SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 19

“Tasha...Tasha....” terasa seperti badanku digoyang. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Berpinar rasa mata aku saat ni, macam ada bintang yang sedang berpusing digalaksi mata ni.

“Tasha..kau ok ke?” soal Zarina dalam nada kerisauan.

“Aku ok...apa yang dah jadi ni?”

“Kau lupa ke?”

“Kejap, aku cuba ingat balik. Kepala aku sakit je ni, peninglah.”

“Mana tak pening, telur besar melekat kat kepala kau,” ujar Nora yang tak putus menuam kepalaku dengan telur rebus panas dibungkus dalam kain. Orang kata cara ni boleh mengurangkan benjol, betul ke?

“Ye ke?” aku cuba memegang sendiri ditempat yang sakit. Betullah kata dorang, benjol besar meleka kat kepala aku ni.

“Dahlah, baik kau tidur jelah. Esok kau kerja. Kalau kau rasa nak cuti aku telefon je ofis kau esok kata kau cuti,” sela Zarina yang muncul dari dapur.

“Aku ok je, kalau aku rasa tak ok, esok aku cakap dengan korang. Aku masuk tidur dululah ek. Selamat malam, assalamualaikum.”




“Aiman, jangan nakal-nakal tau, Pak Ngah nak buat kerja ni,” Aiman merengus kecil, sudah keberapa kali Pak Ngahnya berpesan dari tadi. Terasa muak mendengarnya, Aiman hanya mengangguk saja.

“Sherry, tolong tengokkan Aiman, saya ada meeting karang. Apa yang dia nak bagi je,” Badrul memesan pada Sherry sebelum dia berlalu ke pantri yang terletak dibelakang.

Sherry hanya terkebil-kebil memandang Aiman, belum sempat jawab ‘ya’, Badrul dah berlalu dari situ. Sherry mengomel dalam hatinya, bagilah dia apa saja kecuali budak-budak. Dia ni bukannya suka dengan budak, baginya jaga budak ni memang leceh apatah lagi kalau kena time dia melalak boleh bingit telinga dibuatnya.

Sherry memaniskan mukanya dengan terpaksa, Aiman terasa nak muntah campur ketawa melihatkan muka Sherry yang pelbagai ekspresi. Muntah sebab tengok muka Sherry yang penuh dengan makeup yang tebal-tebal belaka dan rasa nak ketawa bila tengok Sherry yang terkulat-kulat. Aiman memeluk erat kereta kontrol kesayangannya sambil menanti apa yang akan dibuat oleh Sherry.

“Asal kau pandang aku macam tu? Aku tahulah aku ni cantik dan menawan,” dengan penuh lagak Sherry memuji dirinya sendiri. Aiman menahan tawa.

“Takde apa. Acik...berapa lama lagi kita nak berdiri ni?”

“Acik? Eeeuwww....gelilah. Tak moden langsung panggil aku acik. Panggil aku Miss Sherry ok? Aku tak kahwin lagi tau,” Aiman mencebik bibirnya.

“Dah, jom masuk bilik cepat,” Sherry menolak tubuh Aiman masuk ke dalam bilik Badrul. Apalah malang kena jadi pengasuh budak hari ni.

“Acik, Aiman nak milolah.”

“Eeee...janganlah panggil aku acik. Geli tau, kan aku dah pesan tadi panggil aku Miss Sherry!” Sherry menghentak kakinya geram.

“Dah, duduk sini diam-diam. Aku pergi ambik, kalau tak sebab pak cik kau, tak hingin aku nak layan kau,” Sherry bangun dan berjalan keluar.


“Tasha...Tasha...” Sherry memekik nama aku.

“Apa yang kau bising-bising ni? Tasha takdelah, ni tak lain tak bukan mesti nak suruh Tasha buat airlah tu,” Kak Siti yang kebetulan ada ditempatnya menjawab panggilan Sherry.

“Sibuklah akak ni, mana dia? Makan gaji buta je tau,” cemuh Sherry tanpa perasaan.

“Sedap mulut je kau cakap, yang kau ni, kalau nak minum pergilah buat sendiri airnya. Lagipun kitakan dah ada pembancuh air kat belakang tu. Pergi je suruh dia buatkan kalau kau takut sangat kuku kau yang cantik tu tercabut,” sekali kena balas dengan penuh pedas sekali oleh Kak Siti. Terdiam Sherry tu.

“Hani, buatkan aku air milo satu,” Sherry terus berlalu ke pantri dengan jelingan tajam. Kak Siti tersenyum kemenangan.

“Siti, mana itu Tasha?” soal Loga, aci yang duduk didepan Kak Siti.

“Tasha masuk lambat sikit hari ni, dia pergi klinik.”

“Dia sakit ka?”

“Yelah, Loga.”

“Tasha, apa yang kau kelam kabut sangat ni? Bukan aku tak hantar kau pergi kerja. Be cool ok!” Nora membetulkan makeupnya.

“Banyaklah kau, aku dah lambat tau. Aku cakap kat Siti tadi aku masuk pukul 10, ni dah pukul 10.30, mana boleh jadi ni,” aku resah melihat jam didashboard kereta menunjukkan pukul 10.30 pagi.

“Kau ni, bukan selalu kau lambat. Yelah, aku geraklah ni,” kata Nora membuatkan aku mampu menarik nafas lega.



“Nah, milo kau!” Sherry menghulur segelas cawan berisi air milo dengan kasar.

“Time kacih,” Aiman mengambil gelas di atas meja dan meminumnya dengan perlahan-lahan.

“Aku keluar dulu, kalau ada apa-apa tekan butang ni. Nanti aku datang, dan satu lagi, jangan buat kacau dalam bilik ni. Faham?!” pesan Sherry dengan garang. Aiman mengangguk, malas nak melayan Sherry.

“Baru boleh duduk dengan tenang,” Sherry mencapai pengilat kuku di dalam beg tangannya. Belum sempat dia mencalit pengilat kuku dia dikejutkan dengan panggilan dari bilik Badrul.

“Apa budak ni nak, kacau betullah,” dia bangun dan masuk ke dalam bilik Badrul. Kelihatan Aiman tengah mengekek ketawa.

“Apa yang seronok sangat tu? Jangan main butang tu kalau tak ada apa! Aku nak duduk dengan tenang pun tak boleh,” Sherry merengus geram dan menghempas pintu dengan kuat.


“Tasha, lambat kau masuk?” sapa Kak Siti sebaik je aku selamat mendaratkan punggungku ke atas kerusi.

“Line clear ke tak kak? Orang main rempuh je masuk tadi, tak pandang dah kiri kanan ni,” balasku sambil meletakkan beg tangan ke dalam laci.

“Ok je, cuma minah senget tu je banyak soal, meluat akak,” Kak Siti membuat aksi muntah. Aku tergelak melihatnya. Anti sungguh Kak Siti dengan Sherry tu. Ada je yang tak kena.

“Hah! Tu kenapa benjol kat dahi tu? Kau pergi langgar apa pulak?” soal Kak Siti setelah meyedari benjol besar yang bertelur didahiku ketika ini.

“Ni semua gara-gara semalamlah, sampai terpaksa masuk lambat pulak hari ni. Akak japlah, orang nak pergi buat air kejap. Dahagalah pulak, akak nak air? Orang buatkan sekali,” aku menawarkan diri untuk membuat air. Memang dahaga betul aku saat ni.

“Boleh jugak, milo panas satu,” pinta Kak Siti sambil tersengih.

“Ok.”

2 komen:

LiNa berkata...

hehe...suka aiman..biarlah tasha yg layan aiman..
sambung lagi yer..

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok...:D

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan