SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 25

“Bad, duduk sini dulu. Umi nak cakap sikit dengan Bad,” ujar uminya lembut tapi tegas.

“Kenapa umi?” Badrul memandang pelik pada semua yang ada.

‘Macam ada pakatan nak gulingkan aku je. Eh...asal pula nak gulingkan aku. Aku bukannya sultan pun. Apa-apa pun duduk dan dengar jelah, tapi peliklah tengok dorang semua ni dari tadi asyik tersengih je. Taulah perut semua dah kembung kenyang dengan makan malam tadi. Tak dapat dinafikan lagi, umi memang tukang masak yang handal,’ sempat lagi dia berfikir sebelum mengambil tempat disebelah uminya.

“Bad...”

“Ya, umi. Nak apa ni?”

“Umi rasa dah tiba masa Bad beri kata putus,” tepat pandangan mata dituju ke arah Badrul.

“Takpe, kalau kata tu dah putus. Kita sambung balik je umi, kan Along?”

“Bad, jangan nak loyar buruk kat sini,” Shida membaling bantal yang berada disisinya tepat ke arah Badrul. Sempat dia mengelak dari terkena bantal, tapi yang satu ni je tak terlepas. Sepitan jari yang dihadiah pada lengannya oleh umi tersayang. Sakit tu. Dia menggosok perlahan tempat yang disepit tadi.

“Padan muka kau, tulah main-main lagi. Give five umi,” mereka berdua menepuk tangan. Hilang terus peribadi seorang ibu dan anak kalau lihat waktu ini.

“Macam budak-budak je,” sempat dia mengutuk umi dan kakaknya.

“Biarlah, dengki!” Shida menjelirkan lidah pada Badrul. Aiman dan papanya terkekek-kekek melihat aksi mereka bertiga sedari tadi. Mujur Asyraf sudah tidur selepas diberi susu.

“Dah...dah...kita dah lari dari tajuk sebenarnya ni. Bad, jangan nak loyar buruk lagi,” tegur uminya lembut tapi garang.

“Ok,” terus dimatikan tawanya seketika.

“Bad dah ada kata putus ke belum?” soal uminya tak sabar.

“Belumlah umi.”

“Hah...memang kenalah tu. Biar kitaorang yang putuskan siapa layak jadi isteri kepada Badrul Amri. Setuju tak?” semua mengangguk kecuali Badrul.

“Mana boleh macam tu, Bad yang nak kahwin sekarang ni.”

“Boleh ke tak, kitaorang tak peduli. Ok, start sekarang. Siapa suka kalau Tasha jadi isteri Bad?...”

“Angkat tangan!” sampuk Aiman sebelum sempat ibunya menghabiskan kata-kata. Serentak dengan itu, semua yang ada disitu mengangkat tangan tanda setuju. Hanya Badrul seorang saja yang tak mengangkat tangannya.

“Ok, sekarang ni. Siapa setuju Fasha jadi isteri Bad...”

“Angkat tangan,” sekali lagi Aiman menyampuk. Badrul dengan laju mengangkat tangannya, semua yang berada di situ hanya tersengih. Empat lawan satu.

“Ok, dan pemenangnya ialah...TASHA!” umum Shida sambil melompat kegembiraan bersama Aiman. Uminya tersenyum panjang sampai ke telinga. Gembira sangat dengan keputusan yang dibuat.

“Mana aci macam ni, Bad tak setuju!” segera dipangkah keputusan yang diumumkan.

“Bad...ingat tak perjanjian kita hari tu?” lembut nada yang menampar corong telinganya.

‘Perjanjian?’ Badrul termenung seketika.




“Bad, tak makan dulu ke?”

“Takpelah umi, Bad kenyang lagilah,” muka cemberutnya menimbulkan penuh tanda tanya difikiran uminya.

“Bad, kenapa ni? Macam orang putus cinta je,” duga uminya.

“Takdelah umi. Bad ok je. Bad naik dululah umi,” pintanya.

“Kejap, umi nak mintak kamu sain kertas ni kejap,” kertas A4 putih dihulurkan padanya.

“Kertas apa pula ni umi?” soalnya pelik.

“Sain jelah. Jangan banyak tanya. Tak percaya kat umi ke?” soal uminya pula dalam nada sedih.

“Oklah, Bad sain sekarang,” dia menurunkan tandatangannya tanpa lengah. Fikirannya tengah serabut sekarang ni. Memikirkan perihal dia dan Fasha. Fasha kelihatan dingin selepas pertemuan dengan keluarganya kelmarin.

“Terima kasih anak umi,” kelihatan senyuman senang terpalit diwajah uminya.

“Bad naik dululah umi, peninglah,” pintanya.

“Yelah,” balas uminya pendek.




“Bad ingat tak perjanjian ni?” uminya menghulurkan sehelai kertas A4 putih yang tertera perjanjian serta tandatangannya. Kertas disambut, dia membaca isi yang tertulis di atas kertas.

{ Saya, Badrul Amri berjanji akan patuh dengan segala keputusan yang diputuskan oleh keluarga saya jika saya gagal memberi kata putus untuk calon isteri saya. Tempoh yang ditetapkan adalah 2 minggu dari sekarang. Jika gagal, saya akan berkahwin dengan pilihan yang ditetapkan dalam masa sebulan akan datang.}

“Bila masa Bad sain...”

“Hah...lupalah tu. Tulah, tak peka dengan keadaan sekililing lagi. Hari tu Bad yang sain,” tekan uminya lagi. Badrul cuba mengingati sesuatu.

‘Sejak bila umi pandai dalam bab-bab ni? Ni mesti penangan cerita Korea,Full House tu. Sabar jelah aku dengan umi ni. Nak taknak terpaksalah aku ikut kata umi. Melawan karang, tak pasal-pasal jadi anak derhaka pula.’ Badrul melepaskan keluhan. Kata putus telah ditetapkan, terpaksalah dia turutkan.

So, Bad setuju ke tak? Takpelah, umi anggap Bad setuju jelah,” tanpa sempat berkata-kata uminya telah selamat memberi kata putus sekali lagi.

“Yea...yea...Aiman dapat Mak Ngah!” Aiman menjerit kegembiraan. Gempak gempita rumah dibuatnya dengan keputusan yang dibuat. Dah macam dapat tahu keputusan perlawanan bola sepak pula. Badrul hanya memandang mereka dengan muka yang terkulat-kulat.

“Umi, jom kita bincang tarikh untuk wedding dorang,” Shida segera menarik tangan uminya ke luar taman.

“Nak ikut,” Aiman menerpa belakang ibunya. Berjalan terkedek-kedek mengikut langkah kedua-duanya.

“Abang Long naik dululah ye. Mengantuk pula rasanya,” sengaja dia buat-buat menguap menunjukkan dia betul-betul mengantuk. Tinggallah Badrul terpinga-pinga seorang diri dengan mata yang berkelip tak kesudahan diruang tamu.

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

yeah ada n3 baru. hahaha lawak main undi2. Go tasya go -aFaiSh-

aku berkata...

alaaa..
nanti bad yang tak suka si tasha tu .
mesti fasha g serang tasha .

Miss Kira berkata...

hahahaha..
cian bad..
redha aja la..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan