SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Antara Kau Dan Dia 2


Amir menghempas pandangan ke luar tingkap keretapi, dia mengeluh kecil mengingati gadis bernama Nina. Gadis yang berjaya membuat hatinya dibelasah rindu selalu. Hari ini merupakan hari dimana menyaksikan Nina dan juga sepupu tirinya disatukan sebagai suami isteri.

Hancur hatinya tidak terkata, lantas dia membawa dirinya ke Kelantan. Bukan jauh pun, sekadar untuk menenangkan hatinya sehingga dia betul-betul berjaya melupakan Nina. Harapannya agar Nina sentiasa gembira selalu. Masih diingat lagi, pertemuan yang terakhir bersama Nina.

Nina tersenyum manis padanya. Senyuman yang mengegarkan hatinya ketika itu. Dia pasti yang Nina sudi menerima dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali.

"Amir, aku mintak maaf, aku tak boleh anggap kau lebih dari seorang abang aku. Aku tak boleh mencintai kau. Kerana dalam hati aku hanya ada Iman." Amir terpaku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nina.

"Tapi kenapa.....?" soal Amir dengan nada tidak puas hati.

"Kan, aku dah cakap. Aku tak boleh terima cinta kau, Mir. Perasaan aku pada kau sama macam dulu. Aku anggap kau tak lebih dari seorang abang. Aku tak pernah menaruh walau sekelumit perasaan pada kau. Maafkan aku Mir." Ujar Nina dengan lebih tegas lagi.

Iman, lelaki itu yang sentiasa berada disisinya ketika dia dalam keadaan sedih. Selepas abang Ady berkahwin dengan Kak Asiah, anak kawan Uminya, dia jadi hilang semangat. Dunianya terasa kosong, ketika itulah Iman hadir mengisi hatinya dengan warna cinta. Iman, anak tiri Mak Ngahnya, lelaki yang berjaya mencuri hatinya selepas abang Ady.

"Nina....."

"Cukuplah Mir, sampai sini saja. Kita tetap adik beradik selamanya. Aku doakan semoga kau temui pasangan hidup yang lebih baik dari aku dan mencintai kau sepenuh hatinya." Ucap Nina tanpa sempat Amir menghabiskan kata-katanya.

"Kalau begitu, aku doakan semoga kau bahagia selalu disamping Iman. Selamat pengantin baru." Amir melangkah pergi bersama harapan yang musnah untuk menjadikan Nina sebagai suri dihatinya. Setitis air mata jatuh mengiringi langkah kakinya.



"Encik, tumpang lalu." Sapa satu suara lunak.

"Ops..sori, tak perasan ada orang." Amir memohon maaf atas ketidaksedarannya.

"Takpe." Gadis itu tersenyum.

"Nina...." spontan terpacul nama gadis kesayangannya. Gadis itu menoleh kebelakang.

"Ya, encik panggil saya ke?" soal gadis itu.

"Bukan…bukan…tapi, nama awak Nina ke?"

"Ya, nama saya Nina. Ok, takpe. Salah faham je. Saya mintak diri dulu." Gadis bernama Nina itu tersenyum sebelum berlalu. Amir terpana melihat senyumannya lantas dia terbayangkan senyuman Nina yang hampir serupa dengan gadis itu. Matanya mengekori langkah gadis itu sehingga hilang ditelan jauh.

'Kenapa, hampir begitu sama sekali.' Hatinya menjerit melihat perwatakan dan senyuman gadis tadi begitu serupa dengan Ninanya. Fikiran tergugat dengan kedatangan Hamdan, sahabatnya.

"Woi, bro, kau tengok apa tu? Mulut terlopong besar, aku sumbat stokin baru tahu." Sergah Hamdan sekaligus membunuh lamunannya.

"Apalah kau tegur orang macam tu. Cuba bagi salam dulu."

"Dah banyak kali aku bagi salam tapi tak terjawab pun. Aku sergah baru jawab. Apa punya turrrlah kau ni." Balas Hamdan.

"Lama dah ke kau sampai?" soal Amir.

"Dah lama dah. Kau je ak perasan, asyik betul mengelamun kat tiang yang nak dekat sama kau ni."

"Banyaklah kau, aku lutut kau baru tahu."

"Eleh.....betul pe. Aku dok perhati je gelagat kau tu. Sekali awek lalu pun tak perasan, dah lah selamba mangkuk je kau landing depan beg dia."

"Ye ke?" Amir termangu-mangu mengingati semula lagaknya.

"Yelah, dah kau tak payah susah-susah nak fikir. Jom, gerak."



"Mir, kau tup-tup datang sini kenapa Mir?" soal Hamdan tiba-tiba.

"Aku bukan apa, aku membawa hati yang luka parah ni."

"Aik...tak pernah-pernah pun kau macamni. Tak percaya aku. Pasala perempuan kau jadi macamni sekali." Hamdan dilanda musykil.

"Yelah, bak sini gitar kau tu. Dah lama aku tak layan jiwang ni."

"Nah, ikut suka kaulah." Hamdan menghulurkan gitar kesayangannya pada Amir yang sudah duduk bersandar didinding. Perlahan-lahan dipetik tali gitar mengikut irama lagu Fotograf - Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal.

Seindah sinar pagi
Ku pancarkan sinar ini
Semoga bersinar di hatimu

Selembut angin malam
Terhembus kasih untukmu
Hingga terbayang wajahmu
Percayalah sayangku
Hanya engkau ku cinta
Tak pernah aku berubah hati

Semakin hari (sayang)
Semakin hangatnya cinta
Sehingga membakar di kalbu

Jangan kau ucap selamat tinggal
Pada diriku yang setia
Tak sanggup aku untuk berpisah
Inginku hidup bersama
Cintaku hanya untukmu
Setiap hari kau ku rindu


"Wau, boleh tahan jugak suara kau tu. Still best macam dulu lagi." Puji Hamdan.

"Thanks..." Amir merenung ke langit. Bintang dilangit berkelipan membelah malam.

"Kau kat sini lama ke?"

"Entahlah, aku pun tak tau. Takpe, nanti aku tolong kau berniaga jelah."

"Kau nak ke kerja jual menjual macam aku ni? Maklumlah, kau kan anak jati Kuala Lumpur."

"Lepaklah beb, kau ingat aku tak boleh berjual ke?" Amir membesarkan matana.

"Ok, kalau macam tu. Malam esok kau ikut aku berniaga kat Kota Bharu."

"Ok, set." Amir menaikkan ibu jarinya ke atas.



"Hah...mari Kak Long, beli kain come-come blako ni." Amir cuba mengajuk dialek Kelantan.

"Dah…dah, kau tak payah nak sesusah sebut dalam dialek aku. Keras semacam je bunyinya. Orang yang lalu pun gelakkan kau tau." Hamdan mengejek Amir yang bersungguh-sungguh mempromosikan kain. Amir menjeling tajam ke arah Hamdan yang tersengih simpul busuk.

"Takpe, kau kutuk aku. Macam tu, aku duduk diam. Kau buka mulut panggil orang datang beli."

"Alah...macam aku tak biasa. Memang tu pun kerja aku hari-hari." Hamdan mendabik dada. Amir mencemikkan mukanya tanda meluat.



"Amacam, steady tak kau?" soal Hamdan memandang Amir yang kelihatan lesu sedikit.

"Kaki aku dah longgar dah ni. Penatlah."

"Baru kau tau macam mana rasanya. Tiap-tiap malam aku meniaga tau. Kadang-kadang siang pun ada jugak. Maklumlah, nak cari rezeki lebih sikit."

"Betul...betul...betul.."Amir cuba mengajuk Ipin.

"Dah, jom balik. Esok pagi, pukul 9 kita nak kena berniaga." Ujar Hamdan sambil tangannya ligat mengemas barang.

"Apa…???" Amir terduduk. Rasa macam nak putus urat sendi malam ni, dah kena berniaga pulak pagi esok.



Setelah hampir 2 minggu Amir menetap disana dan menolong Hamdan meniaga, akhirnya dia telah terbiasa. Namun satu je benda yang dia tak terbiasa, dialek Kelantannya hancus….

Amir memunggah barang seperti biasa, Hamdan pun kelihatan sibuk mengeluarkan barang dari van. Hari ini, mereka tiba lewat sedikit dari hari biasa, entah kenapa perut Amir memulas. Namun digagahkan jua untuk berjual. Sempat dia melabur kali terakhir sebelum bertolak tadi.

"Amir, telefon kau berbunyi tu. Angkatlah cepat."

"Siapa pula tipon aku time ni? Kacau betullah." Amir menekan butang jawab.

"Assalammualaikum. Amir, Nina ni....Kau sihat?" Amir ternganga seakan tidak percaya mendengar suara Nina. Hamdan memandang pelik ke arah Amir seraya mengatupkan mulut Amir yang menganga.

"Wa..wa'alaikumsalam. Ak..aku sihat." Jawab Amir sedikit gagap. Sejak bila dia jadi gagap pulak ni?

"Amir dah makan? Amir dekat mana tu? Sorrylah kalau Nina mengacau Amir time ni." Ujar Nina dengan lembut.

"Tak apa. Amir dah makan pun. Amir sekarang dekat K.B. Nina bahagia?" soal Amir sedikit lirih.

"Mestilah Nina bahagia sekarang. Nina harap Amir pun macam Nina. Bila Amir nak balik K.L?" soal Nina lagi.

"Bila Amir dah jumpa calon isteri yang sama macam Nina." Spontan terpacul kata-kata dari mulutnya.

"Betul ke Mir, Amir dah jumpa ke calonnya?" aik, pelik....kenapa suara Nina lain macam pulak ni?

"Nina, Nina sakit tekak ke?"Apasal suara Nina garau je ni? Tadi elok lagi?" soal Amir sedikit blur.

"Banyaklah kau punya Nina. Dah…dahlah tu. Bini orang tu...ingat sikit, lagipun Nina adik kita." Lor...suara abang Ady rupanya. Mati-mati ingat suara Nina bertukar. Sengal je.

"Abang ni, ingat Nina tadi. Padan suara macam gergasi je." Selamba Amir mengutuk abangnya.

"Sekeh kau kang. Ni, Umi nak cakap dengan kau."

"Assalammualaikum, Umi..." sapa Amir pada Uminya.

"Wa'alaikumsalam, Mir. Amir kat mana ni? Amir sihat?" soal Uminya yang digasak rindu.

"Amir sihat Umi. Amir sekarang dekat K.B. Umi sihat ke? Dah makan belum ni Umi? Umi buat apa tu?" soal Amir bertalu-talu.

"Umi sihat alhamdulillah Mir. Umi tengah layan dorang ni, kalau Amir ada lagi best." Ujar Uminya.

"Nanti Amir balik Umi. Tapi biar Amir jumpa dulu dengan calon yang Amir berkenan."
"Mir, lama lagi ke? Pelanggan ramai ni?" Hamdan memanggil Amir.

"Umi, Amir kena pergi dulu. Ada kerja ni. Assalammualaikum, Umi. Kirim salam dekat semua." Amir memutuskan talian.




"Cik, kat mana tempat jual bateri?" soal Amir pada seorang pekerja perempuan yang tengah terbongkok-bongkok menyusun atur barang. Pekerja itu berhenti dan memandang ke arah Amir.

"Encik, jalan terus pastu belok kanan. Kat situ tempat barang yang encik nak beli."

"Terima kasih." Amir tersenyum pada pekerja itu dan pekerja itu senyum kembali padanya.

"Nina..."

"Ya, saya." Sahut pekerja perempuan bernama Nina.

"Maaf, salah orang."

"Kejap, kita pernah jumpakan?" Amir mengerutkan dahinya.

"Emmm...dekat stesen keretapi Tumpat." Katanya lagi.

"Oooo...baru saya ingat. Maaf pasal hari tu."

"Tak apa. Saya Nina, pekerja dekat sini. Kebetulan hari tu saya baru balik dari Kuala Lumpur melawat kawan saya." Ujarnya dengan ramah. Belum tanya apa-apa dah bagitahu, bagus betullah dia ni.

"Saya Amir, kebetulan saya datang sini tolong member beli barang sikit. Tak apalah, saya dah lambat ni. Saya pergi dululah." Gadis bernama Nina menganggukkan kepalanya sambil tersenyum tipis. Entah kenapa berat hatinya nak melepaskan Amir pergi. Sudah jatuh cintakah dia pada pemuda didepannya ini.

"Kalau tak keberatan, lain kali kita jumpa lagi. Ni kad saya." Amir menghulurkan sekeping kad padanya.

"Terima kasih."

"Saya pergi dulu. Jumpa lagi." Amir menuju ke destinasinya iatu mencari bateri.


Sejak hari itu, bermulah episod baru dalam hidup Amir. Dunianya telah berubah gara-gara gadis bernama Wan Nuranina atau Nina. Gadis yang peramah dan lincah, perwatakan seperti Nina, adik angkatnya. Senyuman yang sentiaa terukir mencairkan hati lelakinya.

Perkenalan dari miss call kepada miss you membuatkan mereka rapat dan jatuh hati. Hati keduanya berpaut antara satu sama lain. Tidak lengkap rasanya hidup Amir tanpa gadis bernama Nina.

"Nina, kalau aku cakap, kau mesti tak percaya. Aku dah jumpa gadis yang aku cari selama ni. Nina, I love you...." spontan keluar ayat itu tanpa paksaan. Nina terkejut mendengar ungkapan itu.

"Mir, kau gila ke?" soal Nina.

"Ya, aku gilakan kau Nina. Gadisku....." Amir tertawa keriangan menambahkan kepeningan Nina.

"Amir, kau jangan main-main." Nina mulai kegeraman.

"Mana ada main-main. Betullah....minggu depan hari selasa, aku balik K.L. Aku ada kejutan untuk semua." Amir ketawa besar dan mematikan talian tanpa sempat Nina berkata apa-apa.




Hari yang dinantikan....

"Betul ke Ady? Amir nak balik ni?" Umi bertanya pada abang Ady.

"Betul, Mi. Ady dah tanya banyak kali. Karang sampailah dia tu." Abang Ady cuba menenangkan Umi yang kelihatan sedikit gelisah.

