SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 13

Hari yang penuh debaran buat pengantin.......

Aku disolek oleh mak andam yang ditempah khas oleh mama. Tinggal nak sarung baju nikah jer jap lagi. Hati aku ni dah main lagu rock, maklumlah berdebar nak jadi bini orang jap lagi.

"Una, duduklah diam. Kang lambat nak siap solek ni. Dongak sikit muka tu." Mak andam ni suka sangatlah mengarah orang. Leceh betul aku, ikut aku tak mau solek langsung pun. Mama yang beria-ia pujuk aku mekap jugak bagi naik seri. Aku kenalah turut jugak kata mama dengan syarat solek tu biar nipis ngan natural.

"Ok, dah siap. Pergi bersiap pulak." Aku bangun dan menyambut baju nikah yang dihulurkan.

"Wau.....cantiknya ko Nurul." Puji Nana, sepupu yang paling rapat dengan aku memandangkan umur kami sebaya. Tak mustahillah untuk kami jadi rapat sebegini.

"Ala, ko pun same jer cantiknya. Ntah-ntah sat g orang lain tertukar lak pengantin perempuan yang mana. Ko ke aku." Aku menggiatnya, saje nak tengok muka dia merah.

"Dah-dah, saje je ko ek nak kenakan aku."

"Ok, siap-siap. Pengantin lelaki dah sampai." Aku dipimpin mereka kuar ke ruang tamu untuk upacara nikah.

"Aku terima nikahnya Nurul Husna binti Nor Azman dengan mas kawinnya Rm80 tunai."
dengan sekali lafaz aku sah menjadi milik Daniel. Aku sekarang dah bergelar isteri orang....
Lepas tu, tibalah upacara membatalkan air wudhuk, dia menyarungkan cincin ke jari manisku dan aku menyalami dan mengucup lembut tangannya. Terasa hangat dahiku ketika dia kucup dahiku dengan lembut. Tetamu yang datang semua mengucapkan tahniah.

Terasa gak member aku sorang pun tak datang. Mana taknya, kalau aku sendiri yang rahsiakan pernikahan ku ni. Padanlah dengan muka aku. Takpelah, layan jelah....



Dalam bilik tidur....

"Dany, ko nak tidur mana?" aku menyoal dia.

"Tidur atas katillah, takkan nak suruh aku tidur atas lantai pulak?" jawabnya. Aku hanya menganggukkan kepala, terjegil bijik mata dia tengok aku menganggukkan kepala.

"Dah, jangan nak mengada-ngada. Aku dah penat ni tau. Lagipun aku kesian kat orang yang dah hias katil ni cantik-cantik. Alih-alih pengantinnya tidur atas lantai. Kalu ko nak, ko jelah tidur atas lantai. Ok, bye...nite..nite..." dia menarik gebar menyelubungi dirinya. Aku hanya tergamam menyaksikan perlakuannya itu.

Aku menutup suis lampu dan berjalan menuju ke katil. Akhirnya aku terlelap jua disamping 'pak mamat' kat sebelah aku ni.



Akhirnya......aku kembali ke Unisel. Selamat hidup aku dari dia selama cuti semester berakhir. Saat nilah aku nantikan. Dapat jumpa budak bertiga tu.

"Yana...!" aku menjerit kegirangan bila ternampak kelibat Yana di kaunter pendaftaran pelajar senior.

"Woi..malu sikitlah ko ni. Jerit-jerit lak. Sakit telinge aku tau." Yana menekup telingenya.
"Mana yang lain?" aku menyenih padanya.

"Dorang datang petang sikit. Jomlah balik hostel." Dia mengajak aku. Kebetulan aku pun dah selamat daftar diri tadi.

"Ko datang ngan family ko ke Yana? Mana dorang?" soal aku sambil mencari kelibat family Yana.

"Ada. Dorang parking kete kat blakang dewan. Ko datang ngan sape lak ni?" soal dia sambil tertoleh-toleh mencari seseorang.

"Aku datang ngan papa aku lah. Tu dia. Jomlah g hostel same-same."

"Jom. Jumpa kat sana k." Aku menganggukkan kepala. Nasib baik papa sudi hantar aku. Kalau Daniel hantar mau kecoh nanti, selamat jugak dia ada kerja nak kena buat.



"Sori, lama ke ko tunggu?" aku menyoalnya sebaik jer pinu kereta dibuka.

"Naik kematu bontot aku nilah. Asal lambat?"

"Biaselah, buah hati takmo lepaskan aku balik." Kataku separuh gurau.

"Kau tau tak nape mummy panggil kita balik umah ni?" soal dia sambil mata menghadap jalan raya.

"Ntahlah, tak tau. Jangan-jangan ko ade wat salah tak?" aku cuba serkap jarang dia. Maklumlah, kadang bukan aku balik umah pun. Tugas sebagai pelajar lebih memerlukan aku disini selesaikan tugasan bersama member.

"Tengok jelah apa jadi nanti..debar gak. Maklumlah, kita kan dah lama tak balik jenguk dorang." Ujar Daniel.

"Betul jugak tu. Mimi ada tak? Dah lama tak jumpa dia." Aku menyoal Daniel tentang Mimi, adik iparku yang seorang.

"Ada kot. Sekarangkan dia banyak duduk umah, study for SPM." Balasnya.

"Ko macam mana sepanjang aku takde?" aku bertanya pada dia.

"Macam tulah. Macam mana lagi?"

"Maksud aku tentang awek's ko lah."

"Semua aku dah buang kecuali Baby sayang aku jer. Tu, aku tak boleh buang. Bini nombor dua aku tu." Sengaja dia menekan perkataan dua pada aku.

"Baguslah macam tu. Bila ko nak kawin dengan dia?" soalku selamba.

"Bila-bila masa kalau ko bagi." Dia mengenyit mata padaku. Menyampah jer tengok.


*************


Sejak aku nikah dia dalam empat bulan ni, banyak aku belajar tentang kerenah dia. Dia ni penyabar jugak orangnya, pernah sekali tu aku cuba buat dia marah, tapi lain jadinya. Aku pulak yang marah sebab rancangan aku tak menjadi. Dia pulak rilek jer aku tengok.

Ni pun aku saje sakitkan hati dia pasal Baby, dia cool jer. Peliklah aku tengok. Perempuan hati batu. Aku yang sakit hati dengan perangai dia. Sengal jugak aku ni pun.

"Una, dah sampailah. Jom turun." Aku mematikan enjin dan keluar dari perut kereta.

"Hah...sampai pun korang ke umah. Ingat tak kenal jalan dah. Dany?" mummy menjongketkan sedikit keningnya kepadaku. Perlilah tu apa lagi. Aku mengucup kedua tangan orang tuaku dikuti dengan Una.

"Mummy, daddy, sori yer. Bukan salah abang pun, Una banyak kerja ngan kelas padat. Masa terhad sangat nak balik pun. Sori yer." Una menayangkan muka simpati kepada kedua orang tuaku.

"Takpelah. Jom masuk dalam." Mummy memimpin tangan menantu kesayangannya kedalam. Terjongollah pulak satu kepala kat depan pintu, sape lagi kalau bukan budak debab tu.

"Akak, baru sampai ke? Masuklah...adik baru turun dari atas. Tadi mandi jap lepas balik tuisyen." Katanya tanpa ditanya.

"Sibuk jer. Orang tak tanya ko pun apa-apa." Aku membidasnya.

"Sibuklah ko. Jeles ker..." dia menjelirkan lidah dan menonyeh muka padaku.

"Dah...dah..korang ni sekor-sekor macam kucing ngan anjing. Pantang berjumpa." Mummy meleraikan mereka berdua.

"Dah, duduk dulu." Daddy mengarahkan kami duduk. Mimi dan Una terus leka bersembang, maklumlah dah lama tak jumpa.

"Macam mana syarikat sekarang ni?" soal daddy padaku.

"Syarikat ok jer daddy. Ni pun kita dapat kontrak baru daddy."

"Syarikat mana tu Dany?"

"Syarikat Megah, daddy."

"Eh..dah...dah sembangnya. Jom makan." Mummy memanggil kami untuk makan malam bersama.

"Abang, esok kita kuar jejalan nak tak? Kita bawak semua pergi jalan." Cadang Una.

"Daddy ngan mummy nak kuar jumpa member. Korang bawak Mimi jelah jalan-jalan, dia pun dah lama tak keluar. Asyik terperuk jer dalam umah. Tak elok jugak." Papa memberi cadangan.
"Elok jugak tu. Kita g shopinglah." Ujar Mimi.

"Tulah kerje pempuan. Shoping....shoping...shoping...Layan jelah." Kataku sambil menggelengkan kepala.



"Beshnyer...dah lama tak shoping. Nak duit...!!!" dengan gaya penuh keselambaan Mimi menghulurkan tangan padaku.

"Nah..jangan boros. Tadi daddy dah bagi pun cukup banyak dah." Pesanku pada Mimi si debab.

"Tu tak sama. Sekali sekala, kena pau ko lak." Selamba dia membalas kataku.



"Mimi, jom teman akak pergi Kinokuniya boleh?" soal Una pada Mimi.

"Jomlah. Mimi pun nak cari buku rujukan ngan novel ni." Mimi menarik tangan Una memasuki Kinokuniya. Aku hanya membontoti langkah mereka berdua tanpa banyak soal.
"Akak, cari majalah apa?" soal Mimi.

"Takde apa. Tengok-tengok jer majalah apa yang besh. Dah lama tak baca majalah. Asyik menghadap komputer jer bosan gak." Ujarnya lembut.

"Ko cari majalah apa pulak?" soal Mimi padaku yang sedari tadi hanya mengikut langkah Una ke mana saje dia melangkah.

"Aku pun tengok-tengok jer. Tak beli pun.Ko beli buku ape tu? Dah jumpa ke ape ko nak?" soal aku bertalu sambil mataku mencuri pandang buku yang dipegang oleh Mimi ditangannya.

"Dah, nak cari majalah jugaklah. Naik gila jugak aku kalau asyik menghadap buku rujukan tu." Mimi mencapai majalah di depan matanya.


"Baby? Macam pernah dengar jer nama dia. Cun giler minah ni." Tutur Mimi dengan nada perlahan namun mampu didengari oleh telingaku.

"Bak kejap." Aku merampas majalah dari tangannya.

"Sibuklah ko." Dia menumbuk bhuku dengan agak kasar. Lantaklah, yang penting Baby. Aku ni mana boleh dengar kalau nama Baby disebut-sebut.

"Apa korang bisingkan tu?" soal Una tiba-tiba. Matanya tertancap pada cover depan majalah yang aku pegang.

'Patutlah bisng.' Desisnya dalam hati.

"Jomlah kuar, kalau dah takde bende nak cari dah. Akak dah dapat majalah ngan novel yang akak nak. Oklah tu. Jom pergi bayar."

"Ko bayarkan ni sekali." Aku menghulurkan majalah tadi padanya.

"Ok." Mereka berjalan menuju ke kaunter. Aku masih terpacak di tempat majalah menanti mereka.

"Hai B....U buat apa kat sini?" sapa sesorang dari belakangku. Suara yang amat aku kenali ni. Aku pun berpaling ke belakang. Alamak.............!!!!!!!!!!

1 komen:

ஜ Arza Far ஜ berkata...

ooo..
suspens2...
hehe..:D

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan