SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Cinta Si Gemuk dan Si Kurus


“Kat mana tempat ni? Puas aku cari, habis satu pekan ni aku tawaf, tak juga jumpa. Takde ke mamat-mamat hensem yang lalu. Boleh juga aku soal siasat kat mana tempat ni.” Hawa menngomel seorang diri. Badannya sudah disimbahi peluh yang berlari pecut menuruni ke muka dan badan.

“Bang, tumpang tanya....” belum sempat dia habis menyoal seorang mamat hensem yang lalu tadi dah dibolayan oleh mamat tu. Hampeh tul...

“Ingat aku mintak sedekah ke? Aku nak tanya je.” Sedih berlagu dihatinya. Tangannya ligat memegang sehelai kertas yang hampir lunyai dan merupakan peta untuk ke tempat yang mahu ditujunya.

“Takpe, apa-apa pun makan dulu.” Hawa berjalan sekitar Pasar Seni mencari tempat untuk mengisi perutnya yang berlagu zapin.

“Nasib baik ada KFC, singgah jap lah.” Hawa mengomel sendirian lagi dan membuatkan manusia disekelilingnya menyangka dia sedikit fius terbakar.




“Yeh...dah kenyang. Mari kita mulakan ekspedisi mencari tempat ni balik.” Hawa begitu bersemangat meneruskan niatnya. Hawa berjalan sambil memandang sekeliling tempat yang dilaluinya. Beg yang berisi pakaian digalas ke tepi bahunya.

“Lenguhnya, rest dululah.” Hawa menapak ke arah bus stop berdekatan tanpa disedarinya didepannya terletak sebuah longkang yang sedikit besar dan dia pun menapak lebih dekat dan...yea...itu dia. Hawa telah gol.

Mata bertentang mata, Hawa terkaku dibawah manakala diatasnya seorang pemuda telah menindihnya. Apa sudah jadi?????????

Begini, waktu Hawa nak melangkah ke depan tadi, longkang kat depan tu dah tersergam indah menanti untuk ngap Hawa. Nasib baik lalu mamat berbadan leper kat situ yang telah menjadi hero dan menyelamatkan Hawa dari terjatuh ke dalam longkang.

Keadaan jadi lebih kalut sebab lelaki tu hilang pertimbangan dan tersungkur bersama Hawa. Nasib baik dia terjatuh atas Hawa kalau tak boleh semput nafas dia nak menahan berat badan Hawa yang berlebihan.

“Boleh tak awak bangun dari badan kita sekarang ni?” Hawa menyoal mamat yang telah menyelamatkan dia. Leper je badan dia atau dalam istilahnya sendiri lelaki tu sesuai memegang title cekeding. Haha. Perlahan-lahan mamat tu bangun dari atas badan Hawa. Orang disekeliling mengelakkan mereka dan ada yang buat tak peduli. Namun takde siapa pun yang sudi membantu mereka.

“Awak ok tak?” soal mamat tu.

“Kita ok, cuma kaki kita je tak oklah. Macam dah tersalah urat je...” Hawa memegang kakinya yang comel.

“Ye ke. Alamak, nak buat macam mana ni?” mamat tu mula menggelabah macam bini nak terberanak.

“Awak kena tolong saya ni. Kaki saya tak boleh bergerak. Dukung saya kat bus stop tu.” Hawa memerintah mamat yang kalut tu.

“Hah????” tercengang mamat tu mendengar permintaan Hawa.

“Awak, betul-betullah. Kang tergolek pulak saya ni. Lagi susah.” Hawa menepuk belakang badan mamat tu.

‘Kalau badan kau tu kecik dari aku takpe jugak. Ni badan macam tong gas, tapi kau lagi besar dari tong gas tu. Naik semput nafas aku nak pikul kau tau.’ Mamat tu membebel dalam hatinya.

“Awak, cepatlah. Lenguh pinggang saya ni tau. Dari tadi jalan, tak gerak pun. Gerak sikit je.”

“Sabarlah awak ni pun. Saya tengah usaha ni.” Balas mamat tu dengan sedaya upaya mempercepatkan lagi langkahnya.

“Boleh tak awak duduk diam. Jangan goyang-goyang, kang kita jatuh sekali lagi baru tahu.” Mamat tu mendengus geram.

“Awak, hati-hati. Ada kul....” jatuh lagi. Sakit punggung mereka terhempas bersama sebelum sembat landing betul-betul.

“Adoi.” Mereka mengaduh serentak.

“Awak ni, tak nampak ke depan tu ada kulit pisang?”

“Kenapa awak tak cakap. Sakit bontot aku.” Mamat tu membebel sambil mengerutkan dahinya menahan sakit.

“Kita dah cakap tadi. Awak tu je laju jalannya.” Pantas Hawa membela diri.

“Mana ada. Bila masa awak cakap. Tengok apa dah jadi sekarang. Kaki saya pulak dah terpeleot sekarang ni tau.”

“Hah...awak biar betul. Habis siapa nak tolong kita sekarang ni?” Hawa membeliakkan biji matanya.

“Hah...kalau awak pandai sangat. Awak pikirlah nak buat apa sekarang ni?” balas mamat tu.

“Tolong.......tolong.....!!!!!!!” Hawa menjerit meminta pertolongan sekuat hatinya.

“Kenapa...kenapa...?” datang mamat bangla ke arah mereka berdua. Mana manusia Malaysia ni? Takde sorang pun ke datang nak tolong?

“Kaki saya...sakit...” Hawa menitiskan air matanya selaju mungkin.

“Kaki awak ada sakit ka? Marilah, abang hensem ni tolong adik manis.” Lelaki bangla tu menawarkan diri untuk membantu Hawa. 1...2....3....umphhhh....tak boleh. 1...2....3....tak jalan jugak.

“Kejap a’aa adik manis. Abang mau mintak tolong sama kawan-kawan abang.” Bangla tu menuju ke arah sekelompak kaumnya jugak. Kemudian dia kembali bersama gengnya seramai lima orang.

“Sudah sedia ka adik?” soalnya. Hawa menganggukkan kepalanya.

“Kejap...kawan saya. Tolong bawak kami kat tempat orang boleh mengurut.”

“Apa itu...mengurut? Itu, joget-joget ka?” soalnya.

“Bukanlah. Picit-picit kaki ini macam.” Hawa membuat demo pada kakinya.

“Itu macam ka? Ada paham. Marilah, kami hantar adik manis dengan kawan adik manis ke sana.” Mereka berempat cuba mengangkat Hawa manakala seorang darinya membawa mamat leper tadi.



“Terima kasih ye bai.” Ucap mereka serentak.

“Takda apa. Kita kena saling bantu membantu. Kami pergi dulu ya...” balas mamat-mamat bangla tu semua.

“Baik betul hati dorang tadikan?” Hawa tersenyum mengingatkan peristiwa tadi.

“Betul tu, orang-orang kita sendiri pun sekarang ni susah nak tolong padahal kita sama-sama rakyat Malaysia.” Balas mamat tadi.

“Lupa pulak, kita Hawa Zulaikha.” Hawa memperkenalkan dirinya sendiri.

“Aku, Adam Syafik.” Balas Adam.

“Terima kasih ek tolong aku memula tadi. Sorry, menyusahkan kau jugak tadi.” Hawa tersengih-sengih sambil memandang ke arah Adam yang terkebil-kebil menahan sakit diurut kakinya.

“Takpe, perkara kecik je tu.” Balas Adam sambil menyeringai kesakitan.

“Bang, perlahan sikit. Kang tercabut lak urat saya tu.” Pinta Adam pada abang yang mengurut kakinya.



“Amacam sekarang? Kaki aku dah elok sikit ni.” Soal Adam sambil memandang ke arah Hawa.

“Kita nak pergi cari tempat ni. Sampai sekarang tak jumpa lagi. Awak boleh bantu kita tak carikan tempat ni tak? Please.....” Hawa menghulurkan sehelai kertas yang hampir lunyai tadi pada Adam.