"Umi, sabarlah. Sekejap lagi, sampailah Amir tu." Pujuk Nina pula sambil memandang suaminya, Iman. Tak lama kemudian terdengar bunyi deruan enjin kereta dihalaman rumah.

"Assalammualaikum." Salam diberikan.

"Wa'alaikumsalam." Sahut semua di dalam rumah serentak. Umi bingas bangun dari sofa, segera ke muka pintu.

"Umi, Amir dah balik. Seperti yang dijanjikan." Amir mengucup lembut tangan Uminya, dipeluk erat dan dihadiahkan sebuah kucupan dipipi khas buat Umi tercinta.

"Mir..." Uminya membalas kucupan dipipi Amir.

"Umi, jomlah masuk dulu. Kat dalam kita sambung balik." Mata Amir menangkap kelibat Nina yang kini sudah berbadan dua. Mata mereka bertembung, namun Nina segera melarikan matanya. Dia memaut lengan Iman yang tersenyum pada Amir.

"Amir, sampai hati kau menghilangkan diri lama-lama. Abang siap dapat baby dulu baru kau balik. Jom masuk dalam. Sebelum tu, ni Iman, suami Nina." Ujar abang Ady.

"Apa khabar Iman, maaf tak datang waktu tu." Ucap Amir dengan kesal. Iman hanya tersenyum dan memahami isi hati Amir.

"Tak apa. Asalkan kau balik ke sini balik. Kami semua rindukan kau. Harap kau dapat terima aku dalam keluarga ni." Ujar Iman dengan sopan.

"Mestilah aku terima, kau kan adik ipar aku. Nina, adik 'kembar' aku. So..kau tentulah adik ipar aku." Ungkap Amir sambil tersenyum mesra sekaligus mematikan sangkaan mereka bahawa Amir tak akan terima kehadiran Iman.

"Amir, aku rasa kau tertinggal sesuatulah." Ujar Nina yang sedari diam sahaja.

"Yelah...jap aku ingat balik...." tak ingat. Malah Amir terus ke dapur menjeguk umi yang telah menghilangkan diri sebentar tadi. Mereka yang lain terpinga-pinga melihat Amir yang tadi mengingati sesuatu, ni dah selamba ke dapur pulak.

"Umi, sedapnya bau. Eh...eh....Mak Tok ngan Mak Ngah pun ada, tak perasan pulak tadi. Meriah betul nak sambut Amir balik ni." Amir mencapai tangan Mak Tok dan menyalami tangan orang tua itu berserta Mak Ngah, disalami jugak tangan Mak Ngah.

"Amir, kat Kak Long kamu lupa ke? Ni, siap bawak turun baby lagi dari atas. Nak tengok Pak Ngah dia balik." Terdengar suara milik kakak iparnya.

"Mana boleh lupa dekat Kak Long. Mana dia anak sedara Pak Ngah. Comelnya dia." Dikucup pipi montel milik anak abangnya bertalu-talu.

"Dah, jom duduk. Dah boleh makan dah ni. Perut pun dah berkeroncong dari tadi ni." Muncul abang Ady tiba-tiba dibelakang isterinya.

"Betul tu. Panggil semua, kita makan sekali." Semua bergerak mengambil tempat masing-masing. Amir sudah bersedia menceduk lauk kegemarannya terhenti seketika mengingati sesuatu. Tiba-tiba dia menolak kuat kerusi kebelakang, segera dia berlari keluar meninggalkan yang lain dalam keadaan terkejut dan terpinga-pinga.

"Alamak, sorry semua. Amir lupa bawak someone masuk tadi." Amir tersengih menayang giginya yang putih tersusun.

"Mehlah sini, masuk cepat." Amir melambai ke arah luar rumah menyuruh seseorang masuk Kepala mereka semua terteleng-teleng memandang gerangan siapakah yang Amir panggil masuk ke dalam.

"Kenalkan semua. Nina...."

"Nina...????" semua tercengang.




"Aku terima nikahnya, Wan Nuranina binti Wan Nurazim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai."

"Sah."

"Sah."

"Sah." Dengan sekali lafaz, Nina atau Wan Nuranina menjadi milik Amir. Nina atau Nurhanina tersenyum melihat wajah Amir yang berseri-seri ketika ini.

'Akhirnya, kau bertemu jua dengan Nina. Aku doakan kau bahagia selamanya disamping dia yang kau cintai.' Desis hati Nina. Mata mereka bertembung dan keduanya tesenyum mesra.

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

walopun aku x phm tp aku phmkan jgk cerpen nih....tahniah2 sbb buat aku pening...huhuh

ButTerFly_GurL87 berkata...

x phm ke?xpe...bce bhgian 1 la klu camtu...:D

Tanpa Nama berkata...

:-0

ஜ Arza Far ஜ berkata...

best2..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan