SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

1
Komen

Buruk 21


“Hai anak ibu, macam mana duduk dengan Pak Ngah hari ni?” Aiman menjeling Badrul yang berdiri disebelahnya.

“Ok je bu, Aiman ‘bocanlah’ bu. Pak Ngah ‘beji’ je,” Badrul mencuit bahu Aiman dengan isyarat mata pada Aiman agar memberikan semula handphonenya semula. Aiman menggelengkan kepala seraya menjelirkan lidahnya pada Badrul. Badrul menjegilkan biji matanya pada Aiman.

“Bu..malam nanti kita ‘cambung’ lagi ek..Pak Ngah ni ‘cibuk’ je kacau.”

“Nah!” Aiman memberikan semula handphone kepada Badrul.

“Dah, pergi main kat sana. Kejap lagi kita pergi makan,” arah Badrul.

“Bad, anak Along sihat tak tu? Kau jaga elok-elok anak Along tu. Kalau jadi apa-apa kat dia siap kau Along kerjakan!”

“Along ni, belum sempat Bad cakap apa-apa lagi. Dah serang dengan meriam buluh dia tu. Along jangan risaulah, Bad janji jaga dia elok-elok. Macam tak biasa je. Umi mana? Mak Lang sihat ke? Nanti kirim salam kat dorang sekeluarga ek.”

“Bad, kau ni cakap le satu-satu. Ni tak, macam bertih jagung mulut kau tu tanya macam-macam. Mana satu Along nak jawab? Mak ada kat dapur tu dengan Mak Lang, tengah bergosip hal orang tua. Kau muda lagi nak tahu buat apa?” balas Kak Shida.

“Ish...Along ni, kesitu pulak dia. Along jangan lupa sampaikan salam Bad kat Mak Lang sekeluarga,” pesan Badrul lagi pada kakaknya.

“Yelah, Along ingat. Oklah, Bad. Along nak rehatlah. Tolong tau jagakan Aiman tu. Esok lusa kitaorang baliklah. Malam nanti Along telifon balik,ok. Bye, Assalamulaikum.”

“Waalaikumsalammusalam.”

“Pak Ngah, laparlah. Jomlah pergi makan,” Aiman berdiri tegak dihadapan meja Badrul.

“Aiman belanja boleh?” gurau Badrul.

“Boleh...boleh..pakai kad ni boleh?” Aiman menghulurkan sekeping kad pada Badrul. Badrul mengambilnya dengan dahi berkerut. Dia membelek-belek kad yang dihulurkan oleh Aiman tadi.

“Siapa bagi Aiman kad ni?” soalnya.

“Ibu,” balas Aiman pendek.

“Along ni biar betul? Kecik-kecik lagi dah mengajar budak ni guna kad kredit.”

“Pak Ngah, tu bukan kad kreditlah.”

“Kalau bukan kad kredit, habis tu kad ‘menatang’ apa ni?” soal Badrul sekali lagi.

“Tu kan ‘card kedit’.”

“Ceh, samalah tu. Mana Aiman dapat ni?”

“Ibu bagi, dia kata kalau nak beli apa-apa, pakai je kad tu.”

“Dah, biar Pak Ngah simpan je kad ni. Kang hilang, tak pasal-pasal je ibu mengamuk nanti. Nak apa, cakap je dengan Pak Ngah. Along ni pun satu, ada ke patut dia ajar anak dia guna benda ni,” Badrul membebel sorang diri mengenangkan sikap kakaknya yang pantang melihat anaknya berada dalam keadaan susah sedikit.

“Pak Ngah!”

“Ya.”

“Jomlah pergi makan, lapar dah ni,” Aiman menyuarakan sekali lagi permintaan perutnya.

“Yelah...yelah...jom.”




“Pak Ngah, kita makan McD boleh tak? Aiman nak beli ‘api mel’lah. Nanti boleh dapat ‘menan’ baru,” Aiman mencadangkan tempat untuk mereka mengisi perut yang sedang rancak berkeroncong.

“Ok, boleh jugak tu. Kita pun boleh berjimat duit disamping tu. Bijak...bijak...” Badrul mengajuk percakapan iklan ditelevisyen.

“Pak Ngah, tu macam auntie Fasha je,” ujar Aiman sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke arah seorang wanita berpakaian seksi yang sedang berjalan mesra dengan seorang lelaki sasa dan tampan.

“Mana?” soal Badrul sambil matanya meliar sekilas melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Aiman.

“Tu,” Aiman menekan-nekan jarinya dicermin.

“Pandailah Aiman ni, tak baik tau buat cerita. Auntie Fasha tu bakal Mak Ngah Aiman tau nanti.”

“Tak nak. Aiman tak ‘cuka’ dia,” balas Aiman sambil memuncungkan bibir kecilnya tanda protes.

“Mana boleh macam tu, tak baik tau Aiman buat macam tu. Nanti bibir tu jadi bibir Donald Duck baru tau,” balas Badrul dengan separuh bergurau. Namun hatinya terbit rasa ragu sebaik mendengar kata-kata Aiman. Untuk menyedapkan hati, dia menepis segala prasangka yang diputarkan oleh Aiman tadi. Hatinya kuat menyatakan cinta Fasha hanya untuk dia seorang.

“Pak Ngah, acik Tashalah!” ujar Aiman dengan penuh rasa gembira sebaik saja melihat kelibat aku dan Kak Siti yang kebetulan baru je sampai dihadapan pintu McD.

“Aiman, duduk elok-elok,” tegur Badrul. Aiman kembali duduk diam setelah terlompat-lompat ditempat duduknya sebentar tadi.

“Ok, dah sampai,” kata Badrul sebaik saja selesai parking kereta ditempat yang disediakan.

“Yea....yea...dah sampai,” Aiman kelihatan cukup girang.





“Pak Ngah, mana acik Tasha. Tak nampak pun,” Aiman tertoleh-toleh mencari kelibat aku dan Kak Siti.

“Dorang pegi beli makanlah, takkan nak tunggu Aiman pulak. Jom pergi order makanan,” Aiman mengekor disebelah Pak Ngahnya sambil mata meliar mencari.




“Akak, kita makan kat sini jelah ek, malaslah nak tapau. Kang wangi ofis kita bau makanan ni,” cadangku pada Kak Siti yang sedang memikirkan menu apa untuk makan tengaharinya hari ini.

“Ok jugak tu. Tasha, akak nak makan bubur jelah dengan air coke.”

“Diet ke kak?”

“Mana tau ni, tapi betullah tu. Abang kau tu dah bising tengok badan akak ni dah kembang sikit,” balas Kak Siti.

“Alah, akak ni solid lagi apa. Entah-entah kembang ada ‘isi’ tak kak?”

“Pandailah kau ni, akak kembang bahagialah kot.”

“Ada ke macam tu kak?” soalku sedikit blur.

“Kau ni, dah cakaplah kat cashier tu nak makan apa. Sibuk pasal akak pulak, kang terlupa nak order.”

“Eh...lupa pulak. Dik, bagi bubur ayam 2, dengan air coke 2, tambah nugget 4 ketul ya,” pintaku tanpa berfikir lagi. Aku soal makan memang tak cerewet pun, apa yang terlintas kat fikiran ni, main sebut je.


“ Aiman, jangan lari nanti jatuh,” Aiman terus berlari menuju ke destinasinya tanpa mempedulikan teguran Badrul.

“Acik...!” dari jauh terdengar suara Aiman dicorong telingaku.

“Eh, Aiman...buat apa kat sini? Datang dengan siapa?” korang rasa soalan aku tanya agak bodoh tak?

“Aiman datang dengan Pak Ngah. Aiman nak makan ‘api mel’,” balasnya ceria.

“Emmm..’api mel’ tu menatang apa?” soalku agak bodoh.

“Eh...sorry ganggu. Aiman ni memang suka kacau orang pun,” tiba-tiba Badrul mencelah.

“Eh..bos pun nak makan ‘api mel’ jugak ke?” soal Kak Siti dengan soalan selambanya.

“Pandai akak buat lawak ek. Ni, boleh kami join sekaki?” soal Badrul.

“Boleh je, apa salahnya,” balasku lembut.

“Kalau macam tu, saya pergi order makanan jap. Aiman, ikut acik berdua ni dulu ok. Nanti Pak Ngah datang,” arah Badrul pada Aiman yang tercegat memerhatikan kami berbual.

Rasa cepat je masa berlalu, tengahari tadi memang best sangat dapat makan sekaki dengan bos aku serta Aiman, anak buah dia. Perut pun cepat je kencang layan keletah Aiman yang nakal dan mencuit hati.
2
Komen

Sinopsis Buruk

Mari berkenalan dengan watak-watak kesayangan dalam cerita Buruk ni, dan ketahui ringkasan ceritanya....














Sinopsis Buruk
Genre: komedi dan romantik


Kisah tentang seorang gadis bernama Fiona Natasha, yang buruk pada luaran namun cantik di dalaman. Dirinya sering dipersenda oleh Sherry, yang cukup anti dengan dirinya. Kehadiran bos barunya, Badrul Amri telah menjadi penyelamatnya. Atas sikap bos yang prihatin membuatkan dirinya terbuai oleh perasaan cinta terhadap bosnyanya. Kehadiran kekasih bosnya yang cantik dan hot membuatkan dirinya tersedar dari lamunan. Dia berusaha menepis perasaan terhadap bosnya, namun atas permintaan dan rasa hormat dengan Ummi Kalsum, ibu kepada bosnya yang mahu melihat anaknya disatukan dengan dirinya. Dia akur dengan permintaan itu walaupun dia tahu dirinya bukan pilihan bosnya.

Perkahwinan yang diimpikan menjadi kenyatan, namun kenyataan menyakitkan kerana perkawinan mereka bukan berlandaskan cinta. Namun semuanya bertukar indah apabila suaminya dapat menerima dirinya. Bahagia menjelma sehingga kemunculan Adi, kawan sewaktu zaman sekolahnya muncul kembali menggugat rumahtangga mereka. Apakah motif Adi berbuat demikian dan berjayakah dia memusnahkan ikatan suci mereka?
4
Komen

Buruk 20


“Adik, jangan lari situ lor...nanti jatuh baru tau,” terdengar suara Kak Mary dari luar pantry. Aku pulak baru selesai bancuh air. Elok je aku nak keluar, terasa ada tubuh kecik yang langgar kaki aku.

“Anak siapa pulak ni? Habis tumpah minuman aku,” aku mengeluh kesal.

“Sorry, tak sengaja,” pinta suara kecil.

“Takpe, sikit je ni...Eh! Aiman,” aku separuh terkejut melihatnya. “Aiman buat apa kat sini? Pak Ngah mana?” soalku pada Aiman yang masih terkaku keras didepanku.

“Pak Ngah ada kat dalam bilik tu,” Aiman menunjukkan jari telunjuknya ke bilik mesyuarat.

“Ooo..Pak Ngah ada meeting. Aiman kenapa lari-lari kat sini? Kalau jatuh nanti baru tau.”

“Alah, kalau jatuh pun takpe. Ibu kata Aiman kuat sebab selalu minum Milo,” ujarnya.

“Pandainya dia, Aiman nak Milo? Acik buatkan, nak?”

“Nak, nak...Aiman nak Milo panas tau.”

“Ok. Tunggu kejap, acik buatkan satu untuk Aiman,” aku segera kembali ke dalam dan membancuh minuman lain. Selesai membancuh aku membwa Aiman ke tempatku.

“Kak Siti, ni airnya dah sampai,” aku menghulurkan cawan padanya.

“Eh! Aiman pun ada, macam mana boleh sampai sini?” soal Kak Siti kepelikan.
“Entahlah kak, tadi elok orang nak ke sini, tiba-tiba terserempak dengan dia. Bos pulak ada meeting.”

“Aiman buat apa kat sini?” soal Kak Siti pada Aiman.

“Nenek, ibu dengan papa pergi rumah Nek Lang. Jadi, Aiman tinggal dengan Pak Ngah jelah. Pastukan, ada ‘cowang’ auntie kat luar bilik Pak Ngah tu asyik marah-marah je kat Aiman,” adu Aiman. Aku dengan Kak Siti dah berkerut-kerut dahi dengar kata-kata Aiman. Mesti Aiman bercerita pasal singa lapar tu, siapa lagi kalau bukan Sherry.

“Kalau macam tu, Aiman duduk kat sini dulu dengan acik, karang Pak Ngah dah habis meeting baru Aiman masuk bilik dia balik ok?” cadang Kak Siti. Aiman hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Dah, minumlah dulu airnya. Kang sejuk pulak,” aku menyampuk sekejap.



“Aiman, Pak Ngah dah habis meeting. Jom turun ke kafe.”

“Aiman,” Badrul memanggil sekali lagi nama Aiman. Senyap.

“Aiman?” Badrul kini gabra apabila melihat hanya mainan kesayangan anak sedaranya yang tinggal. Dia mula panik, kakinya dihayun melangkah ke segenap ruang ofisnya. Hampa, tiada nampak tubuh kecil Aiman. Dia segera memulas tombol pintu dan dengan tergesa-gesa ke tempat Sherry yang sedang khusyuk menilik jerawat yang baru tumbuh dipipi kanannya.

“Sherry! Awak nampak tak Aiman ke mana?” Sherry yang terkejut dengan sergahan yang tak diduga oleh Badrul dengan tak sengajanya telah terpelantingkan cermin tiliknya tepat mengenaik muka Badrul.

“Bos, sorry...sorry bos..saya tak sengaja,” Sherry bangun dan mendapatkan Badrul yang tak kisah dengan perbuatannya tadi.

“Takpe...takpe...yang penting sekarang ni ialah AIMAN! Mana dia sekarang ni?” soal Badrul tanpa menghiraukan kesakitan yang sebenarnya dirasai olehnya.

“Bukan dia ada kat dalam ke bos?”

“Awa ni betullah. Sayakan dari dalam, kalau dia ada kat dalam tu, takdelah saya tanya awak sekarang ni. Sudah! Tolong saya cari dia sekarang ni dengan kadar SEGERA!”

“Baik bos.”



“Aiman, Aiman suka tak kalau Acik Tasha jadi Mak Ngah Aiman?”

“Akak, apa tanya macam tu kat Aiman,” aku menjeling Kak Siti dengan perasaan geram.

“Aiman suka ‘cangat’ kalau Acik Tasha jadi Mak Ngah Aiman. Nanti boleh buatkan Aiman milo hari-hari.”

“Dengar tu Tasha apa Aiman kata,” Kak Siti menjongketkan kedua keningnya.

“Aiman!” jeritan dari Badrul membuatkan kami terkejut.

“Pak Ngah!” Aiman berlari mendapatkan Badrul.

“Macam mana Aiman boleh sampai ke sini? Kan Pak Ngah dah pesan tadi jangan kemana-mana.”

“Sorry...Aiman tak sengaja. Pak Ngah janganlah marah, nanti tak ‘encem’” spontan terpacul dari mulut Aiman membuatkan Badrul hilang rasa paniknya.

“Dah, jom masuk bilik Pak Ngah balik. Kita main kapal terbang,” ujar Badrul.

“Yea...yea...kita main dengan Acik Tasha boleh?”

“Mana boleh, Acik Tashakan ada kerja nak buat tu. Lain kali kita main sama-sama ok?”

“Ok,” balas Aiman lemah.

“Takpe, auntie boleh temankan Aiman main kalau Aiman nak,” Sherry menyampuk tiba-tiba.

“Tak nak,” dengan gaya spontan dia menjelirkan lidahnya pada Sherry.

“Aiman! Tak baik buat macam tu,” tegur Badrul dengan sedikit nada marah.

“Apa-apa pun, terima kasih jaga Aiman tadi. Sorrylah kalau dia ada mengganggu kerja kamu berdua,” ujar Badrul pada aku dan Kak Siti.

“Perkara kecik je tu. Kami pun nak sambung buat kerja ni,” balas Kak Siti.

“Ok, kami masuk dulu,” pinta Badrul sambil memimpin tangan Aiman menuju ke biliknya diekori oleh Sherry dengan gaya kambing pulang ke kandang.



“Aiman, nasib baik jumpa tau. Buat Pak Ngah risau je tadi. Lain kali jangan buat macam ni tau.”

“Pak Ngah, Aiman bosan tadi duduk ‘cowang’ dalam bilik. Dah tu, auntie tu asyik marah-marah je. Tak suka dengan dia,” ujar Aiman seraya memeluk tubuhnya. Bibir kecilnya dicemikkan tanda benci.

“Ye ke? Takpelah, dia memang macam tu,” balas Badrul selamba.

“Pak Ngah...”

“Yup.”

“Aiman sukalah dengan Acik Tasha tu. Dia baik...Aiman suka ‘cangat’ kalau dia jadi Mak Ngah Aiman,” spontan kata-kata itu meluncur laju dari mulut Aiman. Badrul yang baru meneguk sedikit air mineral dari gelas tiba-tiba terbelahak dengan tidak sengaja.

“Pak Ngah ok ke?” soal Aiman sambil menepuk-nepuk belakang Badrul.

“Pak Ngah ok. Kenapa Aiman suka sangat dengan Acik Tasha tu?”

“Aiman sukalah,” kemudiannya Aiman terus melayan kapal terbangnya dan tidak mempedulikan Badrul yang sedang seronok membebel seorang diri.