“Apa ni? Sampah ke?” selamba Adam membaling kertas lunyai tadi ke atas jalan.
“Suka hati je campak. Ni peta impian kita tau.” Hawa mengutip kertas tadi.

“Sorry, ingat kau bagi sampah kat aku tadi.”

“Dahlah, kalau kau tak nak tolong takpelah.” Hawa sedikit terasa dengan perangai adam.

“Aku tolong kau. Tapi dengan syarat....”

“Apa syaratnya?” bersinar-sinar mata Hawa memandang mata Adam.

“Kita pergi cari tempat ni esok jelah. Aku dah penat nak pengsan ni. Kaki aku tak kuat lagi nak jalan lama-lama ni.”

“Esok ke? Kita takde tempat nak tujulah. Lagipun kita takde tempat nak bermalam.” Muka Hawa berubah menjadi muram.

“Takpe, aku boleh tolong kau. Jom...” Adam mengajak Hawa mengikutnya beredar dari situ.



“Assalammmualaikum, Laila...oooo...Laila...” jerit Adam dari luar rumah berwarna oren lembut.

“Wa’alaikumsalam...Adam...masuklah dulu.” Pelawa Laila yang sudah membuka pintu.

“Kat luar jelah. Aku lelaki, bahaya masuk rumah orang perempuan ni. Bujang pulak tu. Kang kena tangkap basah pulak.” Selamba Adam membalas sahutan Laila.

“Banyak cekadak lak kau. Kau bawak siapa ni? Masuklah...” jemput Laila sopan.

“Ni, aku perkenalkan kau dengan Hawa Zulaikha. Housemate baru kau. Kau kata hari tu nak cari housemate kan. Nilah dia. Dia sekarang ni datang dari jauh kat Kampung Belalang, Kedah, mai sini nak cari kerjalah.” Dengan lajunya Adam memperkenalkan Hawa pada Laila.

“Hah...” Laila baru nak bukak mulut tapi dipotong oleh Adam.

“Ni Laila, sepupu rapat aku. Nilah, housemate awak nanti. Masuklah. Ikut dia. Saya nak balik dulu. Laila dah halau aku ni.” Adam terus berpusing dan balik kerumahnya yang terletak selang 4 buah rumah dari rumah Laila.

“Jomlah masuk. Tak payah layan sangat kepala otak Adam tu.” Pelawa Laila sekali lagi. Hawa mengalas begnya masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat.

“Laila, kita takde duit nak bayar sewalah. Kita datang sini pun nak cari kerja baru.” Dengan jujur Hawa berkata pada Laila.

“Takpe, awak ambik masa dulu cari kerja. Bila dah mula kerja nanti, baru awak start bayar.” Balas Laila sambil tersenyum.

“Baiknya hati awak. Kita pulak segan dengan awak.”

“Takde apa pun nak disegankan. Dah...pergilah mandi dulu. Rehat-rehatkan badan. Nanti kita siapkan bilik awak.”

“Terima kasih Laila.” Ucap Hawa.




“Mana tempat kau bawak kita ni Adam?” soal Hawa yang sudah kemengahan membawa badannya yang montel.

“Kata nak cari tempat ni. Jomlah cepat.” Balas Adam.

“Tak laratlah, wak. Berhentilah dulu...” pujuk Hawa.

“Sikit je lagi ni.” Dengan sedikit malas Hawa menuruti langkah kaki Adam yang telah jauh sedikit ke depan.

“Betul ke tempat ni?” Adam memeriksa sekali lagi kertas yang berada ditangannya.

“Awak biar betul Adam? Kita dah penat ni.” Balas Hawa yang sibuk menyeka peluhnya yang bercucuran.

“Betullah kot. Apa kata, kalau awak sendiri pergi masuk ke dalam tempat ni. Aku pula tunggu kau kat luar je.”

“Ok, done. Aku masuk dulu ek.”dengan lafas bismillah, Hawa melangkah masuk ke dalam.




“Ni, kenapa muka monyok lak ni?” soal Adam sebaik saja terpacul muka Hawa.

“Dorang kata salah tempatlah.” Hawa menarik nafas kecewa.

“Biar betul. Biar aku pulak pergi tanya.” Adam berniat merempuh masuk ke dalam dan bertanya sendiri dengan pekerja didalam.

“Dahlah tu...teman kita cari tempat lain je.” Balas Hawa dan diheret lengan Adam mengikuti langkahnya.

“Apa sebenarnya ni? Aku rasa betul tempat yang kau nak pergi ni.”luah Adam dengan rasa tak puas hatinya.

“Memang betul pun. Cuma, kita je tak betul.”

“Asal lak kau cakap macam tu?” soal Adam.

“Fizikal kita ni tak betul. Kita terlupa yang kita ni tak kurus macam dulu.” Balas Hawa dengan rasa sedih beraja dihati.

“Tempat apa sebenarnya yang kau nak pergi sangat ni?”

“Agensi modellah. Mana lagi?” balas Hawa.

“Lor....patutlah pun..” Adam tergelak kecik.

“Asal awak gelak ni?”

“Takde apa. Dah, cheer up. Jom pergi cari kerja kat tempat lain pulak.” Ajak Adam dan ianya berjaya membuatkan Hawa tersenyum kembali.

“Kenapa awak boleh sampai ke sini? Maksud aku, camner awak boleh mintak kerja kat situ sedangkan awak tahu yang awak tak layak kerja kat situ.” Soalnya selamba tanpa memikirkan perasaan Hawa.

“Dah dorang panggil kita datang, kita datanglah. Dulu kita kurus, tapi lepas demam panas kita punya badan naik mendadak sampai macamni. Apa nak buat. Nasib....”

“Takpelah. Macam aku ni pun. Mula-mula susah jugak orang nak ambik kerja sebab aku kurus sangat. Nasib baik rezeki aku ada. Jadi mekanik je pun.” Tutur Adam sambil mengunyah gula-gula getah.



Akhirnya setelah puas meronda satu kawasan Keramat, Hawa pun diterima kerja kat sebuah kedai buku. Bolehlah tu, jadi seorang pembantu kedai buku. Gah gak kerjanya walaupun gaji tak seberapa. Janji halal beb...

“Laila, ada orang offer kita jadi model doranglah. Kita tak tahu nak terima ke tak.” Hawa menyuarakan persoalan yang menyenakkan otaknya yang sedia senak.

“Model apa tu?” soal Laila yang tengah sibuk memotong kuku kakinya.

“Model untuk pakej pelansingan badan. Kira nak buat kita jadi demo doranglah ni.”

“Awak biar betul? Boleh percaya ke benda tu semua?”

“Entahlah wak. Kita pun susah nak percaya, tapi dorang punya produk tu macam krim-krim jelah.”

“Awak nak terima ke?”

“Entahlah. Awak rasa?”

“Ikut awaklah. Diri awak. Ikut kata hati awak. Tapi tak salah kalau awak cuba, mana tahu menjadi ke nanti.” Laila cuba menyucuk Hawa yang dalam dilema.

“Betul jugak tu. Tapi kita kenalah amik cuti atau berhenti sebab kita akan bekerja dengan dorang selama 3 bulan. Pastu, dorang akan sediakan penginapan semua. Terpaksalah kita tinggalkan awak dulu.”

“Takpe, rezeki jangan ditolak. Lagipun, awakkan dah laama impi nak jadi model.
Inilah masanya. Siap ada sponser lagi tu.”

“Thanks, bagi sokongan.” Ucap Hawa.




3 bulan lepas tu...

“Assalammualaikum.....Laila...Laila...” seorang gadis manis dan ramping memberi salam.

“Wa’alaikumsalam...sekejap ye.” Terjengul muka Laila dimuka pintu.

“Laila, kenapa pandang kita macam tu? Tak percaya ke?” soal gadis manis.

“Hawa ke...?” soalnya meminta kepastian.

“Yup...kitalah, Hawa. Ingat pun kat kita.”

“Mestilah ingat...wahhh....sudah cantik sekarang cik Hawa kita ni.” Laila bersalama dengan Hawa dan mereka berpelukan.

“Rindu dekat awak tau Laila. 3 bulan terseksa dan hasilnya...” Hawa memperagakan bentuk badannya.

“Sukalah tu. Dah cantik balik macam dulu. So apa awak buat sekarang?” soal Laila sambil mereka berdua menuju masuk ke dalam rumah.

“Impian kita dah tercapai. Sekarang kita jadi Duta untuk produk pelansingan badan dan model pakaianlah.” Balas Hawa.

“Ooooo...”

“Adam sihat?” terpacul soalan keluar dari mulut Hawa yang comel.

“Adam rindukan awak. Dia kecewa tak dapat jumpa awak sebelum awak pergi dulu.”

“Ye ke? Kesian Adam..takpe, esok kita pergi jenguk dia. Dia kerja kat bengkel yang sama lagi ke?” Laila menggelengkan kepala.

“Sekarang ni, Adam dah tak kerja kat bengkel tu lagi. Dia dapat tawaran kerja kat Wisma Nilam sebagai Kerani.”

“Oklah tu. Takdelah teruk sangat kerja dia sekarang. Boleh tak awak bagi alamat tempat Adam kerja?”

“Awak nak buat apa?”

“Kita nak buat big suprise untuk dia. Awak jangan bagitahu dia pulak.”

“Ok.” Balas Laila.



“Assalammualaikum, boleh saya jumpa encik Adam Shafik?” soal Hawa pada seorang mamat yang berbadan gempal, kebetulan dia lalu. Belasah jelah tanya.

“Ya, saya Adam. Ada apa nak jumpa saya?” Hawa yang tidak berpuas hati dengan mamat didepannya memandang mamat tu dari atas ke bawah, bawah ke atas.

“Kenapa awak pandang saya macam tu? Ada yang tak kena ke?”

“Takdelah. Ok jer. Tapi, boleh tak awak jangan main-main? Kita nak jumpa Adam ni.”

“Betullah, takkan saya nak main-main pulak. Sayalah orang bernama Adam yang awak cari.” Balas mamat tu lagi.

“Ok. Kalau macam tu. Cuba awak teka siapa saya?”

“Sorrylah, saya tak daftar nak masuk peraduan teka-teki ni.”

“Adam, nantilah dulu...awak tak ingat kat kita lagi ke? Kitalah ni, Hawa..” ujar Hawa dengan nada gembira.

“Awak, Hawa?” soalnya seakan tak percaya melihat penampilan gadis didepannya sekarang ni.



“Adam..kenapa badan awak boleh naik macam ni?” soal Hawa selamba.

“Semuanya disebabkan kaulah, sampai aku boleh jadi macamni.” Balasnya balik.

“Awak rindu kat kita ek?” balas Hawa.

“Lebih kuranglah.” Tapi memang betul dia rindukan Hawa walaupun perkenalan mereka singkat namun cukup membuai perasaan cinta pada Hawa. Cuma dia malu untuk mengaku perasaannya itu.

Kebetulannya pulak hari yang Hawa pergi, Adam tiada kerana dia perlu ke Johor mengikut bosnya. Sudahnya dia tergadah mendengar Laila menyampaikan salam maaf kerana tidak sempat berjumpa dengannya. Adam terlalu kecewa dan tak dapat kontrol nafsu makannya bagi mengubati hati yang lara. Lalu dia jadi bulat seperti belon.

“Adam, kita kahwin.” Hawa dengan muka takde perasaan dia mengajak Adam berkahwin dengannya. Adam tersentak.

“Hawa...kau jangan nak buat lawak April Fool pulak sekarang ni.”

“Mana ada. Saya bersungguh ni nak ajak awak kahwin.”

“Nantilah saya fikirkan. Rasanya terlalu cepat dan singkat perkenalan kita untuk sampai ke tahap perkahwinan.” Mereka berdua terdiam sepi.




“Hawa...Selamat pengantin baru. Selamat jugak awak kahwin akhirnya. Tak sangka pulak tu, dalam masa 5 bulan je dah kahwin.” Ucap Laila pada Hawa yang kelihatan jelita mengenakan persalinan warna gold.

“Terima kasih...awak bila lagi?” soal Hawa pada Laili.

“Tak lama je lagi kot kalau ada yang sudi.”

“Rancaknya sembang. Sampai tak sedar abang masuk ni.” Kelihatan sesusuk tubuh sasa seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik pengantin.

“Eh..kau buat apa dalam ni? Tang mana kau boleh termuncul bahagian ni?” soal Laila terpinga-pinga.

“Belum lagi ek. Alamak, nampak sangat tak sabar.” Lalu pengantin lelaki terjun keluar dari tingkap bilik.

“Bahaya betullah mamat senget ni. Dahlah jap lagi nak bersanding.” Laila separuh terkejut mengeluh melihatkan aksi pengantin lelaki yang selamba melompat keluar dari tingkap. Nasib baik rumah Hawa ni tak tinggi mana. Dari mana datangnya dia entah. Rasanya rombongan pengantin lelaki tak sampai lagi.

“Eh..korang buat apa lagi tu? Pengantin lelaki dah sampai tu.” Mak andam masuk ke dalam dan memberi peringatan pada pihak pengantin yang masih terkejut dengan kejadian tadi.

“Bila masa dorang sampai? Tak dengar bunyi kompang pun.”

“Dah...dah..siap sedia pengantin perempuan. Senyum ok.” Hawa berdiri dan membetulkan kedudukan veil serta bajunya. Laila turut membantu membetulkan mana yang patut.

“Tu...kenapa pulak kecoh-kecoh tu. Pengantinnya tak sampai lagi nak jalan sama-sama.” Mak andam kalut dok teropong rombongan pengantin lelaki yang kelihatan kecoh di sana. Keadaan jadi normal sekejap, tapi dikejutkan semula dengan letusan tawa para tetamu dan rombongan melihatkan pengantin lelakinya yang berjalan dengan muka masam. Mana taknya, pengantin lelaki terpaksa berselipar jepun sebabnya terpijak taik kucing sebaik saja melangkah setapak ke depan.

“Senyumlah bang....kitakan raja sehari hari ni. Nanti apa pulak kata orang. Biarkan je dorang tu.”Hawa menenangkan suaminya yang sudah berubah air mukanya, muka macam siput sedut nak menangis campur senyum pada tetamu yang hadir.

Tak pernah-pernah dalam sejarah. Pengantin lelaki terpaksa memakai selipar jepun ketika bersanding. Sedihnya muka pengantin lelaki waktu bersanding.



“Laila, mana anak awak?”

“Ni hah...malu nak jumpa koranglah. Mengada-ngada pulak dia.” Laila menarik anak lelakinya yang berumur 3 tahun dibelakangnya.

“Murni, meh sini kawan dengan Aidin ni.” Terkedek-kedek Murni berlari ke arah Aidin dan mengheretnya untuk bermain bersamanya.

“Adam, sihatnya kau sekarang. Sama naik je korang ni. Bahagia betullah aku tengok korang ni.” Ujar Laila pada mereka berdua, Adam dan Hawa.

“Tengoklah, bini pandai jaga perut dan hati aku. Jangankan engkau tu. Tengok laki kau tu, leper cam papan lapis.” Tercetus gelak Adam yang kuat menyakat suami Laila.

“Kau tu macam tu juga dulu. Tak sedar diri je. Nasib baik ada Hawa, bagi tempoh kau kurus balik. Tu pun kejap je. Hawa ni takpelah naik badan, dia mengandung lagi. Tapi perut kau lagi besar dari perut si Hawa yang mengandung 5 bulan ni.” Laila membalas semula usikan Adam. Adam termalu dan terdiam terus. Rasa macam nak menyorok dalam baju pun ada. Kalaulah aku kura-kura, bergema suara hati Adam.

3 komen:

gula2kopiko.............. berkata...

best jgk..^_^

Daz Dianza berkata...

hahaha lawak je
kalo la realiti
ade camni.kan best.

nik berkata...

hahaha....cite lawak...tp cam cepat sangat la...semya blaku dlm sekelip mata..huhu

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan