SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 15 -End-

"Assalammualaikum." Aku memberi salam sebaik saja kakiku melangkah masuk dalam rumah kami. Aku tergamam sebaik saja aku terpandang ruang tamu kami yang dipenuhi dengan bunga mawar dan kad-kad yang bertabur atas lantai.

Aku berjalan masuk ke dalam dan duduk bersimpuh berhampiran kad-kad yang berterabur. Ku buka dan baca satu persatu kad yang ada, semuanya berisi ucapan maaf dari Daniel. Hati aku terharu dengan kata-kata yang diungkapkan, air mataku menitis jua ketika membaca kad yang paling besar dan terakhir. Isi dalamnya sungguh membuatku gembira dan terharu sekali.

'Maafkan abang, sayangku....

Sayangku...ketahuilah saat ini, abang sudah pun meninggalkan 'kekasih hati' abang yang dulu kerana abang tak sanggup sekali lagi melukakan perasaan 'kekasih kesayangan' abang sorang ni. Abang mintak maaf atas kesalahan yang abang lakukan selama kita bersama. Abang dah banyak melukakan hati sayang, namun hati sayang tetap tegar memaafkan segala kesalahan abang. Sungguh mulia hati sayang, hanya abang yang bodoh tidah pandai menilai sayang. Sayang, I love you so much......

Love u 4ver,
Abang (^o^)


Aku melipat kad itu dan menyeka air mata yang mengalir. Tiba-tiba, aku terasa hangat dari belakang badanku, rupa-rupanya Daniel memelukku dari belakang. Aku memalingkan badanku menghadapnya, kucapai tangannya dan kukucup penuh kasih.

"Aku mintak maaf dengan ko." Ucapku penuh tulus ikhlas.

"Abang maafkan segalanya. Abang pun mintak maaf sebab banyak buat salah dengan sayang abang." Dia mengelus pipiku lembut dan menyeka sisa air mataku.

"Abang janji takkan biarkan sayang menangis lagi." Dia memelukku hangat. Aku membalas pelukkannya erat dan kejap.

"Will you be my chocolate?" soalku dalam sisa sendu.

"Why chocolate?" soalnya semula.

"Sebab coklat mampu membuatkan sedih jadi gembira dan gembira menjadi lebih gembira lagi. Hanya coklat mampu mencairkan hati kita." Ujarku padanya.

"Kalau macam tu...Abang sanggup jadi coklat sayang untuk selamanya." Dia lantas mencempung badanku.

"Satu lagi, jangan panggil abang, ko lagi tau dan jangan bahasakan diri sayang tu aku dengan abang." Tegas dia mengarahku. "Cuba sebut abang...cepat.." paksanya.

"Ab....aba..aban.."

"Betul-betullah sayang..."

"Abang...."

"Ye sayang...." aku tersenyum manis padanya. Semanis coklat pemberiannya padaku waktu kecik dulu. Aku menguatkan lagi pautan dilehernya dan kulagakan hidungku dan hidungnya yang mancung.

Pap! Pap! Pap!

Bunyik tepukan menggamit suasana kami yang romantis sebentar tadi. Kami berpaling kebelakang, kelihatan daddy,mummy, mama, papa, dan Mimi memandang kami dengan gembira.

"Nampak gayanya, tak lama jelah kita nak timang cucu." Ujar mereka serentak membuatkan aku tertunduk malu.

"Yea...yea...nanti Mimi dapat anak buah." Serentak dengan itu, aku berlari ke bilik dengan muka merah menahan malu diusik begitu sekali.


"Sayang, nape ni? Pucat je abang tengok?" soalnya sambil mengusap lembut belakangku.

"Takde apalah bang. Sayang ok jer.." uwek..uwek.. aku mengeluarkan isi perut lagi.

"Perut kosong tu. Ke masuk angin?"

"Taklah...Cuma terkena buatan orang jer ni..." ujar aku perlahan.

"Sape berani buat sayang abang macam ni? Cakap cepat dengan abang!!" dengan muka penuh garang dia memandang mukaku meminta jawapan.

"Abanglah yang buat...lagi mau tanya ke?" aku sengaja membuatkan dia tertanya-tanya.

"Bila masa pulak abang yang buat? Cuba cakap apa yang abang dah buat kat sayang?" soalnya lagi.

"Abang tak paham ke?" dia menggelengkan kepalanya. Kutarik tangannya dan kulekapkan tangannya ke perutku yang kempis namun berisi 3 minggu.

"Paham tak?" dia menggerakkan tangganya ke perutku.

"Betul ke ni?" dia tersenyum memandangku.

"Betullah." Aku menganggukkan kepala.

"Yahooooooooo.............." dia melompat-lompat gembira dengan kedatangan orang baru.

"Jap...nak tipon semua orang." Penuh semangat dia menelipon family kitaorang. Aku tertawa melihat kerenahnya.


"Sayang, betul ni tak apa?" soalnya lagi seolah-olah tak mahu melepaskan aku pergi.

"Betullah, abang." Aku memicit hidungnya lembut.

"Abang risaulah. Jom, abang anta sayang sampai dalam." Dia memujukku lagi.

"Takpe, sayang masih mampu lagi. Bukan sarat lagi pun." Aku menolak pelawaannya untuk menghantarku sampai ke dalam hostelku.

"Kalau macam tu, hati-hati ye sayang.." pesannya entah kali ke berapa.

"Ok, bang. Take care..." aku mencapai tangannya dan aku menyalaminya. Dikucup lembut dahi dan pipiku tanda kasih.

Tuk! Tuk! Tuk! Cermin tingkap kereta diketuk dari luar. Kelihatan member aku kat luar kereta sambil merenung tajam kearah aku. Aku turun dari kereta, dan mendekati mereka.

"Jom, aku terangkan kat korang, naiklah dulu kereta. Janganlah marah aku. Sorilah...." aku tak putus memohon maaf pada mereka bertiga. Setelah berkali-kali pujuk, baru mereka lembut hati dan menaiki kereta suamiku.

"Korang, sebenarnya, aku dengan Daniel dah hampir setahun nikah. Sorilah kalau aku sembunyikan perkara ni." Aku memohon maaf sekali lagi.

"Apa sebenarnya terjadi ni?" akhirnya rahsia kami terbongkar, tapi takpelah, perkara elok tak baik berahsia.

"Sampai hati tak bagitau kitaorang. Merajuklah macam ni." Gurau mereka. Aku panik melihat member aku dah berubah air muka.

"Jangan risaulah. Gurau jer." Qure meleraikan kepanikanku.

"Korang ni..." mereka ketawakanku.

"Kitaorang sekarang menanti orang ketiga tau." Kata Daniel sambil mengusap perutku yang masih belum nampak perubahan lagi.

"Ye ke. Tahniahlah...Bila nak bersanding ni?" soal mereka serentak.

"Nilah yang aku nak bagitau nanti. Takpelah korang dah tau pun. Aku bersanding dalam 2 minggu lagi. Bukan apa, takut perut ni membesar, tak muat pulak baju." Kami tergelak.

"Aku nak jadi pengapit ko ek?" Yaya mengofferkan dirinya.

"Aku pun nak..." Yana tetap tak mahu mengaku kalah.

"Korang jangan berebut tau. Mimi, adik ipar aku pun nak jadi pengapit gak. Korang cakaplah ngan dia ek." Aku menambahkan lagi kekusutan.

"Saje je ko..." marah mereka.


"Encik, pertemuan kita ni mungkin berakhir sampai sini saje. Kita jumpa dalam kelas jelah lepas ni." Ujarku perlahan.

"Apa maksud awak?" soalnya.

"Saya pulangkan balik cincin encik bagi tempohari. Maaf sebab saya simpan buat khazanah jap dan membuatkan encik ternanti-nanti jawapan dari saya." Kuhulurkan kembali bekas cincin padanya.

"Takpe, saya maafkan." Dia mencapai bekas cincin tersebut.

"Encik, jemputlah ke majlis saya nanti." Kuhulur sekeping sampul yang berisi kad jemputan ke majlis persandinganku. Aku pun berpaling dan meninggalkan dia memandang sepi langkahku kearah Daniel yang setia menanti aku.


Hari persandingan....

"Wau..mama nampak cantiklah.." Daniel memeluk aku dari belakang dan mengusup lembut leherku.

"Abang...macam mana abang boleh ada kat sini ni? Lagi ½ jam kita nak sanding dah tau. Ishk...abang ni..."

"Saja nak tengok sayang abang dulu. Orang lain tak boleh tengok dulu selain abang." Ujarnya.

"Dah...sat lagi kita tengok lagi yer..Sayang nak siap ni. Dah lambat ni bang.." aku menolak lembut badannya.

"Ok..sori kacau. Cepat tau...abang tak sabar nak bersanding ni..." dia tersengih sambil berlalu pergi.

Aku kini lengkap dengan pakaian pengantin berwarna gold, member aku tak habis duk menyakat dan memuji aku. Terkekek-kekek ketawa dengan hati yang senang. Dari jauh terdengar paluan kompang menandakan ketibaan pengantin lelaki.

"Jom, mama. Papa dah tiba.." usik mereka. Kami pun keluar dan melangkah jalan kearah pengantin lelaki yang segak menanti ketibaan pengantin perempuan. Kelihatan sedondon sekali pasangan pengantin berjalan seiringan menuju ke pelamin.

4 tahun kemudian...

Alia berlari dengan agak laju sambil ketawa terkekek-kekek diusik oleh atuk-atuknya. Akhirnya, dia berjaya ditangkap dan dicempung oleh Tok Wannya. Tok Chik hanya memandang dan ketawa dengan kemengahan, penat main kejar-kejar dengan cucu sulung dia masih tak hilang.

"Alia, mari sayang kat mama." Dia berlari dan merempuh aku yang tengah sarat mengandung kali kedua dan disahkan kali ni kandunganku kembar tiga.

"Alia sayang, sakit mama tu. Jalan elok-elok, jangan lari. Jatuh nanti." Pesan papanya.

"Takpe bang. Tak sakit pun. Meh sini kat mama. Makan coklat dengan baby." Aku memujuknya yang muka dah tegang kena tegur dengan papanya.

"Nak...nak...ceklet.." dia menepukatangan tanda gembira dapat coklat kesukaannya.

"Meh duduk kat papa. Sebelum tu...kiss papa dulu."

Ccccuuuupp!!!!sebuah kucupan terlekat pada pipinya. Habis basah pipi dia dengan air liur Alia.

"Asal basah pipi papa ni. Nak kena ni dia ek..." dipeluk Alia dan digeletek sepenuh hati samapi lembik Alia dibuatnya. Dikucup-kucup pipi Alia yang mongel, aku memandang mereka dengan gembira. Sebuah keluarga besar yang cukup harmoni sekali.

Member aku pun masing-masing bakal mengakhiri zaman bujang maing-masing dalam masa terdekat ni. Masng-masing rebut nak kawin dulu. Paling tak sangka Qurelah, akhirnya terbongkar rahsia yang dia akan berkawin dengan encik Sham. Terjerit kegembiraan campur terkejut mendengar kenyataan Qure tuh.. Siapa sangka, jodoh mereka sudah tertulis untuk bersama.

"Sayang, termenung ek...?" soalnya.

"Alia mana?" aku mencari kelibat Alia yang tak kelihatan di sekitar kedudukan kami.

"Alia ada dekat dalam dengan atuk-atuk dan nenek-nenek dia tu." Jawab suamiku, Daniel.

"Abang, thanks....Sayang bahagia sangat sekarang sampai bila-bila bersama abang dan lain-lain..." ucapku dengan penuh perasaan.

"Abang pun nak ucap thanks jugak sebab sayang sudi mencintai abang yang dulunya buaya tembaga." Tergelak dia bila menyebut perkataan buaya tembaga.

"Apa-apa pun, abang telah ditakdirkan jadi coklat sayang untuk selamanya..." aku mencuit hidungnya yang mancung.

"Sayang pun sama. My sweetie..." sebuah kucupan hangat singgah dipipiku...

-Sekian-

17 komen:

Anonymous berkata...

haiiii
baru je habis bce novel ni
citer die best gak
tp kalu panjangkan sket n tmbh lg sket klimaks die rsenye mesti lg best
anyway, nice try
hope novel buruk n pakweku artis pujaan pun akan best gak
teruskan usaha

cyah berkata...

erm best tapi mcm ada yang kurang.. tp papepun sonok gakla

Anonymous berkata...

nice la cite nie..
but mcm nk cepat abes je..
kalo wat pjg sket lg bes kottt..hehehe

neway.. keep it up!
;)

Anonymous berkata...

citernyer best.tp..mcm komen2 sblm ni la.ermm mcm nk cpt abis.nk tau gak camne daniel leh berubah n baby kesayangan die tu pe citer. but...anyway...ok.nice try.n jgn lupe bt lagik story yg best2 k! chaiyok!!

Anonymous berkata...

:(( waaaa...dh abihhhh...
tp kan asl rs cam cpt jek....penulis x sbo nk pi tnds ke tulis lju sgt???papepun bestttttttttttttttttttt

Tanpa Nama berkata...

erm best aar..
kalu pjg sket kan
bagus ;)
anyway good...:D
~EIDAHANIEY~

ButTerFly_GurL87 berkata...

thanks ~EIDAHANIEY~....insyaallah klu takde aral melintang, cte ni akan direnewkn balik...
klu tak, tak jadilah tu nak renew...:)

Tanpa Nama berkata...

happy ending!!~:X

gile novel berkata...

heheheehe...
nie bru bes
wt cter len plak...

nabilah berkata...

npe daniel bleh putus ngan beloved 'baby' dia tu??
mcm x suspen jer.. anyway,, cte nie best laa ;;)

..:: Amethyst Gurlz ::.. berkata...

wah..
best2..
best giler..
so romantik and sweet..
nice job and gud work..!!

Tanpa Nama berkata...

nice story,,

Tanpa Nama berkata...

:X

ButTerFly_GurL87 berkata...

thanks all..hehe..ni 1st novel..mmg diakui diri masih lg belajar menulis..hrp korang trus support aku tuk menulis..:D

Tanpa Nama berkata...

tergesa-gesa...

Tanpa Nama berkata...

hmm. love it :X
klu blh pnjgkn sket yaw. hehe :)
~nalie~

Tanpa Nama berkata...

:x best r cter nie...tapi cam ne dany leh ubah n baby dia camnne?
neway best..good luck for ur next novel or cerpen. :)]

amie

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan