SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 6


‘Apa la dia ni. Abis aku kena soal dengan adik dia. Macam-macam soalan aku kena jawab. Dah tu soalan maut jer semua. Nasib la aku dah hafal benda yang dia bagi.’ Aku membebel dalam hati sambil membontoti langkah Daniel dan daddynya di depan aku.



“Akak, dah lama ke kenal abang?” soal Mimi padaku.

“Akak kenal dari mula akak masuk U lagi. Dia kan senior akak, dah tu ketua pelajar. Lagipun abang Mimi tu kan popular sebab dia pandai, nsem ngan aktif sukan. Sebut jer nama dia semua orang tau.” Saje aku cakap macamtu kat adik dia. Padahal aku bukan tau sangat pasal dia pun.

“Sebab tu ke akak suka abang Mimi?” budak ni soalan maut betul la.

“Takde la, sebelum ni akak tak berapa kenal sangat ngan abang Mimi tu. Tapi kami asyik eksiden berlanggar jer, lastly jadi kawan sampai skunk ni.” Ligat kepala aku nak bagi jawapan kat Mimi. Main bantai sebut jer mana boleh.

“Akak, Mimi tak percaya la akak leh tersangkut ngan abang. Atau korang sebenarnya hanya berlakon nak tutup mata mummy ngan daddy?” soalan Mimi yang ni menjerut leher aku betul. Apa aku nak cakap ni? Aku dah la tak pandai nak bohong ni.

“Hah, adik. Rancak berbual, sampai daddy datang pun kamu tak perasan. Apa yang kamu sembangkan tu?” Tan Sri Ungku Omar tiba-tiba bersuara. Selamat aku kali ni. Alhamdulillah.

“Takde apa la daddy. Berbual hal biase jer ngan Kak Una ni. Nak kenal lebih mesra lagi ngan bakal akak ipar adik ni daddy.” Ujar Mimi.

“Baguslah macam tu.”

“Ok la daddy. Adik masuk dulu la ek. Nak tolong mummy kat dalam tu. Kak Una, Mimi masuk dulu ek.” Mimi meminta diri.

“Jom kita ke sana. Uncle tunjukkan kamu bunga kat sana pulak.” Ajak daddy Daniel. Tak lama kemudian Daniel datang memanggil kami masuk ke dalam umah.



“Auntie, biar Una tolong.” Aku menawarkan diri untuk menolong.

“Takpe, Una kan tetamu rumah ni. Tetamu mana boleh buat kerja. Duduklah ngan uncle kat depan tu.” Aku pun bergerak ke meja makan. Segan juga datang umah orang tak tolong apa-apa yang patut.

“Hah, dah boleh makan semua. Dany baca doa makan.” Ujar mummy Daniel. Daniel pun membaca doa makan dan kami semua mengaminkan doa.

“Una, tambah la lagi. Sikit sangat kamu makan tu.”

“Takpe la auntie. Cukuplah ni, kenyang dah. Sedap betul auntie masak, teringat masakan mak Una kat umah.” Ujarku.

“Sedap la kena tambah lagi. Petang nanti kita makan lain pulak.” Ujar daddy Daniel pulak. Naik segan jugak aku dorang suh aku makan lagi. Tapi perut aku tak mengizinkan coz space perut aku isi makanan ni sikit jer ruangnya.

“Cukup dah uncle, nanti Una tak boleh bangun pulak.” Semua tertawa mendengar aku cakap tadi. Selesai makan kami mengemas pinggan mangkuk tadi dan kemudian lepak kat ruang tamu. Sedar tak sedar hari dah petang, aku ngan Daniel beransur balik ke Unisel.

“Auntie, Una ucapkan terima kasih sangat jemput Una datang sini. Siap bagi Una makan sedap lagi tadi.”

“Sama-sama. Kalau sudi datang lagi. Nantui auntie suh Daniel bawak kamu ke mari lagi. Auntie masak sedap-sedap untuk Una lagi. Nah, ni bekal untuk Una.”

“Auntie, apa ni? Buat susah jer. Terima kasih sekali lagi. Uncle, Mimi terima kasih jugak ye. Saya mintak diri dulu ye.” Aku meminta diria untuk balik ke Unisel.

“Yelah. Hah, Daniel, jangan bawak kereta laju-laju. Jangan tinggal solat. Ubah perangai kamu sekali, dah ada Una jangan nak menggatal lagi. Jaga Una tu baik-baik.” Pesan mummynya.

“Ok mummy, daddy, Dany mintak diri dulu ye.”

“Yelah. Bye...” kami bergerak menuju ke kereta dan meneruskan perjalanan.


******************


“Macam mana?” aku menyoal dia sebaik kami selamat masuk ke dalam kereta.

“Macam mana apa?” soalnya kembali.

“Jumpa ngan parents aku tadi la. Ok tak?”

“Ok jer. Dorang baik tak macam ko.”

“Ko kutuk aku ek?”

“Lebih kurang la.” Katanya sambil tergelak-gelak. Aku terus diam lepas tu. Tumpukan perhatian kat jalan raya.

“Ko marah aku ke? Sori la. Tak sengaja la.” Tiba-tiba dia meminta maaf pada aku. Ni yang besh wat main ni. Aku sengaja diamkan diri, nak tengok reaksi dia seterusnya macam mana.

“Ko marah aku ke?” soalnya lagi. Aku diamkan diri aku gak bagi dia mengelabah. Aku lirik mata ke arah dia, apa dia buat tu? Abis diselongkar isi perut beg yang dibawanya.

“Daniel.” Dia memanggil namaku dengan lembut.

“Apa?” sengajaku keraskan suara.

“Nah, sorilah. Aku tak reti nak pujuk oranglah.” Katanya dalam keadaan memujuk sambil menghulurkan sebungkus coklat Kit Kat kepada aku.

“Apa benda ni?” soal aku yang terperanjat dengan benda yang dibaginya.

“Ni je yang aku ada. Amiklah, aku belanja ko.”

“Thanks. Bukalah untuk aku. Suapkan sekali boleh?” aku saja bergurau ngan dia.

“Banyak cantik muka ko. Orang dah bukak pun cukup baik tau. Suaplah sendiri, tangan ada.”

“Janganlah marah. Aku gurau jer lah.”

“Thanks ek bawak aku jumpa parents ko.” Dia mengucapkan terima kasih padaku.

“Aku pun nak ucapkan thanks kat ko gak coz sudi tolong aku.”

"Ok. Kita pun dah sampai ni. Jumpa lagi. Terima kasih." Ucapnya pada aku.


*************


“Lega betul la dah sampai hostel. Pening kepala aku nak kena jawab soalan dorang. Kalau mama ngan papa tau aku buat camni mati aku. Pandai-pandai la aku jawab ngan dorang nanti.”

“Woi, mak cik!!!”

“Yana, ko ni wat terkejut aku je. Perit telinga aku tau kau pekik kat tepi telinga aku ni.” Aku memarahi Yana yang tiba-tiba sergah aku dari tepi.

“Ko la jalan menonong je. Mana ko g sehari suntuk ni? Orang tipon tak angkat.” Yana membebel.

“Ko dari mana ni Yana? Sorang je ke? Dorang mana?” aku sengaja mengalih tajuk lain. Malas nak bagitau aku kuar ngan mamat tu. Kang lain pulak jadinya.

“Aku beli bege ni hah....” kata Yana sambil menayangkan bege didalam plastik.

“Aku beli untuk korang sekali la. Dorang malas nak kuar g beli makan. Perut aku dah buat bunyik lagu rock tadi. Tu yang aku turun sorang g beli makan.”

“Ingat gak ko kat aku kan... Sayang ko Yana...” kataku sambil memeluk lengannya.

“Dah...Dah..Jangan pegang aku camni. Geli aku tau. Sayang-sayang plak ni.” Yana menepis tanganku dan menunjukkan tangganya yang sudah meremang dengar perkataan sayang dariku. Aku memang suka mengusik dia dengan cara macamni. Bukan apa, kelakar tengok Yana dalam keadaan geli geleman.

“Ko ni Yana, tak sporting la. Aku main-main jelah.” Kataku sambil tertawa.

“Banyak la ko. Dah la jom masuk rumah cepat. Aku dah lapo sangat ni.” Yana menarik tanganku masuk dalam rumah.



“Yana, cepatlah! Dah lambat ni!” laung Qure dari luar rumah.

“Sabarlah kejap. Aku tengah nak pakai tudung ni.” Yana menjerit sari dalam rumah sambil tangannya terkial-kial memakai kerongsang pada tudungnya.

“Tulah ko Yana. Semalam makan banyak sangat, kan dah sakit perut. Pastu takleh tidur lak. Lambat pulak bangunnya.” Bebel Yaya pada Yana yang muka dah cemberut.

“Bukannya salah aku pun. Ko la Una bawak balik oren kesukaan aku. Tengok aku dah sakit perut. Asik memulas je perut aku ni.” Yana memarahi aku separuh gurau.

“Ko la makan tak ingat je. Aku bukan suh ko pulun semua. Dah la jom gerak.” Aku melangkah bersama mereka menuju ke kereta Qure yang sudah menanti dari tadi lagi.



“Wei korang. Pas kelas ni kita jumpa En. Sham jap ek. Aku nak tanya pasala coding ni. Kang tak siap plak projek kita.” Aku mengajak mereka berjumpa En. Sham memandangkan projek yang kami bina tak keluar outputnya.

“Ok. Pastu kita g makan ek.” Kata Yana dalam nada separuh berbisik pada kami.

“Yelah. Makan je ko ni.” Qure menyampuk tiba-tiba.



“Assalammualaikum encik.” Kami memberi salam sebaik saja kami melangkah masuk ke dalam bilik En.Sham.

“Wa’laikumsalam. Ya, ada apa?” soalnya.

“Encik, kami nak tanya pasal projek ni. Kami nak encik tengok dan bagi komen tentang kerja kami ni. Kalau ada salah encik boleh la tolong betulkan.” Yana memberi laptop kepada En.Sham.

“Ok, saya tengok mana perlu diubah kamu dengar elok-elok ok.” Kami menganggukkan kepala.

“Ni, kenapa yang ni keluar coding ni. Check balik, betulkan sekarang. Boleh saya tolong kalau kamu tak dapat jugak.” En.Sham memberi laptop kepada kami. Kami membetulkan kesilapan yang ada.

“Encik, ni kami dah betulkan. Tengok balik encik.” Kata Qure.

“Ok. Bagus dah ni. Lama lagi ke nak siap ni? Berapa peratus lagi nak siap?” soal En.Sham.

“Lagi 30% je encik. Kami nak betulkan sikit lagi ngan tambah isi lagi.”

“Ok, bagus kerja kamu semua. Cakap kat kawan kamu yang lain. Kalau ada masalah boleh datang jumpa saya.” Ujar En.Sham sambil tersenyum menampakkan lesung pipit dipipi kanannya.

“Kalau macam tu, kami mintak diri dula encik. Nak pergi lunch. Encik tak makan ke?”

“Takpe la. Saya kenyang lagi. Pergilah makan. Takde kelas ke petang ni?” soalnya lagi.

“Takdelah encik. Boleh rest ngan study untuk paper encik nanti.” Seloroh Yaya.

“Eloklah tu.” Katanya.

“Oklah encik. Kami mintak diri dulu. Terima kasih. Apa-apa hal nanti kami datang jumpa encik lagi. Bolehkan?” soal Qure. Aku hanya diamkan diri sambil tersenyum bila perlu.

“Boleh. Apa salahnya.”

“Ok encik. Terima kasih.” Ucap kami serentak sebelum keluar dari biliknya.

1 komen:

Awanama berkata...

;))

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen