SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 1


Siapa dia?

“Awak taknak lepaskan saya ke?” dia mengelipkan biji matanya. Comelnya dia buat macam tu. Perlahanku turunkan tanganlu yang berpaut padanya tadi.

“Sori.” Baru aku sedar yang sebenarnya aku telah berpaut dan peluk benda keras tadi adalah manusia rupanya. Malunya aku.

“Wei, tengok apa kau buat kat aku.” Sherry sekali lagi menarik tocangku dengan agak kuat.

“Mana saya ada buat apa-apa. Cik Sherry tu yang jatuh sendiri, janganlah salahkan orang lain pula.” Aku menikus kecil tapi menjawab serangan Sherry.

“Siapa kata bukan salah kau? Kau punya pasal aku jadi macamni. Kau masih taknak mengaku juga.” Dia mengjegilkan matanya padaku. Ingat aku tak takut ke dia buat macam tu.

“Kejap...kejap...apa yang jadi sebenarnya ni? Apa-apa pun, habis sampai sini. Balik ke tempat masing-masing.” Sampuk lelaki comel tadi.

“Kau siapa? Sibuk sangat pasal kitaorang kenapa!” Sherry mengamuk pada lelaki comel dihadapan kami.

“Saya Badrul Amri.” dia memperkenalkan dirinya pada kami.

“Aku tak tanya pun nama kau.” Sherry membidasnya. Dia membesarkan biji matanya pada kami.

“Ok...macamni, saya b...”

“Whatever..” Sherry memotong percakapan lelaki comel atau nama sebenar yang dia cakap tadi Badrul Amri. Sherry menarik tanganku menuju ke pantri untuk membancuh sekali lagi air untuk dia. Ingat dah selamat tadi.

“Sekarang kau bancuh air untuk aku. Siap kau kalau jadi apa-apa lagi lepas ni.” Gertaknya sambil jari telunjuknya yang runcing ditala tepat pada hidungku. Terlurut cermin mataku ke bawah sedikit.

“Aku bagi kau masa dalam 3 minit untuk kau bawak air ni kat tempat aku sekarang. Faham?” dia menatap tajam mataku. Aku menganggukkan kepala tanda faham dengan arahannya. Sherry beredar dari pantri ke tempatnya. Aku pula dengan segera mungkin membancuh air dan membawanya ke tempat Sherry.

Aku berjalan agak laju dengan memakai kasut tumit tinggi dan skrit hitam yang kupakai agak sempit membuatkan pergerakanku terbatas. Jalanku sedikit huyung-hayang sehingga aku tak perasaan orang yang lalu didepanku ketika ini kerana sibuk mengawal pergerakan air dalam cawan dan tanpa diduga aku terlanggar orang didepanku.

“Alamak...sori...sori..saya tak sengaja.” Sebelah tanganku memegang erat cawan dan sebelah lagi tanganku sibuk mengelap air yang tumpah atas baju orang yang kulanggar.

“Takpe...takpe..it’s ok..saya tak apa-apa.” Kata orang tu. Aku mendongakkan kepala pada dia. Orang tadilah, apa nama dia. Hah...Badrul Amri.

“Maafkan saya encik. Saya tak perasan encik lalu tadi.” Aku masih mengelap tumpahan air yang terkena pada tali lehernya. Kebetulan tisu ada ditanganku masa ni. Nasib baik.....

“Takpe..sikit je ni. Kena dekat tali leher saya je.” Dia melonggarkan ikatan tali lehernya dan menariknya keluar dari leher. Aku hanya memandang tingkahnya.

“Encik, sebagai tanda sesal saya, biar saya bersihkan tie encik.” Pintaku padanya dengan rasa sesal di dalam hati. Dia tersenyum padaku, kurang sikit rasa gundah dihatiku melihatkan senyumannya yang cute.

“Takpe...saya boleh basuh nanti. Jangan risau, teruskanlah kerja awak.” Dia masih menguntum senyum padaku.

“Maaf y e encik.” Aku memohon maaf sekali lagi. Dia beredar ke tempat tandas lelaki untuk membersihkan apa yang patut. Aku menghantarnya dengan pandangan sesal.

“Woi..! Apa kes kau tercegat kat sana? Mana air aku? Terhegeh-hegeh nak bawa datang tempat aku. Bak sini air tu.” Dia merampas air yang masih dalam pegangan aku ke tangannya. Tak semena-mena air tertumpah atas bajunya pula dan membuatkan dia hot temper.

“Arrrgh....habis baju aku. Ambil ni..” dengan agak kasar dia memulangkan cawan tadi padaku. Dia berlalu ke tandas perempuan sambil mulut tak berhenti membebel. Aku mengangkatkan bahu dan mencebik bibir padanya, apa lagi blahlah dari situ.




“Ok, guys...mintak perhatian. Hari ni kita akan sambut kedatangan seseorang yang penting dalam syarikat kita.” Kata Yazid, penolong pengarah pada kami. Aku yang telah kembali dari tempat terasa mengah sedikit dengan kejadian yang berlaku tadi.

“Kalau dah sedia, saya kenalkan kamu semua dengan pengarah baru kita yang tampan ni. Kenalkan.........bos baru kita semua...” terpacul sesusuk lelaki dihadapan kami semua. Aku yang keletihan sedikit terus ternganga dan terkejut ala-ala beruk ayu melihatkan makhluk di depan tu. Sherry yang berada di tepi Yazid turut kaku keras melihat manusia di depannya.

1 komen:

ஜ Arza Far ஜ berkata...

:))

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan