SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk (Prolog)


Nama aku Fiona Natasha atau korang boleh panggil aku Tasha. Aku seorang gadis yang terlalu sempoi, cara aku berpakaian menampakkan aku kolot seperti seorang mak cik, tapi aku selesa berpakaian macam ni. Rambutku yang terurai panjang hingga ke pinggang selalunyaku simpul siput, sanggul, tocang atau digayakan seperti ekor kuda.

Perwatakanku seperti kebudak-budakkan sikit, aku ni lurus orangnya. Apa yang orang selalu cakap, aku akan percaya bulat-bulat. Sampaikan aku sering dibuli ditempat kerjaku. Satu lagi perangai aku yang tak boleh diubah ialah sifat kelam kabutku. Apa nak buat, sejak azali lagi aku macam ni. Terima jelah hakikat.

Aku bekerja disebuah syarikat swasta dimana kesemua pekerja terdiri dari orang melayu. Syarikat yang aku bekerja sekarang ialah Nilam Holding Berhad. Aku ni kerja sebagai kerani je. Taklah semegah mana pun, tapi aku selesa kerja disini. Adat bila bekerja, yang lemah pasti ditindas, macam tu juga dengan aku. Aku sering dibuli ditempat kerja. Kerja yang aku tak patut buat terpaksa aku lakukan dengan penuh tak kerelaan.

Sekarang ni pun aku berada di ofis, tengah berangan, ye jangan korang tak tau, aku punya hobi ialah berangan. Eh...macam kenal je minah depan aku ni...

“Woi, aku suruh kau pergi buat minuman untuk aku, bukan berangan.” Dia menarik rambutku yang bertocang dua. Dia yang kumaksudkan ialah Sharima atau lebih glamour Sherry. Dialah yang suka buli aku, kerja aku sebagai kerani dah jadi macam setiausaha dia atau pembuat minuman untuk dia. Kerja dia setiausaha bos. Tapi sekarang ni pengganti bos lama tak masuk lagi, jadi dia anggap diri sendiri dia bos.

“Apa lagi yang kau tercegat tu? Pergilah buat air untuk aku cepat!” arahnya lagi padaku yang terkulat-kulat memandangnya. Aku bangun dan bergerak membuat air dibilik yang disediakan khas untuk membuat air dan sewaktu dengannya.

“Apalah nasib aku macam ni. Nama je kerja kerani, tapi dah jadi tukang buat air pula ni.” Aku mengacau-ngacau air dalam cawan.

“Apa kau buat tu? Aku dah dahaga ni tahu tak?” pekik Sherry yang terpacul dari mana ke sini. Aku yang terkejut dan gelabah dengan pekikkannya secara spontan sudu yang berada ditanganku terpelanting ke arahnya dan tepat landing atas dahinya yang licin.

“Adoi.......!!!! Kau nak bunuh aku ke?” dia sudah naik kuda kepang (naik angin).

“Sori cik Sherry, saya tak sengaja.” Aku memohon maaf padanya.

“Sori...sori...naik lorilah kau. Habis dahi aku kau kerjakan. Siap kau.” Dia menghampiri aku. Aku yang ketakutan dan kalut spontan melarikan diri dan merempuh Sherry didepanku. Terjadilah adegan kejar mengejar antara kami berdua.

“Woi....!!!! Jangan lari. Siap kau aku dapat nanti. Aku siat-siat kulit kau dengan kuku aku.” Aku menoleh kebelakang dan melihat dia masih mengejar aku. Macam budak-budak pula kitaorang ni. Dah tu buat ofis ni macam sendiri punya, siap boleh main kejar-kejar lagi.

“Alamak...mak cik, ketepi...ketepi...tak boleh brek ni.” Lantai yang licin kutempuh dan akhirnya aku hampir tersungkur. Nasib baik aku sempat berpaut pada sesuatu yang keras dan kukuh. Fuhhhh...aku menarik nafas lega tapi tak lega lagi bila teringatkan Sherry yang masih berlari dan menuju ke arahku.

“Adoi...!” dia terjatuh macam betik busuk. Kesian, tapi tercetus ketawaku yang serak-serak basah ni. Dia tersungkur sebab lantai licin, mak cik cleaner baru mop lantai tadi. Padan muka dia.

“Sakitnya bontot aku ni.” Sherry bangun dan menggosok-gosok punggungya yang sakit. Aku pula tak putus-putus ketawakan dia, dah ada macam cik ponti mengilai pun ni.

“Ehem....” dehem seseorang di tepiku. Siapa pula ni? Menganggu aku betullah. Aku memusing ke arah suara yang berdehem tadi. Ayark...

2 komen:

Anonymous berkata...

huhu...
org fisrt komen..
cita nie mcm menarik..
x sabar nk baca lg..

ch@ berkata...

hahaha comel je...

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan