SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

10
Komen

Bas Cinta


‘Fulamak, cantik betul minah sorang ni,’ aku menelan liur. Terpaku melihat keindahan ciptaan Allah. Mataku tidak lepas memandang gadis itu, kecantikannya membuatkan aku terkedu.

Rambutnya yang panjang mengurai ibarat menggunakan teknik rebonding membuatkan aku terasa macam nak tarik je. Kulit putih melepak, pipi gebu, bak kata semuanya perfectlah, tapi tu semua dimata aku je. Aku tak tahulah kalau dimata orang lain.

‘Dia sekolah kat mana ek? Kalaulah aku dapat dia ni, alangkah indahnya hidup...’ aku mula memasang angan-angan.

“Pssstt....kau nampak tak budak lelaki kat belakang tu?” soal Tini pada Maya.

“Siapa?” soal Maya pula, Tini memuncungkan mulutnya yang tebal kearah aku. Maya menoleh dan memandang seketika kearah yang dikatakan oleh Tini.

“Kenapa dengan dia?” soal Maya lagi.

“Dari kita naik sampai la ni...dia asyik usha kau je tau,” ujar Tini.

“Dah tu kenapa? Diakan ada mata, suka hati dialah nak pandang,” balas Maya selamba.

“Memanglah ada mata, tapi kita ni perempuan. Kenalah hati-hati sikit, mana tau kalau-kalau dia pasang niat jahat ke. Tak ke naya nanti,” ulas Tini.

“Tini, kau ni tak baik tau buat tuduhan melulu. Nanti tak pasal-pasal je kau bertambah dosa,” tukas Maya pula.

“Kau ni ada je nak bangkang cakap aku, aku adu dekat Adib baru tau,” Tini masih tidak mahu mengalah.

“Kau ni macam budak kecik je, apa kena mengena lak budak Adib tu dalam hal ni?”

“Ada je, Adib tu kan ‘balak’ kau.”

“So?”Maya menjungkitkan keningnya.

“Yelah, kalau dia tau ada laki lain pandang kau, nahas dia kerjakan budak tu,” balas Tini sinis.

“Dah tu, kalau takde orang bagitahu, takdelah dia taukan? Melainkan kau bagitahu dia,” balas Maya sinis.

“Mulut kau ni...”
“Hah...kenapa dengan mulut aku? Dahlah, malas aku nak bertekak dengan kau. Jom turun, dah sampai sekolah ni,” Maya menarik tangan Tini dan turun bersama-sama.

‘Ooooo......dia sekolah kat sini ke,’ aku tersenyum apabila mengetahui dimana destinasi gadis disukainya tuju.



“Safwan....tepi sikit, badan kau ni besar. Tak muat aku nak duduk,” kutuk Budin selamba.

“Selamba je kau ek kutuk aku, habis tu badan kau tu macamlah kecik,” balas aku pula.

“Aku taulah, saja je nak sakat kau. Kau ni, dari tadi aku tengok tersengih sorang-sorang ni apahal? Kau dilamun cinta ke?” soal Budin yang tepat mengenai diri aku saat ini.

“Mana kau tahu ni?” muka aku berubah kemerah-merahan.

“Aku teka jelah, tak sangka tepat pula tekaan aku kali ni,” Budin tersengih menayang gigi.

“Siapa gadis bertuah tu?” soal Budin.

“Adalah, rahsia. Nanti kalau aku dah sedia, aku bagitahulah kau,” balasku sambil tersipu-sipu malu mengalahkan anak dara.

“Yelah tu, berjambullah aku kena tunggu...,” balas Budin.



“Kau balik naik apa ni?” soal Budin.

“Aku balik naik baslah,” balas aku.

“Aik, setahu akulah. Kau ni liat nak naik bas, jomlah tumpang aku balik,” ajak Budin sambil menarik bahu aku.

“Takpelah, aku balik naik bas jelah. Oklah jumpa esok,” aku menolak ajakan Budin dan berjalan menuju ke perhentian bas.

“Pelik betullah dia ni,” Budin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan sikap temannya hari ini, tak pernah dalam seumur hidup dia melihat temannya itu menaiki bas.


Aku bukan tak boleh balik dengan Budin tu, cumanya aku taknak lepaskan peluang untuk balik dengan gadis idaman aku. Aku nak tahu dia duduk area mana pulak. Lagipun hari ni kebetulan pemandu papa ada hal, jadi tak dapatlah dia hantar aku. Papa dengan mama pula kebetulan pergi oversea atas urusan kerja. Nak tak nak terpaksalah aku gagahkan diri naik bas, nak cari teksi pun payah dekat kawasan rumah aku tu.

‘Dia dah naiklah....nasib baik dia naik bas ni juga. Untung aku dapat tengok dia lagi,’ aku tersenyum sendirian.

‘Manisnya dia senyum, terpikat sudah hatiku ini,’ aku tersenyum sendirian.


“Maya, mamat tu ada lagilah,” Tini mengadu lagi.

“Biarlah dia ada pun, lagipun bas ni bukan hak kita pun,” Maya membalas kata-kata Tini. Tini menarik muka masam.

“Eleh, merajuklah tu. Dahlah tu, petang ni teman aku pergi beli barang sikit boleh tak?” Maya cuba memancing kembali keccerian Tini, dia tahu bahawa temannya itu gemar membeli belah tak kiralah apa barang pun.

“Ok, boleh je. Tapi....kita pergi naik kereta ek,” Tini menggoyang-goyangkan lengan Maya.

“Yelah...yelah...tapi kita mana ada kereta. Tapi jangan risau disebabkan kau punya pasal, aku sediakan transport paling special untuk kau naik,” Maya tersengih jahat.

“Wau....macam best je bunyiknya. Apa benda tu?” soal Tini dengan tidak sabar.

“Keretapi cap LRT Putra je. Aku support tambang kau, ok apa-apa hal sms aku. Bye...” Maya segera turun dari bas sebelum sempat Tini bercakap.

‘Ish...budak ni, ada je nak kenakan aku. Sabar jelah,’ Tini mengomel sendirian dalam hatinya.




“Wan, kau sekarang ni bukan main ek, sejak 3 bulan ni. Asyik naik bas je, agak-agak kau kan, bila masa kau akan naik kereta balik?” soal Budin bersahaja.

“Kau ni Din, aku sukalah naik bas. Seronok tau, macam-macam pemandangan aku boleh tengok.”

“A’aahh...terutama sekali kau nak usha awek cun yang kau kata tu kan?”

“Betullah tu. Oklah nampaknya bas aku dah sampai dulu dari driver kau. Tata,” akusegera bangun dan berjalan dengan laju mendapatkan bas yang selalu kunaiki kini.

“Macam-macamlah kawan aku sorang ni,” Budin menggelengkan kepala dan melihat bas itu meluncur membawa temannya itu.




‘Mana dia ni? Dah berapa hari tak nampak dia. Kawan dia pun aku tak nampak dah. Aku nak tanya dengan siapa, aku pun tak tahu. Buat rugi jelah aku naik bas sebulan ni, langsung tak nampak dia dalam sebulan ni,’ aku mengomel sendirian dalam hati dan kemudiannya melepaskan keluhan berat.

Dah dekat sebulan aku tak nampak dia naik bas ni, kawan dia pun takde. Nak tanya orang lain, dorang pun tak tahu. Apalah nasib aku, pasni kena suruh Pak Kasim hantar aku balik macam dulu.



6 tahun berlalu....

“Adoi....macam manalah kereta boleh rosak pulak ni? Masak aku macamni, dah lambat nak pergi kerja pulak tu,” aku rasa macam nak tendang je kereta aku. Masa nilah dia nak buat hal.

“Macam mana ni?” aku mengaru-garu kepala. Fikiranku sekarang umpama dilanda geroda, kosong dan stuck.

“Assalammualaikum pa, Wan masuk lambat sikit. Kereta buat hal kat tengah jalan ni.”

“Ye pa, Wan tahu. Boleh tak tunda lagi sejam? Nak dapat teksi susahlah, banyak bas je yang lalu. Tengoklah macam mana. Wan cuba, ok, jumpa kat pejabat,” nasib baik lepas satu beban. Sekarang ni, aku kena cari jalan untuk sampai ofis secepat mungkin, mesyuarat penting tengah menanti ni.

Aku melintas keseberang jalan untuk menaiki bas. Kereta aku tinggal ditepi jalan kerana papa dah bagitahu Pak Kasim untuk tengokkan kereta aku tu nanti. Dah lama tak naik bas ni, macam manalah rupanya nanti?

Aku menarik nafas lega sebaik saja melihat bas yang menuju kedestinasi ada. Aku menaiki tangga dengan payah sedikit disebabkan badanku yang montel comel ni. Agak berpeluh badanku kini.

‘Eh, macam mana cara bayar ni?’ aku menyoal diriku sendiri dalam hati.

“Saudara, boleh cepat sikit tak? Ramai lagi nak naik ni,” terdengar suara lunak dibelakangku menegur. Aku menolehkan pandangan mataku kearah pemilik suara dibelakangku.

Aku terkaku dan rasa macam perit je nak telan air liur saat ni apabila terpandangkan gadis pujaan hatiku berada dibelakangku. Dia ingat aku lagi ke? Rasa macam lagu Koi Mil Gaya tengah berdendang je kat telinga aku saat ni.

“Assalammualaikum sedara, boleh tak cepat sikit?” teguran kali kedua menampar telingaku sekaligus mematikan lamunan hatiku.

“Sorry...sorry...tapi duit ni nak taruk mana?” soalku.

“Awak pergi duduk dulu, biar saya buatkan untuk awak.”

‘Baiknya dia, sukanya aku,’ aku tersenyum sambil melangkah masuk kedalam bas dan mengambil tempat duduk dibaris belakang sekali.

“Awak baru pertama kali ke naik bas?” soal gadis pujaan hatiku sambil menghulurkan tiket bas padaku.

“A’ahh.”

“Patutlah, awak ni nak kemana?” soal gadisku lagi.

“Saya nak ke tempat kerja, kereta buat hal. Tu yang naik bas,” jawabku.

“Ooo...”

“Awak pulak nak kemana?” soalku pulak.

“Saya nak ke kolej, ada kelas.”

“Belajar lagi ke?”

“Kerja sambil belajar,” dia tersenyum. Kemudiannya apalagi berborak sakanlah aku dengan dia dan berhenti setelah aku sampai ke destinasiku. Paling seronok tak terkata bila aku dapat tahu nama dia. Hai bas....lepas ni aku akan jadi penumpang setia kaulah jawabnya.




“Boleh saya tanya awak sesuatu tak?” soal Maya.

“Apa dia? Tanyalah....”

“Kenapa sejak kebelakangan ni, awak kerap naik bas? Kereta awak tak elok lagi ke?” soalnya lagi.

“Saya suka naik bas dari dulu lagi sebenarnya. Sejak pertama kali saya nampak awak, mungkin awak tak ingat saya lagi. Maklumlah saya ni tak hensem macam pakwe awak, Adib,” aku mula membuka cerita awal.

“Mana awak tau pakwe saya nama Adib?” tewrbeliak mata dia bila aku sebut nama pakwe dia.

“Siapa tak kenal dengan Adib, kapten bola sepak sekolah awak. Lagipun kadang-kadang korang balik sama-sama,” tuturku lagi.

“Adib tu bukan pakwe saya lagilah, ingat tak kawan saya? Yang selalu naik bas dengan saya tu?” aku menganggukkan kepalaku.

“Dorang dah kawin pun...” terdengar nafas berat dilepaskan.

“Maksud awak, Adib kawin dengan kawan awak tu?” giliran dia pulak menganggukkan kepalanya.

“Dah jodoh dorang, nak buat macam mana. Saya je tak kawin sampai sekarang, bising jugak parents saya tu. Maklumlah anak perempuan tunggal,” dia tergelak manja.

“Kalau macam tu, awak kawin jelah dengan saya.”

“Apa awak cakap ni? Main-main je tau...”

“Betullah wak, saya sebenarnya dah lama sukakan awak,” akhirnya aku berjaya meluahkan isi hatiku yang telah terpendam selama 6 tahun ni padanya.

“Sejak bila?” mukanya yang tadi comel kini bertukar serius.

“Sejak hari pertama saya naik bas dan ternampak awak dalam bas yang kita naik bersama dulu,” mukanya berubah kemerah-merahan setelah selesai aku bagitahu dia.

“Saya sukakan awak, Maya. Sudi tak awak kawin dengan saya?” soal aku.

“Kalau awak jodoh yang telah ditetapkan olehNya untuk saya, saya terima dengan seadanya,” jawabnya tulus dengan senyuman manis yang dilemparkan padaku. Mabuk cinta jap aku ni.....

“Walaupun fizikal saya macam ni?” dugaku.

“Saya tak kisah fizikal awak macam mana, yang penting hati awak.” Aku nak lompat je sekarang ni, boleh tak?

“Yahoooo...........!!!!!!!!!!!” aku menjerit sekuat hati dan terlompat-lompat cam katak jap dalam bas ni. Jangan runtuh sudah. Dia tersenyum melihat tingkahku.
5
Komen

Buruk 9


“Tasha, kau buat apa tu? Dah lunch hour dah ni. Jom teman akak pergi beli makan kat bawah,” aku tersentak apabila Kak Siti menegur aku.

“Tulah kerja kau, asyik berangan je. Jomlah cepat, akak dah lapar sangat ni,” ujarnya lagi. Aku bangun dengan gaya malas bercampur lapar membontoti langkah Kak Siti.

“Kamu berdua nak kemana ni?” soal bos aku yang kebetulan berada dalam lif. Aku pun tak sedar bila masa dia ada, seronok sangat layan rasa lapar.

“Kami nak turun beli makan dekat bawah bos. Bos mesti nak pergi lunch kat restorankan?” balas Kak Siti.

“Siapa kata saya nak ke restoran? Saya pun nak turun ke bawah nak makan kat situ. Emmm...alang-alang kita nak ke bawah ni. Jomlah makan sekali, saya belanja. Bukan senang tau saya nak belanja orang lain,” selorohnya lagi.

“Takpelah bos, menyusahkan bos je. Kami nak tapau je, makan kat ofis nanti,” balas Kak Siti lagi. Aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar saja.

“Tak baik tau tolak permintaan saya. Bukannya susah pun. Makan je, tapi kalau taknak takpelah. Tak baik paksa-paksa orang ni,” ada sedikit nada rajuk darinya.

“Eh...eh...janganlah merajuk bos. Kami temankan bos makan,” ujar Kak Siti. Bosku kembali tersenyum, comelnya dia senyum.

“Tasha, awak tak kisah ke?” Kak Siti menyenggol aku dengan sikunya yang tajam. Aku yang terkhayal sekejap tadi terus kembali ke alam nyata.

“Saya, tak kisah bos,” jawabku sambil tersenyum.

“Korang selalu makan kat sini ke?” soal bos aku setelah kami selesai memesan makanan.

“Kami selalu lepak sini juga kalau tak bawak bekal. Bos mesti pertama kali datang sini kan?” lancang sekali Kak Siti ni menyoal.

“Takdelah, ni dah masuk kedua je. Saya penah ke sini dengan Yazid hari tu. Ni, dia takde pulak. Tiba-tiba pulak teringin nak pekena teh tarik. Tu yang laju je turun ke bawah. Tak sangka terjumpa kamu berdua tadi,” ujarnya.

“Kami tak kisah pun, kalau hari-hari bos nak ajak kami ke sini pun takpe,” kata Kak Siti.

“Eh...lupa pula saya. Hujung minggu ni, jemput datang ke rumah saya. Ada majlis cukur jambul anak buah saya,” pelawanya pada kami.

“Anak buah bos ke anak bos?” seloroh Kak Siti selamba.

“Apa pula anak saya, sayakan bujang lagi ni. Anak kakak sayalah. Jangan lupa tau, jemput datang,” pelawanya sekali lagi.

“InsyaAllah, kalau takde aral melintang. Kami sampailah ke rumah bos tu.”

“Tasha, awak jangan tak datang pula.” Aku menganggukkan kepalaku.



“Tasha, kenapa kau senyap je hari ni?” soal Kak Siti padaku.

“Takde apa kak, cuma takde mood je hari ni,” balas aku.

“Takde moodlah sangat, makan tadi lalu je, siap berangan je kau sepanjang hari ni.”

“Janganlah marah kak, berangan tu penting dalam hidup saya ni.”

“Pentinglah sangat. Tasha, kau nak pergi tak minggu ni? Akak kalau takde apa program dengan hubby dan anak-anak akak tu, boleh je akak ikut. Kalau tak, kau pergi jelah, kang apa pula bos kita cakap. Akak ni takpelah, dah kahwin. Kau tu bujang lagi, takde hallah nak pergi,” ujar Kak Siti dengan panjang lebar tanpa sempat aku berkata apa-apa.

“Bujang pun kak, saya ni mana ada transport nak pergi,” balas aku.

“Takpe, yang tu kau takyah susah hati, pandailah akak uruskan,” kata Kak Siti sambil mendabik dadanya.

“Apa-apa jelah akak ni. Layan jelah,” balas aku.



Hujung minggu tiba...

“Mana Kak Siti ni? Cakap nak datang masa ni,” aku mengeluh perlahan sambil memandang jam yang menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku dengan Kak Siti berjanji untuk pergi awal, konon-konon nak menolong apa yang patut dirumah bos kami nanti.

Pon! Pon! Pon!

Kedengaran hon kereta dibunyikan dari luar rumah aku. Aku bingkas bangun dan mencapai beg tanganku yang kecil comel berwarna pink. Aku mengunci pintu rumah serta grilku dengan pantas. Bila aku pusing kebelakang, baru aku perasan, kereta Kak Siti bertukar menjadi kereta bosku. Apa sudah jadi ni weh?

“Tasha! Cepatlah naik,” bos aku memanggil aku. Seakan tak percaya je dia menjemput aku dirumah. Aku yang masih terpinga-pinga mengikuti saja katanya.
“Assalammualaikum bos, macam mana bos boleh ada kat sini?” soal aku sebaik saja aku memasuki ke dalam perut kereta.

“Ooo...Siti telefon saya tadi, dia tak dapat pergi rumah saya, dia cakap lagi, awak nak pergi tapi transport takde. Jadi saya ambiklah awak, lagipun saya tak buat apa sangat pun kat rumah tu.” Kak Siti memang nak kena dengan aku ni, pandai je dia buat cerita. Terbayang dimataku dimana aku mencekik leher Kak Siti sekuat hati.

“Tasha, awak tak kisahkan? Lagipun bukan saya sorang je ambik awak ni, tengok kat belakang tu,” dia menunjukkan ke arah belakang. Aku memalingkan badanku melihat ke belakang. Terlihat kelibat seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 5 tahun.

“Anak siapa tu bos?”

“Anak kakak saya, Aiman, salam auntie,” arah bosku pada anak buahnya. Comelnya dia, macam bos aku sikit. Aiman mencapai tanganku, dan dengan sopan mencium belakang tanganku.

“Auntie ni siapa? Makwe Pak Ngah ek?” soal Aiman selamba. Aku terkedu, bos aku apatah lagi.

“Pandai je Aiman ni, Pak Ngah sekeh Aiman nanti,” Aiman menjelirkan lidahnya pada bos aku.

“Meh sini, duduk atas riba nak?” aku ni pantang sikit nampak budak kecik, habis semua aku nak riba. Aiman bangun dan melangkah ke depan dan duduk atas ribaan aku.

“Aiman, umur berapa tahun?”

“5 tahun,” balasnya.

“Aiman nak bawa acik pergi mana ni?”

“Pergi rumah nenek Aiman, adik Aiman kena potong rambut dia hari ni,” dengan lancar dia menuturkannya.

“Mana Aiman tau adik Aiman kena potong rambut? Siapa bagitahu Aiman?” soal aku sambil memeluk tubuh kecil milik Aiman.

“Nenek bagitahu kat Aiman, Mama dengan Papa pun cakap macam tu sekali,” ala pandainya dia bercakap.

“Auntie....” panggilnya manja.

“Apa sayang? Janganlah panggil auntie, tak bestlah. Panggil aciklah, baru lagi mesra,” pandai-pandai aku je suruh dia panggil aku macam tu.

“Acik, apa nama acik? Tak acilah acik dah tau nama Aiman.”

“Nama acik, Tasha.”

“Nama acik lebih kurang sama dengan makwe Pak Ngah dulu, tapi nama dia Fasha, bukan Tasha.”

“Aiman...!!!!”

“Ooopsss...sorrylah Pak Ngah. Aiman tak sengajalah,” Aiman mengatup mulutnya dengan kedua belah tangan kecilnya sambil tergelak manja. Sweet sangat Aiman ni.

“Janganlah marah dia bos, Aiman tak sengaja pun kan?” Aiman menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum kemenangan apabila melihat Pak Ngahnya tak jadi nak marah. Ala, marah manja-manja je.
8
Komen

Pakweku, Artis Pujaan! 8


“Juju, kau nak ikut aku pergi show Jerry tak?”

“Nak...nak...Bila? Kat mana?” soal Juju.

“Dekat Impiana Show. Nak ikut tak? Aku dapat 2 pas masuk kat sana,” ujarku lagi.

“Ye ke? Nak je ikut kau pergi tengok Jerry buat show...mesti hensem gila mamat tu...” Juju mula membayangkan Jerry yang berjalan atas pentas.

“Beranganlah tu.”


“Biasalah. Eh...kejap, kalau kita dapat pas masuk, siapa jaga dekat belakang nanti?”

“Takkan aku nak berkepit je dengan dia 24 jam, Din kan ada. So...dapatlah kita tengok Jerry nanti,” terangku. Juju menganggukkan kepala tanda faham.

“Tak sabarnya aku, bila shownya?” soal Juju lagi.

“Esok, pukul 8 malam.”

“Esok?!!!” Juju terjerit dengan agak kuat.

“Ju...cair taik telinga aku dengar kau menjerit tau,” bentakku dengan geram. Perit telinga kejap.

“Kau gila ke?” soalnya.

“Apa yang gilanya? Aku masih waras lagi ni,” balasku.
“Bukan tu maksud akulah. Esok ni, kita mana ada baju cantik-cantik nak pergi sana,” Juju mula memikirkan baju apa yang perlu dipakainya esok.

“Jom,” dia menarik tanganku.

“Nak kemana? Dah malam dah ni, esok jelah,” macam tau je apa yang difikirkan oleh si Juju ni.

“Eh...” Juju memandang ke jam yang melekat didinding.

“Nampak tak pukul berapa sekarang? Esok jelah kita pergi cari baju kau tu,” kataku dan bangun dengan malas masuk kedalam bilik, bukan apa, mata ni dah ajak masuk tidur.



“Ok tak yang ni?”

“Yang ni?”

“Bukan, kaler ni kot ok.”

“Seksi ke baju ni?”

“Sesuai tak dengan aku?”

“Juju, penatlah aku ikut kau shoping kali ni...” aku merungut sambil duduk mencangkung kejap atas lantai.

“Kau ni, sabarlah. Aku tak habis pilih lagi ni, cepatlah pilihkan yang mana satu sesuai dengan aku,” Juju menayangkan baju yang ke entah berapa kali padaku.
“Ju...kau ambik jelah baju kaler pink tu, dah sesuai pun dengan kau,” ujarku lambat-lambat.

“Betul ni? Kau pun pilihlah satu, aku belanja,” Juju memujukku dengan beria-ia. Setelah hampir 15 minit main perang-perang dengan Juju, akhirnya aku mengalah jugaklah. Kang merajuk pulak si Juju ni, dah satu hal pulak datang.

“Rin, sinilah. Aku rasa baju ni sesuai dengan kau,” Juju menayang sehelai dress hitam separas lutut padaku. Aku menggelengkan kepala, Juju menganggukkan kepalanya. Dah terpaksa mengalah lagi.

“Aku dah telifon Din tadi, dorang baru sampai sana,” ujarku sebaik saja talian dimatikan.

“Kita tak lambatkan?”

“Taklah, awal apa ni. Nasib baik kita berdua ‘cuti’, takdelah berkejar sangat.”

“Betul, betul, betul...” Juju mengajuk percakapan Ipin.

“Ju...aku rasa jantung aku berdebarlah. Rasa macam aku pulak yang ada show,” kataku sambil tertawa menahan debaran.

“Macam-macamlah kau ni Rin, dah jom turun. Kita dah sampai.”

“Eh...dah sampai ke?”

“Beranganlah tu, dah, jom masuk dalam.”



“Ju, seganlah. Ramai betul orang yang datang sini,” aku memegang kejap lengan Juju.
“Rilekslah kau ni, jom cari tempat duduk,” kami berjalan mencari tempat duduk.

“Eh...nak start dahlah,” Juju sedikit teruja. Aku tercari-cari kelibat Din dibelakang pentas. Tak nampak pun, terus kupalingkan muka ke pentas.

“Jerrylah wei, tengok tu,” Juju menunjukkan jari telunjuknya ke pentas. Aku terpaku dan terpukau sebaik saja melihat Jerry melangkah di atas pentas dengan penuh gaya.

“Hensemnya dia,” spontan aku terbisik perkataan itu.

“Dah jatuh cinta ke?” Juju berbisik ditelingaku, aku tersentak mendengar bisikan Juju.

“Kau ni, buat terkejut aku je, nasib baik aku tak melatah tau,” cemuhku.

“Yelah tu,” Juju membuat senyum nakal. Aku membalasnya dengan jelingan tajam.
7
Komen

Jelmaan Ular


“Ayob, kau nak ke mana dengan sabit tu?”

“Nak pergi menyabit ke?”

“Ke nak pergi cari puteri bunian?” terdengar suara-suara mengusiknya. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Bimbang tidak tahan dengan usikan mereka.



“Dorang ni tak boleh ke kalau tak mengacau aku sehari, bosan betul dengan dorang ni,” Ayob mengayun sabit ditangannya seolah-olah menyabit kepala mereka.

“Apalah nasib aku ni, kais pagi makan pagi kais petang makan petang,” Ayob bercakap sendirian mengenang nasibnya yang malang.


“Kalaulah aku kaya.....” fikiran Ayob mula diliputi imiginasi. Sedang enak dia bersandar pada pokok tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi tembakan yang kedengaran berhampiran dengan tempat duduknya sekarang. Ayob tersentak dan terus berlari menuju kearah bunyi tembakan tadi.

Bimbang ada bahaya yang menanti dihadapan, dengan hati-hati Ayob menyusup perlahan-lahan ke dalam semak. Kini ternampaklah dia, dihadapannya kini terlihat Kordi dan Mamat bergelak ketawa sesama sendiri. Apa yang mengejutkannya lagi ialah ditangan Kordi tersemat kemas seekor ular sebesar ular tedung yang kulitnya kelihatan begitu cantik sekali.

“Wau...kaya kita macam ni, bangga betul aku dapat tangkap ular sekor ni,” Kordi mula meninggi dirinya.

“Jangan lupa, aku pun tolong kau tangkap ular tu,” Mamat mengingatkan Kordi.

“Aku tau, kau jangan bimbang. Jasa kau tu, akan aku kenang sampai bila-bila,” ujar Kordi sambil menepuk-nepuk bahu Mamat.

“Jasa aje ke? Jangan lupa bahagian aku pulak,” Mamat membuat isyarat duit dengan jarinya.

“Itu kau tak perlu risau, sebaik aje aku dapat hasilnya, aku akan bagi bahagian kau,” Kordi ketawa besar apabila membayangkan hasil lumayan yang akan diterimanya sebaik saja dijual ular.

“Jomlah kita pergi, hari pun dah tinggi. Petang ni aku nak turun kebandar,” kata Kordi sambil melangkah menyusuri semak samun.


“Kejamnya dorang tu, sanggup dorang bunuh ular tu untuk kepentingan diri sendiri. Aku sendiri tergamak buat macam tu sekali walaupun aku ni tak berduit,” Ayob menggeleng-geleng kepalanya.

Ayob bangun dari tempat persembunyiannya tadi, dia menuju ke dusunnya. Satu-satunya harta pusaka yang ditinggalkan oleh kedua orang tuanya, kebun itulah sumber pendapatannya.

“Wah....banyak pulak pisang yang menjadi ni, semak pun makin naik. Nasib baik aku bawak sabit ni,” Ayob tersenyum dan menuju ke pondok kecilnya.

“Mana aku nak mula dulu ni?” Ayob melemparkan pandangan kearah semak dihujung pagar dusunnya.

“Mula dari situ dululah,” kata Ayob sambil mengenggam erat sabit ditangannya.




“Selesai kerja aku, esok aku bolehlah aku jual semua ni,” Ayob mengesat peluh dengan tuala yang tersangkut dibahunya.

“Alahai, mengantuklah pulak,” matanya terasa sungguh berat, akhirnya dia tertidur. Sedar-sedarnya dari tidur, matahari hampir terbenam. Dia bingkas bangun dan mengemas pondoknya.

“Macam mana aku boleh tertidur ni? Maghrib pun dah dekat ni, apa nak jadi dengan aku ni,” Ayob memarahi dirinya yang kadangkala alpa dengan suruhanNya.

Ayob berjalan dengan agak laju menyusuri jalan kecil yang menembusi ke jalan besar dihadapan sana. Belum sampai separuh dia berjalan, dia dikejutkan dengan bunyi suara tangisan perempuan yang teresak-esak. Langkahnya terhenti, dia tercari-cari arah bunyi suara tangisan itu.

Setelah pasti dengan arah bunyi itu, dia menghayun kaki menuju kearah yang didengarinya. Langkah kaki diatur kemas, khuatir jika derap kaki yang kuat mengejutkan empunya suara tangisan itu. Semakin hampir dia dengan tangisan itu, semakin dirasakan debaran dihatinya dipalu.

“Maaf mengganggu,” Ayob cuba menyapa gadis dihadapannya kini. Kelihatan badan gadis itu terhinggut-hinggut menahan tangis. Perlahan-lahan gadis itu memalingkan mukanya memandang Ayob.

“Maaf mengganggu saudari, kenapa saudari menangis sendirian kat sini?” soal Ayob, terfikir olehnya mana tahu kalau-kalau gadis ini adalah puteri bunian.
“Saya....saya....” gadis itu kelihatan tergagap-gagap, sekali sekala dia mengetap bibirnya. Seolah-olah sukar sungguh untuk meluahkan kata-kata.

“Takpelah, macamni sajalah, apa kata awak ikut je saya balik ke rumah saya dulu,” Ayob menyatakan hasrat hatinya.

“Tapi tidak manis kalau saya ikut awak,” gadis itu menolak lembut.

“Saya risau kalau tinggalkan awak sorang diri kat sini, bahaya duduk sini sorang-sorang. Tambahan awak tu perempuan, apalah salahnya awak ikut saya dulu. Saya tak berniat jahat pun,” kata Ayob lagi.

“Baiklah kalau begitu, saya ikut saja kata-kata awak,” gadis itu berhenti menangis dan bangun berjalan seiringan dengan Ayob.

“Siapa nama awak?” soal Ayob.

“Panggil saja saya Ratna Sari,” ujar gadis itu.

“Saya Ayob, boleh tak kalau saya panggil awak Ratna?”

“Sudah tentu boleh,” gadis itu tersenyum senang.


Sedar tak sedar, sudah lima hari Ratna Sari menumpang dirumah Ayob. Ramai yang tertanya-tanya siapa perempuan yang tinggal bersama Ayob. Adakah isteri Ayob? Atau puteri bunian?

“Ratna....”

“Ya,” sahut Ratna Sari.

“Boleh saya tahu kenapa awak menangis waktu saya jumpa awak dulu?” soal Ayob sambil memandang wajah bujur sirih milik Ratna Sari.

“Saya sebenarnya menangisi nasib saya yang sudah menjadi yatim piatu, sudahlah nasib malang, dihalau keluar dari rumah oleh ibu tiri saya,” terang Ratna Sari.

“Janganlah awak bersedih lagi, izinkan saya menjadi tempat untuk awak berteduh, itupun kalau awak sudilah,” dengan gaya bersahaja Ayob berkata hingga membuatkan Ratna Sari tersipu malu.

“Saya sudi,” sambut Ratna Sari.

Akhirnya mereka berdua telah dinikahkan, Ayob berasa sungguh bahagia memiliki isteri secantik Ratna Sari. Hidupnya dulu ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang kini telah berubah sepenuhnya. Jika dulu, hasil tanaman didusunnya kurang menjadi, kini tidak lagi.




“Ayob, marilah singgah sini.Minum-minum dengan kitaorang. Bukan main lagi kau sekarang ni ya,” panggil Kordi.

“Betul tu, berubah betul kau lepas kawin ni, nak bertegur dengan kitaorang pun dah tak lalu,” sambung Mail pulak.

“Bukan macam tulah, aku sibuk sekarang ni,” balas Ayob sambil menghalakan kaki kearah Warung Pak Man.

“Kalau ya pun, duduklah dulu. Sembang-sembang dengan kitaorang ni,” giliran Mamat pulak menyampuk.

“Mentang-mentang dah berkawin sekarang ni, lainlah macam kami ni, bujang lagi,” kata Kordi.

“Hei Yob...kau taknak kenalkan bini kau dengan kitaorang ke?” soal Mamat tiba-tiba.

“Errr....”

“Takkan tak bagi kot, kitaorang ni teringin jugak nak tengok orang rumah kau tu, nak harapkan kau kenalkan ‘harem’lah,” sahut Kordi pulak.

“Errr...aku...” Ayob teragak-agak untuk berkata.

“Kau takyah malu-malu dengan kitaorang ni, malam nanti kitaorang datang makan malam kat rumah kau ok?” Kordi membuat keputusan tanpa memikirkan Ayob.





“Assalammualaikum,” mereka bertiga memberi salam. Kelihatan Ayob yang terkial-kial keluar ke pintu.

“Waalaikumsalam....jemputlah naik,” Ayob menjemput mereka bertiga naik.

“Mana orang rumah kau?” soal Kordi tidak menyempat.

“Ratna...” Ayob memanggil Ratna Sari, isterinya.

“Kenalkan, nilah bini aku, Ratna Sari,” Ayob memperkenalkan isterinya, Ratna Sari kepada mereka.

“Cantiknya bini kau, Yob...”

“Macam puteri baru turun dari kayangan pun ada,” mereka ternganga melihat kecantikan Ratna Sari.

“Jemputlah masuk dalam. Makanan dah siap tu,” ujar Ratna Sari sambil tersenyum manis.

“Meletop aku tengok bini dia, tak padan langsung dengan dia,” Mamat mengutuk secara berbisik pada kordi dan Mail. Mereka berdua tersengih.

“Duduklah, jemput makan,” Ayob menjemput mereka bertiga makan.

“Ratna tak makan sekali ke?” soal Kordi.

“Takpelah, saya kenyang lagi. Makanlah dulu,” kata Ratna Sari.



“Terima kasih ya bagi kami makan sedap-sedap ni, kenyang betul rasanya,” ujar Mail sambil mengusap perutnya yang buncit sedikit.

“Lain kali bolehlah kami datang makan kat sini lagi,” seloroh Mamat selamba.

“Boleh...boleh...jemputlah datang kesini lagi, masih banyak lagi perhitungan antara kita,” tutur Ratna Sari tanpa disedarinya.

“Kami mintak diri dululah ya,” pinta mereka yang saling berasakan untuk jalan dari situ kerana terkejut melihat muka Ratna Sari yang berubah tiba-tiba.



“Kau tak pelik ke tadi?” soal Mail tiba-tiba.

“Apa yang kau nak pelikkan sangat ni?”

“Yelah, tiba-tiba je bini si Ayob tu cakap macam tu...kenal pun tidak,” Mail memutar fikirannya.

“Alah...pandai je kau ni, dahlah tak payah nak dipikirkan sangat. Jom kita lepak warung Pak Man dulu. Malam pun masih muda lagi ni,” ajak Kordi.

“Boleh jugak tu,” mereka bertiga mengatur langkah ke warung bersama.


“Kenapa malam ni panas semacam je ni?” Kordi membuka baju yang membaluti badannya. Kemudian dikipas badannya dengan baju yang ditanggalkan sebentar tadi. Dia kemudiannya bangun membuka daun tingkap bilik.

Tidurnya terganggu akibat rasa panas, mata yang tadi sungguh berat kini kembali segar. Dia memandang keluar bilik, malam sungguh pekat. Bulan seolah-olah malu untuk menonjolkan diri sepenuhnya. Fikirannya tiba-tiba melayang mengingati isteri Ayob, Ratna Sari. Dia tersenyum sendirian.

‘Hai, Ratna...kalaulah aku dapat kau.’

Dia mengusap kumis sejemput miliknya sambil membayangkan saat dia berasmara bersama Ratna Sari, tiba-tiba matanya tertancap pada bayangan seorang gadis dibawah pokok berdekatan rumahnya. Dia seolah-olah mengenali susuk tubuh gadis itu.

‘Ratna?’ hatinya berbisik.

Tok!Tok!Tok!

Jantung Kordi berdegup kencang akibat terdengar bunyi ketukan pintu rumahnya. Segera dia berlari menuju ke ruang tamu dan membuka pintu. Sebaik saja pintu dibuka, dirinya diterpa oleh seseorang yang berambut panjang, hitam berkilat dan mayang mengurai.

“Ratna...?”

“Ya, bang Kordi. Maaf mengganggu abang Kordi malam-malam begini,” ucapnya sambil menyeka air mata yang mengalir dipipinya.

“Kenapa ni Ratna? Duduklah dulu,” pelawanya sambil mata tidak lepas memandang susuk tubuh Ratna Sari yang mengiurkan hati lelakinya.

“Duduk dulu, abang buatkan air kejap.”



“Kenapa Ratna datang sini malam-malam macam ni? Tak manis kalau orang nampak,” katanya seolah-olah bimbang. Dia mendekatkan dirinya dengan Ratna.

“Maafkan Ratna, bang...” katanya dengan teresak halus.

“Dah...dah..jangan nangis lagi, tenangkan diri dulu. Kemudian baru cerita kat abang,” pujuknya sambil mengambil kesempatan untuk memaut tubuh Ratna ke dalam pelukkannya.

Nafsunya semakin tergugat apabila tercium haruman rambut serta badan Ratna Sari. Dia semakin merapatkan dirinya dengan Ratna Sari, jari jemarinya semakin galak berlegar dibadan gadis itu. Dia memejamkan matanya melayan nafsu yang mengundang dirinya.

Pelukan tangannya semakin erat pada tubuh Ratna Sari, didekatkan mukanya untuk mencium gadis itu. Alangkah terkejutnya dia sebaik saja matanya dibuka kembali, dihadapannya kini terlihat seekor ular yang tengah merenungnya.

Dia terkejut dan menahan diri dari bernafas, dengan perlahan-lahan dia cuba mengesotkan badannya kebelakang. Namun, ular itu seolah-olah tahu mangsanya ingin melarikan diri. Ular itu dengan pantas menyusup kearah mangsanya dan mematuk mangsanya sepantas kilat.




“Kordi...!” Mamat mengetuk pintu rumah Kordi. Hatinya dilanda pelik, sudah masuk kali kelima dia memanggil Kordi, namun tiada jawapan. Mail yang berada bersamanya sudah duduk bercangkung.

“Mat, apa kata kalau kita pecahkan je pintu dia, mana tahu kalau dia pengsan ke,” cadang Mail.

“Kalau macam tu, kau tolong aku,” Mail bangun dan mereka berdua bersatu padu menolak pintu rumah Kordi.

“Kord....” Mamat cuba memanggil Kordi sekali lagi sebaik saja mereka berjaya membuka pintu rumah Kordi. Mereka berdua terkejut melihat badan Kordi yang terdampar diatas kerusinya dengan mulut yang mengeluarkan buih putih dan mata terbeliak keatas seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat.



“Tok, apa dah jadi ni? Pak Ali?” soal Mamat pada mereka.

“Hah...Ali, apa yang jadi pada budak tu?” soal Tok Ketua pada Pawang Ali.

“Aku rasa si Kordi ni mati kena patuk dek ularlah, cuba korang tengok dekat badan dia ni. Banyak betul kesan patukan ular.”

“Betul ke ni Pak Ali?” soal Mamat yang kelihatan sedikit gelisah.

“Budak ni, takkanlah aku nak tipu pulak,” Pawang Ali merengus sedikit.

“Aku dapat rasa, ular ni bukan sebarangan ularlah. Ular ni boleh jadi ular jadian,” sambung Pawang Ali lagi setelah berdiam sebentar tadi.
“Mana Pak Ali tahu?” soal Mail sedikit bodoh.

“Akukan pawang, mestilah aku tahu,” jawab Pawang Ali.

“Apa-apa pun, kita uruskan dulu jenazah ni dulu,” arah Tok Ketua.

“Mam....” belum sempat Mail habis cakap, kelibat Mamat sudah hilang dari situ.



“Apa yang jadi ni? Kenapa ular tu bunuh si Kordi?” Mamat menyoal dirinya seorang diri. Fikirannya bercelaru ketika ini, serasa ingin menjerit membuang perasaan celarunya.

Dia berhenti dipokok dan melabuhkan punggungnya dibawah pokok. Hatinya berdetak kemungkinan ular itu mungkin akan datang dan membunuhnya pulak.

‘Apa yang perlu aku buat ni? Pisau...’ dia teringat pisau yang sentiasa dibawa bersamanya. Dia mengeluarkan pisau itu dari poket seluarnya dan mengacu pisaunya kedepan dan ketepi seolah-olah menyiat kulit ular itu.

“Sekarang ni, aku tak perlu risau lagi. Kalau kau berani, datanglah...aku bunuh kau hidup-hidup,” kata Mamat sambil ketawa. Sebaik saja dia cakap, muncullah ular dihadapannya. Mamat terkedu, semangatnya terus hilang sebaik saja ular itu muncul. Dia bangun dan cuba untuk melarikan diri dari ular itu, belum pun sempat dia berbuat begitu. Ular itu mematuk kaki Mamat.

Gerakan Mamat terhenti, dia memegang kakinya dan dikuatkan semangatnya untuk melarikan diri. Namun bisa patukan ular itu menjalar kebadannya membuatkan dia tidak boleh bergerak. Perlahan-lahan kabus muncul, dan ular tadi bertukar ke bentuk seorang gadis yang dikenalinya.

“Ratna...?” katanya dengan payah.

“Ya, aku Ratna.”

“Ke...ke..napa?”

“Dendam....”

“Apa yang dah aku lakukan pada kau?” soalnya Mamat dalam keadaan termengah-mengah menahan sakit.

“Kamu berdua telah membunuh bapaku, Raja Ular Permantan. Aku kesini untuk menuntut balas atas apa yang kamu berdua telah lakukan.”

“Apa kau cakapkan ni? Aku tak faham...”
“Tak perlu kau fahamkan apa-apa lagi, aku cuma ingin kau rasa apa yang telah kau buat pada bapaku. Setelah itu, tugas aku selesai...” ujar Ratna Sari, ular jadian. Sebaik saja Ratna Sari berkata, Mamat pun telah menghembuskan nafas akhirnya. Ratna Sari tersenyum puas dan dia bertukar kembali menjadi ular dan terus menyusup memasuki ke dalam semak meninggalkan mangsanya.

“Mamat! Mamat!” Mail menjerit memanggil nama Mamat. Dia yang terlihat kelibat Mamat menyusuri ke dalam hutan terus mengikuti jejak temannya sebaik saja tugas menguruskan jenazah Kordi sebentar tadi selesai.

Mail mengesat peluhnya, dia memerhatikan kawasan sekelilingnya. Pandangan matanya jatuh pada satu susuk yang dikenalinya dibawah pokok besar berhampiran tempat yang dia berdiri. Dia terus berlari mendapatkan temannya. Belum sempat dia sampai ke arah Mamat, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular dihadapannya. Terus dia membuka langkah seribu dek kerana ketakutan pada ular itu.




“Maafkan aku, suamiku. Terima kasih kerana telah menjaga aku selama ini, tugasku telah selesai. Aku ingin pulang ke tempat asalku,” sebaik saja Ratna Sari berkata-kata, dia terus bertukar menjadi ular dan menyusup keluar dari rumah yang didiaminya selama ini bersama suaminya.

8
Komen

Cinta dan Persahabatan

Aku begitu tekun membelek majalah Nur, tanpa mempedulikan sekeliling yang rata-rata terdiri dari golongan kaum lelaki. Maklumlah petang-petang begini masa untuk kaum lelaki bermain bola sepak sesama mereka. Aku duduk kat sini pun bukan sesaja je.

“Ida, sorry buat kau tertunggu-tunggu. Aku tersekat dekat jalan nak masuk sini tadi,” Rizal sedaya upaya menerangkan sebab kelewatannya.

“Ida...! Kau dengar tak apa aku cakap ni?” pekiknya agak kuat. Aku yang terkejut mendongakkan kepala menghadapnya.


“Apahal lak kau terjerit-jerit ni?” aku membuka earphone yang terlekat pada telingaku dari tadi.

“Hampeh tul kau....patutlah aku cakap tadi kau buat derk je,” Rizal mendengus dan mengambil tempat duduk disebelahku.

“Sorrylah...aku tak perasan pun kau dah sampailah. Bila kau sampai?” Rizal tergadah mendengar soalanku.

“Lorrr....buat bazir air liur aku je bercakap dari tadi. Dah tu dekat 10 minit tercegat dia boleh tak perasan lagi,” Rizal membebel macam mak nenek.

“Sorrylah....tak sengajalah,”

“Banyaklah kau punya tak sengaja tu. Jomlah gerak. Banyak mata nakal duk perhati kau dari tadi,” Rizal bangun sambil matanya menghadap ke padang tempat orang bermain bola sepak.

“Mana kau tahu orang duk perhati aku? Kalau ada pun, kenapa? Kau jeles ke?” soal aku sengaja menduga hatinya. Namun kutahu sekelumit perasaan cemburu tak pernah tertanam dalam hatinya untukku. Ini kerana dalam hatinya telah tersemat gadis bernama Suhaila.

“Mestilah aku jeles, nanti kau kena ngorat aku jugak yang melepas,” selorohnya bersahaja. Aku terpana seketika.

“Dah, jangan nak ngada-ngada. Suhaila tu kau nak taruk celah mana pulak?” Aku pun pantas bangun dari tempat dudukku dan berjalan meninggalkan Rizal. Rizal berlari mengejar langkahku.

“Ida...!!!!Tunggulah aku,” aku mempercepatkan lagi langkah kakiku tanpa disedari aku terlanggar tubuh lelaki yang tinggi lampai.

“Woiii....mana kau letak mata?” sergah suaranya yang sedikit garau.

“Sorry, saya tak sengaja,” ucapku sedikit terketar. Dia mengetap bibir dan dengan kasar menarik kepalaku rapat kemukanya, dicengkam rambutku sekuat hati.

“Woi, apa kau buat tu? Lepaskan dia!!!” kelihatan Rizal muncul dibelakang aku.

“Ni makwe kau ke? Tolong ajar dia bila nak berjalan, mata tengok depan,” dia melepaskan cengkaman tangannya dan menolak badanku ke arah Rizal.

“Kau ni, tak boleh berlembut sikit ke dengan perempuan?”

“Pasal dia perempuanlah, aku tak boleh berlembut dengan dia,” ujarnya lagi dengan penuh kasar.

“Rileklah Fiq, jom blah,” kawannya yang berbaju hitam berbelang putih menarik lengannya dan beredar dari situ.

“Kau tak apa-apa ke?” soal Rizal sambil melihat aku dengan penuh suspen.

“Aku ok je, poyo betullah mamat tadi tu, dengan perempuan lemah cam aku ni pun nak cari pasal,” aku merengus kegeraman.

“Dahlah, janji kau tak apa-apa, jom aku belanja kau makan McFlurry Oreo nak?” Rizal cuba memancing kembali moodku yang hampir hilang gara-gara kejadian tadi.

“Mestilah nak, jom cepat,” aku menarik lengan bajunya.

“Slowlah sikit, habis baju aku koyak nanti.”

“Sorry....” ucapku tanpa melihat mukanya.



“Fiq, kau taknak join kitaorang pergi jamming kat studio ke?” soal Khaizal.

“Sorrylah beb, kau kan tau lepas apa yang jadi dulu, aku dah tak minat nak terlibat dengan benda tu semua lagi,” balas Fiq sambil tangannya ligat membancuh air milo.

“Fiq, kau sure ni?” soal Khaizal sekali lagi.

“Aku surelah beb, dah kau pergi je jamming tu. Cakap kat dorang thanks sudi jemput aku, then kirim salam kat dorang semua,” ujar Fiq sambil memutarkan sudu dalam cawan.

“Ok,aku chow dulu,” Khaizal meminta diri.

Usai kelibat Khaizal hilang dari pandangan matanya, Fiq bersandar senang pada sofa, fikiran menerawang menggamit memori dulu bersama gadis yang amat dicintainya. Mereka hampir berkahwin tidak lama dulu, Fiq terlalu sayangkan gadis itu, namun tidak disangka gadis kesayangannya sanggup mengkhianati cinta mereka.

“Fiq....kaler ni cantik tak? Muka U kan jambu, sesuailah dengan kaler ni,” Maria menayangkan baju berwarna merah jambu lembut.

“Yang, pilih kaler lainlah, I ni lelaki, bukan perempuan tau,” kata Fiq sambil mencuit hidung tunangnya, Maria.

“Ala, U ni, tak sayang Ilah tu, apa salahnya U pakai baju kaler tu,” Maria menarik muncung sedepa. Fiq tersenyum, perangai Maria satu nilah yang membuatkan Fiq tertarik padanya. Maria yang sentiasa manja dan selalu menarik perhatiannya dengan gaya merajuknya.

Namun semua itu tinggal sejarah, dia tidak dapat menerima kejadian yang telah menimpa cinta mereka. Masih diingati segala kejadian yang berlaku diklinik meragut segala rasa cinta dan kepercayaannya terhadap Maria.

“Doktor, apa macam mana dengan dia?” soal Fiq sambil memngusap lembut jari jemari Maria yang masih lesu disebelahnya.

“Encik jangan bimbang, isteri encik tak ada apa, cuma dia kekurangan vitamin saja,” Fiq menarik nafas lega.

“Apa-apa, saya ucapkan tahniah pada encik,” Fiq menarik muka terkejut.

“Ooo...isteri encik sekarang sudah mengandung 2 minggu,” ujar doktor India itu sambil tersenyum padanya. Gengaman tangan Fiq pada jari jemari Maria terlepas saat itu juga, dunianya terasa berpusing.

“Terima kasih, doktor,” Fiq segera bangun dan meninggalkan bilik doktor tanpa mempedulikan Maria. Fikiran bercelaru memikirkan segala kemungkinan yang berlaku. Maria mengikut dirinya dari belakang tanpa dia sedari.

“Fiq, nanti Fiq!” Maria melaung memanggil Fiq sekuat tenaganya. Cuba digagahkan diri yang lemah ketika itu, mendapatkan Fiq yang melangkah laju ke depan meninggalkan dirinya.

“Fiq, nanti dulu Fiq...dengarlah apa yang I nak cakapkan ni...” Maria merayu pada Fiq.

“Sudahlah, aku tak mahu dengar semua pasal engkau!” Fiq berang.

“Fiq....I rayu pada U, dengarkanlah penjelasan I Fiq,” Maria merayu sekali lagi.

“Sudahlah Maria, kau tak payah berlakon baik depan aku, aku tau semua apa yang terjadi antara kau dan Amran, sanggup korang tikam aku dari belakang.”

“Fiq, semua ni salah faham, ada orang yang cemburukan perhubungan kita...”

“Sudahlah Maria, kau ingat aku nak percaya kata-kata kau tu, kau curang belakang aku, kau bodohkan aku selama ni, tapi aku diamkan. Sehingga hari ni, semuanya sudah terjawab. Aku ingatkan Khaizal berbohong rupa-rupanya semua tu betul, korang perbodohkan aku selama ni. Aku silap sebab terlalu percayakan korang berdua sehingga aku sanggup pekakkan telinga dan butakan mata semata-mata korang!” Fiq meluahkan isi hatinya dengan perasaan marah yang membuak-buak. Maria terkaku didepannya terasa seperti mahu dicincang saat ini juga.

Benarlah kata Khaizal yang selama ini, kekasih yang amat disayanginya dan sahabat yang dipercayainya selama ini mempunyai hubungan. Namun dia tetap menyangkal dakwaan Khaizal selagi tiada bukti, namun hari ini, segalanya terbongkar juga. Gambar yang diberikan oleh Khaizal jelas menunjukkan segalanya, namun dipujuk hatinya supaya tidak percayakan apa dilihatnya. Ingin ditanya sendiri kekasih hatinya, namun tidak sempat bertanya, Maria rebah ketika berjalan bersamanya.

“Ini! Kau masih nak tipu lagi?!” Fiq melemparkan beberapa keping gambar yang berada dalam poket seluarnya. Maria mengutip satu persatu gambar yang dilempar oleh Fiq padanya. Dia menangis teresak-esak, ingin memohon maaf namun Fiq sudah melangkah jauh membawa luka yang parah pada hatinya.

Kini, Fiq kembali solo dan hatinya menolak kehadiran seorang bernama perempuan dalam hidupnya. Khabar yang dibawa tidak lama selepas mereka putus tunang, Maria dan Amran sudah selamat berkahwin.

Fiq menarik nafas panjang, sudah 4 tahun berlalu, hatinya masih berdegil untuk menerima semua perempuan yang hadir dalam hidupnya. Semua benda yang berkait rapat dengan hidupnya yang lepas telah dibuang jauh dalam hidupnya. Jika dulu dia suka memetik gitar dan bernyanyi tapi itu semua hanya tinggal kenangan. Cintanya terhadap nyanyian telah hilang seperti cintanya terhadap Maria.

Namun kini, kenapa hatinya berdegup kembali seolah-olah dilamun cinta seperti dulu. Puas sudah disingkirkan perasaan yang berlagu dihatinya saat ini, namun tidak berjaya. Malah semakin kuat pula datangnya. Fikirannya dipenuhi dengan bayangan sepasang mata galak milik seorang gadis tidak sengaja melanggarnya petang tadi. Fiq semakin hanyut dibuai perasaan sehingga dia tertidur tanpa disedarinya.

“Assalammualaikum, Fiq....oooo...Fiq...” Khaizal memberi salam. Namun tiada balasan, dia menolak daun pintu rumah dan terbentanglah kini dihadapan matanya. Fiq yang tertidur diatas sofa dengan tv yang tidak tertutup sedari dia keluar lagi.

Khaizal merapati Fiq, kononnya untuk mengejut sahabatnya itu. Langkahnya terhenti ketika ini juga apabila terpandangkan sehelai kertas yang berlakarkan seorang gadis. Serasanya sudah lama sahabatnya itu berhenti melukis, sejak dia berpisah dengan Maria. Mungkinkah temannya itu sudah jatuh cinta kembali? Khaizal tersenyum sendirian, segera dimatikan niatnya untuk mengejut Fiq. Dibiarkan Fiq lena dibuai mimpi indah bersama bayangan gadis dalam lakarannya.


“Ida, kau janganlah main-main. Aku seriuslah ni,” Rizal membentak apabila melihatku begitu galak sekali ketawakan dirinya. Aku mengesat air mata yang mengalir dimataku.

“Ingatkan taknak berhenti ketawa tadi.”

“Eleh....merajuklah tu, menyampah aku,” aku bangun dan meninggalkan dirinya.

“Ida...!”

“Apa?” aku memperlahankan langkah kakiku agar kami dapat berjalan seiringan.

“Kau rasa apa patut aku buat sekarang ni?” Rizal mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kau buat tak tahu sudah,” balasku sambil lewa.

“Kau ni, cuba serius sikit,” marahnya.

“Kau ni, asal gaduh je cari aku, kalau tak gaduh elok pulak tak cari aku. Naik muak aku nak layan kau tau, mengada-ngada,” selamba aku meluahkan kata-kata yang selama ini terbuku dalamhati dan fikiranku.

“Apa kau kata ni? Kau tak sukalah kawan dengan aku ni?”

“Kau ni cepat sangat melatah, kau tu, benda kecik pun nak kecoh. Padahal kau boleh je settlekan sendiri. Dahlah, malas nak layan kau,” aku mempercepatkan semula langkah kakiku.

“Ida, nantilah dulu, tunggu aku oit...” Rizal terpekik-pekik dari belakang.

“Ida...!” Rizal menjerit namaku sekuat hatinya. Langkahku terhenti sekali lagi gara-gara jeritannya.

“Kau ni tak sakit tekak ke? Asyik terpekik je dari tadi,” terasa nak pulas je telinga dia sekarang ni juga.

“Ni...cuba kau tengok dekat papan ni,” dia menunjukkan ke arah yang dikatakannya itu. Aku terpaku seketika.
“Sama macam muka kaulah,” ingin kusangkal telahan Rizal, namun tak mungkin dapat kusangkal kerana lukisan yang terpampang pada pokok ini begitu serupa dengan mukaku. Segera kucabut lukisan yang tertampal pada pokok itu.

“Rizal, kau cari siapa punya kerja ni!” arahku dengan tegas pada Rizal.

“Aku rasa, aku tau siapa punya kerja tu,” sapa suara asing dari telingaku. Aku berpaling ketepi kananku.

‘Macam kenal je dia ni....’ bisik hati kecilku.

“Aku rasa kau tak payah nak susah-susah cari siapa yang buat benda ni semua. Aku mengaku, aku yang buat semua tu. Tak sia-sia aku tampal benda alah ni semua, penat aku cari kau seminggu dua ni, akhirnya jumpa pun,” dia tersenyum padaku.

Aku terdiam, langkahku terasa kaku. Perasaan takut menyerbu diriku kini apabila terimbas bayangan lalu saat aku tanpa sengaja terlanggar seorang lelaki dipadang ini. Mukanya kurenung dengan rasa gerun. Semakin lama semakin dekat dia menghampiri kami berdua, apa lagi cabutlah. Segera kucapai tangan Rizal dan memecut lari.

“Apalah kau Fiq, kan dah lari budaknya. Sia-sia je usaha kau,” Khaizal menepuk-nepuk belakang Fiq yang masih lagi tersenyum.

“Takpe, aku akan jejak dia sampai dapat,” terpancar kesungguhan dari dalammatanya. Khaizal tersenyum melihat cahaya cinta yang berjaya menembusi hati Fiq sekali lagi. Dia berdoa agar Fiq berjaya mendapatkan cintanya.



“Asal kau lari? Penat tau....tak pasal-pasal aku kena ikut kau lari sekali,” kata Rizal dengan termengah-mengah.

“Entah, aku pun tak tau. Apa yang aku tau, aku gerunlah dengan dia pasal hari tulah. Apa lagi, cabutlah,” ujarku pada Rizal yang sudah mencangkung melepaskan lelah.

“Macam tu, baik kau hati-hati bila lalu dekat kawasan tu. Takut kau terserempak lagi dengan dia nanti,” ucap Rizal separuh gurau. Hatiku digaru perasaan takut mengenangkan jalan tu je yang menghubungkan jalan kerumahku.



“Assalammualaikum,” salam diberikan. Aku yang terkejut dengan spontan terlompat ketepi.

“Sorry, buat kau terkejut,” ujarnya dengan perasaan salah.

“Takpe...takpe,” aku menepis pegangan tangannya dilenganku.

“Kau jangan takut, aku tak berniat jahat pun. Aku cuma nak mintak maaf pasal dulu tu je, lagi tepat sebenarnya aku nak cakap dengan kau, aku sukakan kau,” dengan suara seakan romantis dia berkata.

“Aku mintak diri dulu,” sempat dia meminta diri sebelum aku cakap apa-apa.


Sudahnya malamku terganggu dengan kata-kata berani campur maut darinya. Seumur hidupku yang telah mencapai umur 24 tahun ini, belum pernah walau seorang lelaki pun yang meluahkan kata-kata sepertinya. Lagipun rahsia besar yang kupendam selama ini ialah aku sukakan Rizal. Namun baik dia atau sesiapa tidak tahu tentang itu.

Puas sudah aku mengalihkan badan ke kanan dan kiri. Bermacam-macam aksi sudah kubuat namun aku tidak berjaya membuang kata-kata maut lelaki itu, sudahnya aku mimpi ngeri malam tu.


Macam dalam mimpi jer, aku sendiri tak percaya tau. Mana taknya, dulu begitu payah aku nak terima cinta seorang lelaki dalam hidupku, tapi kini, aku telah membuka pintu hatiku untuk seorang lelaki bernama Shafiq Aiman. Kini, sudah hampir empat bulan usia perkenalan kami, akhirnya aku dan dia mencapai kebahagian bersama.

Cuma, sejak aku bercinta dengan Fiq sekarang ni, jarang sekali aku nampak kelibat Rizal yang sentiasa berada disampingku tiap masa. Dia terasa ke dengan aku? Atau ni semua perasaan aku? Tapi tiap kali aku nak mendekati dirinya, dia seperti mengelak dari berjumpa dengan aku.

“Rizal....nanti dulu, dah lama aku tak nampak kau, kau sihat ke?” soal aku dengan mesra.

“Aku sihat...sorrylah ye, aku ada hallah, aku chow dulu...” Rizal berlalu meninggalkan diriku dalam keadaan terpinga-pinga.



“Fiq...”

“Yup...” sahut Fiq sambil jarinya memetik tali gitar perlahan-lahan. Semenjak kami bercinta ni, Fiq dah tak ‘fobia’ lagi untuk memetik gitar dan menyanyi seperti dulu.

“Kenapa Ida tengok Fiq macam jauhkan diri dengan Ida? Kami dah tak rapat macam dulu lagi...” aku meluahkan isi hatiku pada Fiq. Fiq berhenti bermain gitar dan memandang mukaku.

“Ida...lelaki ni, ego dia terlalu tinggi. Mungkin dia terasa dengan Ida ke? Kita mana tahukan, cuba Ida slow talk dengan dia nanti,” Fiq memberi cadangan padaku.

“Em...Ida dah cuba cakap dengan dia, tapi dia mengelak je tiap kali Ida nak bercakap dengan dia...susahlah macam ni, Fiq..” aku mengeluh kecil.

“Ida jangan putus asa. Idakan kawan baik dia, mesti Ida tau cara nak tawan hati dia balik,” aku menganggukkan kepala dan tersenyum mendengar kata-kata Fiq.

“Ida...”

“Yup..”

“Kita kawin nak?” soal cepu emas ditujukan oleh Fiq padaku. Badanku tersentak kedepan seketika.

“Fiq jangan main-main....”

“Fiq tak pernah main-main, Fiq ikhlas dengan Ida,” Fiq memandang kuyu kearahku dan membuatkan debaran jantungku kian kuat berkocak.

“Kalau boleh Fiq nak kita kawin secepat mungkin.”

“Fiq, serius ke?”

“Fiq serius sayangku...”

“Tak terlalu awal ke? Kitakan baru je kenal...”

“Cepat atau lambat sama je, Fiq yakin Ida tercipta hanya untuk Fiq...dan Fiq tercipta hanya untuk Ida,” ujarnya lagi sekaligus membuatkanku tersenyum sekali lagi.

“Kita kawin ye sayang?” soalnya sekali lagi, dan kali ini aku tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju.

“Thanks, sayang. Bulan depan jugak kita nikah...” dia menjerit kegembiraan, mukaku diserbu rasa malu bercampur gembira.




“Tan, kau nampak Rizal tak?” soalku pada Tan, merangkap kawan baik Rizal selain aku.

“Kau tak tahu ke?” soal Tan.

“Tahu apa?” soal aku pulak.
“Rizal dah berangkat ke Dubai semalam, dia kata kau tau...ni yang aku musykil ni. Korangkan rapat, mustahil kau tak tahu..” Tan mengerutkan mukanya.

“Serius, aku tak tahu. Takpelah, kalau macam tu..alang-alang aku jumpa kau ni. Nah, untuk kau,” aku menghulurkan sekeping kad bersampul biru lembut pada Tan.

“Apa ni?” dia membelek kad yang aku berikan padanya.

“Kad kawinlah,” ujarku.

“Siapa mau kawin? Kau ke?” soalnya sambil mengaru-garukan kepalanya.

“Yup...akulah nak kawin, jangan lupa datang tau,” jemputku.

“Ok,” balasnya sebelum kami berdua berpisah.




“Sayang, buat apa tu? Dari tadi abang tengok sayang mengadap PC je, tak elok untuk baby tau,” Fiq menghampiri aku.

“Sikit je lagi bang, tengah balas email budak-budak ni,” balas aku sambil tersenyum pada suamiku.

“Yelah, jangan lama-lama tau, nanti sayang juga mengadu sakit pinggang,” Fiq berpesan padaku sambil memicit bahuku...kurang sikit rasa lenguh pada badanku.

“Bang, email dari Rizallah....!” aku terjerit tanpa diduga.

“Ishk....sayang ni, jangan jerit kuat sangat, terkejut baby tu nanti..”

“Sorry.....tak sengaja, teruja jap,” balasku sambil tersengih. Aku melarikan anak panah ke nama Rizal dan membukak email yang dihantarnya dengan perasaan teruja.


Assalammualaikum member lama....apa khabar? Sorry sebab menyepi selama ni dan buatkan kau tertanya-tanya. Aku dengar khabar kau dah kawin sekarang ni? Mesti kau dah pregnantkan? Kalau betul tekaan aku, tahniah aku ucapkan buat korang berdua. Aku sekarang pun dah selamat jadi laki orang (pssttt....gambar kawin aku ada aku sertakan sekali buat tatapan kau). Sebenarnya, dulu aku kecewa sangat bila aku tau korang bercinta, tulah punca aku larikan diri dari kau. Ok, dah terlepas pun semua beban yang aku tanggung selama ni, kita tutup cerita dulu dan bukak cerita baru. Apa-apa pun, nanti aku balik Malaysia, orang pertama akan aku cari ialah kau....!!! Sahabat dunia akhirat aku..oklah, aku chow dulu. See you soon....




Sekali lagi, aku tersenyum panjang setelah selesai membaca email dari Rizal, baru kini semua pertanyaan yang sentiasa menyesak mindaku terungkai dengan kenyataan Rizal. Benarlah kata pepaatah, kalu dah jodoh tu tak kemana...Rizal akhirnya bersatu jugak dengan Suhaili dan aku....aku kini bahagia sangat dengan kehadiran Fiq dan penyeri hidup kami berdua tak lama lagi.

3
Komen

Buruk 8

Aku membelek novel yang tersusun dirak novel melayu berhampiran kaunter. Dah lama tak baca novel, gaji lak tak masuk lagi. Kalau tak boleh tangkap satu novel ni. Seronoklah pulak tengok sinopsis dia tadi.

Habis satu novel aku tarik dan kutatap sinopsis dia, banyak betul novel yang menarik hatiku. Namun yang lebih menarikkan tangkai hatiku ialah novel bertajuk Serasi Dihati yang dikarang oleh Nora Ismail.

“Ai..takkan tengok dan pegang je novel tu. Kalau dah berkenan beli jelah.” Aku disergah satu suara dari tepiku.


“Dari tadi saya duk perhati awak, asyik belek je novel tu. Kalau berkenan ambik jelah, saya belanja.” Tutur bosku lagi.

“Takpelah bos, saya tengok je. Tak nak beli pun.” Aku menolak lembut.

“Ish..awak ni. Jangan tolak rezeki kalau orang nak belanja. Ambik jelah, saya ikhlas nak bayarkan.” Melihat kepakuan aku disitu, dia pun menarik sendiri novel yang kubelek dari tadi dirak dan tanpa berlengah menuju ke kaunter untuk membayar.

“Terima kasih bos. Malu saya dengan bos.” Aku menolak kebelakang sedikit cermin mataku.

“Awak nak malu kenapa pulak. Awak ni alien ke?” guraunya dan membuatkan aku tertawa.

“Pandailah bos ni bergurau. Apa pun terima kasih untuk novel ni.” Aku mengangkat plastik beg yang berisi novel tadi. Dia tersenyum melihat aku.

“Itu hadiah untuk awak sebab sudi teman saya beli hadiah ni. Sebenarnya hadiah ni untuk mak saya. Maklumlah hari ibu kan tak lama je lagi. Awak tak beli apa-apa ke untuk mak awak?”

“Saya anak yatim piatu bos. Saya sebatang kara je kat dunia ni.” Sayu aku menjawab pertanyaannya.

“Maaf, saya tak tahu.”

“Takpe.Kita nak kemana lagi ni bos?” soalku.

“Entah. Awak lapar ke?”

“Tak. Bos lapar ke? Kalau lapar saya temankan bos makan je.” Ujarku dengan laju.

“Rasa kenyang lagi. Takpelah kita jalan-jalan pastu kita balik ofis.”

“Baik, bos.” Jawabku sambil tersenyum.


Kami berjalan menuju ke lif, namun tanpa disangka datang seorang perempuan yang kukira agak cantik juga orangnya ke arah kami. Orangnya tinggi lampai, pakaian daring habis tu je yang tak cantik sebab bagi aku dianya mencacatkan je kecantikan perempuan tu.

“Hai, Bad. Amboi berjalan dengan awek sampai tak nampak I yang cantik dan seksi kat sini.” Ujarnya dengan bangga. Aku melihat muka bos berubah sedikit mungkin menyampah atau terkejut dengan kedatangan perempuan tu kot.

“Hai, Lin. By the way, ni Tasha. Tasha, kenalkan ni Lin, sepupu saya.”

“Nice name, tapi tak seswai dengan orangnya.” Pedasnya kata-kata dia. Ingat dia tu lawa sangatlah tu.

“Lin, asal biadap sangat ni. Hormatlah orang sikit. Dah aku jalan dulu.” Aku terasa tanganku ditarik oleh bosku yang bengang dengan situasi tadi.

“Sorry Tasha. Dia memang macam tu. Jangan ambik hati ye.” Pintanya dengan lembut.

“Takpelah bos, saya dah biasa kena macam tu, lagi teruk dari tu pun ada.” Balasku untuk membuatkan hatinya selesa sikit. Namun hatiku jua yang tersakit.

“Kita balik ofis ye.”

“Baik bos.” Sahutku.


“Tasha, balik karang saya hantar awak.”

“Takpelah bos, saya boleh balik sendiri naik bas.” Aku menolak ajakannya. Bukan apa, pagi tadi cukuplah dengan dia menumpangkan aku.

“Takpe, saya ikhlas ni.” Gasaknya lagi.

“Kalau macam tu, baiklah.” Aku memberi kata putus. Dia tersenyum mendengar jawapanku. Mungkin dia rasa bersalah sebab tadi kot. Aku menapak ke tempat dudukku.

“Tasha, kau ke mana dengan dia hah? Kan aku dah cakap jangan dekat dengan dia lagi!” bentak Sherry depanku. Menghalang laluan betullah dia ni, dahlah mulut busuk.

“Sibuklah kau.” Aku menolak tubuhnya ke tepi. Dia tercengang dengan tindakan aku. Dia menghentak kaki tanda protes dan berlalu pergi.

“Amboi, berjalan kau ye seharian. Mana kau pergi ni, Tasha?” soal Kak Siti padaku yang baru melabuhkan punggung ke kerusi.

“Akak ni. Belum sempat duduk lagi dah sembur soalan. Tadi teman bos pergi jumpa client pastu lunch le sesama.” Terangku dengan muka dua puluh sen.

“Wah, sudah maju kau sekarang ek. Apa lagi cucuklah bos tu. Diakan single and available lagi.” Kak Siti menyucuk aku. Aku hanya tersengih padanya.

“Pandai jelah akak ni. Siapalah kita ni kak, nak pandang pun tak lalu.” Kataku lagi.

“Yelah tu, ni ada kerja baru masuk pagi tadi. Akak dah letak bahagian kau atas tu. Berita gembira untuk kau, lepas ni kau takyah jadi coffee lady lagi. Coffee lady kita dah masuk kerja balik. Selamatlah kau dari gangguan minah mental tu.” Habis herot mulut Kak Siti memberitahuku. Aku tersengih melihat telatahnya.

3
Komen

Pakweku, Artis Pujaan! 7


“Ok, kita dah sampai, jom turun,” aku menarik hujung lengan bajunya. Dia ni gemar sangat pakai baju t-shirt lengan panjang, untung sikit leh tarik hujung lengan dia.

“Kita dah sampai kat mana ni?” soal dia sebaik saja kami berdua selamat menjejakkan kaki keluar dari tren.

“Kita sekarang kat Mid Valleylah, selalukan kau naik kereta, mana kau nak tau.”

“Yelah, yelah, salah aku tak pernah naik transport awam,” balasnya sedikit merajuk.
Macam tak percaya je dia pandai merajuk.


“Jom main boling,” ajakku dengan sedikit teruja.

“Jom,” kami berdua berjalan seiringan menuju ke tempat bermain boling. Lepas puas berlawan sampai 3 game, kami pergi makan pulak, lepas makan kita tengok wayang cerita Jangan Tegur, seram wooo...

“Ain, lepas ni kita nak pergi mana lagi?” soal dia.

“Kita pergi shopinglah, teman aku pergi MPH, Speedy dan seangkatan dengannya,” kataku yang pantang bershoping ni, tapi minat aku lebih kepada novel, komik, dan layan cerita tak kisahlah cerita apa pun. Puas pusing ke semua tempat, sempat juga kami ambik gambar bersama-sama. Nak buat kenanganlah katakan, tambah lagi tengok keadaan dia yang melampau punya hensem dengan misai tipu yang aku belikan ni.

“Eeee....comelnya bear ni...” aku mengusap bulu bear berwarna biru ditepiku.

“Nak ke?” soalnya tiba-tiba.

“Tak naklah, saja pegang je, kenapa? Kau nak belikan untuk aku ke?” soalku separuh bergurau.

“Kalau kau nak, boleh je.”

“Takpelah, siapa nak pegang nanti? Dahlah kena berhimpit dalam tren nanti,” balasku.

“Ya tak ya jugak ek, lain kali jelah, jom balik,” ajaknya. Aku setuju jelah, badan pun dah penat ni, teringat pulak tilam dekat rumah yang terasa seakan-akan memanggil aku untuk baring diatasnya.

“Ramainya orang,” Jerry sedikit berpeluh berhimpit dengan orang yang memenuhi tren, nak tempuh balik ke Wangsa Maju memang ramai, kena pulak dengan time orang balik kerja.

“Sabarlah sikit ek, memang ramai orang time ni, jaga sikit benda tu,” aku menunjukkan benda yang bertepek bawah hidungnya yang mancung. Aku mengalihkan pandangan mataku ke sebelah kanan, Jerry terpisah sikit dari aku.

‘Asal aku rasa semacam je ni?’ aku berbisik dalam hati.

Badanku berpeluh sekejap, terasa tidak selesa dengan keadaan sekarang ni, terasa macam tempat yang tidak sepatutnya seakan diraba oleh seseorang.

‘Apa aku nak buat ni?’ aku berkalih tempat kedepan sedikit, ‘orang’ tu masih ikut jugak. Mukaku berubah sedikit pucat, tak tahu nak buat apa. Malah tangannya makin liar.Aku memejamkan mataku, serasa seperti mahu menangis pun ada.

Aku membuka kembali mataku kerana terasa seperti badanku ditarik oleh seseorang. Bau minyak wangi yang dipakainya menyerbu hidungku. Jerry!!! Dia selamatkan aku dari ‘orang’ tu. Dia mengepong aku ke dalam pelukannya yang sedikit longgar.
“Thanks, Jerry...” ucapku antara dengar atau tak oleh dia.


“Kau ok tak?” soalnya selepas kami selamat sampai ke destinasi.

“Aku ok, thanks sebab selamatkan aku,” ucapku sekali lagi.

“Kenapa kau tak jerit je tadi?”

“Aku kagetlah, tak boleh nak fikir pun.”

“Nasib baik aku pandang kau, kalau tak entah apa lagi mamat gila seks tu buat dekat kau,” ujarnya dengan nada sedikit kesal.

“Dahlah, jom. Aku hantar kau sampai depan rumah,” dia memimpin tanganku dan menghantar aku sampaidepan rumah.

“Jerry, thanks. Seronok sangat hari ni. Ok, dah boleh cabut benda tu sekarang,” kataku sambil tersenyum padanya.

“Lupa pulak, seksa gila pakai benda alah ni.”

“Sorry, aku dah banyak menyusahkan kau untuk hari ni saja, thanks bawak aku keluar hari ni,” kataku sekali lagi.

“No problem, hal kecik je tu, lain kali nak keluar lagi cakap je,” ujarnya.

“Betul ke?” aku terjerit kecik. Seakan tak percaya dengan kata-katanya tadi.

“Sebelum kau balik, ambiklah ni. Aku beli khas untuk kau tadi,” aku menghulurkan sebungkus plastik padanya.
“Apa ni? Thanks, aku pun ada something untuk kau,” giliran dia pulak menghulurkan kotak kecik berwarna pink padaku.

“Terima kasih, buat susah-susah je,” kataku sambil tersenyum sekali lagi.

“Oklah, aku nak balik dah. Jumpa esok, jangan demam-demam lagi tau,” sempat dia berpesan sebelum bergerak.


“Apa yang dia bagi aku ni?” aku menggoncang-gongcangkan kotak berwarna pink tu beberapa kali, akhirnya aku bukak jugak.

“Wau...comelnya,” aku mengangkat benda yang diberikan oleh Jerry dengan lebih tinggi lagi. Dia bagi aku cincin silver siap ada love lagi tu. Aku menyarungkan cincin tu pada jariku, muat-muat. Pandai dia pilih.



“Apa minah ni bagi kat aku ek?” Jerry membelek-belek bungkusan tu kemudian baru dia bukak.

“Woooo...boleh tahan jugak benda dia bagi ni, kena pulak dengan taste aku,” dia mengangkat kemeja berwarna hitam belang biru, cantik jugak. Tak cukup dengan tayang terus dia menyarung baju itu kebadannya.
13
Komen

Rumah Tumpangan


“Ajid, bila nak sampai ni? Naik kematu aku punya buntut tau,” adu Maria yang sedari tadi mengerut-ngerutkan dahinya menahan bahang panas dipunggungnya.

“Sabarlah, aku tengah cari jalan nak keluar ni. Dahlah nak maghrib ni. Sesat lak tu,” Yazid kegeraman lalu menghentak tangannya distering kereta dengan agak kuat.

“Korang ni boleh sabar tak? Dari tadi asyik merengek je. Aku lempang korang sekor-sekor baru tahu,” sergah Amirul yang terkenal dengan panas barannya. Maria dan Julia terkedu mendengar sergahan Amirul yang ternyata seperti halilintar.


“Kan dah kena, cuba tengok aku rilek je,” sampuk Mior yang sedari tadi diam melayan lagu jiwangnya diMp5 kesayangannya. Kedua gadis itu menjeling tajam ke arah Mior.

“Habis tu macam mana nak sabar? Buntut aku dah sakit sangat ni. Dah nak masuk Maghrib dah pun tapi tak sampai-sampai lagi. “ Julia kegeraman.

“Macamnilah...kalau kita tak jumpa juga jalan keluar dari sini. Kita berhenti jelah dekat mana-mana rumah tumpangan yang ada sekitar sini,” akhirnya Yazid mengeluarkan pendapatnya supaya perkara sesat ini tidak berlarutan lagi.

“Kalau yang tu aku setuju, kau drive je sampai depan sana. Mana tahu kalau-kalau ada pekan ke bandar ke kat depan tu. Mesti ada rumah tumpangannya,” Maria mengarah Yazid.

“Macam mana kita boleh sesat ek....pelik juga aku. Sebab terlepas simpang je kot depan masa tu,” Amirul berfikir semula kejadian terlepas simpang dan mengundang mereka sesat sehingga tidak tahu dimana tempat ini. Mereka sekumpulan pelajar dari kolej yang kononnya berhajat untuk melawat rakan sekelas mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan mereka berlima sepakat untuk melawat rakannya yang berada diKelantan.

“Kaulah, poyo sangat. Cakap berdegar je habuk pun tarak. Kalau bukan sebab kau yang terer sangat pasal jalan ni. Takdelah kita sesat rata macam sekarang ni,” Julia bersungut lagi dan membuatkan Amirul kebengangan dengan kata-kata Julia.

“Dah...dahlah korang ni...kang gaduh pulak,” Yazid menekan mereka yang dari tadi bertengkar.

“Korang....tengok depan tu macam ada pekan je,” kesemua leher memanjang kedepan seperti zirafah.

“Yelah...ok, pe lagi Jid. Dah dekat dah tu. Pecutlah lebih sikit,” Julia mengarah Yazid membawa kereta lebih laju lagi.

“Kau ni...kang tak pasal-pasal jadi lain pulak. Biar lambat asal selamat,” balas yazid pula. Julia mencemik bibir kecilnya.

“Korang semua, kang kalau nampak orang jual makanan kat tepi jalan cakap tau. Kalau ada gerai ke cantik gak tu.,” ujar Mior yang tiba-tiba bersuara sambil memegang perutnya.

“Kau tu memang, takde benda lain dah. Asyik makan je,” bebel Maria dan hanya membuatkan Mior tersengih umpama kerang busuk.

“Tu macam ada gerai je kat depan tu. Ajid..berhenti jap, kita pergi beli makanan dululah,” ajak Maria.

“Ok jugak tu, perut aku pun dah berdondang sayang ni,” sahut Yazid.


Mereka turun dari kereta dan berebut untuk duduk dimeja bulat.

“Macam budak-budaklah korang ni. Itu pun nak berebut ke?” tegur Amirul. Mereka bertiga yakni Mior, Maria dan Julia tersengih saja mendengar teguran Amirul. Mereka membuat pesanan makanan berat yang ada memandangkan dari petang perut mereka kosong sahaja. Selesai makan Amirul bangun dan berjalan untuk membayar harga makanan. Tidak lupa pesan rakan-rakannya supaya bertanya pada pemilik gerai.

“Pak cik, boleh kami tumpang tanya?” sapa Amirul pada pemilik gerai makanan yang mereka berhenti sekarang.

“Wa’alaikumsalam. Anak nak tanya pasal apa tu?” balas pak cik itu dengan senyuman.

“Kami sebenarnya dah tersesat. Tapi memandangkan hari dah jauh malam. Kami ingat nak singgahlah rumah tumpangan yang ada kat sini,” ucap Amirul lagi.

“Kat sini takde rumah tumpangan nak hatta motel sekalipun. Biasanya orang menumpang dimasjid pekan yang terletak kira-kira 2 kilometer je dari sini,” balas pak cik itu lagi.

“Macamtu ke pak cik? Takpelah. Terima kasih. Kami pergi dulu ya.

Assalammualaikum,” Amirul meminta diri.

“Wa’alaikumsalam, hati-hati ya nak,” sempat pak cik itu berpesan pada Amirul.


“Apa pak cik tu cakap tadi? Ada ke rumah tumpangan dekat sini?” soal Yazid sebaik sahaja mereka semua masuk kedalam kereta Wajanya.

“Pak cik tu kata dekat sini takde rumah tumpangan. Selalu pun orang singgah masjid je untuk bermalam. Tapi masjid tu, dalam 2 kilometer baru jumpalah,” terang Amirul.

“Macam tu korang tahanlah sikit ek...tak lama je tu,” kata Yazid.

Kira-kira 700 meter ke depan mereka terhenti apabila terlihat sebuah rumah yang kelihatan seperti rumah tumpangan. Yazid menghalakan keretanya ke simpang masuk ke rumah tumpangan itu.

“Kau buat apa ni? Kan pak cik tu cakap tadi dekat sini mana ada rumah tumpangan,” kalut Amirul melihatkan Yazid yang tiba-tiba masuk ke simpang yang kiri kanan dipenuhi dengan pokok-pokok besar.

“Lah...kau ni. Cuba kau korek sikit taik mata tu. Percaya sangatlah cakap orang tua tu tadi, ni bukan rumah tumpangan ke namanya? Tengok signboard kat luar tu tadi, kan ke ada tulis rumah tumpangan masuk ikut sini tadi,” ujar Yazid pada Amirul.

“Betullah Mirul. Kitaorang pun nampak signboard tu tulis rumah tumpangan masuk ikut simpang ni. Lagipun aku tengok ok je rumah ni. Kereta pun ada 4 bijik depan tu,” Mior mengunjukkan jari telunjuknya didepan rumah tumpangan itu.

“Aku rasa pak cik tu main-mainkan kita jelah tadi. Atau dia tak perasan dekat sini ada rumah tumpangan,” sampuk Maria pulak.

“Betul....betul...betul...” ungkap Julia menyokong kata-kata Maria.

“Ikut suka hati koranglah. Janji kita semua selamat nanti,” Amirul melepaskan nafas tidak tenangnya.

Kereta Yazid semakin menghampiri rumah tumpangan itu. Kereta dipakir disebelah kanan bangunan berdekatan pokok.

“Ok...dah sampai. Jomlah turun...angkut barang masing-masing. Aku pergi check-in jap,” pinta Amirul selaku ketua tak diiktiraf. Masing-masing kebelakang kereta dan mengambil beg. Maria membetul-betulkan urat belakang yang terasa begitu sengal sekali. Julia mengusap perlahan lehernya umpama mengurut.

“Ok...kita boleh masuk dah. Aku ambik 2 bilik je. Nak jimat kos kita. Maria dan Julia korang satu bilik. Kitaorang satu bilik, bilik kita setentang je. Ada apa-apa boleh panggil kitaorang,” Maria menganggukkan kepalanya tanda faham. Julia hanya memandang saja tanpa berbuat apa-apa.

“Jomlah Julia. Aku dah ngantuk sangat ni. Apa-apa pun mandi dulu then tidur.”

“Jangan lupa solat dulu sebelum tidur,” pesan Amirul. Mereka menganggukkan kepala lalu pergi menuju ke bilik.

“Julia, boleh tak kau capaikan tuala aku? Aku terlupa bawak masuklah tadi....,” tiada sahutan.

“Julia....ooooo...Julia...,” Maria menguatkan lagi volume suaranya. Terdengar bunyi derapan kaki menuju ke bilik air. Maria menghulurkan tangannya keluar pintu. Tuala dihulurkan dari luar ke dalam.

“Thanks Julia,” ucap Maria. Dia terus mengeringkan badannya dengan tuala itu. Setelah itu, Maria keluar dari bilik air dan menuju ke katilnya untuk memakai baju. Sedang asyik Maria mengenakan baju pada badannya, dia dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh ke atas lantai. Dia berpaling ke arah bunyi tersebut.

“Julia, kau jangan nak main-mainkan akulah. Macamlah aku tak tahu tu kau. Baik kau keluar je. Ingat aku tankut ke?” Maria berkata dengan kuat agar Julia mendengar katanya dan keluar dari tempat persembunyiannya. Namun tiada jawapan dari Julia, bilik menjadi sepi.

“Julia....kau jangan nak main-mainkan aku,” nada suara Maria berubah. Sekali lagi dia dikejutkan dengan bunyi tombol pintu dibuka dari luar. Muka Maria berubah jadi ungu.

“Maria, kau tercegat kat situ buat apa? Kitaorang lepak kat luar tadi, tunggu kau tak turun-turun, aku pun naiklah, takut jadi apa-apa lak dekat kau,” tanpa disuruh Julia bercakap.

“Bukan ke kau dalam bilik tadi? Kau hulurkan......” Maria terhenti untuk berkata apa-apa lagi. Otaknya ligat berfikir.

“Kenapa? Kau dengar bunyik pelik-pelik ke?”

“Ada juga, aku ingatkan kau,” ujar Maria.

“Merepeklah kau. Bunyi kucing ke angin ke. Dahlah, jom tidur. Kalau kau nak solat, solatlah. Pastu baru tidur,” ujar Julia sambil melangkah ke atas katil dan berbaring. Akhirnya dia terlelap tanpa sempat Maria berkata dengan lebih lanjut lagi.

“ish...budak ni. Aku tak sempat nak cakap apa-apa lagi dah tidur lak,” Maria membebel sambil tangannya ligat memakai telekung ke kepalanya. Lalu dia pun meneruskan solat.Usai solat, Maria mematikan semua lampu dan hanya dipasang lampu tidur yang disediakan oleh rumah tumpangan ini.


“Mirul, Mior, esok jangan lupa bangun awal tau. Lepas subuh esok kita bertolak,” Yazid berpesan pada mereka berdua.

“Ok,” jawab mereka serentak.
“Dahlah, jom tidur. Penat tak hilang lagi ni,” Yazid membaringkan dirinya di atas katil dan terus terlelap. Mereka berdua pun terlelap juga akhirnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Tak sampai sejam masa berlalu, Yazid tersedar kerana dirasakan seperti selimut yang menutupi badannya ditarik dari bawah. Dia terbangun dan memandang sekeliling bilik, apabila dirasakan tiada apa yang berlaku. Dia menarik semula selimut menutupi badannya.



Sementara itu, dibilik Maria dan Julia. Maria terasa seperti perutnya dicucuk-cucuk dengan kuat. Dia terbangun, namun keadaan gelap membuatkan dia takut lalu memejamkan semula matanya serapat mungkin. Sekali lagi perutnya memulas dengan kuat membuatkan dia dengan spontan berlari menuju ke dalam bilik air untuk melepaskan hajatnya.

Setelah hampir 5 minit keadaan perutnya kembali stabil. Dia pun keluar dari bilik air dan berjalan dengan penuh malas. Dilihat Julia yang sedang nyenyak tidur tanpa sebarang gangguan membuatkan matanya mengantuk kembali. Dia membaringkan badannya ke atas katil bersebelahan Julia.

Mariakembali membaca doa tidur sebelum mengatup matanya. Dia sempat mengeliat dan kemudiannya menarik bantal peluk yang berada ditengah antara dia dan Julia. Dipeluk dengan erat bantal peluk itu, namun matanya kembali terbukak apabila terasa bantal yang dipeluknya lain macam. Keras dan tidak lembut malah lain sekali bentuknya.

Dia meraba bantal peluk itu, kemudian dengan rasa tidak puas hati dia membuka semula lampu tidur yang terletak dimeja kepala katil. Dia berpaling semula melihat bantal peluk itu, sekali lagi dia dilanggar rasa terkejut.

“Arrrghhhhhh.....!!!!Pocong...!!!!” Maria terkejut lalu menjerit sekuat hatinya lalu rebah. Julia yang terkejut segera bangun apabila terdengar jeritan Maria.

“Maria...Maria...asal kau jerit ni?” Julia menggoncang badan rakannya itu sekuat hati. Tiada reaksi. Julia bangun untuk membuka suis lampu bilik. Langkahnya terhenti, matanya terpaku, nafas terasa pendek demi terlihat sesusuk lembaga berbalut kain putih dari kepala hingga kaki seperti pocong. Ingin dia menjerit namun lidahnya seolah dipaku untuk menjerit.

Kelihatan seperti pocong itu bergerak menuju ke arahnya. Julia menggagahkan diri berlari menuju ke bilik rakannya yang lain. Sampai saja di depan pintu mereka, Julia mengetuk pintu mereka dengan sekuat hatinya.

Dum! Dum! Dum!
“Siapa pulak tu, kacaulah...orang nak tidur ni..,” Mior membebel separuh sedar. Amirul yang terasa tidurnya terganggu terus bangun kononnya nak memarahi siapa yang menganggu lena mereka. Sebaik saja pintu bilik dibuka, Julia menerpa masuk dan secara spontan terpeluk Amirul yang separuh segar.

Amirul yang terkejut dengan tindakan spontan Julia segera meleraikan pelukan rakannya itu. Dilihat keadaan Julia yang begitu cemas umpama orang yang baru selesai lari 400 meter.

“Kenapa dengan kau ni? Tau tak sekarang pukul berapa?” soal Amirul dengan tegas. Julia tergagau-gagau untuk bercakap.

“Po...po...pocong...!” ujarnya dalam payah.

“Hah?! Pocong? Mana?” soal Amirul dengan kalut. Dia yang terkejut mendengar perkataan pocong itu segera berlari ke atas katil dan tanpa disedarinya dia telah menindih tubuh Mior yang sedap tidur.

“Woi...!!!sakitlah...tak nampak ke aku tengah tidur ni?” Mior membentak.

“Apa bising-bising ni?” soal Yazid.

“Po...po...pocong..,” ujar Amirul lambat-lambat. Julia terpaku menyaksikan aksi Amirul yang disangkakan mempunyai semangat yang kuat darinya.

“Apa????Pocong???? Kau jangan buat lawaklah Mirul. Mana ada pocong kat sini,” balas Yazid yang sedikit bengang akibat tidurnya yang terganggu.

“Memanglah takde kat sini. Tapi ada kat bilik kitaoranglah. Seram aku..,” balas julia yang terpaku depan pintu dari tadi.

“Betul ke? Maria mana?” soal Yazid apabila menyedari Maria tiada bersama Julia.

“Maria masih dalam bilik. Pengsan...aku terus lari sini tadi. Jomlah teman aku masuk bilik. Aku takutlah,” pinta Julia.

“Woi...siput sedut bangunlah,” Yazid mencepuk kepala Mior. Mior menggosok kepalanya.

“Kacau betullah korang ni,” sunggut Mior sambil bangun dengan malas, Amirul yang separuh berani tu pun bangun mengikut Mior sambil tangannya kemas berpegang pada lengan Mior.

“ Lemaslah aku kau buat macamni. Geli tahu...,” Amirul cuba melepaskan pautan Amirul pada lengannya. Namun tidak berjaya malah makin kuat lagi.
“Janganlah macamni. Aku takutlah beb...kecik-kecik dulu aku selalu kena sakat dengan hantu. Fobia tau..” Amirul memecahkan rahsianya yang selama ini tersimpan kukuh dalam diari hidupnya.

“Apa-apa jelah korang ni...jom cepat...” mereka semua menarik nafas dan melangkah menuju ke bilik Maria dan Julia.

“See....mana ada apa-apa pun. Pandai je buat cerita,” ujar Yazid dengan perasaan geram.

“Dah, biar aku pikul je budak ni. Malam ni kita pakat tidur dalam bilik kitaorang jelah dulu,” Yazid menaikkan lengan bajunya dan bersedia untuk mencempung Maria.

‘Asal berat lak minah ni? Rasa cam nak putus urat kentut aku ni’ gumam Yazid namun digagahi juga untuk mengangkat Maria.

“Asal korang pandang aku macam tu? Dari korang pandang je baik korang tolong aku angkat Maria ni sekali. Berat nak mampus minah sekor ni,” sepi, tiada sahutan dari rakannya yang berdiri rapat antara satu sama lain. Yazid pelik memandang reaksi muka sorang-sorang yang Julia pucat lesi mukanya, manakala Mior dan Amirul ternganga kepucatan.

“Apahal korang ni?” soal Yazid. Mereka bertiga meneguk liur dengan kepayahan sebelum mengangkat jari dengan menggeletar menunjuk ke arah badan Maria yang dicempung penuh semangat oleh Yazid. Yzaid mengerutkan dahinya dan menjatuhkan pandangan ke arah Maria.

“Argghhhh...!!!” secara spontan Yazid melepaskan benda yang dipegangnya. Hampir gugur jantungnya melihat benda yang dicempungnya ialah pocong. Mereka yang lain turut terjerit, Yazid terpaku keras disitu memandang benda yang bergolek pada kakinya. Amirul segera menarik Yazid dan dibawa lari dari situ, Julia turut mengikut jejak Amirul. Mior yang masih mempunyai sisa semangat segera mencempung badan Maria lalu keluar dari bilik itu mengikut rakannya yang lain.

Mereka berlari menuju ke kaunter bawah, nasib mereka begitu baik apabila terlihat sesusuk lembaga pekerja wanita yang kebetulan ada dikaunter. Mereka menerpa ke kaunter dan dengan nafas yang tercunggap-cunggap Amirul memanggil pekerja wanita itu.

“Kak...kak...tolong kami kak..ada hantu..,” ujar Amirul dengan nafas yang tercunggap-cunggap.

“Kak...ooo...kak..,” Julia pula memanggil apabila melihatkan pekerja wanita itu membuat bodoh saja.

Perlahan-lahan pekerja perempuan itu mengangkatkan mukanya ke atas. Mereka semua terkejut apabila memandang muka pekerja perempuan itu yang dipenuhi darah dan ulat merayap disekitar matanya yang berlubang. Keadaaan muka pekerja perempuan itu sungguh mengerikan sekali hingga membuatkan perut mereka terasa mual sekali.

Mereka semua bertindak untuk berlari keluar menuju keluar dari bangunan ini. Namun apa yang mereka dapat hanyalah sia-sia sahaja. Akhirnya mereka menemui jalan buntu dan kesemua mereka pengsan akibat keletihan dan ketakutan.



“Tengok tu, ada oranglah pak,” ujar seorang gadi remaja pada bapaknya.

“Mana nak?” soal bapaknya dan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya.

“Tu, pak..kat kubur lama tu,” ujar anaknya sekali lagi.

“Yelah, mari kita ke sana,” ajak bapaknya.

“Nak...nak...bangun nak..,” Pak Yob cuba mengejut mereka yang terdampar di atas kubur lama ini.

Mereka berlima terpisat-pisat membuka kelopak mata. Apabila mata mereka terbukak luas sekali lagi mereka terjerit apabila terlihat tempat yang mereka duduk iaitu di atas kubur dan tertanam beratus-ratus batu nisan.

“Kami kat mana ni, pak cik?” soal Amirul.

“Kamu semua ada kat kubur lama ni. Apa yang jadi sebenarnya ni?” soal pak cik itu lagi. Mereka semua berpandangan antara satu sama lain.

“Kan pak cik dah pesan, kalau nak bermalam pergi dekat masjid. Kenapalah kamu semua degil sanagt ni?” Pak Yob mendengus marah.

“Sabarlah pak. Dorang semua tak tahu apa tu,” anak gadisnya cuba menenangkan hati tuanya.

“Maaflah nak, teremo pulak. Pak cik bukan apa, dah ramai yang terkena dekat situ. Kawasan lama, mestilah keras sikit. Nasib baik kamu semua selamat,” Pak Yob kembali tersenyum.

“Takpelah pak cik, salah saya jugak. Degil sangat, tak ikut cakap pak cik,” ucap Yazid dengan perasaan bersalah.

“Takpelah, jadikan je pengajaran buat kamu semua dan juga pak cik anak- beranak,” kata Pak Yob lagi.

“Kalau macam tu, kami mintak diri dululah ye. Dah lewat pun ni, terima kasih ye Pak Yob,” ucap Amirul sambil bersalaman dengan Pak Yob. Sementara itu, Maria dan Julia bersalaman dengan anak gadis Pak Yob. Mereka semua masuk ke dalam perut kereta, bersedia untuk bergerak menuju ke destinasi.