SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 2


“En. Sham, saya ingatkan siapa tadi.“ Abis muka aku jadi merah, tak yah pakai blusher lagi. Dah la muka aku cepat merah. Tapi yang nasib baiknya la kan, aku tak marah-marah dia tadi. Hehe.

“Macam mana awak jalan ni. Lain kali hati-hati. Tangga kat sini dah la curam sikit. Nanti tak pasal-pasal awak jatuh bergolek lak. Nak lagi takde siapa nak selamatkan awak macam tadi.“

“Baik encik. Terima kasih selamatkan saya dari terjatuh tadi.“ Dah aku pun menyengih cam kerang busuk. Malu siot. Huhu.

“Ok la saya pergi dulu. Saya ada kelas ni."

“Ok.“ Nampaknya terpaksa la aku diamkan perkara ni. Kalau la dorang tau malu besar aku.


"Una bangun la. Pergi mandi, bau masham je kau ni."

"Banyak la kau. Kau tu cakap orang pergi la mandi dulu. Aku tarik tuala kau nanti padan muka."

"Yelah tu. Dah-dah la tu tidur. Siap berdengkur lagi kau kalah itik belakang rumah aku."

"Banyak la kau. Bila masa kau bela itik kat belakang rumah kau tu. Sekeh kang, baru tau. Dah la membebel je. Pergi mandi cepat. Malam nanti nak keluar pergi makan lak. Cepat Yana.......Kalau tak aku tarik tuala kau." Dengan penuh aksi aku melakonkan watak ala-ala hantu kuku panjang. Apa lagi mencicit minah tu lari takut la tu.

30 minit lepas tu....

"Yana mana dorang ni? Dah pukul berapa ni? Tak balik-balik lagi ke dari PP(Pusat Pelajar).
Ukur jalan ke pergi cari barang dorang ni?" bertalu-talu macam keretapi aku tanya Yana.

"Banyak soal la kau Una. Tanya satu-satu la." Dengan penuh kebengangan Yana balas kata aku.

"Jangan la marah Yana. Tu handset kau bunyik tu. Dorang la tu. Jom keluar cepat. Kang membebel lak Qure tu nanti." Dengan selamber badak aku keluar.

"Woi! Tunggu la aku. Pandai je teka. Betul la tu. Dah tu menonong je keluar tinggalkan aku." Bertambah bengang lagi la Yana dengan aku. Hehe.

Lepas tu chow la ke pekan BB(Batang Berjuntai), apa lagi cari kedai makan la. Makan kat Abe sedap gak ni. Jom pakat ramai-ramai makan kat sana. Hehe.

"Abe, bagi nasi goreng pattaya dua, nasi goreng padprik dua. Limau ais satu, air kosong dua, air fresh oren satu. Ok dah tu je." Laju je Yana ni cakap. Tau-tau je lak tu apa yang kitaorang nak makan dan minum.

"Wei, tengok tu Encik Sham la. Sempoi je dia, nampak santai pakai t-shirt dengan track. Tergoda aku." Boleh tahan gatal gak Yaya ni.

"Dia datang sini la. Tapi apasal dia asik pandang si Una ni je. Ni yang buat aku jeles tahap gaban ni. Aku yang sikit punya cun taknak pandang. Tengok tu siap senyum lagi kat Una ni. Una tengok la encik kau tu." Sibuk je Yaya ni duk senggol-senggol aku dengan siku dia yang tajam tak ingat tu.

"Lantak la. Bukan aku tak nampak pun. Kau takyah nak senggol aku la. Tajam siku kau tu, sakit tahu."

"Hai encik, sorang je ke? Jom la join kitaorang makan sekali." Qure menyoal Encik Sham.

"Tak la ada je kat belakang saya ni. Awak ni dah nampak saya datang sorang lagi mau tanya. Takpe la. Saya bungkus je makan kat bilik bujang saya tu la, lagipun banyak lagi kerja nak dibuat." Panjang lebar tul pak cik ni bercakap. Tanya sepatah, berpatah-patah dia cakap.

"Hai, Una senyap jer dari tadi. Sedap betul ek makanan tu.“

“Sedap encik. Jemput la makan sekali.“ Pelawa aku.

“Takpe la. Terima kasih, makanan saya pun dah sampai dah ni. Saya beransur dulu la ye. Bye.“

“Bye encik Sham.“ Serentak tu Yaya dengan Yana melambaikan tangan mereka ke arah encik Sham.

“Korang tengok tu. Mamat hari tu dengan....aik sudah tukar ka?“ spontan je mulut Yaya ni berkata-kata.

“Cover la mulut kau tu. Macam tak tahu je kan.“ Qure suruh Yaya katup mulut.

“Aku terkejut je la.“ Balas Yaya.

“Yelah tu. Jom la blah. Una kau pergi bayar boleh tak? Kitaorang tunggu kau kat kereta tau.“
Yana hulur duit kat aku. Kena la aku pergi bayar, yang tadi aku senyap tu bukan apa. Segan la dengan encik Sham kes yang nak terjatuh dari tangga la apa lagi. Malu besar lagi kalau dorang tahu, mesti aku jadi bahan usikan dorang.

“Yelah aku pergi bayar. Jangan tinggal aku dah la tau.“ Pesan aku kat Yana.

Selesai pun bayar. Ramai pulak kali ni orang beratur nak bayar makanan. Jenuh la dorang
tunggu aku. Alahai nak jalan sorang lak ke kereta, segan la pulak. Mana taknya, depan tu budak laki makan ramai-ramai. Aku ni dah la jenis pemalu. Tambah lagi kalau jalan depan laki ramai-ramai kena lak tu masa aku sorang.

‘Mana pulak dorang ni?‘ gumam aku dalam hati. Aku hayun langkah ke depan, tak sedar aku batu kat depan. Dah tersepak lak, dah tu terlanggar pulak someone kat depan ni. Nasib gak kalau tak tersungkur gak aku ni.

“Terima kasih, abang.“ Bantai je la kata abang. Dah tu aku pun menonong je jalan tak pandang muka dia. Malu la. Apa kena entah dengan aku ni, dalam sehari ni dua kali nasib malang.

“Lambat je kau ni Una. Lama tunggu tau.“ Sembur Qure kat aku.

“Sory la tak sengaja. Ramai lak orang tadi waktu nak bayar.“ Maka keluar la muka maha kesian aku. Tak tahan kena bebel dengan Qure. Perit telinga ni, minah ni dah la garang sikit. Hehe.

“Dah la jom balik.“ Yana ajak balik. Nasib baik.

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

:))

Tanpa Nama berkata...

:))

siapa berkata...

=))

Tanpa Nama berkata...

=))

Tanpa Nama berkata...

x(

Tanpa Nama berkata...

:D

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan