SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 9


“Una sayang, auntie ngan uncle nak risik kamulah. Paham tak?” mataku terkebil-kebil memandang mereka. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala memahami maksud mereka.


“Eloklah tu. Bertambah erat lagilah hubungan persahabatan kita nanti.”ujar papa sambil tersenyum ke arah kami.


“Kalau macam tu, lepas je Dany habis belajar kita satukan je budak berdua ni. Lama-lama pun tak manis sangat.” Cadang mummy Daniel.


“Boleh ke Una ni, Ani? Dia nak sambung belajar lagi. Kamu tak kisah ke?” mama menyoal mereka.


“Kami tak kisah, Dany?” daddy Daniel menanya Daniel yang terkebil-kebil lagi.


“Tak kisah daddy. Dany ikut je mana yang baik untuk kami.” Katanya dengan tenang.


“Cantiklah kalau macam tu. Hujung bulan depan kita hantar rombongan meminang. Cukup je masa kamu habis belaja nanti. Kami nikahan kamu berdua.” Aku dan Daniel yang ketika itu sedang menghirup air tersembur terus air terkejut dengar cadangan mereka.


“Una...Dany...Tak apa-apa ke ni? Sampai tersembur air ni.” Soal mereka.


“Daddy, tak cepat sangat ke? Dany baru nak belajar bernafas sendiri.” Protes Daniel.


“Takde apanya Dany. Daddy yakin dengan kamu. Jangan hampakan permintaan kami. Kami terlalu mengharap pada kamu berdua ni.” Empat pasang mata melorotkan pada kami berdua.


“Baiklah mama, papa, auntie, uncle. Una ikut je cadangan semua. Apa yang terbaik untuk Una, Una turutkan.” Aku menundukkan kepala ke bawah memikirkan apa akan terjadi nanti.


“Dany?”


“Dany ikut je kata-kata daddy ngan mummy.” Daniel senyum paksa.



******************

“Mummy, daddy...Tak cepat sangat ke nak suruh Dany kawin ni? Daniel tak sedia lagilah.” Aku membantah cadangan mereka sebaik saja kami sampai di umah.

“Cepat tak cepat. Kamu kena kawin jugak. Mummy tak suka tengok kamu usung perempuan ke hulu hilir. Dah gatal sangatkan? Kawinlah kamu lepas abis belaja nanti. Jangan banyak bunyik..” kan dah kenal peluru berpandu mummy. Terdiam kaku aku kat depan pintu umah.

“Kalau jadi apa-apa lepas kami kawin nanti jangan salahkan Dany tau. Dany naik dulu.” Aku menapak menaiki tangga menuju ke bilikku dengan panas dalam hati.

Malam tu aku duduk termenung diberanda bilik memandang ke arah bintang malam yang bersinar. Puas termenung aku duduk dibirai katil sambil memikirkan kata-kata mummy.
Akhirnya, aku terpaksa redha jelah ngan kata-kata mummy dan daddy. Aku capai nset N95ku dan mencari nama Una, aku dial nombornya.

“Assalammualaikum. Una, ni aku. Esok aku jemput ko kat umah ko. Kita kuar berbincang.”

“Ok. Pukul berapa? Aku nak balik Unisel la sok. Ko jangan lambat sangat nak kuarnya.”

“Ko balik pukul berapa sok? Aku hantar ko la. Aku pun nak balik sana gak. Lagi senang kerja kita.” Aku menyoalnya.

“Aku tak kisah balik kul berapa, tapi cadangnya aku nak balik petang pukul tigalah.”

“Camtu kita balik pukul dua belaslah. Aku jemput ko time tu k.”

“Ok. Bye. Assalammualaikum.”

“Wa’laikumsalam.”

Esoknya...

“Mummy, Dany balik dulu ye. Ada kerja nak buat ni.” Aku bersalaman dengan mummy.

“Yelah. Bawak kereta elok-elok. Tengok-tengokkan bakal menantu mummy kat sana.”

“Ok mummy. Jangan riso. Pandailah dia jaga diri dia. Kirim salam kat daddy ngan debab ye mummy.” Belum sempat mummy balas kata-kataku, aku bergerak ke keretaku. Aku melambai tangan ke arah mummy.


Tepat pada masanya aku sampai ke umah Una. Aku membunyikkan hon kereta. Dia keluar menuju ke keretaku.

“Cepat sampai.” Sapanya sebaik melabuhkan punggungnya ke tempat duduk.

“Biaselah.”

“Ko nak bincang apa ni?”

“Nantilah kita berhenti kat restoran jejantas aku bagitaulah.”

“Ala macam lah tak boleh cakap sekarangkan.”

“Lek la. Dah ko diam je dulu. Ko ada pakwe tak?” soalku spontan.

“Apahal lak ko tanye ni? Sibuk je.” Dia memalingkan mukanya ke tepi tingkap.

“Saja je tanya. Yelah kan kite nak kawin tak lama lagi.” Aku menekan perkataan kawin kat dia.

“Sape nak kawin dengan ko? Tak ingin aku.” Dia menonyeh muka kat aku.

“Eleh....poyo je ko ni. Ko kan beria-ia nak kawin ngan aku. Aku ikut jelah.”

“Tak nak aku. Boleh blah lah..” katanya dengan penuh perasaan meluat.

“Gurau pun tak boleh pe la.” Aku diamkan diri bila melihat dia kaku ditempatnya.


“Una, bangunlah kita dah sampai kat Sg.Buloh ni. Jom turun makan.” Aku mengejutnya yang terlelap sekejap tadi.

“Kita kat mana ni?” soalnya yang dalam keadaan mamai sedikit.

“Kita kat restoran jejantaslah. Jom gerak dalam.” Aku mengajaknya.

“Jap.” Dia membetulkan kedudukan bajunya dan tudung. Kemudian kami bergerak masuk ke dalam KFC.

“Aku g pesan makanan jap.” Aku bergerak ke kaunter dan memesan makanan. Setelah itu, aku kembali dengan ,membawa dulang berisi makanan ke meja kami.

“Nah, ko punya bahagian.” Aku memberi makanannya.

“Ko macam mana? Nak ke kawin ngan aku yang nsem ni?” selorohku bersahaja.

“Nsem ke? Lantak ko lah...Aku ikut je kehendak dorang. Malas aku nak bertekak pasal ni.”

“Kalau cam gitu aku pun ikut ko lah.” Aku berkata dengan selamba badak.

“Takde pendirian betul ko ni. Abis camne ngan awek’s ko semua tu? Ko nak campak dorang kat mana?” soalnya dengan selamba.

“Dorang terpaksalah aku simpan dalam kocek dulu. Apa susah aku cakaplah kat dorang ko tu adik angkat aku.” Ternganga dia mendengar kata-kataku.

“ikut ko lah. Janji ko bahagia dengan sandiwara ko.” Laju dia menuturkan kata-kata pedas untuk aku.

“Aku ada idea.” Spontan aku berkata.

“Apa idea ko?” soalnya.

“Apa kata kalau kita bagi dorang syarat-syarat yang kita nak kalau dorang tetap nak kita kawin dalam masa terdekat ni?” aku memberi cadangan yang kurasakan bernas buat masa sekarang ni.

“Elok jugak tu. Kalau dorang tak nak ikut syarat kita. Nampaknya kita boleh tangguh perkawinan kita dalam masa terdekat ni. Bagus-bagus cadangan ko ni. Aku setuju.” Ujarnya degan senyuman yang panjang lebar sampai ke telinga. Sampai ke?

“Kalau macam tu. Hujung minggu ni kita bincang ngan dorang semua tentang syarat-syarat kita.” Mata kami bersinar-sinar memikirkan rancangan kami yang pasti berjaya.

1 komen:

Awanama berkata...

:D

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen