SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 12


“Bad, termenung nampaknya dari tadi. Teringat dekat buah hati ke?” Umi datang dan duduk disebelahnya.

“Takdelah umi, pandai je umi ni.”

“Alah, macamlah umi tak tahu perangai Bad tu. Kalau dah termenung panjang tu, mesti ada masalah.”

“Takde apalah umi. Emm...bila Adri nak balik sini, umi?” Badrul cepat-cepat menukar topik. Risau kalau-kalau uminya dapat mengorek rahsia yang sengaja dipendam.

“Hari tu dia kata kalau Bad nak kawin, dia baliklah. Hah...cakap pasal kawin ni. Bila Bad nak tamatkan zaman bujang Bad ni? Umi ni teringin nak timang cucu,” Bad terkesima dengan soalan uminya. Ingatkan dah selamat tadi, sekali uminya tanya soalan mautlah pulak.

“Umi ni biar betul, tu Aiman dengan Asyraf bukan cucu umi ke?”

“Ish...Bad ni, memanglah dua-dua tu cucu umi. Cuma umi nak timang cucu dari zuriat Bad je. Bad takde kenan siapa-siapa kat ofis tu ke?” uminya melemparkan soalan maut sekali lagi. Kali ni siap terangkat lagi kening uminya.

“Ala umi ni.....kesitu pulak dia. Badkan muda lagi,” Badrul tersengih.

“Muda pun, umur Bad tu sesuai dah untuk kawin.”

“Apa kata kalau umi suruh je Adri tu kawin dulu?”

“Ada pulak suruh budak bertuah tu kawin dulu, diri sendiri pun tak terjaga. Ada hati nak jaga anak dara orang, nak bagi makan apa? Pasir dengan batu ke?” tegang suara umi kedengaran.

Badrul akui, adiknya yang bernama Badrul Adri tu memang tak boleh diharap sangat. Suruh belajar pergi menggatal dengan anak dara orang, apa nak jadi dengan budak sorang tu? Sampai bila adiknya nak berubah, dia sendiri pun tak tahu.

“Ni Bad, umi berkenan betullah dengan Tasha tu...” saat ni jugak air yang diminum oleh Badrul tersembur.


Aku yang tengah sedap-sedap minum air terkejut dengan sergahan Zarina. Habis tersembur air mengenai bajunya. Padan muka.

“Woi, baju aku. Habislah kotor....” Zarina mengibas-ngibas bajunya. Bukan nak pergi basuh, macamlah hilang setakat kibas baju tu je. Nasiblah kau Zarina, dah tau aku ni tak boleh disergah.

“Sorilah ek...tak sengaja. Dari kau kibas-kibas baju tu, baik kau pergi basuh kat sinki,” aku menolak tubuh Zarina untuk bangun. Zarina bangun dan berlari anak kedapur.

“Apa yang bising-bising ni?” soal Nora yang baru keluar dari biliknya.

“Tu, kawan baik kau tu. Buat jahat dibalas jahat,” aku memuncungkan mulut ke arah Zarina yang berdiri disinki membasuh bajunya.

“Apa yang dia buat? Korang ni ada je,” Nora menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Siapa suruh sergah aku, apa lagi tersemburlah air milo ni,” aku tergelak melihat muka Zarina yang cemberut.

“Ina, pergilah tukar baju tu. Sejuk kau nanti,” Nora mengarah Zarina menukar bajunya. Zarina berjalan masuk kedalam bilik dengan perasaan malas.

“Sha, bos kau sihat?” soal Nora tiba-tiba. Ni boleh bikin aku tersembur sekali lagi ni.

“Apahal lak kau tanya pasal bos aku ni?” aku pura-pura membetulkan cermin mataku. Sedangkan hati aku ni berdebar tiba-tiba bila Nora tanya pasal dia.

“Eleh...poyo je tak nak jawab. Seronok tak pergi rumah dia?”

“Mestilah seronok, dapat jumpa buah hati,” celah Zarina yang siap menukar bajunya.

“Apa korang ni, soalan pelik-pelik pulak malam ni, malas aku nak layan korang tau,” aku pura-pura marah.

“Malulah tu, tengok muka dia...merah tu...” Nora dan Zarina mengekek ketawakan aku. Memang betul pun, muka aku tengah merah sekarang ni. Saja je dorang ni.




“Bad, umi ni bukan apa. Hati umi ni macam dah tertawan dengan budak tu. Baik budi bahasa, rajin dan sewaktu dengannyalah.”

‘Laa...tak habis lagi rupanya,’ getus Badrul dalam hatinya.

“Nenek,...Pak Ngah...meh ‘acuk’ makan ‘cedak’ goreng,” Aiman berlari-lari mendapatkan neneknya dan Badrul. Badrul segera bangun dan mendukung Aiman.

“Umi...jom masuk dalam. Tak elok lama-lama kat luar tu, sejuk. Tengok Bad ni, dah menggigil satu badan,” Badrul pura-pura menggigil. Aiman ketawa, geli apabila badannya turut terasa bergetar.

“Bad ni, saja je dia main-mainkan umi,” lengan Badrul dicubit lembut.

2 komen:

..:: Amethyst Gurlz ::.. berkata...

hahaha..
lwk2..
and best2..

Tanpa Nama berkata...

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-* 8-} ~x( :-t =))

Ain

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan