SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Mini Chocolate (Baju Pengantin)


"Hah….memandangkan kamu berdua dah berbaik. Kami cadangkan supaya kamu lansungkan cepat majlis persandingan. Elok kita hebahkan pada semua yang dikenali supaya tak dikata orang kemudian hari." Cadang daddy pada kami berdua.

"Elok sangatlah tu. Papa setuju kamu segerakan majlis sanding. Segala perbelanjaan kami support." Jelas papa ambil membelai kumisnya.

"Tak kisahlah, kami setuju jer dengan cadangan semua. Mana yang baik, kami turutkan." Daniel menguatkan lagi pegangan di tanganku sambil tersenyum padaku.

"Una pun tak kisah. Lagipun Una susah hati jugak. Mana tahu ada yang tersangkut dengan Una ke." Selorohku bersahaja. Terjegil bijik mata dorang memandang aku. Daniel lagilah, menjeling tajam ke arah aku.

"Cuba cakap sape yang berani tersangkut dengan Una ni?" Daniel menyoalku dengan nada jeles.

"Orang gurau jelah." Sangkalku.

"Dah...dah..takyah gaduh-gaduh. Mummy nak kamu berdua pergi butik Datin Sarah esok, pergi cari baju pengantin. Paham..?" mummy menatap kami tajam.

"Baik, mummy." Serentak kami menjawab.


Esoknya, dibutik Datin Sarah....


"Assalammualaikum, auntie Sarah." Sapaku dengan sopan. Segeraku menyalami tangannya.

"Wa'laikumsalam. Jemput duduk." Pelawa Datin Sarah.

"Ni, Danielkan? Anak Puan Sri Hidayah?" soal Datin Sarah pada suamiku.

"Ya, saya auntie. Ni isteri saya, Husna." Jawabnya.

"Oh...kejap, auntie tengok pekerja auntie kat belakang tu. Korang tengoklah dulu album ni. Mana-mana berkenan nanti boleh tunjuk terus kat auntie." Datin Sarah bangun dan berjalan menuju ke belakang butiknya.

"So, sayang. Nak yang mana? Dari tadi belek, takde yang berkenan ker?" soal Daniel padaku.

"Ada, tapi abang nak konsep apa?" soalku sambil mata tak terlepas dari memandang album ditanganku.

"Kalau boleh abang nak..." belum selesai dia bercakap, kelihatan Datin Sarah menarik keluar beberapa baju pengantin yang cantik-cantik.

"Ni, tengoklah..mana tahu kot ada yang terkenan dihati. Boleh cuba kalau nak."

"Cantiknya auntie. Rambang mata saya tengok baju-baju ni semua." Aku membelek satu persatu baju yang ada. Akhirnya, aku terkenan baju kaler gold ni. Kutarik dan tayangkan pada Daniel yang sedari tadi memerhatikan tingkah lakuku.

"Abang...yang ni cantik tak?" soal aku sambil menayangkan baju pegantin yang berpotongan kebaya dan dihiasi dengan manik-manik. Kain yang ala-ala duyung. Lengkap dengan veilnya sekali.

"Abang tak sukalah pattern ni. Tak cantik dan tak moden langsung." Komplennya selamba.

"Apa pulak tak cantiknya? Nilah pattern baju pengantin sekarangkan auntie Sarah?" aku meminta kepastian dari Datin Sarah.

"Betullah tu Daniel. Ni trend baju pengantin sekarang, kain ala-ala duyung, potongan kebaya. Kaler pun menarik. Ramai yang mintak baju pengantin macamni tau." Datin Sarah meyakinkan Daniel yang dari tadi mencebik jer kerjanya. Sakit hati aku.

"Ala, tukar yang lainlah sayang...Abang tak minatlah style macamni." Pujuknya berkali-kali.

"Taknak....sayang nak baju ni jugak." Aku membentak halus.

"Takpe, macamni. Apa kata korang try dulu pakai baju ni. Dah pakai baru tahu cantik ke tak bajunya. Tak berkenan boleh tukar yang lain." Cadang Datin Sarah yang dah kepeningan sikit melihat gelagat kami berdua.

"Bagus jugak cadangan auntie tu. Jom..cepat bangun. Pergi cuba dulu baju ni." Aku memberi baju pengantin lelaki padanya.

"Yelah." Daniel bangun lambat-lambat dan menuju ke bilik persalinan.

"Hah...hensemnya abang. Segak betul dia." Pujiku ikhlas sebaik melihat Daniel keluar dari bilik persalinan. Aku membetukan kedudukan baju Daniel. Dia menarik senyum paksa padaku.

"Cantik tak?" aku menyoalnya dan memusingkan badan aku menayang baju yang aku pakai pada dia.

"Tak cantik lansung. Dah cari lain.." aku tergamam mendengar katanya.



"Dah, tak payah nak merajuk. Cari lain, takde citarasa lansung." Ucapnya selamba tanpa memikirkan perasaan aku yang sedang membara sekarang ni. Rasa nak fire jer mamat ni, nasib baik kau suami aku tau.

"Ni, tengok ni. Cantik betul baju ni. Sesuai dengan sayang." Dia menyuakan album berisi gambar model memperagakan gaun pengantin. Terbelalak bijik mata aku tengok baju yang dia suruh aku tengok. Gila apa dia ni.

"Abang, betullah sikit. Apa pulak suruh sayang pakai baju ni?" aku memprotes.

"Betullah tu. Cantik jer bajunya. Sesuai sangat dengan sayang abang ni." Dia meyakinkan aku tentang pilihannya.

"Abang, nak suruh sayang pakai baju ni ke? Cuba abang tengok sayang betul-betul?" dia memandang aku atas bawah.

"Hah..nape? Apa yang tak kenanya?" soalnya lagi.

"Gaun ni seksi, tak sesuai untuk sayang yang pakai tudung." Gumam aku.

"Ye ke. Biasa je abang tengok."

"Betullah mata juling air. Gaun ni dahlah terdedah kat dada, lengan takde. Ni yang abang kata sesuai untuk sayang?" aku dah start baran ni. Ada yang melekat kat dinding jugak nanti.

"Ok, tak suka. Tukar lain. Next.." selamba jer dia ni.

"Abang kalau nak suruh sayang pakai gaun cari yang elok sikit. Sesuai dengan penampilan sayang. Ingat sayang ni macam Baby, ex abang dulu ke?" sindir aku dengan pedas sekali.

"Apa pulak ni sampai masuk cerita Baby pulak ni. Ok, abang mintak maaf." Pukuknya sambil memeluk bahuku. Aku menepisnya perlahan tanda protes.

"Nak cari gaun ke? Nanti jap auntie cari yang paling sesuai dengan Una." Segera Datin Sarah yang dari tadi diam sambil memerhatikan perlakuan kami bangun mencari gaun yang sesuai untuk aku pakai.

"Kena pakai gaun ke? Kalau tak pakai tak boleh ke? Tak minatlah." Soalku pada Daniel.

"Mana boleh macam tu sayang. Kan nanti kita kena bersanding kat hotel. Tak ingatlah tu." Dia mencuit hidungku.

"Yelah. Layan jelah.." aku mencapai gaun yang dihulurkan oleh Datin Sarah padaku.

"Hah..cantiknya isteri abang ni. Macam princess jer." Pujinya. Aku tesenyum memandang diriku dicermin.

"Macam mana? Setuju dengan gaun ni?" soal Datin Sarah.

"Setuju jer auntie. Kami ambik dua-dua pasang baju ni." Ujar Daniel. Datin Sarah tersenyum kelegaan memandangkan penderitaannya melayani kerenah kami akan berakhir sekejap lagi.

"Ok...siap. 3 hari sebelum majlis, auntie akan suruh pekerja auntie hantar ke rumah kamu berdua ok." Kata Datin Sarah sambil menghulurkan sehelai resit pada kami.

"Macam tu kami baransur dululah ye auntie. Terima kasih atas layanan auntie pada kami." Ucapku dengan sopan.

Penin kepala aku termasuk orang lain gara-gara pilih baju untuk bersanding jer. Semua ni salah Daniellah. Tak berkenan, last-last setuju jugak dengan pilihan aku. Nasiblah...

0 komen:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen