SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Mini Chocolate (Kartun)


“Wei, kau nak keluarkan hari ni?” soal aku pada Daniel yang tengah ralit menghadap tv depan mata.

“A’ah..tapi aku taknak bawak kau..” selamba dia jawab sambil mata masih menatap tv.

“Tak kata pun nak bawak kau keluar sama. Tak malu jer.” Dia menjelir lidahnya pada aku. Potong lidah tu baru tahu.

“Siapa nak keluar dengan kau. Banyak lagi kerja aku kena buat tau. Assignment berlambak nak kena buat bukan macam kau. Boleh goyang kaki. “ perli aku yang dah lali dengan aktiviti dia time hujung minggu macamni.

“Kawan kau tak pelik ke? Tiap minggu kau asyik balik rumah jer. Nanti diaorang syak baru tahu.” Katanya sambil memandang mukaku.

“Entah lah. Mana aku tau. Biarlah diaorang tahu pun.” Jawabku dengan selamba.

“Cakap bolehlah. Cuba kalau kena, nganga kau nanti.” Dia mengigit coklat yang aku hulur pada dia tadi.

“Wei, asal kau gigit coklat tu. Just patahkan dah la. Gelilah aku, taik gigi kau melekat.” Meremang bulu roma aku kegelian membayangkan taik giginya melekat (padahal takde pun).

“Banyak cantik muka kau. Tolong sikit tau, aku gosok gigi aku bersih-bersih siap guna Fresh & White lagi tau.” Dia menayangkan giginya yang putih umpama mutiara (putih ke?).

“Dahlah. Kau habiskan jer coklat tu. Tak selera aku nak makan bekas kau.” Kataku dengan penuh keselambaan tahap cipan.

“Taknak sudah. Kau yang rugi, tak selera konon nak makan bekas aku. Tengoklah nanti bila kau dah angau kat aku.” Katanya dengan penuh bangga.

“Takde maknanya nak angau kat kau. Entah-entah kau yang angau kat aku.”

“Jangan mimpilah wei...” dia sambung balik menatap cerita yang ditayangkan.

“Bila kau nak keluar ni?” soal aku sekali lagi.

“Kau ni kenapa? Macam nak halau aku jer.” Dia memandang aku dengan gaya tak puas hati.

“Bukan nak halaulah. Aku nak keluar dengan member sekolah aku nanti.”

“Kau nak pergi mana?” soalnya.

“Aku nak pergi shoping kat Masjid Jameklah. Nak cari barang. Boleh tak?” aku meminta izin dia untuk keluar bersama Aziela dan Sina.

“Boleh jer. Janji makan malam dah siap. Bukan aku tak tahu kau tu, kalau dah keluar dengan member berjam lama.” Dengan lancar dia menjawab.

“Thanks. Kaulah suami yang paling sporting dalam dunia ni.” Dengan spontan aku memeluk lengannya dan mencium pipinya. Dia memandang aku, terkejut dengan aksi spontan aku. Terkebil-kebil mata dia memandang aku.

“Opsss....Sori.” ucapku dengan perlahan. Apalah boleh tercium dia pulak. Bukan aku sengaja pun, selalu aku akan buat macam tu kat papa bila papa dah bagi kebenaran aku untuk keluar . Malunya aku.

“Takpe...lain kali jangan buat macam tu lagi. Terkejut aku tahu.” Katanya dengan selamba. Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk tapi wangi sikitlah.

“Cukup tak duit nak keluar ni?” soalnya lagi.

“Lebih dari cukuplah. Duit yang kau bagi selalu tu ada lagi.” Jawabku.

“Baguslah kau berjimat. Takpe, duit tu kau simpan jer. Nah, ambik duit ni buat belanja.” Dia menghulurkan 5 keping duit rm50 padaku.

“Banyaknya kau bagi.” Aku menolak pemberiannya.

“Takpelah. Kau buat belanja member kau. Belilah apa kau nak.” Dia menghulurkan kembali duit yang diberi tadi.

“Thanks.” Terharu aku dengan duit yang diberi. Aku akui, dia ni tak kedekut orangnya. Duit belanja selalu dia bagi tiap bulan. Belum duit elaun lagi, alhamdulillah aku dapat suami macam dia. Tak kedekut. Satu jer tabiat yang melekat kat dia dari zaman bujang sampai zaman kawin ni. ‘Perempuan’....yang ni tak boleh renggang dengan hidup dia.

Tang ni aku malas nak tegur dah. Janji dia tak buat maksiat belakang aku. Kalau buat jugak, mau aku terajang dia (tak baiklah, dosa besar). Aku dengan dia akhirnya terpaksa disatukan jugak sebelum kedua orang tua kami berangkat ke Umrah. Majlis persandingan atas kehendak aku akan dilansungkan lepas aku tamat ijazah nanti. Bagi aku, nikah pun dah cukup.

Usia perkawinan kami baru menjangkau 2 bulan. Macam-macam kerenah kami lalui. Aku dah hafal semua benda dan aktiviit yang dia suka dan tak suka. Cuma ada sesetengah perkara yang aku tak tahu pun. Takpelah janji kami boleh masuk dalam satu kepala, Tapi yang sebenarnya, hubungan kami ni macam orang tengah berkawan jer.

“Wei aku nak keluar ni.” Dia yang dah wangi dengan haruman Macho bersiap-siap memakai kasut. Aku berjalan ke arahnya dan mencapai tangannya untuk bersalam. Ku kucup lembut tangannya dan membetulkan sedikit bajunya.

“Ok. Jalan baik-baik tau. Jangan bawak kereta laju-laju. Aku keluar tak lama pun. Petang nanti aku sampailah. Kau jangan balik lambat pulak. Aku nak masak tom yam malam ni.” Aku berpesan padanya.

“Tengoklah kalau aku terasa nak balik awal.” Dia menjawab.

“Ok.” Hanya itu yang mampu ku balas. Tapi aku tau, dia mesti balik awal sebabnya tom yam tu feveret dia. Mana boleh missnya.


Petang tu aku keluar meronda dengan member aku berdua tu. Nasib baik aku ‘cuti’ hari ni. Bolehlah jalan lama sikit dengan dorang yang kebetulan ‘cuti’ jugak macam aku. Biasalah orang perempuan. Habis semua kedai kitaorang serbu. Macam-macam aku borong, buku, vcd, baju dan lain-lain.

Pukul 6 dah sampai rumah, lupa pulak. Kitaorang tinggal rumah teres 2 tingkat jer dekat dengan Putra LRT Wangsa Maju, hadiah pemberian daddy dengan papa pada kitaorang berdua. Senang nak ke hulu hilir naik transport awam ni kalau dah duduk dekat tempat strategi. Kereta ada, tapi malas nak bawak la.

“Sampai pun. Mandi dululah. Bawak keluar barang siap-siap. Ayam, daging, kobis, lobak.....” aku mencari-cari bahan yang perlu. Kemudian aku naik ke atas untuk mandi dan bersiap untuk memasak hidangan malam ni.

‘Siap pun semua bahan.’ Aku tersenyum puas hati melihat makanan yang dah siap terhidang di meja. Tinggal tom yam jer yang belum bubuh dalam mangkuk lagi. Bukan apa, takut sejuk beb.

“Alamak...dah pukul 7....” aku terjerit kecil dan berlari mendapatkan remote control yang terletak atas meja. Ku tekan channel 107 dan terpampang cerita kegemaranku.

“Mana boleh miss tengok adik aku.” Kataku sendirian sambil tersenyum memandang Shin Chan.

“Assalammualaikum.” Daniel memberi salam.

“Wa’laikumsalam. Dah balik pun. Pergilah mandi, lepas solat maghrib kita makan.” Aku menyambut kepulangan dia sambil mata tak lepas pandang rancangan yang ditayangkan di kaca tv.

“Kau tengok cerita kartun ke? Macam dah takde cerita lain jer.” Katanya dengan nada sinis sekali namun tak berkesan kat hati aku pun.

“Apa salahnya. Dari aku tengok cerita blue.” Selamba aku jawab katanya.

“Dahlah...aku naik dulu.”

“Ok.”


Pukul 7.40 malam, Daniel turun ke bawah untuk makan malam. Aku masih kat dapur membuat air oren untuk di. Tengah ralit aku buat air, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang ketawa. Aku terkaku dari membuat air, aku intai dibalik dinding dapur.

‘Kenapa dia ketawa ni?’ desis hatiku. Aku memandang ke kaca tv. Patutlah dia ketawa.

“Jomlah makan. Ralit jer tengok Doraemon tu.” Aku memerli dia.

“ Yelah. Mana ada aku tengok Doraemon. Pandai jer kau ni.” Dia bangun dan menuju ke meja makan. Channel tv sudah siap ditukar ke Tv3 siap-siap.

“Malam ni kau keluar tak?” aku menyoalnya yang tengah sedap menghirup tom yam.

“Tak kot. Malaslah, aku nak rehat jer kat rumah ni.” Ujarnya sambil mengesat bibir.

“Ok. Aku nak buat assignment. Bolehlah kau tolong aku nanti. Ada coding java yang aku tak dapat nak createlah. Asyik error jer. Boleh tak kau tolong tengokkan nanti?” pintaku.

“Ok. Boleh jer.” Balas dia. Aku tersenyum nipis mendengar jawapannya. Bukan selalu pun dia nak tolong aku buat kerja. Hari ni entah putera bunian mana jaga dia entahlah.

“Aku tertidur depan laptop ke?” aku bangun dengan mata yang masih mamai lagi. Aku tengok jam, pukul 8.00 pagi. Alamak terlajak tidur, nasib ‘cuti’ lagi. Aku turun ke bawah untuk masak sarapan. Apa dia buat tu?

“Woi! Tengok cerita pingu ke?” aku sergah dia.

“Opocot!!!” dia melatah. Habis terpelanting makanan yang dia pegang jatuh ke lantai.

“Kutuk aku tengok cerita Shin Chan semalam ek. Dia pun sama jugak. Doraemon dengan Pingu. Lepas ni cerita kartun apa pulak?” aku menyakatnya yang muka dah merah terbakar kemaluan, sekali tengok macam udang kena bakar pulak.

“Diamlah kau.” Dia memarahiku.

“Taknak. Muka nampak ganas tapi layan cerita kartun. Kelakarlah kau ni. Takpe aku cadangkan kita tengok Spoongebob pulak lepas ni.” Aku gelakkan dia. Mata dia mencerun pandang ke arah aku. Geramlah tu.

“Boleh jugaklah. Apa lagi pergilah mandi dulu, pastu tengok cerita kartun sama-sama. Pukul 10.30 nanti kita keluar jalan-jalan. Nak tak?” soal dia.

“Nak...nak...yea...” aku menepuk tangan tanda gembira dengan pelawaanya.

“Dah pergilah siap. Aku tak sarapan lagi ni. Buat roti bakar jap untuk aku.”

“Ok.” Segeraku ke dapur dan membuat sarapan untuknya. Tak sangka rupanya dia minta tengok kartun jugak. Patutlah selalu merungut bila aku tukar channel lain. Aku memang layan jer semua cerita yang boleh ditonton sesuai untuk tontonan umum.


“Dah siap ke?” soal dia.

“Dah.” Jawabku yang tengah menuruni tangga.

“Jomlah gerak. Aku tunggu dalam kereta. Kau, macam biasalah. Kunci pintu.” Katanya.

“Ok.” Jawabku.

0 komen:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan