SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 26

“Wei, nape kau nganga mulut kau tu luas sangat?” soal Zarina sambil tangannya mencuit belakang badanku.

“Tutup sikit mulut tu. Kang ada ‘menatang’ yang tak diundang masuk dalam mulut tu baru tahu,” celah Nora yang kebetulan lalu dibelakang kami. Segeraku menutup mulut.

“Kau kenapa?” soal Zarina yang masih tidak puas hati setelah puas menunggu aku memberi jawapan.

“Nah,” aku beri telefon bimbitku pada Zarina.

What?!” Zarina terpekik.

“Hah!” kini giliran Nora pula terjerit. Dorang ni suka sangat menjerit. Nasib baik takde pertandingan untuk orang yang suka menjerit. Kalau tak dah lama aku masukkan nama korang.

“Kau ni biar betul?!” serentak suara mereka terkeluar dengan biji mata yang terbeliak.

“Entah,” balasku pendek sambil menolak cermin mataku yang melorot kebawah. Dorang saling berpandangan antara satu sama lain. Antara nak percaya atau tak.



“Kami datang ni membawa hajat, rasanya pihak tuan mesti dah tahu kedatangan kami ni berhajatkan apa. Betul tak?” soal wakil dari pihak rombongan lelaki. Aku dengan kawan-kawanku memasang telinga disebalik pintu.

“Hajat apa tuan, hajat tu banyak maksudnya,” balas wakil perempuan. Sengaja hendak bergurau senda walaupun sudah tahu hajatnya.

“Ooo...hajat kami hendak memetik bunga ditaman rumah ini.”

“Bunga yang mana agaknya tu. Rumah disini mempunyai tiga kuntum bunga yang belum dimiliki, tapi yang satu tu sudah dibooking awal-awal lagi. Maknanya tinggal dua kuntum sajalah disini,” sengaja lagi bermain kata. Kitaorang kat dalam dah terkekek-kekek. Mana tak, boleh pula ada tambahan ‘booking’ dalam bermadah tu.

“Agaknya disini ada tak bunga yang bernama Fiona Natasha? Kalau ada, yang itulah kami mahu,” berpeluh si wakil lelaki ingin menyampaikan maksud sebenar kedatangan mereka.

“Ooo...kalau yang itu, belum berpunya lagi. Bolehlah kami berikan pada pihak tuan,” madah lagi.

“Moleklah kalau begitu, kalau tuan empunya badan setuju. Ini cincin tanda dari pihak kami,” sebekas bekas berbentuk hati berbalutkan baldu merah dihulurkan pada wakil perempuan.

“Terima kasihlah dari pihak kami, tuan empunya badan memang dah bersetuju pun dari awal. Kalau tak keberatan, saya nak tahu bila nak langsungkan majlisnya?”

“Cukup bulan ni, eloklah rasanya nikahkan terus dorang berdua sekali dengan bersanding. ‘Complete set’ orang putih kata,” terburai tawa dari semua orang setelah mendengar jawapan yang disampaikan.

“Alhamdulillah semua sudah selesai, terima kasih atas kedatangan semua pada hari ini. Kami pihak perempuan menjemput semua ke luar untuk menikmati hidangan yang disediakan. Marilah kita,” pelawa wakil perempuan, bapa kepada Nora. Maklumlah, aku ni tak ada siapa dalam dunia yang fana ni. Nasib baik Pak Omar sanggup jadi wakil untuk pihak aku. Majlis ni pun hanya untuk pinang aku je, takde sarung cincin. Nak sarung cincin tunggu waktu nikah nantilah.

“Tasha, asyik melangut je dari tadi. Bukalah benda tu, nak juga kitaorang tahu macam mana bentuk dia,” datang dah dorang ni. Pantang je tengok aku melangut. Tanpa berlengah aku membuka bekas cincin itu dengan cermat. Maka terpampanglah sebentuk cincin belah rotan. Segeraku sarungkan dijari manisku. Muat-muatlah.



“Hai Cik Tasha, asyik berangan je lepas bertunang,” usik Zarina.

“Bukan ke aku selalu berangan, tak pula korang bising.”

“Yelah tu. Dulu berangannya kurang, yang sekarang ni je makin terlebih anganannya. Taulah orang tu nak naik pelamin dah. Awal pula tu dari aku yang bertunang awal dari dia,” sakat Nora selamba dengan mata yang tak beralih dari menatap majalah Media.

“Ada-ada jelah korang ni, dah lah. Aku nak masuk tidur lagi bagus...”

“Memang bagus, tak berangankan lagu hindustan mesti lagu ‘dolu-dolulah’ tu. Tau dah kau tu,” tanpa membalas usikan dorang. Aku segera berlari masuk ke bilik. Memang tepat seperti kata mereka, aku dah pun melayarkan bahtera mimpi diiringi lagu Uji Rashid dan Hail Amir yang cukup popular dari dulu sampai kini.



“Tasha, saya rasa awak dah tahukan kedudukan kita sekarang ni,” soal Badrul memecah keheningan petang. Badrul mengajak aku keluar bersamanya ke tepi bukit bertujuan untuk membincangkan sesuatu.

“Em...kita sekarang ni dah bertunangkan? Saya pun rasa macam tak percaya je dengan apa yang berlaku sekarang ni. Rasa macam layan cerita kartun pula...” aku bertutur tanpa henti. Tak lama pun sebab dia mencelah.

“Tu pada awak, pada saya pula lain. Saya pun memang tak percaya juga. Tak sangka awak yang terpilih walaupun awak tak pernah bertakhta dalam hati saya. Saya ajak awak keluar ni pun sebab nak bincang masalah yang melanda dalam fikiran saya ni. Pening saya dengan keadaan sekarang ni,” dia mengeluh sesaat sambil memicit kepalanya.

“Apa susah, kalau pening Bad sapu jelah dengan ubat Cap Kapak ni,” aku menghulurkan sebotol Cap Kapak kecil kepadanya. Cap Kapak ni memang tak boleh berpisah dengan aku, ubat kecemasan saat aku sakit kepala melayan kerenah Sherry.

“Boleh tak kalau awak jangan main-main? Saya tengah serabut sekarang ni tau!” keras suara itu membalas kata-kataku.

“Maafkan saya,” pintaku perlahan.

“Sudahlah, benda dah berlaku pun. Jom, saya nak tunjuk sesuatu kat awak. Mesti awak suka,” dia mengamitku mendekatinya. Aku berjalan menghampirinya yang sedang tersenyum memandang ke arah pemandangan dari atas bukit yang kami duduki sekarang. Senyuman yang tak bisa kulihat, namun kutepis prasangka yang melanda hatiku.

“Apa yang awak nak tunjuk kat saya, Bad?” soalku tanpa memandang ke arahnya yang berada dibelakangku. Walaupun sedikit gayat tetap kuberanikan diri.

“Apa pandangan awak tentang tu?”

“Apa dia? Saya tak nampak apa-apa pun yang Bad tunjuk,” aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal.

“Tu.”

“Mana?” aku tercari-cari. Tiba-tiba terasa tubuhku ditolak oleh sepasang tangan dengan agak kasar. Sempat aku berpaut sebelum sempat aku terjatuh ke bawah yang hanya tinggal beberapa inci dariku.

“Bad,” menggeletar saat ini kurasakan. Pegangan tanganku semakin kejap namun dia kulihat bersahaja. Senyumannya tadi serupa dengan sekarang.

“Kau ingat kau boleh rampas dia dari aku dengan mudah? Jangan jadi bodohlah!” tiba-tiba Fasha muncul disebelah Badrul dengan senyuman yang cukup sinis. Aku menjadi semakin takut.

“Bad, tolong saya,” lemah suara aku meminta pertolongan Badrul. Namun dia hanya tersenyum sinis sama seperti Fasha. Lagaknya seperti dipukau. Perlahan-lahan aku merasakan peganganku pada tangannya semakin longgar.

Badrul tanpa sedikit pun rasa bersalah terus melepaskan pegangan tanganku. Badanku terasa ringan, terasa ajalku semakin dekat. Air mata jatuh membasahi pipiku. Cincin tanda dijariku tercabut saat pegangannya terlepas. Fasha semakin galak ketawa dengan penuh sadis.

“Bad...” laungku sekuat hati.

5 komen:

Tanpa Nama berkata...

mesti ngigau ni..... ishsh

Miss Kira berkata...

hmmm..
cpt smbg ya..
nk taw apa dah jd
kekeke

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok..will post next week..truskan membce cite ttg Tasha k...;)

Hafia Hana berkata...

ahaha
ok2
i'll waiting

Tanpa Nama berkata...

mimpi je ni

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan