duduk disana dulu.” Pelawa Aidil, mereka melangkah ke pondok di taman. Setelah hampir 20 minit mereka bercakap, akhirnya Aidil meminta diri untuk pulang. Encik Aman pula menghantar Aidil hingga ke keretanya.

Tiada siapa yang sedar, ketika itu disebalik tingkap bilik, kelihatan sesusuk tubuh perempuan yang berdiri memandang tajam ke arah mereka sambil menyeringai penuh ngeri. Mangsa baru telah muncul....!!!

-Sekian-

6 komen:

nurhakim berkata...

eeeeeee
seram sih....
tpi x sngka plk ending cte nie cm 2...
nsib baik bc siang2..
klau mlm xbc lah den jwabnya...hihii

LeaQistina berkata...

salam..

rasanya seramnya lebih menjadi berbanding citer selendang tu... apa pun teruskan usaha untuk menulis citer2 seram ek..

tahniah lea ucapkan.

lately lea pun dpt idea nk tulis citer seram tp lea xbrani tulis sbb lea sendiri penakut orang nya.. wahaha..

so all d best to u..
daaa..

ikhlas;
~LeaQistina

-Ain-Dak In- berkata...

hmm..
dunno what to say..
nak kata seram po n x..
x seram pon x..
ntah la..
cuma ending tu x bes la..
huhuhuhu......
xpe..xpe..
keep it up ok...

Suhaidah Tan berkata...

pehhhh bez2 seram2...

Anonymous berkata...

huhu...
sian kat aina..
tapi nape cite tu mcm xde penghujung je...
nape diorg xdpt slesaikan mslah tu?
klupn nk suh aina tu mati
bg la aidil tau nape aina mati..
huuuhuuu...
sian kat aina.....
sian kat aina....

~lizarazu~

yellow berkata...

seram2..papepun best..truskn bkarya..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan