SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 7


Malam tu dirumah aku hujung minggu. Aku bersantai diatas katil sambil meniarap dan mengadap laptop melayan member di YM. Dah lama tak chatting ngan dorang. Seronok gak melayan dorang melam-malam camni. Ramai je yang ada, boleh kenal ngan member baru lagi.

Asyik sungguh aku melayan chattting sehingga aku dikejutkan dengan sms yang masuk tiba-tiba. Aku mencapai hanset ditepi kananku dengan malas kemudian membaca sms yang diterima.

‘Aku nak jumpa ko sok. Urgent!!!’

‘Nak jumpa kat mana?’ soal aku.

‘Kat Jusco Au2, pukul 12.00tghari.’ balasnya lagi.

‘ok’ aku membalasnya.



Esoknya.....

‘Alamak aku lupa nak tanya dia nak jumpa kat mana lak. Jusco ni bukannya kecik. Mana pulak nak cari mamat ni?’ gumam hatiku.

‘Aku lupa nak cakap semalam. Jumpa aku kat depan kedai hotlink. Aku tggu kat sana.’ Elok la tu. Baru bertanya dah berjawab. Bagus betul la mamat ni. Aku pun melangkah ke sana.

“Sampai pun ko. Ingat sesat tadi.” Lasernya mulut dia, ingat aku tak tau ke jalan ke sini.

“Dah la. Jom lepak KFC.” Aku mengajak dia ke sana. Kami berjalan menuju ke sana bersama.

“Aku kena cepat ni. Aku janji nak keluar ngan awek aku ni.”

“Baru sampai nak balik dah. Apalah ko ni. Duduk dulu, kata ada hal nak cakap tadi.” Geram aku ngan perangai dia macamni.

“Memanglah, tapi aku kena cepat jugak. Nanti mengamuk lak dia.” Takut makwe ke dia ni.hehe.

“Ko tunda la dulu jumpa dia. Mana lebih penting? Kalau ko nak cepat sangat, kita jumpa lain kali jelah. Aku tak suka la macamni. Tergesa-gesa sangat.” Dengan nada tak puas hati aku kata pada dia.

“Ok. Aku telipon dia jap.” Daniel bangun dan berjalan menuju ke luar. Lepas 5 minit aku nampak dia masuk ke dalam semula.

“Amacam? Settle?” soalku.

“Ok. Bukan tunda masa je ngan hari pun kena tunda. Nasib baik dia ada hal.” Katanya.

“Awek ko model yang terkenal sekarang ni ek? Model iklan minyak wangi jenama Ivony kan? Cantik.” Aku memuji aweknya.

“Tu yang satu, banyak lagi kan awek ko?” selamba aku menyoal dia. Aku pun main serkap jarang je. Macam-macam cerita aku dengar dari orang lain. Baik aku tanya sendiri je.

“Mana ko tau ni? Pandai je. Tapi betul la tu. Ko diam-diam dah la. Ok, bukak cerita lain. Nak korek cerita aku lak.”

“Hah! Apa cerita ko panggil aku datang sini?”

“Ko kena tolong aku lagi. Kali ni mummy aku ngan daddy suruh aku jemput ko datang.” Katanya dengan muka ketat.

“Ok. Boleh je. Tu je ke problem ko yang urgent sangat?” sindir aku.

“Bukan tu jelah. Dorang suruh ko datang dengan family ko la. Nak berkenalan katanya.” Daniel mangaru-garu kepalanya yang tak gatal tu.

“Ko biar betul?” aku dah ternganga ni tak percaya je.

“Betul la. Mummy suruh ajak ko datang umah minggu depan. Time lunch tau. Nanti aku jemput ko datang.” Katanya.

“Takpelah. Aku datang sendiri dengan family aku. Ko tunggu je kat umah ko. Pandailah aku pergi nanti.” Kataku.

“Ok, kalau camtu ko kata. Aku ikut je.”

‘Apa aku nak kata kat mama ngan papa ni? Mesti dorang pelik, selama ni mana aku ada kawan laki. Alih-alih muncul lak mamat ni then ajak datang umah kenal family. Mampus aku kali ni....’ desis hatiku.

“Sebelum terlupa, aku nak ko email aku tentang background life ko. Aku kena la tau pasal ko. Ko dah tau pasal aku oklah tu.”

“Ok, malam nanti aku hantar email kat ko. Aku nak mintak diri dulu la. Jumpa lagi.” Aku bangun melangkah keluar dari KFC dan menuju ke tempat letak motor. Balik umah kena cakap ngan mama dan papa tentang rancangan gila ni. Penin kepala aku. Padan muka ngan aku, pandai-pandai libatkan diri dengan rancangan mamat sengal tu.


********************


“Dany, meh sini jap. Asyik keluar je kamu ni. Duduk sini dulu, daddy ngan mummy nak cakap ngan kamu ni.” Daddy menepuk-nepuk kerusi disebelahnya menyuruh aku duduk disisinya.

“Daddy ingat nak suruh kamu jemput Una satu family datang kemari ujung minggu depan. Kami nak kenal-kenal la dengan bakal besan kami tu. Kami nak buat makan-makan hari tu.” Daddy memandang mummy dan tersenyum.

“Nak jumpa dah ke? Cepatnya daddy. Dany tak sedia lagi la nak jumpa family dia.” Aku menolak cadangan mereka.

“Mummy tak kira, kamu setuju ke tak mummy nak kamu jemput juga Una datang ngan family dia minggu depan. Masa nilah kamu nak kenal rapat ngan bakal mertua kamu.” Kata mummy sambil memandang aku.

“Mummy, nantilah dulu. Dany tak nak kawin lagi la.” Aku menolak lagi ajakan mummy pada Una.

“Kamu ni, mummy ngan daddy bukan suruh Dany kawin sekarang jugak. Nak kenal je ngan keluarga Una, tu je.” Aku menarik nafas lega dengar papa kata macam tu. Selamat aku....

“Ntahnya ko ni. Perasan je nak suruh kawin. Dah gatal sangat la tu.” Sampuk Mimi yang baru turun dari atas.

“Sibuklah ko. Aku sekeh ko kang.” Mimi menjelir lidahnya padaku. Tak senonoh betul perangai budak sorang ni. Ada pulak wat camtu kat abang dia yang ensem ni.

“Ko ni. Bawak jelah Kak Una datang sini. Boleh gak kitaorang kenal lebih rapat dengan dia.” Mimi memaksa aku.

“Yelah. Nanti Dany ajak dia datang.”

“Macam tulah anak mummy ngan daddy.” Mereka semua tersenyum kepuasan mendengar jawapan aku. Aku je yang muka cemberut memikirkan apa akan terjadi nanti...


*******************


“Papa, ujung minggu depan papa tak sibuk tak?” aku memaut lengan papa yang tengah ralit memancut air paip ke arah bunganya.

“Kenapa ni Una? Nak ajak papa g mana?” papa menyoalku.

“Takdelah, minggu depan Una nak ajak papa ngan mama ke umah seseorang.”

“Umah sape lak ni Una? Pakwe ek?” soal papa dalam nada usikan.

“Rahsia la pa....Tak gempak la cam gini.” Aku tersengih-sengih seorang diri.

“Aik...nak berahsia lak ngan papa ek..”

“Mestilah...Ala papa tunggu jelah. Tak gempaklah nanti pa.”

“Yelah, anak manja papa.”

“Abang, Una, meh makan pisang goreng ni. Panas lagi ni.” Mama memanggil kami berdua.

“Sedap ni. Jom Una.” Papa memimpin tanganku ke meja.

“Mama, jadi tau minggu depan kita g umah dia. Una dah tanya papa tadi.” Kataku dengan nada yang ceria.

“Bila masa lak papa kata jadi pergi ni?” papa berkata dengan nada yang sedikit keras.

“Ala, papa ni.........” aku dah menarik muka empat belas. Air mata nak menitik dah ni.

“Ala...ala...merajuk pulak dia. Papa gurau jelah tadi. Ok, minggu depan kita pergi umah ‘dia’.” Papa ngan mama tergelak melihatkan aku yang merajuk.

“Hah...Nasib baik. Papa ni tak baik tau buat Una camtu.” Aku mencubit lengan papa dengan manja. Akhirnya meletus lagi tawa dari kami semua.



Hari yang dijanjikan.....

“Papa, cepatlah dah lambat dah ni.” Jeritku yang memanggil papa yang terkocoh-kocoh keluar.

“Sabarlah Una. Papa siap dah ni. Jom gerak.” Kata papa.

“Betul ke ni umahnya Una?” soal mama setelah kami sampai ke umah Daniel.

“Betullah ma. Umah dia kat sini. Jomlah kita turun.” Ajakku.

“Macam pernah datang je sini kan bang?” mama menyoal papa pula.

“Betullah. Apa-apa pun jomlah kita masuk berkenalan dulu ngan tuan umah. Takut salah umah pulak.” Seloroh papaku.

“Assalammualaikum....” kami memberi salam pada tuan rumah.

“Wa’laikumsalam.... Masuklah.” Ternampak kelibat mummy Daniel keluar menyambut kami dengan senyumam.

“Ma, pa, jomlah masuk.” Kataku sambil memandang mama ngan papa. Terkejut aku melihat muka dorang yang tadi tersenyum sekarang bertukar rupa kaget.

1 komen:

..:: Amethyst Gurlz ::.. berkata...

se4panjang sy bcer novel ni asyik citer psl mkn jerk..
sy plak yg terliur..
hahaha...
anyway,nice novel..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan