SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Tandas Berhantu


“Kau buat apa tu? Kira duit belanja ke?” Azah mengintip perlakuan Diana, rakan sekerjanya yang duduk bersebelahan dengan tempatnya.

“Akak ni, intai je kita buat apa tau. Tensionlah kak, macam-macam kita nak beli ni.” Adu Diana dengan muka kerut seribu.

“Kau nak beli apa lagi? Macam-macamlah minah sorang ni....” Azah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kita ingat kita nak beli netbook, broadband celcom lagi nak beli portable dvd player lagi. Semuanya dalam RM2000 lebih. Mana nak cekau duit, kak.” Diana menggaru-garu kepalanya yang sedikit gatal bercampur serabut.

“Itu yang kau peningkan. Ingat apalah bendanya tadi. Tulah kau tu pun, dapat gaji habis licin kau bedal. Sekarang barulah nak tergagau-gagau cari duit. Lain kali, dapat gaji cuba berjimat sikit. Akak tau kau tu muda lagi, tapi masa nilah kau kena simpan duit.” Azah menarik nafas panjang. Penat bertutur macam keretapi ekspress, Diana terdiam. Dalam hatinya mengakui kebenaran yang diungkapkan oleh Azah sebentar tadi.

“Takpelah Kak Zah, yang penting sekarang, kita nak beli semua tu sekali. Lepas tu baru kita berjimat macam akak kata tadi.” Terbit cahaya yang bersinar melalui mata Diana.

“Ikut kaulah Diana. Akak no komen. Cuma kalau kau nak cari duit lebih sikit. Kau buatlah overtime hari-hari sepanjang bulan ni.” Azah memberikan cadangan pada Diana.

“Betullah cakap akak, sayang akak.” Spontan Diana bangun dan memeluk Azah yang sedang duduk dikerusinya sendiri. Hampir tergolek Azah kebelakang menahan beban berat Diana.

“Ehemmm.....kamu berdua ni takde kerja lain ke?” sergah satu suara yang tidak asing lagi. Alamak....bos...!!!!

“Maaf bos, kami tengah exercise je tadi.” Spontan terpacul jawapan dari mulut Diana.

“Macam-macamlah awak ni, takpe, kalau dah takde kerja sangat nak dibuat. Jumpa saya lepas ni. Saya boleh bagi kerja dekat awak berdua.”

“Betul ke bos nak bagi kerja?” Diana melompat ke arah bosnya.

“Kenapa, awak suka ke dapat kerja?” soal bosnya dengan nada pelik. Tak pernah jumpa orang yang begitu teruja kalau diberi kerja lebih dan banyak. Minah sorang ni siap melompat kesukaan lagi diberi kerja.

“Suka...suka...suka..” Diana menganggukkan kepalanya.

“Macam tu ya... maknanya awak nak kerja overtimelah ni? Bagus...!!! Petang nanti pukul 4 boleh ke ofis saya, ambik kerja baru awak.” Diana menganggukkan kepalanya sekali lagi dan tersenyum lebar. Harapannya untuk membeli kehendaknya hampir tercapai cukup bulan ni.

“Azah, awak taknak buat ot sekali ke?” soal bos mereka pada Azah yang ternganga sepintas lalu.

“Boleh..boleh juga bos.” Spontan dia teranggukkan kepalanya.

“Macam tu, baguslah. Saya gerak dulu. Buat kerja, jangan nak ‘excercise’ je memanjang.” Sempat bosnya memerli sebelum pergi.



“Tengok, akak pun kena buat ot jugak. Baru ingat nak pergi dating tau.” Azah menarik muncung sedepa.

“Ala, akak ni. Kitakan ada. Baru pukul 9, lagi sejam kita baliklah.”

“Yelah, tapi untuk hari ni jelah akak ot. Malas dan seram kerja malam-malam macam ni.” Azah membuat mimik muka keseraman.

“Akak ni. Tu pun nak takut, tak baik untuk kesihatan tau. Lagipun mana ada benda alah tu zaman siber macam ni.” Dengan begitu celupar sekali Diana mengatakan begitu.

“Mulut kau tu, berapa lama tak bayar insuran? Selamba je, buatnya dia kacau kau baru tahu.”

“Dahlah kak, baik buat kerja. Asyik bersembang je. Bila nak capai target untuk hari ni.”

“Yelah.”



“Akak, kita nak pergi tandas jap. Akak tunggu kat sini diam-diam tau. Kita pergi tak lama pun.” Diana bangun dan menuju ke tandas yang terletak kira-kira 100 meter dari ofisnya.

‘Eh...ada oranglah. Taklah takut sangat aku nak buang air.’ Gumam Diana sendirian dalam hati. Dia masuk ke dalam tandas nombor tiga, setelah selesai kelihatan sesusuk perempuan muda disinki.

‘Kenapa muka dia tunduk je. Tak lenguh ke. Baik aku tegur japlah.’ Dengan sopan Diana menghampiri perempuan muda itu dan menyapanya. Namun tiada respon yang diberikan oleh perempuan itu menyebabkan Diana malas untuk bertanya lebih lanjut.



Sementara itu di dalam ofis ketika Diana ke tandas.....

Kelihatan Azah sibuk melayari internet sambil mendengar lagu, kerja yang diberi ditolak tepi. Hajat dihati untuk merehatkan otaknya. Tiba-tiba dia terasa seperti angin menampar mukanya sedangkan aircond yang dibuka tidak terlalu kuat. Namun akalnya menyangkal apa yang dirasanya.

“Ralit nampak kak....seronok ke lagu tu.” Sapa suara yang amat dikenalinya.

“Ala, rileklah kau ni. Akak dah bosan dah buat kerja ni. Lagipun dah dekat pukul 10 ni. Diana, kau....” Azah yang rancak bercakap terhenti seketika setelah dia memusingkan kepalanya kebelakang dan tiada kelibat Diana pun yang kelihatan.

“Aku bercakap dengan siapa tadi?” Azah berjalan ke tandas kerana merasakan Diana sedang mempermainkannya. Langkah kakinya dituju ke tandas perempuan.

“Diana....Diana...”Azah cuba memanggil Diana namun tiada tanda-tanda yang Diana ada. Dia melangkah kebelakang lagi, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi suara tangisan seseorang.

“Siapa tu?” soalnya dalam seram kecut berani. Senyap.

“Siapa?” soalnya lagi kerana merasakan tangisan itu semakin kuat. Kakinya seperti ditarik untuk ke arah bunyi tangisan itu. Perlahan-lahan pintu tandas yang tertutup rapat ditolak.

“Warrrghhhhhh.........!!!!!!!!!!” terpacul kelibat Diana yang seronok menyergah teman sepejabatnya.

“Diana.....!!!” Azah tersandar ke dinding dan mengurut dadanya. Diana tergelak melihat Azah yang terkejut sakan.

“Diana ni. Tak baik tau buat akak macam tu. Jahat betul kau ni.” Azah mengetap bibirnya menahan marah.

“Sorry...tak tersengaja nak usik akak. Kita tengok akak jalan ke tandas tadi. Tu yang kita masuk balik, nak buat suprise dekat akak.” Ujar Diana tanpa rasa bersalah.

“Banyaklah kau punya suprise. Rasa macam nak tercabut jantung akak tau. Dah, jom balik.” Azah menarik tangan Diana. Tiba-tiba lampu tandas berkelip seperti mahu terputus bekalan elektrik. Azah yang terkejut spontan mencengkam lebih kuat lagi tangan Diana.

“Kak Zah, sakitlah tangan kita akak cengkam tadi. Takut sangat. Bukan ada apa pun.” Diana mengaduh pada Azah yang terkelu sudah lidahnya.

“Jom cepat kita balik. Akak rasa seram je ni.” Azah tanpa berlengah menarik tangan Diana dengan lebih kuat lagi. Secepat mungkin dia mengemas semua barang di atas meja dan terus memecut keluar bersama Diana.



“Aik...Kak Zah tak datang ke hari ni?” soalnya sendirian.

“Mina, Kak Zah tak datang ke hari ni?” soal Diana pada Mina.

“Kak Zah cuti hari ni. Demam katanya.” Mina meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Diana yang sibuk berfikir tentang Azah.

“Malam ni kau ot lagi ke?” soal Mina tiba-tiba.

“Yup, kenapa? Kau nak join ke?”

“Takpelah. Seram je kerja time malam ni. Lagipun macam-macam aku dah dengar.”

“Apa yang kau dengar. Jangan nak mengarut pula. Aku tak percayalah benda-benda karut tu.” Ujar Diana.

“Terpulanglah pada kau. Aku Cuma nak nasihatkan kau agar hati-hati je.” Mina bangun dan menuju ke pantry.



Malam kedua Diana ot...

“Alamak, sunyi pulak duduk sorang kat ofis ni. Buka lagu kuat-kuat ok gak ni. Lagipun nak takut apa. Pak guardkan ada.” Diana tersenyum kembali.

“Sejuklah pulak. Bila dah sejuk mesti nak terkucil.” Diana bingkas bangun dan melangkah ke tandas.

“Macam budak semalam je. Jabatan mana dia tu?” omel Diana seorang diri. Langkah kaki dihalakan ke tandas nombor 3 seperti kebiasaannya. Setelah selesai, dia berjalan ke sinki.

“Hai.” Dia cuba menyapa semesra mungkin.

“Hai...." jawab juga akhirnya perempuan muda tu.

"Awak dari jabatan mana?" soal Diana tanpa sangsi.

"Saya dari jabatan sumber manusia. Siapa nama awak?"

"Saya Diana dari jabatan kewangan." Jawab Diana dengan mesra.

"Ooo...."

"Eh...lupa pulak. Siapa nama awak? Dah lama ke kerja kat sini?" soal Diana sambil memandang wajah perempuan muda itu dari dalam cermin.

"Nama saya Ika, Zulaikha. Dah lama dah kerja kat sini. Hampir 10 tahun jugaklah." Diana menganggukkan kepala.

"Selalu ke ot malam-malam macam ni? Tak takut ke?" soal Diana lagi.

"Nak takutkan apanya? Takde apa pun nak ditakutkan. Dah biasa pun kerja sorang-sorang time malam. Maklumlah nak cari duit lebih."

"Macam tu ke? Saya pun sama jugak. Dalam sebulan ni je buat ot. Nak cari duit lebih sikit. Nak beli barang idaman." Kata Diana lagi.

"Oklah wak. Saya nak balik ofis dulu. Senang-senang datanglah sana." Zulaikha tersenyum manis pada Diana sebelum balik ke ofisnya. Diana membalas senyuman Zulaikha, dia kemudiannya mencuci sekali lagi tangannya sebelum keluar.

"Aik, cepatnya dia jalan. Aku basuh tangan tak sampai seminit pun. Laju betul dia jalan." Omel Diana sambil berjalan ke ofisnya.



Keesokannya....

"Assalammualaikum. Sorry ganggu, ada tak orang nama Zulaikha dekat sini?" soal Diana pada gadis yang duduk berdepan dengan pintu masuk.

"Zulaikha mana ni ye? Saya pun baru kat sini. Kalau awak nak macam tu baik awak tanya kakak dekat sana tu." Jawab gadis itu dengan sopan.

"Baik, terima kasih." Diana melangkahkan kakinya ke arah yang ditunjukkan.

"Tumpang tanya kak, saya nak cari orang nama Zulaikha. Dia ada tak?" soal Diana.

"Zulaikha, maaf kat sini takde orang nama Zulaikha." Sepantas mungkin perempuan itu menjawab. Diana mengeluh kecewa.

"Kalau macam tu, takpelah kak. Terima kasih." Diana menapak ke ofisnya.



Malam itu,

"Hai Ika...." Diana tersenyum riang pada Zulaikha yang ralit membasuh tangannya dengan muka tertunduk kebawah. Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab sapaan Diana.

"Ika....awak tak sihat ke? Kenapa pagi tadi saya pergi ofis awak Dorang cakap awak takde. Pelik juga saya dibuatnya..." Diana menanti respon dari Zulaikha.

"Hmmm......" Zulaikha merengus marah. Diana diburu rasa pelik, kenapa Zulaikha marah-marah. Baru semalam mereka beramah mesra.

"Ika..." Diana cuba memanggil sekali lagi nama Zulaikha. Namun tiada respon diberikan. Malah Zulaikha bergerak laju keluar dari tandas tanpa memandang seinci muka Diana.

"Apa kena entah minah tu. Tiba-tiba je nak angin dengan aku. Lantaklah kau..." Diana terus melangkah ke ofisnya. Dibatalkan hasrat untuk membuang air kecil. Balik rumah lagi bagus, boleh layan cerita hindustan.



Baru setapak Diana berjalan keluar dari ofisnya. Dia terasa seperti angin kuat menampar mukanya deras. Langkahnya terhenti, dipandang ke dalam ofisnya risau kalau-kalau ada tingkap yang terbuka. Tiada satu pun yang terbuka, elok je berkunci semuanya.

Diana meneruskan langkah kakinya, tiba-tiba dia terasa seperti seseorang memanggil namanya. Namun hatinya menyangkal apa yang dirasakannya. Dia menekan butang lif untuk turun kebawah.

"Diana......" terdengar suara yang memanggil namanya.

"Dianaaaaaa...................." semakin hampir dengan gegendang telinganya.

"Dianaaa.....tolong aku....." terdengar suara rintihan seseorang meminta tolong. Diana bingkas berlari ke arah suara tersebut. Hatinya begitu kuat menyatakan bunyi suara itu datang dari tandas yang selalu dimasuki olehnya.

"Diana.....tolong aku..." rintihan suara itu begitu sayu sekali. Dia mencari pemilik suara itu. Pintu demi pintu ditolak dengan kasar sehingga pintu yang terakhir ditolak dengan lebih kuat lagi.

"Arrrrggggghhhhhhhhhhhhh........................!!!!!!!!!!" jeritan Diana menggegarkan syarikat tempatnya bekerja. Dia terkejut dengan apa yang dilihat didepan matanya. Suatu susuk lembaga yang amat dikenalinya, Zulaikha. Keadaan Zulaikha amat mengerikan dengan baju yang disimbahi darah dari perutnya serta wajah Zulaikha yang menjelaskan dirinya begitu sakit dan terseksa. Matanya terbelalak ke atas, lehernya hampir putus. Akhirnya Diana rebah di atas lantai tandas.




Keesokkan harinya...

Syarikat Nilam Berhad menjadi kecoh dengan cerita seorang pekerja wanita ditemui pengsan didalam tandas perempuan. Siapa lagi kalau bukan Diana yang telah pengsan setelah menyaksikan benda paling ngeri dalam hidupnya. Diana dijumpai pengsan oleh pak guard yang kebetulan lalu dikawasan itu.

Pintu terbukak luas dan terjumpa tubuh manusia terbaring di atas lantai menyebabkan pak guard itu bergegas ke dalam. Risau jika-jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Mujur dia jumpa Diana masih bernafas dan hanya pengsan sahaja.

Diana dibawa ke dalam bilik rehat dan dibaringkan di atas sofa. Azah yang kebetulan sampai pagi itu dikejutkan dengan berita Diana tidak sedarkan diri di tandas terus bergegas ke bilik rehat setelah dimaklumkan oleh teman sekerjanya yang lain.

"Diana, kau tak apa-apa ke? Macam mana boleh jadi macamni?" soal Azah sebaik saja dia mendekati Diana yang baru terjaga dari pengsan.

"Entahlah kak, yang kita ingat. Kita terjumpa mayat Ika dalam tandas paling hujung sekali. Ngeri kak, kita terus terjerit dan rebah terus." Ujar Diana yang sedikit teresak.

"Kejap, awak kata, awak jumpa mayat Ika? Zulaikha?" soal pak guard yang bernama Pak Din. Diana menganggukkan kepalanya sambil matanya tak lepas memandang Pak Din.

"Ika dari jabatan sumber manusiakan?" angguk lagi.

"Aku dah agak dah." Pak Din mengetap bibirnya.

"Apa sebenarnya ni Pak Din?" soal Azah yang terpinga-pinga sedikit.

"Begini, Ika tu sebenarnya dah lama meninggal dunia. Dia dijumpai mati dalam tandas yang Pak Din jumpa kamu." Ujar Pak Din.

"Macam mana dia boleh meninggal Pak Din?" soal Diana pula.

"Keadaan mayatnya sama seperti yang kamu cakapkan. Dengar cerita, dia dibunuh oleh rakan sekerjanya yang cemburukan dia. Cuma tak tahu siapa yang bunuh dia sampai sekarang ni. Mungkin sebab itu roh dia tak tenang dan cuba mencari pembunuhnya. Sebelum ni, ramai yang dah jumpa lembaga dia berkeliaran dalam syarikat ni, yang paling baru kamulah." Terang Pak Din panjang lebar.

Diana ternganga ketakutan mendengar cerita Pak Din dan kemudiannya rebah pengsan sekali lagi. Sebelum rebah dia sempat membayangkan hancurlah harapannya untuk membeli barang yang diidamkannya pada bulan depan.

5 komen:

oRkId eDyLiYnE berkata...

seram jugak cerita ni...
hehe...
jangan tak boleh tidur malam ni dah...

Anonymous berkata...

bestla cite nie..
tapi kalo bole hati2 dengan ejaan dan ayat,
mksd sy, ad silap2 kecil yang terlepas pandang..
harap2 recheck before post ok?
br xganggu konsentrasi pembaca
anyway, keep up the good work!!

ButTerFly_GurL87 berkata...

terima kasih kepada Tanpa Nama sebab menegur kesalahan saya...
lain kali saya akan berhati-hati lagi...

yellow berkata...

best cter ni..wat la lg..

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok..i will..:)

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan