SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 4


“Hei sedara! Sesedap rasa oren je kau maki aku ye.” Geram je aku rasa dimaki dan dimalukan depan orang ramai. Berombak dadaku menahan amarah dihati.

“Kau tu kalau nak pusing belakang agak-agak la sikit. Tengok belakang ni ada orang ke tak. Ni main berhenti je tak bagi isyarat.” Marah mamat tu lagi. Ni yang makin hot hati aku ni. Siap kau, nak ajak aku gaduh sangat ye. Kau tak kenal aku lagi, Nurul Husna Binti Nor Azman.


“Kau ingat aku ni apa? Kereta ke? Ada la pulak lampu kat badan aku nak bagi tanda berhenti.

Ada side mirror la pulak ye nak pandang manusia kat belakang aku.” Balas aku balik kat dia.

Orang kat sekeliling dah pandang pelik melihat kami bergaduh tengah jalan menuju ke lobi Fitm (Fakulti Industri Teknologi Maklumat). Ada yang tergelak dengar percakapan aku tadi.


“Hei, Dany. Kau ni dengan awek pun nak cari pasal ke? Rilek la.” Perempuan tadi tu muncul tiba-tiba sambil menenangkan mamat depan aku ni. Kejap, Daniel?

Maknanya……………..Oh…..no…………


“Dany girl ni la tadi nak jumpa kau, yang kau marah-marah ni nape lak? Patutnya kau cakap thanks kat dia.” Kata akak tadi.


“So this girl yang nak jumpa tadi.” Dia memandangku atas bawah dengan gaya cam tak puas hati pun ada.


“Maknanya awak ni Daniel la ye. Ok, saya mintak maaf atas kekasaran bahasa saya tadi. Saya nak jumpa awak ni untuk sampaikan pesanan Puan Akma pada abang. Kelas petang dibatalkan dan kertas kerja tadi dia suruh bagi pada awak. Ok pergi dulu.” Segeraku beredar dari situ sebelum sempat dia berkata apa-apa. Malas nak layan. Sori la janji aku dah sampaikan apa yang puan suruh sampaikan. Langkahku panjang menuju ke arah memberku yang menanti di sudut tepi lobi.


“Dah jom gerak.” Aku menarik tangan Qure untuk beredar menuju ke kereta. Yaya dengan Yana terkedek-kedek kat belakang mengekor aku dan Qure yang dah berjalan dengan lajunya.


“Woi minah, laju je kau ek. Sabarlah, nak terpeleot kaki aku ikut korang jalan.” Yana membebel.


“Saja je aku nak suruh kau exercise.” Aku menjawab.


“Banyak la kau.”


“Dah sampai. Jom naik cepat. Tadi bising sangat.” Qure mengarah pada kitaorang masuk ke dalam kereta. Pastu kitaorang pun bergerak menuju ke gerai makan kat kampung belakang.



Sebulan lepas peristiwa tu....


“Wei, tunggu jap.” Aku memandang sekeliling tengok manusia mana lak yang menjerit macam tarzan ni. Pandang kat atas rupa-rupanya mamat poyo kat atas. Siapa lagi mamat poyo tu. Tak lain tak bukan mamat yang selalu aku terlanggar dan dilanggar.


“Apa nama ko?” soal dia sebaik je sampai kat depan aku.


“Wat pe ko nak tau nama aku lak?” soal aku dengan gaya tak puas hati. Selamba badak jer aku bahasakan diri aku kat dia. Lantaklah. Malas nak berbahasa ngan mamat macam ni.


“Banyak cakap la ko ni. Bagitau je lah. Jangan main tarik tali lak ngan aku.” Dia mula bengang.


“Kalau ko terer carilah sendiri.” Kata aku yang masih main tarik tali. Saja je nak tengok dia bengang, cam cute lak tengok muka dia yang kebengangan. Apa aku mengarut ni.


“Cepatlah bagitau. Bukan nak buat apa pun.” Dia merayu.


“Nak tau tanya Puan Akma. Bye.” Kata aku sambil berlalu pergi siap melambai lagi.



Lepas seminggu kejadian tu, aku terserempak lagi dengan dia time tengah jalan ngan member aku ke kafe yang terletak di laluan lobi FITM. Aku memecutkan lagi langkah untuk mengelak dari bertembung dengan dia.


“Husna! Tunggu jap.” Jeritnya. Langkah kaki aku terus terhenti, berani dia jerit nama aku kuat-kuat. Putus fius betul la mamat ni. Sengal ke?


“Husna, tunggu kejap.”


“Nak apa?”


“Aku nak cakap ngan ko jap boleh?”


“kejap.” Aku melangkah kaki ke arah member aku bertiga yang tercongok hujung dinding.


“Korang, aku nak jumpa senior tu jap tau. Korang pergi dulu la. Nanti aku pergi kat korang la.” Ujarku.


“Ok.”



“Ada apa ko nak cakap ni? Penting sangat ke?” soalku.


“Penting la. Antara hidup dan mati. Awak pandai berlakon tak?”


“Hah?!” aku membulatkan bijik mata dengan muka terkejut.


“Yelah. Berlakon!” tekan dia dengan keras.


“Biar betul ko ni? Tak betul dah ke? Otak ko kena langgar ngan lori ek?” aku cuba berlawak dengan dia.


“Ko ni aku serius ni. Aku nak ko berlakon jadi awek aku.” Aku terkejut gak la dengar permintaan hati mamat sorang ni. Buang tebiat pe?


“Ko ni biar betul. Kenal pun tak lama. Ko kan ramai awek watpe mintak tolong kat aku lak?” selamba je aku sindir dia.


“Aku malas la nak bertekak ngan ko, yang aku tau sekarang aku perlukan bantuan ko. Sebab aku dapat rasakan ko la orang yang paling sesuai jadi awek sementara aku. Please la......” dia cuba merayu kat aku sampai wat aku serba salah.


“Nantilah aku pikirkan. Dah la aku ada kelas. Chow.”


“Jap. Ni nombor aku. Apa-apa hal ko mesej aku k.” Dia menghulurkan secebis kertas kecik padaku. Aku mengambilnya dan beredar ke kelas.


“Pelik lak, nape dia suh aku lak menyamar jadi awek dia ni? Muhsykil tul la.” Aku bercakap sendiri sambil menuju ke kelas.



******


Daniel berjalanmenuju ke keretanya sambil mengaru-garu kepalanya yang tak berapa nak gatal tu. Penin kepala mememikirkan kata-kata mummy ngan daddy. Mummy ngan daddy dah bagi peringatan kat aku untuk kali kelima dah ni. Kalau perangai aku tak berubah lagi, aku kena berhenti belajar kat Unisel dan balik kampung duduk ngan atuk. Ni semua gara-gara minah mulut tempayan tu la, sapa lagi kalau bukan si debab tu.


Boleh lak dia cakap ngan mummy ngan daddy yang aku ni asyik usung perempuan ke sana ke sini dah tu perempuannya asyik bertukar jer. Bengang betul aku ngan debab tu, adik aku la tu. Tapi memang betul pun perangai aku macam tu. Maklum jelah orang hensem cam aku ni kan ke ramai peminat. Hehe.


Aku pun pelik mana dia tau kegiatan aku kat sini. Ni mesti sekodeng aku la ni, siap la ko. Nasib skunk ko takde kat umah. Tak pasal-pasal lak aku kena bawak balik ‘awek’ aku. Mummy siap bagi tempoh lagi cari awek yang betul-betul leh wat bini bukan buat main. Masalahnya memang semua awek aku wat main jer pun. Takde satu pun yang serius, mummy pulak macam aku tak tau citarasa dia macam mana. Awek aku semua jenis seksi n tak cukup kain. Nak wat camne dah taste aku macam tu.


Nasib la aku dah jumpa calon awek yang sesuai untuk tunjuk kat mummy ngan daddy. Tapi aku tak tau la dia nak ke tak jadi awek sementara aku. Kalau tak jadi haru la aku, mana nak cari lagi. Dah la tengah terdesak giler ni.


“Dany, mummy tak kira. Kamu kena bawak balik calon menantu mama minggu depan jugak. Takde talian hayat untuk kamu.”


“Mummy, nape wat Dany macam ni mummy? Mana pulak Dany nak cari calon menantu mummy dalam masa terdekat ni?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut aku.


“Mummy tak kira, kamu ingat mummy tak tau perangai kamu kat sana tu macam mana. Usung anak dara orang ke hulur hilir. Dah tu, perempuan yang kamu bawak asyik bertukar je. Kalau sopan takpe gak. Ni pakaian tak cukup kain, tergedik-gedik, macam tu kamu nak buat bini. Confirm mummy reject sebelum kamu bawak datang umah kita ni.”


“Daddy setuju apa yang mummy kamu cakap tu. Kamu jangan nak buat malu daddy pulak dengan perangai kamu tu.”


“Ala, daddy......” belum sempat aku bercakap, mummy dah start balik.


“Dah Dany, mummy tak kira kamu kena ikut cakap mummy, Kalau tak kami akan hantar kamu balik duduk ngan atuk kat kampung.” Mummy ni saje je wat aku serba salah.


“Dany, mummy nak Dany tau. Mummy bukan saje je wat Dany macamni. Mummy tak tahan dengar cakap orang tentang oerangai kamu. Kalau kamu dah melampau gatal sangat, mummy nak kawinkan kamu lepas kamu habis belaja nanti. Ni pun mummy boleh tolak ansur lagi, mummy bagi Dany peluang cari sendiri calon bini kamu. Kalau ikut mummy, memang mummy cari jer untuk kamu.” Dan akhirnya aku terpaksa akur ngan kata-kata mummy dan daddy.



*****************


“Una, jom gerak.” Yana menarik tanganku untuk berdiri.


“Dah abis kelas ke?” soalku.


“Tu la ko berangan jer dari tadi ek. Ingat kat sape?” Yaya menyoal aku.


“Mana ada. Jom la gerak.” Dengan penuh kemalasan aku bangun dari tempat duduk dan bergerak keluar dari kelas bersama mereka.


“Una, pe Daniel nak dari ko?” Qure menyoal aku.


“Takde pe. Nak berkawan jer.”


“Aik...pelik bin ajaib ni. Bukan ke ko anti ngan dia?” Qure memandang muka aku untuk meminta kepastian.


“Kurang sikit la anti aku kat dia. Lagipun tak salahkan aku berkawan ngan dia. Mana tau salah sorang dari kita ni tercalon dalam senarai sebagai awek dia. Macam Yana ke, Qure ke, takpun Yaya.” Kataku.


“Banyak la ko.” Serentak mereka bercakap.

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

;))

Tanpa Nama berkata...

:)

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan