SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Mini Chocolate (Hantu)


Macam biasalah…Dah busy sangat dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Kadang kala terpaksalah kami tak balik ke rumah macam minggu sebelumnya. Kali ni tugasan yang dibagi untuk kami melibatkan projek untuk membuat sebuah portal kraftangan. Kami bereempat bertungkus lumus nak sudahkan kerja.

“Yana, malasnya aku nak buat kerja. Kau buat sorang boleh tak?” aku mengusiknya.

“Banyak buruk muka ko.” Dia membalas usikanku.

“Sampai hati kau, Yana. Kata aku buruk ek? Merajuklah aku macam ni.” Aku menarik muka masam tahap gaban.

“Ala aku gurau jelah. Cepatlah buat ni, kang dorang balik sat lagi, tengok kita tak siap-siap jugak mau naik hantu dorang.” Yana menggesaku membuat kerja. Bukan susah pun sebab aku dah mintak untuk jadi designer web dulu. Yana pulak sebenarnya jadi manager projek, tapi aku tolong jugak dorang mana patut.


“Baiklah bos.” Aku bergerak malas kearah Yana yang tengah mengadap laptop. Dua orang tu lagi ialah Yaya sebagai programmer dan Qure amik bahagian data. Kami telah menetapkan tugasan masing-masing ketika kami diberikan tugasan untuk projek final sem.

“Mana dorang ni ek? Aku dah laparlah pulak dok pikir menatang ni.” Yana menyoal aku kerana dari tadi dorang keluar berdua beli makanan sampai sekarang tak sampai jugak.

“Sabarlah, jap lagi sampailah dorang tu.” Sebaik jer aku habis cakap. Kedengaran salam diberikan oleh mereka berdua.

“Penatnya. Sorilah lambat, ramai umat manusia yang berasak kat kedai Wak tadi. Jenuh tunggu makanan sampai.” Yaya menghulurkan makanan kepada aku.

“Ingat korang tolong dorang masak tadi.” Yana memerli mereka.

“Banyaklah kau. Kitaorang penat tunggu makanan tadi tau. Bukan nak cakap terima kasih.” Pedas Qure balas kata-kata Yana.

“Yelah. Sori, dan terima kasih kawan-kawanku.”

“Dah, jom makan. Kejap lagi sambung pulak.” Aku mengajak mereka makan bersama.


“Jom buat kerja pulak. Masing-masing dah kenyang ni.” Qure mengarah kami bergerak menyambung kerja yang terbengkalai tadi.

“Ngantuklah. Aku nakmasuk tidur dulu boleh?”

“Yana!!!!!!!” Yana terhenti di depan pintu biliknya dan menyengih pada kami.

“Gurau jelah. Dah, jom start buat.” Kami pun mengadap laptop bersama.


“Pukul berapa dah ek?” soal aku sebab terasa mata ni terlampau berat sangat.

“Baru pukul 11 la. Awal lagi, steady jap. Banyak lagi kena buat ni.” Qure menjawab soalanku.

“Yelah. Korang tak ngantuk ke?” soalku lagi pada mereka bertiga. Yaya kulihat dah tersenguk-senguk menongkat dagu. Dah macam orang berzikir aku tengokkan dia.

“Ngantuk gak. Takpe, kita kuatkan semangat.” Yana memberi perangsang yang tak berapa nak merangsang kami bertiga sebab dia pun mengantuk jugak sebenarnya.

“Aku ada cadangan. Apa kata kita buat kerja gila. Nak tak?” soal aku pada mereka.

“Kau nak buat kerja gila apa malam-malam cam gini wei?” Yana menyoalku.

“Ala, kita karaoke la. Bukak lagu kuat-kuat then nyanyi sama-sama.” Aku memberi cadangan pada mereka.

“Kau ni biar betul? Apa tak cukup kuat ke lagu yang kita bukak sekarang ni. Tapi still jugak aku tengok kita semua mengantuk.” Betul jugak kata Yaya ni. Ngantuk-ngantuk dia pun boleh jawab lagi tu.

“Ok, cancel sebab benda tu kita tengah buat sekarang ni. Macam tu kita berhenti buat dulu la. Kita tengok cerita nak tak?” cadangku lagi.

“Kau nak tengok cerita apa pulak ni?” soal mereka sambil memandang aku.

“Kita tengok cerita hantu nak tak? Aku ada bawak cerita Congkak ni. Jomlah kita tengok sesame.” Aku memujuk mereka.

“Ok gak tu. Tapi karang kita tidur sama-sama.” Berjaya pun pujuk dorang. Kami pun menutup segala lampu yang ada dalam rumah ni. Hanya lampu balkoni belakang dan lampu jalan yang menerangkan rumah kami sekarang. Kami pulak duduk berlonggok di ruang tamu sambil menonton cerita Congkak bersama.

Macam-macam aksi boleh tengok saat ni. Yana dah duduk jauh kebelang dari laptop sambil menutup mata. Bila terkejut, menjeritlah kitaorang bersama, mesti orang lain terkejut dengar suara kami yang tak best ni menjerit tengah malam buta.

“Yana. Bukaklah bantal tu. Nak tengok sangat tadi, tapi g katup muka dengan bantal pulak dia ni.” Aku memujuk dia untuk mengalihkan bantal dari mukanya. Yana tetap keras duduk stail macam tu jugak. Lantaklah dia.

“Hah..Habis pun. Jom sambung buat kerja.” Aku mengajak dorang sambung buat kerja.
Masing-masing pun dah segar bijik mata yang tadi semua hampir terkatup terus.

“Aku takutlah wei. Sambung buat esoklah. Nanti aku tak boleh tidur.” Yana merengek pada kami.

“Penakut betullah kau ni Yana. Meh sambung buat kerja dulu. Lagi sikit jer kita buat. Pastu kita masuk tidur ye intan payung emas manja.” Yaya memujuk Yana yang ketakutan sikit akibat penangan cerita Congkak. Kami pun meneruskan membuat kerja sampai pukul 1.30 pagi. Pastu dah berhenti, tak tahan mengantuk.


“Dahlah tu. Jom masuk tidur. Mata aku dah tak boleh bukak dah ni.” Kata Yana yang mata dah merah.


“Jomlah. Kita sambung katil jadi dua dulu. Pastu tidur sekali semua sama-sama atas katil.” Cadang Qure. Kami pun bergerak menjalankan rancangan.


“Aku tak boleh tidurlah pulak. Mata jadi segarlah.” Terkebil-kebil bijik mata aku memandang siling atas.


“Aku pun samalah.” Serentak mereka bertiga berkata.


“Jom sambung buat kerjalah.” Yaya member cadangan.


“Tak nak!” kami menjawab dengan serentak.


“Penatlah dari tadi duduk jer. Belakang aku dah sakit ni.” Kata Yana sambil mengeliat membetulkan urat belakang.


“Nak dengar cerita hantu tak?” spontan sku mengutarakan soalan pada dorang.


“Boleh jugak.”


“Yana? Kau tak kisah kan? Tak nak dengar tutup telinga.” Aku menyengih dalam cahaya yang samar-samar dari luar.


“Ok.” Yana memejam matanya. Tapi telinganya terdengar jugak perbualan kitaorang.


“Korang ingat tak kat blok D1 pernah hangat dengan cerita pocong.” Aku memulakan bicara malam.


“Ingat. Aku pernah tengok rasanya video yang budak laki tu rakam. Seram tuuuu…” Yaya mengiakan kataku, meremang jugak bulu roma kami tapi kami tetap meneruskan perbualan.


“Dengar cerita, konon-kononnya, budak tu sajalah test handset baru beli. Dia saja-saja rakam aksi dalam gelap tapi still nampak sebab cahaya kat luar terang. Dia ambik video mengadap ke arah toilet, pastu yang terakam pocong kat tepi pintu toilet tu.” Yaya menyambung ceritanya tadi. Kami terdiam dan mendengar ceritanya. Yana yang tadi terpejam terus celik bijik mata dengar cerita Yaya.


“Aku lagilah. Percaya tak percaya jer. Aku pernah nampak tau benda tu dengan mata aku sendiri. Waktu tu aku tengah lepak dengan budak-budak kita jugaklah kat sekitar blok H. Kitaorang bersembang macam biasa, tiba-tiba kitaorang terhenti sebab nampak benda warna putih lebih kurang macam pontianaklah melompat dari bumbung ke bumbung lain. Terdiam kitaorang time tu.” Yana menceritakan ceritanya pulak.


“Aik..tak jadi tidur ke?” soal aku pada dia yang sudah celik matanya.


“Tak jadi. Nak join jugak. Tapi takut sikit.” Yana tersenyum sendirian.


“Aku takde sangat cerita. Tapi pernah sekali dulu semua budak rumah aku balik. Tinggal aku sorang-sorang kat rumah. Aku kau tau jelah tak selesa tidur rumah orang lain. Aku rela tidur sorang kat rumah. Nak dijadikan cerita malam tu aku dah landing nak tidur ni. Tiba-tiba aku dengar bunyi orang berlari kat atas. Aku dah pelik time tu. Mana tak pelik, cuba korang bayangkan kat atas tu mana ada zink kan ke simen, yang ada pun tangki air je. Bunyi macam tikus berlari atas zink tau.Aku dah terdiam time tu. Last-last baru aku berjaya tidur.” Aku menceritakan pengalamanku semasa tinggal bersama senior sem lepas.


“Lagi korang ingat tak rumah lama aku dulu kat blok J2? Cerita budak kecik yang katanya mati lepas jatuh dari tingkat tiga. Lama jugak rumah tu takde penghuni. Semua rumah kat blok tu ada penghuni termasuk rumah sebelah dia. Cuma rumah tu jer takde penghuni. Malam tu pulak kitaorang tidur lambat layan cerita Mr.Bean, tiba-tiba kitaorang dengar bunyi macam meja kena tolak, bunyi orang berlarilah, orang heret kerusi. “ Yana berhenti menarik nafas panjang.


“Padahal kitaorang tahu rumah atas takde orang. Tapi memandangkan bising sangat. Kitaorang pun naiklah atas konon nak sound orang ats. Yelah mana tahu kot-kot budak rumah sebelah tu yang buat kerja malam-malam. Kitaorang pun ketuklah pintu rumah sebelah tu, ada budak india ni keluar. Kami pun tanyalah dorang ada tolak meja kerusi ke tak. Budak tu cakap takde, dia pun ada dengar bunyi macam tu juga. Bunyi datang dari rumah sebelah dorang. Kitaorang dah terdiam dan pandang memandang satu sama lain. Takut punya pasal kitaorang pun balik jelah ke rumah kitaorang.” Meremang bulu roma kami, makin tegak berdiri pulak tu.


“Lagi, cerita sape lak?” soal aku. Semua terdiam dengar cerita Yana.


“Takdelah pulak. Dahlah, jom tidur.”


“Jap, hari tu aku dengar orang cerita. Pak guard kita nampak Pontianak terbang kat blok D. Seram aku. Pastu lagi, ada girl nampak benda tu kat beranda belakang rumah yang setentangan dengan rumah dia.” Sampuk Qure.


“Ye ke. Seramnya.” Jawab kami bersama.


“Korang boleh tidur tak? Aku rasa aku tak boleh tidurlah. Jom duduk kat ruang tamulah. Sedut udara pagi.” Ajak Yaya. Kami pun bergerak ke ruang tamnu dan bersembang sambil layan cerita So Close lakonan Shi Qi, Vicki Zhao Wei dan Karen Mok siap melantak macam-macam jenis coklat lagi.


“Aku suka tengok Shu Qi, dia cantik. Kaki dia yang panjang tu membuat aku terpikat." Puji Yana.


"Aku lagi suka tengok Vicky tu. Comel je dia. Watak dia dalam cerita ni nampak cute sangat." Aku memandang muka Vicky bersungguh hati.


"Wei, korang tak ngantuk lagi ke? Dah pukul berapa ni? Jomlah masuk tidur. Aku mengantuk la. Sambung tengok esoklah pulak." Qure menguap berapa kali. Kesian pulak tengok dia.


"Jomlah. Aku pun dah ngantuk gila babhas ni. Jom tidurrrrrr..........." aku bangun dan mengeliat. Yana siap sedia unuk menutup laptopnya.


"Yana, dah ke? Aku nak tutup lampu ni." Yaya yang berdiri berdekatan suis hendak menutup suis lampu.


"Jap ek." Sahut Yana.



Tiba-tiba.....


"Woi! Aku belum habis kemas laptop lagilah. Kenapa kau tutup lampu tu?" terjerit Yana tiba-tiba lampu terpadam.


"Aku tak tekan lagilah." Balas Yaya.


"Blackout kot. Lampu luar pun takde ni." Aku bergerak ke dalam bilik mengambil handset untuk menerangkan keadaan yang gelap dengan lampu yang ada padanya.


"Wei, korang kat mana. Aku taku gelaplah." Yana terasa macam nak menangis. Suara pun dah berubah takut.


"Jap. Hah...terang sikit. Meh la ambik handset korang ni. Suluhlah. Cepat kemas Yana, kitaorang tunggu ni." Aku menenangkan Yana.


"Jomlah. Aku dah habis kemas. Jom masuk tidur." Yana berjalan dengan laju menuju kebilik tidur.


Tok! Tok! Tok!


Kedengaran pintu rumah kami diketuk dengan agak kuat. Kami terkejut, Yana yang penakt tu lagilah terpelanting ke lantai terkejut dengar bunyi ketukan di pintu.


"Siapa tu?" Qure memberanikan diri untuk bertanya. Kami memandang antara satu sama lain dalam kegelapan.


Tok! Tok! Tok! Ketukan pada pintu bertambah kuat. Rasa macam nak runtuh pintu dibuatnya.
"Jomlah tengok. Kita pergi sama-sama." Cadangku. Kami berjalan rapat-rapat menuju ke pintu rumah. Perlahan-lahan Qure membuka pintu. Sebaik je pintu terbuka sedikit angin meneyerbu masuk ke dalam. Kami terus tutup pintu secara spontan.


"Aku tak nampak siapa pun kat luar tu. Ada orang nak pedajal kita kot." Kata Yaya pada kami. Yana dah mengigil ketakutan.


"Ye kot. Jomlah masuk bilik." Kami melangkah kaki ke bilik. Baru separuh berjalan terdengar lagi bunyi ketukan di pintu.


"Siapa tu? Hangin betul aku orang main-main ni." Aku bergerak ke pintu dan membukanya. Sebaik je pintu terbuka, kami terjerit dengan kuat melihat sesusuk lembaga putih yang ada di depan kami. Sungguh buruk rupanya, dengan rambut yang panjang dan menggerbang.


Lembaga itu memandang kami sambil menyeringai padaku. Kakiku dah lembik dengan situasi sekarang. Perlahan-lahan aku terjatuh macam nangka busuk ke lantai. Kawan aku yang bertiga tu dah lama pengsan sebaik je pintu terbuka tadi. Perlahan-lahan susuk lembaga berlalu pergi disusuli hilaian..


Esoknya.....

"Korang...Bangunlah. Kenapa tidur depan pintu rumah ni. Bahaya tau." Kejut seseorang pada kami. Perlahan-lahan kami membuka mata.


"Kitaorang kat mana ni?" soal Yaya sambil menggosok-gosok matanya.


"La...boleh pulak tanya kat mana. Korang kat rumah koranglah, yang korang pergi tidur depan pintu ni buat apa?" soalnya lagi.


"Depan pintu?" kami memandang sekeliling rumah. Yelah, pintu terbuka luas depan ni.


"Sedar tak ni? Nasib baik aku balik awal pagi ni. Tengok korang terdampar depan pintu rumah ni pula. Bangunlah....pergi basuh muka tu." Katanya, dia merupakan jiran depan rumah kami. Perlahan-lahan kami berdiri dengan kepala yang pening lalat.


"Hantu....kami nampak hantu malam tadi." Kata Qure dengan perlahan namun cukup untuk didengari oleh kami yang ada dalam rumah.


"Hantu? Korang nampak hantu ke?" soalnya.


"Yelah. Kalau tak, takkanlah kitaorang sesuka hati nak landing depan pintu tu." Kata aku yang kembali mengingati kejadian yang berlaku sepanjang malam tadi. Satu persatu peristiwa terimbas dalam ingatan kami. Sampai yang akhir tu time terjumpa hantu tu.


Kami memandang antara satu sama lain. Terus berdiri tegak bulu roma kami yang tadi tidur. Lepas tu kami kena demam terkejut. Tiga hari tak datang kelas. Takkan kami lupa peristiwa yang berlaku pagi yang hening tu. Esoknya juga kami mintak tukar rumah lain.

-Sekian-




Cerita ni adalah rekaan semata-mata. Takde kena mengena dengan yang hidup atau mati. Kalau ada, itu adalah satu kebetulan. Watak-watak yang ada dalam cerita ni merupakan watak dalam novel bertajuk Will You Be My Chocolate. Sudi - sudikan diri anda untuk membaca karya saya di blog ni....

1 komen:

Anonymous berkata...

mcm kenal jer nme tu sume..
dasyatlah ko..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan