SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 23

“Umi...yang sebenarnya, Bad...dah ada pilihan hati sendiri,” akhirnya terlafaz jua apa yang terpendam selama ini.

“Apa?!” uminya serta Kak Shida terkejut bagaikan direntap letrik.

“Siapa?” soal Kak Shida. Uminya menganggukkan kepala tanda setuju dengan pertanyaan anak sulungnya itu.

“Fasha...” balas Badrul lambat.

“Fasha?!” pandangan mereka semua melekat pada Badrul. Seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Badrul sekejap tadi.

“Ok, kalau betul Bad dah ada pilihan sendiri. Bawak dia datang rumah jumpa umi dulu.”

“Orait, thanks umi. Sayang umi..” Badrul menerpa uminya dan ingin memeluk namun ditahan oleh tangan uminya.

“Tapi dengan syarat....” Badrul meneguk air liur.

“Apa syaratnya umi?”



Badrul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Puas ditoleh ke sebelah kanan dan kiri. Hampa, satu benda pun tak dapat tolong memberikan dia kata putus berhubung dengan syarat yang dikenakan oleh uminya.

‘Kenapa umi buat Bad serba salah ni, umi?’ kepalanya terasa berputar saat ini.

‘Belum cuba, belum tahu. Lagipun, umi tak pernah jumpa Fasha lagi. Mesti dia dah tak ingat benda yang dah berlalu dulu,’ Badrul menarik nafas lega. Fikirannya terus merewang mengingati kejadian lampau ketika dia masih menuntut di UTM.

“Fasha...” terasa getar setiapa kali nama itu meniti dibibirnya. Fasha merupakan juniornya. Pertemuan yang tidak sengaja telah membibitkan cinta. Fasha seorang gadis yang jinak-jinak merpati, namun tak disangka dirinya begitu mudah sekali mendapatkan gadis lincah pujaan hati lelaki di UTM.

Kerana sayang dan cinta, dia sanggup melakukan apa saja buat Fasha. Sehinggakan pelajarannya terabai dek kerana penangan cinta seorang gadis. Namun disebabkan panas yang tidak berpanjangan, hubungan mereka goyah dan menjadi lebih teruk lagi apabila Fasha meninggalkannya terkapai-kapai. Pelajarannya menjadi semakin merosot, uminya sering menangis mengenang dirinya. Akhirnya dia bangkit kerana tidak sanggup melihat air mata uminya tumpah sekali lagi.

Kini, dua tahun setelah kejadian itu berlaku. Fasha kembali menghuni hatinya setelah hati lelakinya terpujuk dengan cinta Fasha. Sungguh, hatinya masih sayang pada Fasha hingga kini.




“Bad, dah dapat keputusan ke belum?” Badrul membatukan dirinya. Soalan uminya dibiarkan sepi seketika.

“Bagi masa untuk Bad pujuk dia dulu, umi.”

“Ok, tapi umi teringin sangat nak jumpa dia. Kalau boleh biarlah dalam minggu ni jugak. Umi rasa mesti dia tak keberatannya.”

“Betul tu Bad. Along pun teringin nak jumpa bakal adik ipar Along yang kedua tu,” sampuk Kak Shida.

“Kedua?”

“Yelah. Tashakan pilihan umi nombor satu. Makanya, buah hati Bad tu jatuhlah nombor dua,” balas Kak Shida bagi pihak uminya.

“Apa-apa jelah. Nanti Bad usahakan bawak dia jumpa semua, dan Bad akan buktikan dia memang sesuai jadi suri hati Bad selamanya,” ujar Badrul dengan senang hati.

“Ok, we were see.”



“Assalamualaikum,” sapa Badrul sebaik saja panggilannya berjawab.

“Waalaikumsalam, lama tak dengar suara you.”

“You sihat?”

“I sihat. Mesti ada somethingkan you call I ni. What’s up?”

“Mana you tahu ni? Pandainya you. Ok, I sebenarnya nak ajak you jumpa umi I. I rasa dah tiba masanya untuk I kenalkan you dengan family I,” ujar Badrul tanpa tapisan lagi.

“You ni kenapa? Salah makan ubat ke, sayang?” ada nada sindir disebalik soalan yang disoal oleh Fasha.
“I masih waras ok. I serius ni, I nak bawak you jumpa dengan family I hujung minggu ni,” tekan Badrul sekali lagi.

“Ok, “ balas Fasha pendek namun jawapan yang diberikan cukup membuatkan hati lelakinya gembira.

“Nanti I ambik you dekat rumah pukul 11.30 pagi ok tak?”

“Ok, boleh je. Emm...Bad, I’ll call you later. I ada customer ni. Ok, take care. See you my dear...” dengan pantas dia memutuskan talian tanpa sempat Badrul berkata apa-apa.



Hari yang dinanti-nanti...

“Assalamualaikum,” aku memberi salam dengan sekuat hati. Bimbang orang kat dalam tak dengar salam yang diberikan.

“Waalaikumsalam, masuklah Tasha,” Kak Shida menyambut kedatanganku.

“Kak Shida apa khabar? Lama tak jumpakan?” aku menyapa Kak Shida sebaik mungkin.

“Sihat alhamdulillah. Tulah, Tasha ni, orang ajak datang rumah selalu menolak. Nasib baik kali ni sudi datang. Kalau tak datang hari ni, alamat habislah kami semua dipersoalkan umi kenapa Tasha tak datang,” balas Kak Shida mesra.

“Sorrylah kak, bukan sengaja. Maklumlah, kadang-kadang ada je aktiviti orang bujang macam kami ni.”

“Jomlah masuk dalam. Umi dah tak sabar nak jumpa Tasha dari hari tu lagi.”

“Pandai je Kak Shida ni.”

“Eh...Tasha dah sampai. Lama tak jumpa Tasha,” sapaan uminya mesra.

“Umi apa khabar?”

“Alhamdulillah, sihat. Duduklah dulu, kita tunggu tetamu lain sampai.”

“Aiman! Acik Tasha dah sampai ni!” Kak Shida memekik memanggil Aiman. Tak sampai satu minit dah pun terpacak depan aku dengan senyuman yang cukup panjang.

“Acik,” dia tersenyum dan kemudiannya menyalami tanganku.

“Tengok tu, manja sungguh Aiman dengan Tasha ni umi. Ada harapanlah tu,” Kak Shida mengenyit mata pada uminya.

“Asyraf mana kak?” aku menyoal Kak Shida.

“Asyraf ada dengan papa dia kat atas. Baru je lepas mandi, papa dia tengah siapkanlah tu,” balas Kak Shida.

“Untung akak dapat suami macam tu.”

“Kalau macam tu, cepat-cepatlah kahwin.”

“Betul tu Tasha. Umi setuju,” celah uminya sekaligus membuatkan aku terasa pelik. Macam berpakat je dorang ni.

“Bos mana umi?”

“Apa pulak bos, Bad je sudah. Sekarang bukan waktu kerja,” tekan umi.

“Assalamualaikum...” kedengaran suara memberi salam.

“Waalaikumsalam,” jawab kami serentak.

“Eh...Pak Ngah dah balik. Yea...yea...” Aiman menerpa ke arah Badrul.

“Pak Ngah, acik Tasha dah sampai. Jomlah jumpa dia,” Aiman menarik tangan Pak Ngahnya dan menuju ke arahku.

“Aiman, nanti kejap,” langkah Aiman terhenti seketika.

“Umi, ni Bad bawak bakal menantu umi datang. Seperti yang dijanjikan,” Fasha yang sedari tersenyum segera merapati uminya dan bersalaman diikuti dengan Kak Shida dan tak lupa aku.

“Apa khabar auntie?” soalnya sopan dan lemah lembut.

“Sihat alhamdulillah,” balas uminya.

“Fashakan?” soal Kak Shida.

“Ya, saya.”

“Oooo...” dalam maksud ‘oooo’ Kak Shida tu. Ada yang tak kena ke?

“Tashakan?” soalnya sinis, sedangkan dia tau aku siapa. Saja je.

“Yup,” balasku pendek.

“Korang kenal ke satu sama lain ke?” soal Kak Shida.

“Kami kawan waktu sekolah dulu. Tak sangka kami berjumpa lagi kat sini,” ujarnya sinis lagi.

“Baguslah macam tu, maklumlah bukan senang kita nak jumpa kawan sekolah. Korang berboraklah dulu. Akak dengan umi ke dapur kejap,” pinta Kak Shida.

“Aiman, pergi panggil papa turun. Tetamu dah sampai ni.”

“Ok, nek” sahut Aiman dan terus berlari ke atas memanggil papanya. Tak lama lepas tu, Aiman turun sekali dengan papanya serta adiknya, Asyraf. Kemudian, kami pun makan tengahari bersama, aku banyak diamkan diri. Kalau bercakap pun bila perlu dan selebihnya layan kerenah Aiman.

Maklumlah, nak berkenalan dengan bakal menantu rumah ni. Siapa lagi kalau bukan Fasha. Bertuah hidup dia lepas ni, dapat kahwin dengan Badrul, lelaki pujaan hatiku serta budak perempuan lain diofis. Kecewalah kami semua lepas ni.

8 komen:

ButTerFly_GurL87 berkata...

1stly...:-tsori sume..dh lme x upload cite buruk~x(..hehe..bse le tu dh lme x menaip idea pon kering..doa2lah idea sentiase de ek..t cpt abis sket cite ni..k..pe2 pun njoy ek bce cite tasha ni..;;)

aFaiSh berkata...

Aaa.. Baru bace bab ni, tu pun skip2 je.. =) curik2 masa nak bace dr bab1.

ButTerFly_GurL87 berkata...

thanks afaish sudi curi mse tuk bce cite yg tak seberapa ni..:X

aqilah berkata...

si fasha gedik tu?????? bad...bad....apa da..............

Tanpa Nama berkata...

:0

sinichies_girl88 berkata...

akhirnya ader jugak sambungan..
ehhehe lama menunggu...
sambung lagi yer...
nak bad ngn tasha heheh
:)

OrKeD UnGu berkata...

bile nak sambung ni....xsabar tunggu..;;)

ButTerFly_GurL87 berkata...

thanks sume..ingatkan dh xde spe sudi bce cite kat sini..hehe..sorry wat korg sume tertggu2..insyaAllah tiap2 mggu 1 bab akan duposkan...

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan