SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

1
Komen

Buruk 6

"Tasha, kau kenapa? Dari tadi asyik mengeluh je ni?" soal Kak Siti yang duduk bersebelahan dengan tempatku.

"Takde apa-apa kak, bosan je. Dapat tidur bagus jugak ni kak." Balas aku sambil mengatup mulutnya menahan kantuk.

"Tidur jelah kerja kau. Ni, daripada kau tidur baik kau buat kerja ni cepat. Tarikh nak dihantar pun dah dekat. Kang membebel pulak pak cik tua tu." Ujar Kak Siti sambil menjuihkan mulut pada ketua kami.

"Kerja saya dah habislah kak. Tu yang jadi macamni."

"Macam tu, baik kau tolong akak ni hah..banyak lagi ni kerja tak settle lagi. Boleh tak Tasha?"

"Boleh je kak, macam tak biasa saya tolong akak." Aku tersenyum sambil membetulkan kedudukan cermin mataku yang sedikit senget.

"Nah, ni lagi sikit je kena key in datanya."

"Ok, nanti dah siap, saya bagi akak balik."

"Baik. Thank you dear." Ucap Kak Siti.



"Tasha, awak tak lunch ke? Jom ikut saya. Kita lunch sekali, lagipun awak boleh teman saya jumpa client sekali." Sapa suara bos aku.

"Bos, biar betul? Sherry mana?"

"Sherry biarkan je dia. Pemalas je nak buat kerja. Bukan macam awak. Jomlah cepat, nanti lari pulak client kita." Desak bos aku lagi. Membuatkan aku sedikit kalut.


"Bos, saya rasa, saya tertinggal something kat mejalah. Handbag saya."

"Pelupanya awak. Takpe, saya tunggu kat kereta. Pergi ambik cepat." Arah bosku. Aku menaiki lif balik ke ofis semula.

"Tasha....!!!!" terdengar suara sumbang yang cukup lantang dari jauh. Siapa lagi kalau bukan Sherry. Apalah yang dia nak, tak tau ke aku nak cepat ni.

"Boleh tak, kalau kau tak jerit-jerit macam tarzan?" selamba aku memarahinya.

"Kau nak ambik tempat aku ye? Berani kau nak rampas tempat aku. Langkah mayat aku dulu." Jangan kata mayat kau aku langkah, aku pijak-pijak je bagi lunyai. Aku membuka langkah gaya orang nak bertomoi.

"Marilah kalau berani. Masuk...masuk cepat." Aku mencabar si Sherry yang perasan bagus.

"Berani kau cabar aku ye. Siap kau." Sherry membuka kuda-kuda. Tiba-tiba terasa gelap pandanganku. Kenapa pulak ni?



"Tasha....bangunlah. Bos datang." Terdengar suara Kak Siti mengejutku. Badanku digoyang dengan kencang. Aku membuka sedikit kelopak mataku.

"Ehem...Tasha, awak ok ke?" soal suara yang tidak asing lagi. Terus lebar biji mata aku terkejut mendengar suara bos menyapa lembut gegendang telingaku.

"Saya ok bos. Cuma sikit je...pening kepala." Tak pasal-pasal aku bohong sunat. Kak Siti turut menyokong aku dengan menganggukkan kepalanya seperti orang joget tarian India.

"Ok...takpe. Awak boleh rehat dulu." Balasnya dan tersenyum padaku.



"Tasha, buat air untuk bos. Aku baru asah kuku tadi. Kang rosak pulak kuku aku, lagipun coffee lady kita tak datang hari ni. Jadi kau jelah yang layak ganti dia." Kata Sherry dengan mka berlagaknya.

"Baik, cik Sherry." Aku bergerak malas ke pantry. Kacau betul minah ni. Sekeh kang.

"Nah, cik Sherry." Aku menyua secawan nescafe berserta piring pada Sherry yang tengah duduk menyilang kakinya.

"Hem..." jawabnya sepatah. Tak reti nak berterima kasih langsung dia ni.



"Tasha, jom balik. Dari tadi asyik termenung je." Ajak Kak Siti padaku.

"Hem...jomlah kak..." jawabku malas.

"Balik dengan akak sekalilah. Akak drive kereta sendiri hari ni. Kesian dekat kau tu, hari-hari naik bas je."

"Nak jimat duit kak. Kalau gaji saya macam bos ke atau si Minah senget tu takpe jugak kak. Boleh saya beli kereta sebiji." Aku ketawa bila terberangan yang aku dapat beli sebiji kereta.

"Dahlah kau tu. Jangan nak berangan je. Gaji kau tu cukup je nak beli kereta. Saja dia jelah tu." Bidas Kak Siti yang paham dengan perangai aku yang penjimat orangnya plus dengan sedikit kedeng (kedekut).

"Tau-tau je akak ni." Balas aku sambil ketawa.

"Cantiknya kereta akak." Spontan terpacul keluar ayat itu dari mulutku. Mana tak cantiknya, terhidang sebuah kereta kancil yang sudah diubah kalernya dari putih menjadi putih bertompok macam kucing bertompok.

"Kau jangan nak kutuk-kutuk kereta akak pulak tau. Akak takde masalah nak basuh, tambah lagi kereta ni abang akak selalu bawak masuk dalam hutan. Jadilah macamni, macam badan cheetah." Kak Siti ketawa, aku pun join sekaki ketawa dengannya. Macam-macam ragam family Kak Siti ni.
4
Komen

Pakweku, Artis Pujaan! 5

“Jer, dah siap belum?”

“Aik, nape lain macam je suara budak perempuan tu? Macam suara jantan pulak aku dengar,” Jerry dengan pantas menyarung t-shirt berwarna merah pada badannya.

“Asal kau pandang aku macam tu?” soal Din yang terpacak sedari tadi menunggu kemunculan Jerry.

“Aik? Mana budak perempuan tu? Dia tak datang ke hari ni?” soal Jerry berserta dengan kerutan didahinya.

“Budak perempuan mana ni? Rin ke?” Jerry menganggukkan kepalanya.

“Cubalah kau sebut nama dia. Susah bebenor ke kau nak menyebut nama dia? Kalau susah meh sini aku tolong ajar kau sebut nama dia,” Din mula merepek meraban tahap cipan.

“Dah, kau jangan nak buat lawak pulak kat sini, kang ada yang makan kasut Nike aku ni,” Jerry menayang kasut sukan kesayangannya pada Din.

“Din, mana pembantu peribadi aku?” soal Jerry sekali lagi.

“Rin ke?”

“Yelah, habis tu siapa lagi pembantu peribadi aku?”

“Akukan pembantu peribadi kau jugak, kau jangan lupa tu.”

“Tak lupa, tapi kaukan dah letak jawatan hari tu.”

“Bila masa pulak aku letak jawatan? Pandai jer kau ni, ni, kenapa kau asyik tanya je pasal minah sekor tu?” soal Din.

“Siapa?”

“Ek eleh, buat-buat tak tahu pulak dah. Rinlah....tadi tanya sangat pasal dia, dah lupa ke?”

“Oooo....lupa lak kejap,” Jerry tersengih.

“Minah tu, awal pagi lagi telefon kata dia demam, aku nak bawak pergi klinik taknak pulak,” Din mengeluh kecil. Jerry terdiam dan berfikir sejenak, tangannya pantas mencapai kunci kereta yang terletak diatas mejanya dan beredar dari ofisnya.

“Jer, kau nak kemana tu? Kau ada showlah dua jam lagi. Kau kena sampai sebelum dua jam tu....” Din melaung, namun ternyata sia-sia apabila melihatkan kereta Jerry yang meluncur laju pergi membelah angin. Din menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkahlaku temannya itu.



Pon! Pon! Pon!

“Siapa pulak yang main hon tu? Bising betullah, tak hormat orang langsung,” aku menekup kembali bantal ke telingaku dengan lebih kuat lagi. Namun ternyata sia-sia kerana orang yang menghadiahkan aku dengan irama hon itu tak berputus asa.

“Kacau betullah, mesti kawan si Juju ni, siap kau kalau aku dapat nanti,” aku mencapai penyapu ditepi dinding dengan niat konon-kononnya nak menghalau tetamu yang tak diundang (tak senonoh tul perangai minah ni).

Aku mengecilkan mataku yang sepet ni, kereta tu macam aku kenal je. Bukan ke tu kereta mamat tu? Apa dia buat kat sini waktu-waktu macam ni? Aku meletakkan kembali penyapu ditepi dinding. Aku memulas tombol pintu, dan keluar dari rumah.

“Awak buat apa kat sini?” soal aku.

“Aku dengar kau demam, jom cepat pergi klinik,” suka hati je paksa aku pergi klinik, tempat yang paling aku benci sebab aku takut jumpa doktor.

“Tak nak!”

“Aku tak kira, kau nak ke tak nak, naik kereta aku cepat, sekarang!” arahnya dengan tegas. Aku menuruti saja arahannya dengan bibir yang sudah muncung berdepa-depa.

“Jap, aku tak kunci pintu rumahlah, kang tak pasal-pasal pencuri masuk rumah aku.”

“Kau tak payah turun, biar aku yang pergi kunci, mana kau letak kunci rumah kau?” pelik aku dengan perangai dia ni, berubah-rubah pulak.

“Kunci ada atas almari dekat ruang tamu,” ucapku sepatah demi sepatah.

“Tunggu sini, aku pergi kunci jap,” aku menganggukkan kepala dan memandang kelibatnya yang tergesa-gesa memasuki rumahku dan menguncinya.




“Amacam? Dah ok ke?” soal dia sebaik saja aku keluar dari bilik doktor, benci betul aku bila kena paksa buat benda yang kita tak suka ni.

“Doktor kata aku demam biasa je,” balas aku dengan malas.

“Ok,” balasnya balik. Sepi sementara menunggu nama aku dipanggil ke kaunter.

“Qurratul Ain Farina,” panggil nurse yang berada dikaunter.

“Takpe, kau duduk je sini, biar aku settlekan semuanya, lagipun aku yang paksa kau ke sini.”

‘Tau takpe, sibuk jer,’ cemuh aku dalam hati jelah.

“Jom kita gerak, aku hantar kau balik,” aku bangun dari tempat dudukku. Aku memandang sekeliling, kenapa dorang semua pandang aku? Macamlah aku ni badut sarkas, dengan muka sejuta sen aku berjalan meninggalkan klinik.

“Jerry, ada apayang tak kena ke dekat aku?” soal aku dengan nada tak puas hati.

“Emmm...?” dia memalingkan badannya ke arahku yang berada dibelakangnya. Kulihat dia menekup mulutnya, gaya orang menahan ketawa.

“Asal kau ketawakan aku? Apa yang tak kena dengan aku?” soal aku bertalu-talu. Aku memandang diriku sendiri dari bawah ke atas.

“Arrggghhhh.....!!!Ni semua kau punya pasal,” dengan selamba aku memarahi Jerry yang masih bersisa tawanya. Mana aku tak marah, gara-gara dia, aku ke klinik dengan baju tidur yang gedoboh besar, paling tak tahan selipar lain-lain versi yang kurembat depan pintu tadi.

“Kau ni lawaklah, dah naik kereta cepat. Sorry...sorry ok...”

“Sorry naik lorilah, malas aku nak layan kau, baik kau hantar aku balik cepat,” dalam hati aku macam-macam perasaan ada, malu, geram, sakit hati, semuanya bercampur manjadi satu kerana aku telah mengaulkan kesemuanya sekali menjadi sebati.

“Janganlah marah, aku tak sengajalah, aku mintak maaf ok?” aku memalingkan mukaku keluar tingkap, pura-pura merajuk.

“Ok...ok...aku mengaku salah dengan kau, janganlah macamni...ok, sebagai ganti rugi. Aku janji untuk keluar dengan kau, kau pilih je bila dan pukul berapa ok?” pujuknya lagi.

‘Wah....ini sudah bagus, bolehlah aku pau dia nanti...” dikepalaku sudah tumbuh dua tanduk untuk mengenakan mamat poyo sebelah aku ni.

‘Siaplah kau Jerry,’ aku tersenyum sinis.
6
Komen

Buruk 5

“Woi...!!!Pekak ke?!” terdengar seseorang menjerit ditelingaku. Siapa pula ni? Orang tengah bersedih hati boleh pula jerit-jerit dekat telinga aku. Kutolehkan biji mataku ke tepi dimana terdapat sesusuk perempuan ditepiku.

“Apa kau nak? Dahlah kau rampas suami aku. Berani kau tengking aku.” Dengan penuh garang aku memarahinya, siap tonyoh hidung dia lagi.

“Apa kau merepek ni?”

“Boleh pula kau tanya aku balik. Siap kau, aku kerjakan.” Aku menyinsing lengan kemejaku hingga ke siku ala-ala minah ganster gitu.

“Kejap...kejap...apa yang kecoh-kecoh sangat ni?” muncul suami kesayanganku menyelamatkan keadaan yang tegang.

“Abang, jangan tinggalkan saya bang.” Aku memegang kakinya dan merayu padanya. Spontan saja semuanya berlaku sebaik saja aku lihat mukanya.

“Abang? Bila masa aku kahwin ni? Kenapa dengan dia ni?” suamiku menanya pada Sherry yang berada disebelahnya.

“Tak tahulah bos, saya pun kena serang tadi. Sewel gamaknya dia ni.” Selamba Sherry mengutuk aku. Aku masih kejap memegang kakinya dan air mata berserta hingus meleleh menjatuhi ke mukaku.

“Em....Tasha....!!!!!!!!Wake up..!!!” macam dicucuk oleh wayar letrik badanku terus tegak berdiri. Memandang sekeliling, ramainya manusia. Aku kat mana ni ek?

“Kat mana ni?” aku yang tengah blur dengan hingus meleleh dari hidung berserta air mata yang bersisa bertanya pada mereka semua.

“Awak kat ofis sekarang ni. Saya bos awak. Masuk dalam bilik saya sekarang!!!” dia mengarahku dan mengheretku masuk ke dalam pejabatnya. Aku yang masih terpinga-pinga hanya mengekori saja langkahnya.

“Ok, tutup pintu. Pastu awak boleh ke basuh muka awak kat dalam toilet saya.” Arahnya. Aku macam kerbau dicucuk hidung hanya mengekori saja arahanya.

Aku masuk ke dalam tandas dan membasuh mukaku. Habis luntur gincu yang kupakai. Apa nak dikisahkan. Mukaku lap hingga kering, selasai semua tu. Aku kembali ke tempatnya dan duduk di depannya.

“Dah segar ke?” aku menganggukkan kepala.

“Awak sedar sekarang awak kat mana?”

“Ofis, bos.”

“Siapa nama awak?”

“Fiona Natasha.”

“Apa awak buat hari ni?” soalnya lagi.

“Saya buat kerja macam biasa, bos.” Jawabku lancar.

“Kerja apa yang awak buat? Berangan ke?”

“Ya, eh...eh...bukan. Saya masukkan data dalam rekod.” Kalut aku menjawab.

“Ye ke? Saya tak rasa awak buat satu kerja dalam satu masa. Awak ada buat kerja sampingankan? Awak berangan time kerja.” Katanya lagi.

“Maafkan saya bos. Saya mengaku saya berangan, tapi saya tak sedar tu semua. Benda tu berlaku bila saya rasa mengantuk atau letih buat kerja. Otak saya dengan laju akan berada ditempat lain. Saya takkan berangan lagi lepas ni.” Dengan pantas dan panjang lebar aku menjawab sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi.

“Aik, sikit saya tanya. Banyak awak jawab. Janji tak buat lagi lepas ni?”

“Saya tak janji. Sebab kalau saya janji nanti terbuat lagi. Berdosa pula saya. Apa yang saya boleh cakap ialah, saya akan cuba untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali.” Aku menarik nafas panjang.

“Baik, saya pegang kata-kata awak.” Dia tertawa lepas tu membuatkan aku sekali lagi terpinga-pinga.

“Kenapa bos gelak? Ada apa-apa yang kelakar ke pada saya?” soalku dalam keadaan pelik melihatnya.

“Takde apa. Cuma saya rasa nak tergelak dengar kata-kata awak tadi.” Dia menyeka air mata yang mengalir ditepi matanya.

“Saya cakap sikit laju dan banyak yang awak cakap. Saya akui awak ni jujur. Mengaku kesalahan yang awak lakukan.” Dia kembali serius. Tak paham aku dengan dia ni.

“Ada apa-apa lagi ke bos?” soalku.

“Takde apa. Tapi ingat jangan buat lagi tahu.”

“Baik bos. Saya mintak diri dulu.”

“Ok.” Dia tersenyum padaku.

“Tengoklah tu. Cinderella kita dah keluar, tak malu betul. Ada ke patut berangan jadi bini bos. Tak ‘seswai’ langsung.” Perli Sherry sebaik melihat aku yang telah keluar dari bilik bos.

“Betul tu. Lainlah kalau kau yang jadi bini bos. Baru seswai you, together-together.” Sambut Aina yang kaki ampu si Sherry. Mulut jahat betul dorang ni. Aku mempercepatkan langkah kakiku.

“Eh...nantilah dulu. Dengar sini, aku nak bagi kau amaran. Jangan kau berangan nak jadi bini bos atau...whateverlah. Cermin diri kau tu dulu, muka buruk macam kau ni. Ada hati nak jadi bini bos. Kalau kau tu cukup lawa macam aku ni takpelah juga.” Dia mememberi amaran padaku.

“Mulut busuk.” Selamba aku mengutuk dan berlalu.

“Hei...nanti. Apa kau kata aku. Mulut busuk.” Dia cuba mengejar aku yang dah jauh ke depan. Belum pun jauh dia bergerak, bos dah panggil dia masuk dalam bilik. Jangan fikir lain, tak baik tau.

3
Komen

Pakweku, Artis Pujaan! 4

“Apa kau buat kat sini?” sergah Jerry dari belakang aku. Aku yang tengah belek gambar dia kat atas meja tersentak seketika. Segera kuberpaling ke belakangku.

“Arghhhh....” aku terjerit besar dan segera menutup mataku dengan tangan. Mana tak jerit, Jerry kat depan ni selamba je keluar dari bilik dia dengan memakai tuala je. Bahaya tengok lama-lama, boleh tergoda nanti.

“Asal kau jerit ni? Perit telinga aku tau.”

“Tu......” aku menunjukkan jari telunjukku tepat pada badannya sambil tanganku tak lepas dari menutup mataku.

“Oopsss...” dia segera menutup badannya dengan tangan yang disilangkan.

“Asal kau ceroboh masuk dalam bilik ofis aku time ni?” soalnya dalam posisi yang sama.

“Kot ye pun nak tanya, pergilah pakai baju dulu. Tak senonoh je. Tertanggal tuala tu nanti.” Aku memberi dia amaran. Kang berasap lak mata aku kalau tuala tu terlucut dari badanya yang sasa dan tegap tu.

“Kau tunggu sini. Aku tak habis cakap lagi dengan kau.”



20 minit lepas tu....

‘Lama betul mamat ni bersiap. Jenuh aku tunggu.’ Gumamku sendirian.

“Hah, bagus kau ada lagi. Ingatkan dah menghilangkan diri.”

“Aku dengar arahan kau tu. Kau kan bos aku.” Ujarku perlahan.

“Kenapa kau boleh ada kat sini time macamni pula.”

“Akukan pembantu peribadi kau. Aku nak bagitahu jadual kau hari ni. Dah tugas aku untuk ingatkan kau selalu. Nak taknak kau kena terima.” Ujarku lagi.

“Ok. So, apa aktiviti aku hari ni?”

“Pukul 11 nanti kau ada temubual dengan wartawan dari Sinar Bintang, tempat kat Bangi Kopitiam. Pukul 2 kau ada show kat Mina Mall, pukul 8 baru kau free.”

“Tu je?”

“Yup. Kenapa?”

“Takde apa.”

“Ok.”

“Kau follow aku tak pergi tempat tu semua?”

“Tak kot. Aku ada kelaslah hari ni. Lecturer aku nak bagi tips exam.”

“Ok. So jumpa esoklah ye. Kelas kau pukul berapa?”

“Pukul 11. Sama dengan kau. Jadi, aku nak mintak diri sekarang. Dah lambat dah ni. See you tomorrow. Sorry, tak dapat ikut kau, tunggu lepas aku habis belajar nanti aku ada selalu disisi kau. Tata.” Aku berlalu sebelum dia sempat kata apa-apa.




“Asal kau lambat? Nasib baik Cik Karina tak masuk lagi tau.” Tak menyempat aku duduk, si Juju ni dah serang aku. Aku hanya menyengih padanya.

“Sorrylah beb. Jam lak tadi.”

“Kat mana lak jam ni? Tak pernah-pernah jam pun selama ni.”

“Manalah aku tau, tiba-tiba je nak jam.”

“Emmm...yelah tu.” Juju mencemikkan mukanya.

“Hai sayangku...” sapa suara mamat perasan hensem depanku. Naik muak aku tengok muka dia ni. Rasa nak tunjal-tunjal je kepala dia. Aku hanya membuat tidak tahu saja padanya. Juju disebelah aku hanya tersenyum melihat reaksi aku.

“Amboi, sombong betul dia ek. Takpe, aku takkan pernah putus asa untuk dapatkan kau.” Dengan penuh lagak dia berkata.

“Kecoh betullah mamat tu. Menyampah aku dibuatnya.” Aku mengadu pada Juju sebaik saja mamat perasan bagus tu berlalu.

“Kau ni jangan menyampah sangat. Kang tersangkut baru tahu.”

“Harap dijauhkanlah dapat laki camtu.”

“Petang ni kau kerja ke?” soal Juju.

“Rasanya kerja kot. Akukan pembantu peribadi seorang artis kesayangan korang semua.”

“Best tak kerja dengan dia? Kalau akulah kan, aku sanggup berhenti belajar dan kerja dengan dia sepenuh masa.

“Itu kau, aku tak. Aku nak habiskan belajar ni dulu. Pastu baru boleh fikir nak kerja dengan dia lagi atau tak.”

“Ok, balik nanti teman aku singgah Giant boleh tak?” soal Juju.

“Boleh je, lagipun dah lama tak keluar samakan.”

“Yup, betul tu.”

“Cik Karina dah masuklah pulak.” Keadaan kelas bertukar menjadi senyap.
4
Komen

Pada Cintanya


“Bosanlah asyik menghadap computer je. Naik juling bijik mata aku tengok excel ni,” aku membebel sorang-sorang depan komputer.

‘Bukak blog orang best gak ni. Boleh timba ilmu dicampurkan dengan mengutuk,’ aku memasang niat tak elok. Jangan tiru tau. Tak baik untuk kesihatan hati dan fikiran korang nanti.

‘Mana satu nak bukak dulu ek. Wah…page ni cam leh tahan je,’ aku terdiam seketika membaca blog yang kubuka.


‘Berani betul dia tunjuk makwe dia. Leh tahan jugak cun makwe dia ni. Dia pun bolehlah tahan gak,’ aku membelek lagi blog dia yang bercampur life serta hal berkaitan pengguna blogspot. Jeles gak aku baca blog dia ni, siap guna perkataan Pa and Ma lagi. Romantik tul.

‘Aku ngan dia. Harem nak guna Pa, Ma dan seangkatan dengannya,’ tiba-tiba hatiku terdetik mengingati dirinya. Siap terberangan lak tentang dia.

Tiba-tiba antena telingaku menangkap bunyi handset yang terjerit-jerit lagu Pcd-Jai Ho. Aku segera mencapai handset yang kuletakkan di dalam laci.

“Assalammualaikum, ye nak cakap dengan siapa?”

“Wa’alaikumsalam. Main-main ek. Nak cakap dengan kaulah. Siapa lagi. Karang nak lunch sesama tak?” soal buah hatiku.

“Boleh jugak. Kau nak belanja ke atau aku belanja?”

“Apa kes perempuan belanja. Akulah belanja nanti. Nanti pukul 12.55 kang tunggu depan kereta aku,” ujarnya.

“Ok,” balasku sambil tersenyum manja. Dia tak nampak pun aku senyum macam tu.




Tepat pukul 12.55 tengahari aku dah duduk tercongok depan pintu kereta dia. Tapi batang hidung dia tak nampak pun sampai sekarang ni. Selalu dia sampai dulu sebelum aku, ada kerjalah tu.

‘Sampai pun, tapi kenapa muka dia tu cemberut semacam je,’ aku bermonolog sendirian didalam hati.

“Sorry lambat. Jom naik cepat,” arahnya tanpa secalit senyuman seperti selalu. Aku masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin kereta dan kami bergerak menuju ke tempat biasa.

“Kau kenapa?Macam ada problem je?” soal aku lambat-lambat.

“Takde apa pun. Makan cepat sikit ek. Aku kena keluar petang ni,” ni yang tak best ni. Tak boleh lepak macam selalu, dia pulak ada hal.

“Ok,” balasku terpaksa.




Malam tu aku mendamparkan diri di atas katil bujangku sambil membaca novel Tuhan Lebih Tahu karya Nora Ismail. Bacaanku terhenti seketika apabila mengingati peristiwa tengahari tadi. Tak pernah lagi kuberdepan dengan situasi tadi, selalu dia ceria je. Aku mencapai handset nokia 5310 kesayanganku dan mendial nombor buah hatiku, Taufik.

“Assalammualaikum, Fik. Kau buat apa tu?” soalku sebaik sahaja panggilanku berjawab.

“Kau ke. Aku tengah layan game Diner Dash ni. Ada apa tipon aku memalam camni?” soal dia pulak.

“Saje je. Takleh ke? Kau ok ke?” soalku lagi.

“Apa yang ok? Aku sentiasa ok.”

“Ye ke, kalau ok, baik kau bagitahu kenapa kau monyok semacam je waktu lunch tadi?”

“Takde apa.”

“Kau teringat dekat ‘dia’ lagi ke?” spontan terpacul soalan yang tak kujangka itu. Dia terdiam agak lama, dia menarik nafas agak panjang.

“Sorry, tak sengaja tanya.”

“Tak apa. Oklah aku nak sambung main game ni. Bye, assalammualaikum,” dia mematikan panggilan sebelum sempatku jawab salamnya.

"Aku rasa serba salah pulak tanya pasal tadi sedangkan aku tahu tak patut aku tanya hal yang dah berlalu. Taufik, aku mintak maaf. Akhirnya aku tertidur dalam keadaan yang cerah.



“Fik, petang ni teman aku pergi beli barang jap boleh tak?” soalku. Sengaja aku ajak dia temanku sebab dah hampir sebulan aku tak nampak kelibat dia.

“Sorrylah, petang ni aku ada hallah,” jawabnya.

“Ala....tak boleh ke teman? Sekejap pun jadilah, dah dekat sebulan tak jumpa. Aku telefon pun tak berjawab,” desakku lagi.

“Aku ada hallah petang ni. Hujung minggu nilah ok. Aku janji...” pujuknya/ aku mendengus perlahan.

“Ok, nanti ambik aku macam biasa. Apa-apa hal telefon aku tau,” aku berpesan sebelum kami memutuskan panggilan.

“Macam mana?” soal Liana.

“Hujung minggu ni dia boleh teman aku,” ujarku pada Liana.

“Biasalah orang lelaki, kau kena bersabar dengan kerenah dia. Kau patut bersyukur tau, dia tak buat perangai macam bf aku ni,” Liana memujukku.

“Tengah bersabarlah ni. Dekat sebulan tak jumpa, nak call tinggal harapan jelah. Tak faham aku kadang tu dengan perangai dia,” aku mendengus agak kuat.

“Kau kena faham, orang lelaki ni, ego dia tinggi. Kalau ada masalah bukan nak luah kat kita. Lagipun, aku seingat akulah, bf aku pernah cakap, orang lelaki ni kadang-kadang dia pun nak masa untuk bersendirian. So.....apa kata kau bagi dia masa untuk bersendirian dulu. Bila dia ok, mesti dia datang kat kita balik,” ujar Liana dengan panjang lebar. Aku menganggukkan kepala dan tersenyum mendengar kata-kata Liana yang ada betulnya.

“Ok, kau ikut je cakap aku sekarang ni. Lagipun, hujung minggu nikan korang nak keluar sama-sama.”

“Itu pun kalau jadi,” balasku. Dia hanya tersenyum.




Aku bersiap ala kadar, mekap tipis kukenakan pada mukaku. Kurapikan bajuku dan melangkah ke bawah, terjengul muka Bayah ditangga.

“Amboi, wanginya minah sorang ni. Nak gi mana ni? Nak ikut boleh?” guraunya.

“Nak ikut ke? Jomlah, cepat gi siap,” aku membalas gurauannya.

“Tak naklah. Nanti kena hempuk dengan cik abang kau,” selorohnya.

“Takde maknanya dia nak hempuk kau, sebelum dia hempuk kau, aku hempuk dia dulu,” balasku lagi sambil tertawa. Namun tawaku mati apabila terdengar panggilan masuk.

“Helo, assalammualaikum. Kau dah sampai ke?” soalku setelah memberi salam.

“Wa’alaikumsalam. Ni, aku nak bagitahu kau, aku tak dapat teman kau keluar hari ni. Aku dekat kampung sekarang, sorry lambat bagitahu,” ujarnya.

“Ye ke..takpelah kalau mcam tu. Aku pun baru nak bersiap,” mukaku yang tadinya ceria terus bertukar mendung.

“Lain kalilah kita keluar ek, kau nak kirim apa-apa tak?” soalnya.

“Takde apa kot, kirim salam dekat emak kau ek,” aku menahan sendu dalam hati.

“Ok, kalau macam tu. Jumpa nanti. Assalammualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.”

“Bayah, aku gerak dulu ek. Kalau kau nak apa-apa mesej je aku nanti tau,” aku melaung dari luar.

“Ok, hati-hati tau,” sahut Bayah.




Aku melontarkan batu ke dalam tasik, alamat kalaulah terkena ikan mahu ikan tu marah kat aku. Tapi sekarang ni aku tengah bersedih hati, dulu seingat aku, kalau dia balik kampung, mesti dia bagitahu aku. Aku melontar pandangan ke arah tasik, sekali sekala ternampak kepala kura-kura yang terjonggol ditengah tasik.

Setelah agak tenang hatiku, aku memutuskan untuk berjalan kaki ke Perpustakaan Negara yang berada kira-kira 500 meter dari tempatku sekarang. Kerja gila yang pernah kubuat inilah, berja;an seorang diri sejauh 500 meter ke Perpustakaan Negara.

Dari Perpustakaan Negara, aku menapak ke Giant Taman Permata dengan menaiki teksi untuk membeli barang keperluan rumah sewa kami. Nasib baik Bayah tak kirim apa-apa, kalau tak jenuh aku nak mencari barang yang dia nak. Hampir petang baru aku balik ke rumah sewa kami, jalan kaki je, rumah aku dekat dengan Giant je.

“Assalammualaikum, Bayah....Bayah....” aku memanggil nama Bayah. Tak lama kemudian Bayah keluar membuka kunci.

“Aik...ni je kau beli. Dari pagi keluar sampai ke petang,” Bayah menggeleng-gelengkan kepala melihat barang yang kubawa balik. Aku hanya mampu tersengih dan masuk ke dalam rumah. Malamnya aku tertidur awal tanpa makan apa-apa sepanjang hari.




“Kau nak pergi kerja jugak ke ni?” soal Bayah sambil menekap tangannya didahiku yang terasa bahang panas.

“Yup, kerja tu penting. Lagipun, aku kuat lagilah. Kang kalau aku rasa nak tumbang tu, aku baliklah,” balasku separuh bergurau.

“Degil betullah kau ni. Ikut suka hati kaulah. Apa-apa hal telefon aku tau,” pesan Bayah sebelum aku keluar dari rumah. Aku menganggukkan kepala dan keluar dari rumah sebelum Bayah membebel lebih banyak lagi.




“Asal dengan kau ni? Pucat je? Kau ok tak?” soal Liana yang kebetulan lalu ke tempat dudukku.

“Aku ok je, demam sikit je,” balasku sambil menarik baju sejukku lebih rapat ke badanku.

“Sikit kau kata. Panas gila ni,” ujar Liana setelah merasa dahiku.

“Aku tak gila lagilah, aku ok je.”

“Ok kau kata? Panas sangat ni, jom aku teman kau ke klinik,” desak Liana.

“Takyahlah. Tengahari nanti Taufik hantar aku ke klinik,” balasku.

“Betul ni? Kalau macam tu takpelah. Kau rehat jelah dulu.”

“Takpelah, ada kerja nak buat ni. Karang jelah aku rehat.”

“Degillah kau ni,” Liana menggelengkan kepalanya melihatkan kedegilanku. Sebenarnya, aku tak cakap pun dengan Taufik yang aku demam, jauh sekali aku meminta dia menemani aku ke klinik. Cukuplah kalau selama ni aku banyak susahkan dia.




“Kau dah pergi klinik belum ni?” soal Liana lepas waktu rehat berlalu.

“Dah, tengok ni. Aku dah sihat,” ujarku sambil tersengih cam siput basi.

“Oklah macam tu, jangan lupa makan ubat lak,” pesannya sebelum berlalu. Sorry Liana, aku terpaksa tipu kau. Tak sampai seminit kemudian telefonku berbunyi, aku tergesa-gesa mengangkatnya, takut orang lain terganggu.

“Assalammualaikum,” salam kuhulurkan.

“Wa’alaikumsalam,Fiqa. Sihat ke? Buat apa tu?”

“Siapa ni?” soalku sambil tangan ligat memicit kepala yang berdenyut secara tiba-tiba.

“Ni Fiklah. Hai...takkan berapa hari tak jumpa dah lupa suara Fik,” ujar Fik dengan lembut.

“Sorry, Fik. Tadi tak tengok nama sebelum angkat.,” memang aku tak ingat pun suara dia sangat tambah lagi dengan keadaan aku yang demam ni.

“Petang ni free tak? Aku nak ajak kau keluarlah.”

“Petang? Boleh kot, nanti aku tunggu kau tempat biasa,” ujarku.

“Ok. Jumpa petang nanti,” balsnya sebelum memutuskan panggilan. Aku bangun dan menuju ke pantry untuk mengambil air kosong, perut kubiar tidak kosong tak berisi sebarang makanan, hanya panadol yang mampu kutelan ketika ini.

Petang itu, kami keluar bersama ke sebuah restoran makanan melayu. Kami bersembang seperti biasa, aku pulak sedaya upaya sembunyikan demamku. Keadaan ini membuatkan aku segar sedikit, maklumlah rindu pada dia menggunung. Lama tak berjumpa membuatkan aku rasa gembira sangat dengan pertemuan sekarang. Dia pun kelihatan ceria sekali.

“Fiqa, aku nak cakap sesuatu dengan kau,” ujarnya dengan lambat-lambat.

“Apa dia?” soal aku.

“Kejap ek. Aku nak telefon orang jap,” dia bangun dan menuju ke luar restoran meninggalkan aku yang tengah leka menghirup tom yam panas.

Dia kembali ke tempat duduk kami bersama seorang gadis yang comel disampingnya. Aku terkedu melihat keadaan mereka yang seolah-olah sudah kenal lama dan mesra. Sampai ke tempat duduk kami, dia menarik kerusi pada gadis itu, aku tercengang melihat situasi yang membuatkan temperature demamku naik semula.

“Kenalkan, ni Fiqa. Fiqa, ni Awe.” Aku tercengang sekali lagi mendengar dia menyebut nama Awe, bukan ke dia ex Taufik.

“Fik, apa semua ni?” aku membentak.

“Sebenarnya, aku nak bagitahu yang aku masih cintakan Awe. Aku tak boleh lupakan dia dalam hidup aku. Maafkan aku...” pintanya. Air mataku laju meluncur mengalir ke pipi, inikah balasan yang aku terima setelah bersama dengannya hampir 5 bulan.

“Aku tak tahu nak cakap apa, apa pun semoga korang bahagia. Kebahagian kau lebih penting dalam hidup aku. Aku mintak diri dulu,” aku bangun dan berjalan dengan laju tanpa menoleh pada mereka dan memikir keadaanku yang sakit ketika ini.

Hujan mulai turun dengan lebat diluar disertai dengan guruh yang berdentum kuat. Aku tak peduli semua tu dan berjalan menuju ke seberang jalan dan menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu ketika ini.

Sesampai dirumah, aku segera naik ke atas dan masuk ke dalam bilikku, aku menangis sepuas hatiku dan akhirnya aku terlelap dalam tangisan. Suhu badanku kian naik akibat terkena hujan tadi.




Kini setahun berlalu selepas peristiwa sedih dalam hidupku berlaku, aku kini tenang dengan hidupku sekarang. Cinta? Tiada lagi dalam hidupku...khabar yang ku dapat dari Liana, Taufik sudah berkahwin dengan Awe.

Aku pula menjalani liku-liku hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, biarlah takdir Allah yang menentukan bila sampai jodoh aku akan berkahwin juga akhirnya. Sekali lagi Tasik Titiwangsa ini menjadi tempat persinggahanku.

Setiap hari tasik ini akan menjadi tempat kunjunganku, dan seperti biasa aku akan menyelusuri ditepi tasik, maklumlah dekat K.L ni susah nak dapat laut. Tasik pun jadilah. Aku berjalan sambil pandangan mataku lemparkan ke arah tasik tanpa menyedari didepanku seorang pemuda sedang berlalu sambil berlari kecil lalu kami berlanggar antara satu sama lain.

“Adoi...sorry...sorry..tak perasan,” ucapku sambil menggosok dahiku yang tercium dahinya sebentar tadi.

“Takpe..takpe..saya pun mintak maaf,” dia memohon maaf denganku. Dia mengangkat mukanya memandang ke arahku, mata kami bertautan dan hati berdegup kencang. Aku bingkas bangun apabila menyedari beberapa pasang mata melihat kami yang tengah buat iklan Cornetto tepi tasik.

"Saya Iqbal," dengan lancar dia mengenalkan dirinya selepas melihat aku bangun.

"Saya Shafiqah," ujarku sambil tersenyum padanya. Kemudiannya bermulalah episod cinta baruku bersama pemuda bernama Iqbal. Iqbal, pada cintanya kusandarkan cintaku.
8
Komen

Buruk 4

"Seronoknya kalau aku dapat pakwe macam bos aku tu. Dahlah hensem, baik hati, comel, bak kata perfect untuk aku." aku menggelengkan kepala. Layak ke aku dengan dia. Kulempang-lempang pipiku.

"Cik kak, tengah buat apa tu? Jom ikut saya pergi lunch..." sapa seseorang dari depanku.

"Eh...bos." aku tersengih menayangkan gigiku yang putih berseri hasil dari penggunaan ubat gigi kayu sugi.

"Jom lunch dengan saya." Jemputnya lagi.

"Takpelah. Saya kenyang lagilah bos." Aku menolak lembut.

"Ala awak ni bukan senang saya nak ajak orang perempuan keluar makan dengan saya. Jomlah....tak baik tolak arahan bos." Gertaknya. Aku pun capai tas tangan dan mengikutnya keluar makan tengahari.

"Kita nak kemana ni bos?" soalku

"Kita pergi pekena restoran Thailand. Saya nak belanja awak makan Tom Yam."

"Ok." Jawabku pendek.



"Awak pernah makan dekat sini?" soalnya padaku yang ralit memandang sekeliling restoran.

"Tak pernah. Ni pertama kali bos."

"Jangan panggil saya bos kat luar ni. Panggil je Bad sudah." Ujarnya.

"Baik bos..eh..Bad."

"Macamtulah. So Fiona, awak sebelum ni belajar kat mana?" soalnya sambil menyudu kuah tom yam ke dalam mulut. Dia panggil aku Fiona ke? Jarang orang panggil aku dengan nama Fiona. Menarik ni....

"Saya belajar kat UiTM je Bad. Kursus pengurusan pejabat je."

"Oic..." kemudiannya kami berborak dengan lebih panjang lagi sampai tak sedar masa dah berlalu hingga ke pukul 2.30 petang. Nasib baik keluar dengan bos, kalau tak selamat aku kena tindakan tatatertib. Haru je.

"Jomlah kita gerak. Dah lambat sangat ni." Kami berjalan menyusur ke tepi jalan sambil berborak kecil.

"Eh..bahaya." dia menarik badanku mendekati badanya bagi mengelak kereta yang lalu tadi dengan laju yang amat.

"Terima kasih Bad sebab selamatkan saya tadi." Mukaku berubah jadi udang panggang dan mataku tepat merenung ke anak matanya yang berwarna coklat. Mata bertentang mata, lalu turun ke hati dan seterusnya hati akan menyanyikan lagu rap cintan.

"Eh...jomlah balik ofis." Ujarnya setelah sedar dari renungan mata ke mata.

"Jom...jom..." kami berjalan seiringan tapi dia tak sedar yang tangannya masih memegang tanganku kejap. Kalau lepas jap lagi mesti dah jadi gelang corak baru kat tangan aku ni.

"Eh...sori. Tak perasan pula saya pegang tangan awak tadi." Dia memohon maaf.

"Takpe..takpe..." jawabku selamba sedangkan dalam hati jantungku dah bergendang lagu Kuch Kuch Hota Hai.



"Mana kau pergi tadi dengan dia (rujuk pada bos)." Belum sempat aku duduk, Sherry datang menyerang aku.

"Siapa?" soalku menambah bara di dalam hatinya.

"Kau jangan nak main-main. Aku nampak kau dengan dia keluar sama-sama waktu lunch tadi. Aku dah kata dari hari, kau dilarang keras untuk berjumpa, bercakap, dan selebihnya dengan dia." Lantang dia memarahi aku.

"Jadi?" soalku lagi.

"Pandai menjawab ye kau sekarang." Dia menyisip lengan bajunya untuk membelasah aku. Dia bersiap sedia mengangkat tangan untuk melempang aku, tapi tak sempat pun. Hero aku datang selamatkan aku. Sukanya aku.....

"Apa awak buat ni?" soal hero pujaan hatiku.

"Takde apa bos." Jawabnya gugup.

"Takde apa. Ingat saya tak nampak ke apa awak buat tadi?" soalnya lagi.

"Maafkan saya bos." Pintanya dengan muka kucing mintak simpati.

"Dah, mulai hari ini saya tak nak tengok muka awak kat syarikat ni lagi. Awak boleh berambus dari sini dengan segera." Katanya dengan kejam. Aku tersenyum sinis apabila mendengarkan hukuman kejam yang diberikan bos pada cik Sherry kita ni.

"Bos...tolonglah jangan pecat saya..." rayunya sambil memegang kejap kaki bosku.

"Takde maaf bagimu setelah apa kau lakukan pada Fionaku." Jawabnya lantang.

"Tolonglah bos.........."

"Pengawal.....!!!" datang dua orang pengawal menyeret cik Shery keluar dari bangunan.

"Awak dah selamat sekarang. Takde siapa yang berani buli awak lagi." Ucapnya penuh perasaan.

"Terima kasih bos." Ucapku dengan gembira.

"Mulai sekarang, awak akan dinaikkan jawatan kepada setiausaha saya." Dia mengumumkan pada semua staf termasuk aku yag tercegat depannya.



4 bulan berikutnya........


"Fiona, sudi tak awak jadi isteri saya?" Badrul melutut sambil sekotak bekas baldu berbentuk hati yang berisi cincin padaku.

"Emmm..." aku menggangukkan kepala tanda setuju.

"Kalau macam tu cukup bulan kita kawin ye sayang." Ujarnya penuh rasa cinta berlagu dalam hati.

"Setuju je..." jawabku miang betina kucing.



Cukup bulan....

Aku kini sah bergelar isteri pada seorang jejaka comel dan merupakan bos ditempat kerjaku. Siapa sangka minah buruk dan kelam kabut macam aku ni takde orang nak.

Penuh sesak laman rumah aku dengan kedatangan tetamu yang meraikan kebahagian kami bersama. Budak ofis je dah penuh setengah dari meja yang disediakan, tak termasuk dengan tetamu lain. Meriah sungguh kurasakan.


2 bulan lepas tu....

Aku telah disahkan mengandung dua bulan. Gembiranya kami dengan kehadiran orang baru dalam hidup kami berdua. Lupa pula, aku still kerja sekarang ni dengan dia Cuma jawatan yang kusandang telah diupgrade sikit iaitu dari setiausaha kepada personal assistant.

Doakan kami agar hidupbahagia selamanya ye. Akhir kata dari aku...selamat tinggal semua. Terima kasih kerana sudi membaca ceritaku yang tak seberapa ni.









Nanti dulu...cerita ni tak tamat lagi. Ada sambunganlah pula...terpaksalah korang sambung balik baca cerita mengenai aku ni.

Sekarang ni aku tengah berduka sangat, yelah..baru kahwin terpaksa pula tempuh dugaan maha hebat dikala aku tengah mengandung anak sulung ni. Dalam diam-diam dia menjalinkan hubungan sulit dengan ex-setiausaha dia yang lama iaitu Sherry.

Aku dapat tahu ni pun lepas aku dapat bukti pada bajunya, ada bau perfume perempuan dengan bekas gincu sedikit dikolar baju. Apa lagi mengamuk sakanlah aku, tak sangka sungguh aku, dalam keadaan aku yang tengah boyot ni boleh pula dia main cintun dengan perempuan tu.

"Abang...!!!Ni apa ni?" aku mengheret baju kemaja yang terpalit gincu dikolar bajunya.

"Tu...tu bajulah.." jawabnya selamba dan menyakitkan hati serta halwa telingaku.

"Abang, jangan main-main. Saya tanya elok-elok ni." Aku dah start enjin berapi.

"Betullah, apa awak tak belajar ke dulu?" perlinya.

"Tengok ni. Ada kesan gincu. Awak curang dengan saya ke?" soalku dengan nafas yang sudah tersekat-sekat menahan tangis didada.

"Kalau curang kenapa? Tak boleh ke?" soalnya bersahaja.

"Sampai hati abang buat Fiona macamni. Abang tak sayang Fiona lagi ke bang?" soalku dalam tangis yang ditahan.

"Memang tulah yang abang nak cakapkan. Abang dah tak sayangkan Fiona lagi." Semudah ABC dia menuturkan ayat yang menyentuh kelbuku.

"Sampai hati abang cakap macam tu pada Fiona...." tangisku bertambah lagu mexico.

"Buat pengetahuan Fiona, abang sekarang dah kahwin lagi satu. Kenalkan madu kamu, Sherry." Dia menarik Sherry ke dalam pelukannya erat.

"Kenapa abang buat Fiona macamni?" soalku dengan deraian air mata.

"Sebab aku dah tak sayangkan kau lagi. Cuba kau cermin diri kau tu. Dahlah buruk, gemuk gedempol pula tu." Dia mencaci aku. Sherry disebelah ikut tertawa mendengar caciannya padaku.

"Kenapa dengan abang ni. Dulu lain, sekarang lain. Dulu sayang, sekarang benci. Dulu...arhhh...tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi, tergamak abang lakukan macamni kat Fiona dan anak yang bakal lahir tak lama lagi ni." Aku memohon simpati padanya.

"Sudah...!! Aku ceraikan kau dengan talak satu." Ucapnya dengan tegar.

"Abang....!!!" jeritku sekuat hati hingga memecahkan gelas yang berada berhampiran aku.

"Sudahlah. Kau boleh pergi dari sini sekarang. Aku taknak tengok muka kau lagi." Ucapnya sekali lagi. Aku berlari kecil ke arahnya dan memaut kakinya memohon belas kasihan.

"Sudah...pergi kau dari sini." Usirnya lagi. Dia menolak deras badanku menjauhkan dirinya dan diriku. Aku sudah tidak dapat mengawal tangis yang semakin lebat menuruni pipi beserta hingus yang mengalir dari hidung.

"Abang...tolong jangan buat macamni pada Fiona bang..." rayuku lagi. Tapi dia melangkah pergi bersama Sherry. Aku merintih berseorangan sambil merayu-rayu dan memanggil namanya. Terhinggut-hinggut bahuku menahan tangis.


Sonia - Benci Ku Sangka Sayang

masih membasah luka
yang dulu pernah kau cipta
kau sayat kembali
diatas derita lama

tak penah menjadi impian
dan hitam bukanlah harapan
mengering airmata mengenangkan percintaan
yang kini tinggal igauan

masih segar diingatan
kenangan kita masih bersama
cinta yang telah berlalu
ku simpan jadi sejarah

biarlah ku jalani lara*
biarkanlah ku telan duka
semoga kau mgerti
tak pernah ku restui pemergian dirimu
sungguh menyayat hati

(ulang)
benar kata pujangga
selasih ku sangka mayang*
bayang-bayang ku sangkakan daun selaga
orang benci ku sangka sayang
namun diri tak merasa
tetapi apakan daya
ooo

kenangkanlah aku sayang
rinduilah aku dalam ingatanmu
yang telah tinggalkan ku selama ini
jauh mengejar mimpi yang tiada pasti

biar hujan datang berkurun
takkan tawar rasa lautan cinta
ku khayalkan kasihmu mengekalkan rasa
kiranya gerimis menawarkan lautan
4
Komen

Buruk 3


“Apa kau buat ni? Habis baju aku.” Marah Sherry. Apa taknya, aku dengan tak sengaja telah menumpahkan air kopi pada bajunya dan mug tu terhempas ke lantai. Salah dia juga, ada ke patut dia suruh aku bawa fail yang maha tebal dengan mug berisi air sekaligus. Dia pula yang jalan kat depan aku terkedek-kedek menggelek punggungnya.

“Maaf cik Sherry.” Hanya itu mampu ku ucapkan.

“Dah, sekarang ni kau bawa fail ni ke meja. Lepas tu kau ambil penyapu dan penyodok dengan mop sekali. Kau bersihkan tempat ni cepat.” Jerkahnya. Aku menunduk kepala ke bawah.

“Apa tercegat lagi. Cepat pergi sekarang...!!!!!” pekiknya lagi.

“Takpelah cik, biar mak cik yang buat. Bukan kerja cik bersihkan ofis kita ni pun.” Mak cik cleaner atau Mak Tom membantah aku untuk membersihkan lantai yang telah dicemari dengan mug yang pecah serta tumpahan air kopi.

“Takpe mak cik. Saya yang buat salah, jadi saya yang kena bersihkan tempat tu.” Aku berdegil untuk membersihkan kotoran itu juga.

“Degil sungguh cik ni. Ikut ciklah.” Dia menarik nafas ketat melihatkan kedegilanku.

“Mak cik tunggu je. Nanti saya hantar balik ke sini. Saya pergi dulu ye mak cik.” Ucapku sopan. Aku berjalan menaiki lif ke tingkat 4 dimana terletaknya ofisku.


Aku membersihkan serpihan mug yang pecah, ku kutip lalu kumasukkan ke dalam plastik sampah. Setelah selesai, kumop lantai yang terkena tumpahan air kopi. Sedang elok aku mengemop, tiba-tiba bunyi betik masak jatuh ke lantai.

“Bos....alamak. Macam mana boleh jadi macamni.” Segeraku angkat badan bos yang boleh tahan beratnya. Dia mengaduh perlahan dan perlahan bangkit berdiri.

“Takpe...takpe..saya ok. Salah saya juga, mata kemana tadi. Tak perasan lantai licin. Awak buat apa kat sini?” dia memandang aku yang sedang buat pose dengan mop ditangan.

“Saya bersihkan lantai ni bos. Tak sengaja tadi terjatuhkan mug. Air pun tumpahlah kat lantai.” Jawabku dengan jujur dan lurus.

“Eh..ni kan bukan kerja awak. Kerja awak kat dalam ofis sana bukan mop lantai.”

“Takpelah. Saya suka buat kerja ni kat rumah.” Aku tersengih-sengih macam tiram busuk.

“Ada-ada je jawapan awak. Takpelah, kejap lagi masuk ofis saya.” Dia berpesan padaku sebelum menapak ke biliknya. Sudah...kenapa pula ni?

“Mak cik, seperti yang saya janjikan. Nah, terima kasih.” Ucapku pada Mak Tom.

“Rajin betul kamu ni.” Pujinya.

“Mak cik, tadi tengah saya syok mop lantai. Bos ada lalu dan tegur saya.” Terangku.

“Hah..bos? Habis mak cik kena marah nanti. Kamulah ni, kan mak cik dah kata. Biar mak cik yang bersihkan tempat tu.” Mak Tom sedikit pucat.

“Takde apalah mak cik. Bos jatuh tadi. Lantai licin, mata dia pula ke mana. Dah gedebuk terjatuh macam betik busuk.” Selorohku. Mak Tom yang dengar terus ketawa mengekek.

“Oklah mak cik. Saya dah lambat ni. Bos nak jumpa saya sekarang ni.” Aku meminta diri.

“Yelah. Elok-elok.” Pesannya.



Tok! Tok! Tok!

Aku mengetuk pintu bilik yang tertera nama Badrul Amri lengkap dengan jawatannya.

“Masuk” kedengaran suara dari dalam menjemputku masuk ke dalam. Kupulas tombol pintu dan menapak ke dalam.

“Assalammualaikum bos.” Aku memberi salam.

“Wa’laikumsalam. Duduklah. Ada benda saya nak bincang ni.” Palawanya.

“Bos nak pecat saya ke?” aku sudah kepucatan membayangkan diriku ditendang keluar dari syarikat atas kesalahan yang telah kubuat (ada ke?).

“Apa pula macam tu. Pandai-pandai je. Saja je saya nak berkenalan dengan awak. Tak boleh ke?” soalnya bersahaja.

“Boleh, tapi....weird sikitlah bos.” Jawabku dengan jujur. Mana tak, ingat ada buat salah ke tadi, takpun nak naikkan pangkat ke. Hehe. Perasan je.

“Pelik ke bila seorang bos nak kenal dengan pekerjanya?” soalnya semula.

“Tak..tak..” jawapku sedikit gugup.

“Awak sekarang buat kerja apa?”

“Hah..?” aku ternganga sedikit.

“Maksud saya. Awak ni kerja sebagai apa kat syarikat ni?” soalnya lagi.

“Kerani, bos.” Jawabku lambat.

“Ok, kerani. Tapi kenapa sejak saya mula-mula langkah kaki masuk ke sini....macam-macam pekerjaan yang saya tengok awak buat.”

“Maksud bos?”

“Yelah, hari pertama saya kat sini. Awak jadi jaguh sukan larian. Kemudian saya nampak awak bancuh air. Tadi pula, saya tengok awak jadi cleaner.” Terangnya.

“Apa nak pelik pula bos, bancuh air tu kan perkara biasa kalau kita nak minum.” Jawab aku sambil tergelak kecil.

“Memang biasa, tapi akan jadi luar biasa kalau awak bancuh air untuk pekerja lain. Sedangkan dia bukan bos awak yang patut awak patuhi arahannya.” Aku menundukkan muka ke lantai.

“Lepas ni, saya nak tengok awak buat je kerja awak sebagai kerani. Jangan buat kerja selain dari kerja awak. Jangan dengar arahan dari sesiapa kecuali bos awak.”

“Faham bos.” Aku menganggukkan kepala.

“Lagi satu...” aku buat muka ikan emas comel padanya.

“Jangan pura-pura dengar apa yang saya cakap ni. Dengar arahan saya, balik ke tempat awak sekarang. Sesiapa pun takkan ganggu kerja awak lagi. Siapa ganggu bagitahu saya.” Ucapnya sambil tersenyum nakal padaku.

“Terima kasih bos. Saya mintak diri dulu.” Pintaku.