SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

2
Komen

Impian Si Chubby


“Peah meh la bagi aku lak baca. Asyik kau je baca majalah tu. Aku tunggu dari semalam lagi nak baca, sampai sekarang tak dapat jugak. Kau baca apa Peah? Kau membaca ke mengeja huruf tu?”

“Bising la kau ni Azie. Bagi la aku nak baca penuh minat ni.”Peah meneruskan bacaannya tanpa mempedulikan Azie yang dah kebengangan dengannya.

“Dah-dah, bagi aku lak baca sekarang ni. Sekarang ni giliran kau pulak basuh baju.” Balas Azie.

“Ye la debab.”ujar Peah pada Azie.

“Banyak cantik muka kau. Sesedap rasa air longkang je kau kata aku macam tu ek. Kau tu lagi la badan cam blue hippo.”kutuk Azie yang membalas kata-kata Peah padanya tadi.

“Tu la korang punya kerja kan. Asyik gaduh jer. Kang aku cepuk korang ngan senduk nasi ni kang. Orang nak masak sambil nyanyi lagu Hindustan pun tak boleh. Dah nak sambung nyanyi lak.” Dah keluar lak si Enot dari dapur ngan tayang senduk kesayangan kat tangan tu.

“Woi, tak payah la nyanyi. Aku baru jemur je baju tadi. Kalau kau kesian kat aku jangan nyanyi ok.” Tetiba je Dayah menyampuk.

“Sesedap air oren kau berkata-kate padaku ye. Amik kau. Terima lah serangan action kamen. Beep…Beep…Beep…Beep…Beep…” kata si Enot.

“Woi cam kanak-kanak la korang ni. Main tak ajak aku sekali. Nak join. Woi jom main perang-perang.” Maka tercetus la benda yang semua orang tak mau tengok dan dengar. Makanya kesemua manusia dalam rumah tu menjerit-jerit dan terlolong-lolong macam kuntilanak tak jumpa sikat rambutnya nak buat sikat rambut la apa lagi.

Tak lama lepas tu terjadi la sesuatu yang tak disangka-sangka. Keadaan yang riuh rendah dengan kebisingan tadi telah menjadi hiba apabila terbau sesuatu yang ‘sedap’ dari dapur.

“Woi, korang kau ada bau something tak?” Azie menyoal semua keempat-empat kawannya. Serentak dengan itu kelima-lima manusia tu senyap sekelip mata sambil hidung kembang kempis menghidu bau seperti anak kucing terbau makanan.

“Woi, kau masak apa ni?” soal Peah.

“Alamak!!!!Ayam aku….!!!” Bergegar jap rumah dengar Enot menjerit. Lepas tu lintang pukang lari. Siap tak pandang dah kiri kanan, main ikut sedap je pijak siapa-siapa jer yang ada kat situ.

“Woi, sakit la Enot. Badan kalau kecik takpe gak ni dah macam tong drum tapi kecik sikit dari tong drum tu.” Peah membebel la apa lagi mau tak kena pijak kaki dia tadi dengan Enot.

“Mulut tu jaga sikit ek. Aku sumbat dengan cili baru tau. Sensitif aku dengar tong-tong ni.”laung Enot dari dapur.

Macam tu la rumah bila kelima-lima sekawan tu berkumpul. Nasib baik rumah tu masih kukuh dan kuat binaannya. Maklum la semua umat yang duduk dalam rumah tu badan sihat-sihat belaka. Macam-macam saiz ada dari XL sampai ke XXXXL. Tapi takpe tak jadi halangan pun kan. Cerita ni berkisar pada impian gadis yang chubby belaka. Setiap manusia ada impian begitu juga dengan mereka semua. Mari kita berkenalan dengan mereka berlima.

Bermula daripada Enot, atau nama sebenar dalam kad pengenalan, Zarina Amira binti dia ni seorang yang berbadan montel dan katek jugak. Bila jalan terkedek-kedek je dari jauh. Seorang yang happy go lucky, santai dan pelatah. Kerja tukang masak kat gerai belakang rumah dorang.Impian dia mesti la nak jadi tukang masak gak tapi dia nak capai cita-cita nan satu iaitu bukak kedai sendiri la.

Azie ni pulak nama betul dia Sharifah Azie Hanani binti Syed Azlan. Perwatakan menarik la. Badan dia sorang je kecik sikit dari semua yang lain. Dia ni periang, manja dan penyayang. Atas sifat penyayang dia tu la dia kerja sebagai cikgu tadika. Jangan korang tak tahu, impian dia bukan senang tau. Nak jadi model kononnya. Tapi badan macam dia boleh ke? Entah la apa-apa pun kita tengok je la nanti.

Peah seorang gadis yang berbadan gedempol, mulut pun tak ingat kira minah laser la sorang ni. Dia ni paling suka makan, pantang je ada makanan depan mata diserbunya dia. Siap tak pandang kiri kanan lagi tu. Lupa dia ni kerjanya amat merbahaya, dengarnya kerja dia ni kira bulu gajah da….Hehe. Mana ada, kerja minah sorang ni senang je jaga kaunter wang kat depan kedai, cashier la tu. Impian nak jadi penyanyi macam Adibah Nor tu. Nama betul Peah ni tak lain tak bukan mestilah Roslina Admira Shah binti Amirul Khuzaiman.

Eton lak, nama sebetulnya Mariah Izzati binti Kamarulzaman. Badan macam biasa la, chubby gak. Mulut yang ni kalau dah bersatu dengan si Peah tu alamat terbalik la rumah korang. Suara kuat, mulut kecoh pulak tu.Kerjanya berangan dari sehari ke sehari al-maklum la nak jadi penulis. Sekarang ni pun dia kerja jadi penulis tapi untuk blog sendiri je la. Kerja tetap dia sebagai promoter kat Jaya Jusco Wangsa Maju je pun.

Akhir sekali, cik Dayah kita atau nama dalam surat beranak Tengku Hidayah Putri Almiah binti Tengku Shah Aman. Tergeliat lidah gak nak sebut nama minah ni. Dia ni minat melukis, impian nak jadi pereka fesyen. Tapi dapat jadi tukang jahit je. Tak sempat nak reka apa-apa fesyen dah dibantai bos dia suruh jahit baju pelanggan.
Ok cukup masa dah kenal dorang semua. Untuk capai impian masing-masing mestilah banyak ujian dan halangan. Begitu jugak dengan dorang ni semua. Nak lagi Azie tu nak jadi model. Tercapai ke hajat dorang tu semua? Baiklah, jom patah balik masa anda dengan dorang tadi.

“Wei, aku lapar la Enot, kau masak apa ni? Dah la tu rentung lak tu ayamnya.” Peah mengadu lapar siap peril lagi Enot tu.

“Amboi siap perli aku tapi tanya masak apa lak. Banyak cantik muka kau Peah.”

“Muka aku memang cantik. Kau jangan la jeles dengan aku pulak.” Balas Peah.

“Banyak la kau. Aci yang selalu datang beli makanan kat kedai makan aku lagi cantik dari kau tau.”

“Dah la korang ni. Asyik gaduh je, tengok aku pantas memasak ni. Kesian kat Enot tau. Jom la makan cucur udang ni je.” tawar Dayah pada kawan-kawannya.

“Nasib kau ada tau Dayah. Sedapnya bau.” Laju je Peah sambar cucur udang dan dimasukkan terus ke dalam mulutnya.

“Gelojoh betul la kau ni Peah. Kang tercekik baru padan muka kau.” Kata Eton.

“Aku lapar la wei. Lantak korang la. Aku nak makan.” Dengan rakus Peah sumbat cucur udang dalam mulutnya lagi. Serentak itu, keempat-empat mereka menggelengkan kepala tengok perangai Peah yang gelojoh tu.






“Peah majalah aku beli semalam kau letak mana? Aku nak baca la. Asal aku beli je kau rembat dulu. Tak sempat aku nak baca lagi tau. Bak sini balik kalau kau dah abis baca. Aku nak baca pulak.” Minta Azie pada Peah yang tengah syok menonton cerita Renjis.

“Ada tu kat atas meja aku. Amik la sendiri aku nak tengok cerita ni. Jangan kacau aku.”

“Yelah.”

“Azie nah surat kau. Ok la aku dah lambat nak pergi kerja ni. Chow dulu.” Dengan tergopoh-gapah Dayah berlari keluar mendapatkan skuter kesayangannya.

“Dayah, thanks. Bawak motor elok-elok. Jangan rempit lak.” Laung Azie pada kawannya seorang itu.

“Surat apa pulak ni. Lain macam je. Baca la dulu. Sukacita dimaklumkan permohonan anda telah berjaya, dengan itu anda diminta menghadirkan diri pada 22.10.2008 di alamat tersebut bagi menjalani sesi bergambar.” Terjojol biji mata Azie membaca suratnya. Macam tak percaya dia telah terpilih untuk ke sesi bergambar dan sekaligus melayakkan dirinya menjadi model syarikat tersebut.

“Woi silau mata aku tengok gigi kau tu. Apakehal kau ni duk menyengih sesorang ni?” soal Peah tiba-tiba.

“Peah, sukanya aku.” Dah terlompat-lompat lak Azie macam kongkang dapat pisang.

“Apa yang kau suka? Bagitau la kat kitaorang ni. Dah yang kau terlompat-lompat lak ni kenapa?” kata Eton setelah melihat kongkang terlompat-lompat depan mata.

“Aku dah berjaya jadi model la wei. Tak sia-sia usaha aku selama ni. Berapa banyak gambar aku hantar kat agensi model. Akhirnya aku dapat gak.” Kata Azie sambil terkinja-kinja melompat tak tentu pasal lagi.

"Suka la kau ek Azie. Apa-apa pun tahniah la dari kami." Mereka segera memeluk Azie.

"Thanks korang." Balas Azie.

"Syarikat mana kau dapat tu? Kau dapat jadi model apa sebenarnya ni?" soal Enot.

"Syarikat penerbitan majalah Fesyen Muslimah la. Ala majalah yang tengah meletup sekarang ni dengan fesyen-fesyen muslimah tu. Sukanya aku." Tersengih-sengih Azie menampakkan giginya yang putih berseri setelah menggunakan ubat gigi Fresh and White.






"Sharifah Azie Hanani binti Syed Azlan. Sila masuk ke dalam." Panggil gadis berbaju kurung merah hatii.Ayu bertudung macam Wardina sepuluh kali tengok.

"Cik Shaifah, tahniah dari pihak kami. Saya Khairil, dah lama kami mencari model yang sesuai untuk peragakan pakaian keluaran syarikat kami." Ucap Encik Khairil.

"Terima kasih encik. Saya pun tak sangka boleh terpilih, saya memang minat sangat jadi model tapi maklum la badan saya tak secantik dan semolek Nasha Aziz. Saya rasa bersyukur sangat terpilih jadi model untuk syarikat encik." Balas Azie.

"Ok kalau macam tu mari kita berlatih untuk sesi bergambar. Saya nak tengok hasil dari awak. Baiklah kenalkan jurugambar kami, Nizam. Nizam, apa lagi tolong la amik gambar Cik Sharifah kita ni." Kata Encik Khairil.

"Encik Khairil, panggil saya Azie sudah la. Lebih selesa lagi, baiklah Encik Khairul. Saya mintak diri untuk sesi bergambar." Azie meminta izin.

"Baik la Azie. Silakan. Nizam bagi dia pakai baju yang baru tu. Rasanya sesuai dengan dia." Arah Encik Khairil.

"Baik Encik Khai. Permisi dulu ya." Nizam meminta diri.

"Ok Azie, saya Nizam. Selamat datang ke syarikat kami. Mari la kita mulakan kalau awak dah bersedia."

"Thanks Nizam. Saya siap dulu ye."



30 mint kemudian…..

"Woooo….comelnya awak Azie. Sesuai la baju ni dengan awak. " laju je kata-kata itu meluncur dari lidah Nizam.

"Terima kasih. Boleh kita mulakan sekarang tak? Malu la saya awak tengok saya macam tu." Dalam tersipu-ipu malu Azie berkata setelah menyedari Nizam memandang dirinya tanpa berkeelip-kelip.

"Sori, ok jom mula sekarang." Dengan penuh semangat Nizam memulakan segala tugas yang diberikan.






6 bulan kemudian.....

"Azie! Azie! Azie! Cepat wei, tengok ni!" Peah terjerit-jerit memanggil Azie dari luar rumah lagi. Rasa macam nak tercabut anak tekak gak la minah seorang ni duk menjerit kuat-kuat dari jauh lagi.

"Apanya kau ni Peah? Ni tengok gambar kau. Siap jadi cover depan lagi tu. Cantik siot." Termengah-mengah Peah berkata pada Azie.

"Azie handset kau berbunyi la. Pergi angkat, bak sini aku nak tengok." Pinta Dayah seraya dengan selamba merampas majalah Fesyen Muslimah dari tangan Azie.

"Assalammualaikum. Encik Khai ke? Ye saya, dah tengok dah Encik Khai. Terima kasih encik saya ucapkan. Baik encik." Laju je Azie berkata.

"Azie, tahniah. Cantik la gambar kau. Pandai jurugambar ni ambil gambar kau. Ayu je kau dalam gambar ni. Mesti Mama Pah bangga dengan kau." Kata Enot.





"Azie sayang, tahniah dari papa dan mama. Tak sangka anak mama yang chubby ni jadi model. So bila nak balik? Papa dan mama nak raikan kejayaan anak kesayangan mama ni." Tutur Mama Pah pada anaknya, Azie.

"Insyaallah ma. Next week Azie balik la mama. Tak sabar nak jumpa papa dengan mama. Rindu kat papa dengan mama. Ok la ma, Azie nak masuk tidur dulu ma.

Assalammualaikum. Good nite. Kirim salam kat papa tau mama."

"Yelah. Bye sayang." Klik!






Empat tahun kemudian.....

"Suprise.....!!!!!!!!!" bertalu-talu la ciuman yang Azie dapat dari papa dan mamanya.

"Azie!!!!!!!Kitaorang sayang kau. Tahniah dah popular abis member aku sorang ni. Jadi model ternama sekarang ni. Tak sia-sia usaha kau selama ni Azie." Abis penyek Azie dipeluk oleh rakan seangkatannya yang comel-comel belaka.

"Azie rindu kat kau tau. Mana buah tangannya untuk kitaorang semua?" Kata Peah pada Azie. Maklum orang tu baru balik dari Paris dah tu dapat pulak jadi duta minyak wangi dan jam tangan lagi.

"Ada, nah untuk korang semua atas sokongan korang. Ni untuk papa dan mama." Segera diberi buah tangan yang dibeli khas untuk orang tersayang.

"Mana untuk abang?" tiba-tiba suara garau lemak merdu menyampuk.

"Nah, ni special buat abang yang tak putus bagi sokongan buat Azie." Sebuah kucupan dipipi dan pelukan diberikan khas buat suami tersayang. Maka gamat la sebentar suasana dengan tepukan dari orang tersayang dibelakang mereka berdua. Kan dah merah muka tu. Malu la tu. Hehe.

"Papa Syed, tak lama lagi Papa Syed dengan Mama Pah dapat la tengok anak kesayangan Papa Syed dengan Mama Pah jadi cover depan untuk majalah keluaran khas bertajuk 'Ibu Muslimah' la pulak." Kata Peah.

"Betul ke ni Azie?" soal Mama Pah.

"Mana ada mama, pandai je dorang ni." Nafi Azie.

"Betul tu mama. Azie ni takda nya jadi model majalah tu. Dorang memain je tu. Tapi yang lebih betul lagi, mama dengan papa bakal jadi nenek dan datuk la." Kata suami Azie pada mertuanya.

"Betul ke ni Azie? Ya Allah, alhamdulillah. Syukur padaMu." Ucap Papa Syed dan Mama Pah.

"Bang, saya nak buat la kenduri kesyukuran untuk anak saya semua ni sekali atas kejayaan masing-masing." Cadang Mama Pah pada suaminya.

"Saya tak kisah, ikut je la. Benda yang elok saya setuju sangat." Kata Papa Syed.

"Terima kasih semua." Balas Azie.

Untuk makluman semua setelah empat tahun berlalu Azie and the gang telah berjaya mencapai cita-cita memasing. Enot telah menjadi tauke kedai makan yang diberi nama Zarina Kafe Corner. Peah tercapai gak impiannya nak jadi penyanyi macam Kak Adibah Nor kita tu, setelah berusaha menyertai pelbagai ujibakat akhirnya Peah berjaya dalam pertandingan nyanyian anjuran Mencari Bintang Baru. Meletup-letup lagu Peah sekarang ni dipasaran dengan tajuknya, Aku Untukmu.

Eton pulak berjaya jadi penulis di Syarikat Buah Fikiran. Novel dia tengah laris sekarang ni tajuknya Akan Kucintaimu, yang akan datang ni pulak tajuknya......entah la dalam proses katanya. Hehe. Dayah pulak impian nak jadi pereka fesyen dan memiliki butik sendiri tercapai jua akhirnya. Begitu la kisah impian lima gadis chubby belaka. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Lagi satu berita gembira, empat sahabat ni akan berkahwin dengan jejaka pilihan masing-masing pada hari dan tempat yang sama. Akhirnya............




"Azie sayang, abang sayang Azie dari hari pertama kita bersua. Terima kasih sayang. Abang sayang chubby abang sorang ni," sebuah kucupan hangat singgah didahi Azie.

"Azie pun sayang sangat pada abang, terima kasih sudi terima Azie yang chubby ni. Maklum la abangkan kurus cam papan nak pulak at Azie yang badan cam tong air ni." Seloroh Azie pada suaminya.

"Azie ni hadiah khas untuk sayang abang. Buka dan baca la. Selami hati abang dengan lebih dalam lagi. Abang tunggu jawapan dari Azie." Kata suaminya.

"Ok, Azie baca ye." Balas Azie.


Assalammualaikum sayangku….

Azie sayang, Abang amat berterima kasih pada Azie kerana sudi menyambut cinta abang pada Azie. Pada kali pertama kita bertemu, hati abang sudah terperangkap dan tergoda dengan lirikan manja Azie. Debaran hati abang makin kuat berbunyi macam orang tengah main drum pulak. Tak sangka jodoh kita kuat untuk bersama dalam ikatan suci ini. Abang janji dengan Azie selagi abang bernafas cinta dan kasih abang hanya untuk Azie dan anak-anak kita.

Yang mencintaimu,
Mohd Nizam Bin Aiezad

p/s: kalau dah abis baca surat ni pandang abang sayang, kat belakang sayang je ni.


"Azie sayang, sudi tak jadi isteri dan ibu kepada anak abang selama-lamanya?" lafaz Nizam dengan lagaknya seperti seorang putera melamar puteri kesayangannya.

"Selamanya Azie sudi bang. Terima kasih bang. Azie cintakan abang selamanya." Ucap Azie pada Nizam, suami yang dinikahinya 2 tahun lalu.

Maka dengan itu berakhirlah cerita tentang gadis-gadis chubby tersebut. Semoga mereka bahagia selalu.

p/s: sori la kalau cerpen ni tak berapa nak menarik hati. Saya masih merangkak lagi untuk menulis.Puas gak perah otak cari idea nak siapkan jugak cerpen ni. Ni la hasilnya, tak berapa best. Apa-apa pun terima kasih la sudi baca cerpen saya kali ni. Sebarang komen saya terima dengan hati yang terbuka.