SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Rumah Tumpangan


“Ajid, bila nak sampai ni? Naik kematu aku punya buntut tau,” adu Maria yang sedari tadi mengerut-ngerutkan dahinya menahan bahang panas dipunggungnya.

“Sabarlah, aku tengah cari jalan nak keluar ni. Dahlah nak maghrib ni. Sesat lak tu,” Yazid kegeraman lalu menghentak tangannya distering kereta dengan agak kuat.

“Korang ni boleh sabar tak? Dari tadi asyik merengek je. Aku lempang korang sekor-sekor baru tahu,” sergah Amirul yang terkenal dengan panas barannya. Maria dan Julia terkedu mendengar sergahan Amirul yang ternyata seperti halilintar.


“Kan dah kena, cuba tengok aku rilek je,” sampuk Mior yang sedari tadi diam melayan lagu jiwangnya diMp5 kesayangannya. Kedua gadis itu menjeling tajam ke arah Mior.

“Habis tu macam mana nak sabar? Buntut aku dah sakit sangat ni. Dah nak masuk Maghrib dah pun tapi tak sampai-sampai lagi. “ Julia kegeraman.

“Macamnilah...kalau kita tak jumpa juga jalan keluar dari sini. Kita berhenti jelah dekat mana-mana rumah tumpangan yang ada sekitar sini,” akhirnya Yazid mengeluarkan pendapatnya supaya perkara sesat ini tidak berlarutan lagi.

“Kalau yang tu aku setuju, kau drive je sampai depan sana. Mana tahu kalau-kalau ada pekan ke bandar ke kat depan tu. Mesti ada rumah tumpangannya,” Maria mengarah Yazid.

“Macam mana kita boleh sesat ek....pelik juga aku. Sebab terlepas simpang je kot depan masa tu,” Amirul berfikir semula kejadian terlepas simpang dan mengundang mereka sesat sehingga tidak tahu dimana tempat ini. Mereka sekumpulan pelajar dari kolej yang kononnya berhajat untuk melawat rakan sekelas mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan mereka berlima sepakat untuk melawat rakannya yang berada diKelantan.

“Kaulah, poyo sangat. Cakap berdegar je habuk pun tarak. Kalau bukan sebab kau yang terer sangat pasal jalan ni. Takdelah kita sesat rata macam sekarang ni,” Julia bersungut lagi dan membuatkan Amirul kebengangan dengan kata-kata Julia.

“Dah...dahlah korang ni...kang gaduh pulak,” Yazid menekan mereka yang dari tadi bertengkar.

“Korang....tengok depan tu macam ada pekan je,” kesemua leher memanjang kedepan seperti zirafah.

“Yelah...ok, pe lagi Jid. Dah dekat dah tu. Pecutlah lebih sikit,” Julia mengarah Yazid membawa kereta lebih laju lagi.

“Kau ni...kang tak pasal-pasal jadi lain pulak. Biar lambat asal selamat,” balas yazid pula. Julia mencemik bibir kecilnya.

“Korang semua, kang kalau nampak orang jual makanan kat tepi jalan cakap tau. Kalau ada gerai ke cantik gak tu.,” ujar Mior yang tiba-tiba bersuara sambil memegang perutnya.

“Kau tu memang, takde benda lain dah. Asyik makan je,” bebel Maria dan hanya membuatkan Mior tersengih umpama kerang busuk.

“Tu macam ada gerai je kat depan tu. Ajid..berhenti jap, kita pergi beli makanan dululah,” ajak Maria.

“Ok jugak tu, perut aku pun dah berdondang sayang ni,” sahut Yazid.


Mereka turun dari kereta dan berebut untuk duduk dimeja bulat.

“Macam budak-budaklah korang ni. Itu pun nak berebut ke?” tegur Amirul. Mereka bertiga yakni Mior, Maria dan Julia tersengih saja mendengar teguran Amirul. Mereka membuat pesanan makanan berat yang ada memandangkan dari petang perut mereka kosong sahaja. Selesai makan Amirul bangun dan berjalan untuk membayar harga makanan. Tidak lupa pesan rakan-rakannya supaya bertanya pada pemilik gerai.

“Pak cik, boleh kami tumpang tanya?” sapa Amirul pada pemilik gerai makanan yang mereka berhenti sekarang.

“Wa’alaikumsalam. Anak nak tanya pasal apa tu?” balas pak cik itu dengan senyuman.

“Kami sebenarnya dah tersesat. Tapi memandangkan hari dah jauh malam. Kami ingat nak singgahlah rumah tumpangan yang ada kat sini,” ucap Amirul lagi.

“Kat sini takde rumah tumpangan nak hatta motel sekalipun. Biasanya orang menumpang dimasjid pekan yang terletak kira-kira 2 kilometer je dari sini,” balas pak cik itu lagi.

“Macamtu ke pak cik? Takpelah. Terima kasih. Kami pergi dulu ya.

Assalammualaikum,” Amirul meminta diri.

“Wa’alaikumsalam, hati-hati ya nak,” sempat pak cik itu berpesan pada Amirul.


“Apa pak cik tu cakap tadi? Ada ke rumah tumpangan dekat sini?” soal Yazid sebaik sahaja mereka semua masuk kedalam kereta Wajanya.

“Pak cik tu kata dekat sini takde rumah tumpangan. Selalu pun orang singgah masjid je untuk bermalam. Tapi masjid tu, dalam 2 kilometer baru jumpalah,” terang Amirul.

“Macam tu korang tahanlah sikit ek...tak lama je tu,” kata Yazid.

Kira-kira 700 meter ke depan mereka terhenti apabila terlihat sebuah rumah yang kelihatan seperti rumah tumpangan. Yazid menghalakan keretanya ke simpang masuk ke rumah tumpangan itu.

“Kau buat apa ni? Kan pak cik tu cakap tadi dekat sini mana ada rumah tumpangan,” kalut Amirul melihatkan Yazid yang tiba-tiba masuk ke simpang yang kiri kanan dipenuhi dengan pokok-pokok besar.

“Lah...kau ni. Cuba kau korek sikit taik mata tu. Percaya sangatlah cakap orang tua tu tadi, ni bukan rumah tumpangan ke namanya? Tengok signboard kat luar tu tadi, kan ke ada tulis rumah tumpangan masuk ikut sini tadi,” ujar Yazid pada Amirul.

“Betullah Mirul. Kitaorang pun nampak signboard tu tulis rumah tumpangan masuk ikut simpang ni. Lagipun aku tengok ok je rumah ni. Kereta pun ada 4 bijik depan tu,” Mior mengunjukkan jari telunjuknya didepan rumah tumpangan itu.

“Aku rasa pak cik tu main-mainkan kita jelah tadi. Atau dia tak perasan dekat sini ada rumah tumpangan,” sampuk Maria pulak.

“Betul....betul...betul...” ungkap Julia menyokong kata-kata Maria.

“Ikut suka hati koranglah. Janji kita semua selamat nanti,” Amirul melepaskan nafas tidak tenangnya.

Kereta Yazid semakin menghampiri rumah tumpangan itu. Kereta dipakir disebelah kanan bangunan berdekatan pokok.

“Ok...dah sampai. Jomlah turun...angkut barang masing-masing. Aku pergi check-in jap,” pinta Amirul selaku ketua tak diiktiraf. Masing-masing kebelakang kereta dan mengambil beg. Maria membetul-betulkan urat belakang yang terasa begitu sengal sekali. Julia mengusap perlahan lehernya umpama mengurut.

“Ok...kita boleh masuk dah. Aku ambik 2 bilik je. Nak jimat kos kita. Maria dan Julia korang satu bilik. Kitaorang satu bilik, bilik kita setentang je. Ada apa-apa boleh panggil kitaorang,” Maria menganggukkan kepalanya tanda faham. Julia hanya memandang saja tanpa berbuat apa-apa.

“Jomlah Julia. Aku dah ngantuk sangat ni. Apa-apa pun mandi dulu then tidur.”

“Jangan lupa solat dulu sebelum tidur,” pesan Amirul. Mereka menganggukkan kepala lalu pergi menuju ke bilik.

“Julia, boleh tak kau capaikan tuala aku? Aku terlupa bawak masuklah tadi....,” tiada sahutan.

“Julia....ooooo...Julia...,” Maria menguatkan lagi volume suaranya. Terdengar bunyi derapan kaki menuju ke bilik air. Maria menghulurkan tangannya keluar pintu. Tuala dihulurkan dari luar ke dalam.

“Thanks Julia,” ucap Maria. Dia terus mengeringkan badannya dengan tuala itu. Setelah itu, Maria keluar dari bilik air dan menuju ke katilnya untuk memakai baju. Sedang asyik Maria mengenakan baju pada badannya, dia dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh ke atas lantai. Dia berpaling ke arah bunyi tersebut.

“Julia, kau jangan nak main-mainkan akulah. Macamlah aku tak tahu tu kau. Baik kau keluar je. Ingat aku tankut ke?” Maria berkata dengan kuat agar Julia mendengar katanya dan keluar dari tempat persembunyiannya. Namun tiada jawapan dari Julia, bilik menjadi sepi.

“Julia....kau jangan nak main-mainkan aku,” nada suara Maria berubah. Sekali lagi dia dikejutkan dengan bunyi tombol pintu dibuka dari luar. Muka Maria berubah jadi ungu.

“Maria, kau tercegat kat situ buat apa? Kitaorang lepak kat luar tadi, tunggu kau tak turun-turun, aku pun naiklah, takut jadi apa-apa lak dekat kau,” tanpa disuruh Julia bercakap.

“Bukan ke kau dalam bilik tadi? Kau hulurkan......” Maria terhenti untuk berkata apa-apa lagi. Otaknya ligat berfikir.

“Kenapa? Kau dengar bunyik pelik-pelik ke?”

“Ada juga, aku ingatkan kau,” ujar Maria.

“Merepeklah kau. Bunyi kucing ke angin ke. Dahlah, jom tidur. Kalau kau nak solat, solatlah. Pastu baru tidur,” ujar Julia sambil melangkah ke atas katil dan berbaring. Akhirnya dia terlelap tanpa sempat Maria berkata dengan lebih lanjut lagi.

“ish...budak ni. Aku tak sempat nak cakap apa-apa lagi dah tidur lak,” Maria membebel sambil tangannya ligat memakai telekung ke kepalanya. Lalu dia pun meneruskan solat.Usai solat, Maria mematikan semua lampu dan hanya dipasang lampu tidur yang disediakan oleh rumah tumpangan ini.


“Mirul, Mior, esok jangan lupa bangun awal tau. Lepas subuh esok kita bertolak,” Yazid berpesan pada mereka berdua.

“Ok,” jawab mereka serentak.
“Dahlah, jom tidur. Penat tak hilang lagi ni,” Yazid membaringkan dirinya di atas katil dan terus terlelap. Mereka berdua pun terlelap juga akhirnya. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Tak sampai sejam masa berlalu, Yazid tersedar kerana dirasakan seperti selimut yang menutupi badannya ditarik dari bawah. Dia terbangun dan memandang sekeliling bilik, apabila dirasakan tiada apa yang berlaku. Dia menarik semula selimut menutupi badannya.



Sementara itu, dibilik Maria dan Julia. Maria terasa seperti perutnya dicucuk-cucuk dengan kuat. Dia terbangun, namun keadaan gelap membuatkan dia takut lalu memejamkan semula matanya serapat mungkin. Sekali lagi perutnya memulas dengan kuat membuatkan dia dengan spontan berlari menuju ke dalam bilik air untuk melepaskan hajatnya.

Setelah hampir 5 minit keadaan perutnya kembali stabil. Dia pun keluar dari bilik air dan berjalan dengan penuh malas. Dilihat Julia yang sedang nyenyak tidur tanpa sebarang gangguan membuatkan matanya mengantuk kembali. Dia membaringkan badannya ke atas katil bersebelahan Julia.

Mariakembali membaca doa tidur sebelum mengatup matanya. Dia sempat mengeliat dan kemudiannya menarik bantal peluk yang berada ditengah antara dia dan Julia. Dipeluk dengan erat bantal peluk itu, namun matanya kembali terbukak apabila terasa bantal yang dipeluknya lain macam. Keras dan tidak lembut malah lain sekali bentuknya.

Dia meraba bantal peluk itu, kemudian dengan rasa tidak puas hati dia membuka semula lampu tidur yang terletak dimeja kepala katil. Dia berpaling semula melihat bantal peluk itu, sekali lagi dia dilanggar rasa terkejut.

“Arrrghhhhhh.....!!!!Pocong...!!!!” Maria terkejut lalu menjerit sekuat hatinya lalu rebah. Julia yang terkejut segera bangun apabila terdengar jeritan Maria.

“Maria...Maria...asal kau jerit ni?” Julia menggoncang badan rakannya itu sekuat hati. Tiada reaksi. Julia bangun untuk membuka suis lampu bilik. Langkahnya terhenti, matanya terpaku, nafas terasa pendek demi terlihat sesusuk lembaga berbalut kain putih dari kepala hingga kaki seperti pocong. Ingin dia menjerit namun lidahnya seolah dipaku untuk menjerit.

Kelihatan seperti pocong itu bergerak menuju ke arahnya. Julia menggagahkan diri berlari menuju ke bilik rakannya yang lain. Sampai saja di depan pintu mereka, Julia mengetuk pintu mereka dengan sekuat hatinya.

Dum! Dum! Dum!
“Siapa pulak tu, kacaulah...orang nak tidur ni..,” Mior membebel separuh sedar. Amirul yang terasa tidurnya terganggu terus bangun kononnya nak memarahi siapa yang menganggu lena mereka. Sebaik saja pintu bilik dibuka, Julia menerpa masuk dan secara spontan terpeluk Amirul yang separuh segar.

Amirul yang terkejut dengan tindakan spontan Julia segera meleraikan pelukan rakannya itu. Dilihat keadaan Julia yang begitu cemas umpama orang yang baru selesai lari 400 meter.

“Kenapa dengan kau ni? Tau tak sekarang pukul berapa?” soal Amirul dengan tegas. Julia tergagau-gagau untuk bercakap.

“Po...po...pocong...!” ujarnya dalam payah.

“Hah?! Pocong? Mana?” soal Amirul dengan kalut. Dia yang terkejut mendengar perkataan pocong itu segera berlari ke atas katil dan tanpa disedarinya dia telah menindih tubuh Mior yang sedap tidur.

“Woi...!!!sakitlah...tak nampak ke aku tengah tidur ni?” Mior membentak.

“Apa bising-bising ni?” soal Yazid.

“Po...po...pocong..,” ujar Amirul lambat-lambat. Julia terpaku menyaksikan aksi Amirul yang disangkakan mempunyai semangat yang kuat darinya.

“Apa????Pocong???? Kau jangan buat lawaklah Mirul. Mana ada pocong kat sini,” balas Yazid yang sedikit bengang akibat tidurnya yang terganggu.

“Memanglah takde kat sini. Tapi ada kat bilik kitaoranglah. Seram aku..,” balas julia yang terpaku depan pintu dari tadi.

“Betul ke? Maria mana?” soal Yazid apabila menyedari Maria tiada bersama Julia.

“Maria masih dalam bilik. Pengsan...aku terus lari sini tadi. Jomlah teman aku masuk bilik. Aku takutlah,” pinta Julia.

“Woi...siput sedut bangunlah,” Yazid mencepuk kepala Mior. Mior menggosok kepalanya.

“Kacau betullah korang ni,” sunggut Mior sambil bangun dengan malas, Amirul yang separuh berani tu pun bangun mengikut Mior sambil tangannya kemas berpegang pada lengan Mior.

“ Lemaslah aku kau buat macamni. Geli tahu...,” Amirul cuba melepaskan pautan Amirul pada lengannya. Namun tidak berjaya malah makin kuat lagi.
“Janganlah macamni. Aku takutlah beb...kecik-kecik dulu aku selalu kena sakat dengan hantu. Fobia tau..” Amirul memecahkan rahsianya yang selama ini tersimpan kukuh dalam diari hidupnya.

“Apa-apa jelah korang ni...jom cepat...” mereka semua menarik nafas dan melangkah menuju ke bilik Maria dan Julia.

“See....mana ada apa-apa pun. Pandai je buat cerita,” ujar Yazid dengan perasaan geram.

“Dah, biar aku pikul je budak ni. Malam ni kita pakat tidur dalam bilik kitaorang jelah dulu,” Yazid menaikkan lengan bajunya dan bersedia untuk mencempung Maria.

‘Asal berat lak minah ni? Rasa cam nak putus urat kentut aku ni’ gumam Yazid namun digagahi juga untuk mengangkat Maria.

“Asal korang pandang aku macam tu? Dari korang pandang je baik korang tolong aku angkat Maria ni sekali. Berat nak mampus minah sekor ni,” sepi, tiada sahutan dari rakannya yang berdiri rapat antara satu sama lain. Yazid pelik memandang reaksi muka sorang-sorang yang Julia pucat lesi mukanya, manakala Mior dan Amirul ternganga kepucatan.

“Apahal korang ni?” soal Yazid. Mereka bertiga meneguk liur dengan kepayahan sebelum mengangkat jari dengan menggeletar menunjuk ke arah badan Maria yang dicempung penuh semangat oleh Yazid. Yzaid mengerutkan dahinya dan menjatuhkan pandangan ke arah Maria.

“Argghhhh...!!!” secara spontan Yazid melepaskan benda yang dipegangnya. Hampir gugur jantungnya melihat benda yang dicempungnya ialah pocong. Mereka yang lain turut terjerit, Yazid terpaku keras disitu memandang benda yang bergolek pada kakinya. Amirul segera menarik Yazid dan dibawa lari dari situ, Julia turut mengikut jejak Amirul. Mior yang masih mempunyai sisa semangat segera mencempung badan Maria lalu keluar dari bilik itu mengikut rakannya yang lain.

Mereka berlari menuju ke kaunter bawah, nasib mereka begitu baik apabila terlihat sesusuk lembaga pekerja wanita yang kebetulan ada dikaunter. Mereka menerpa ke kaunter dan dengan nafas yang tercunggap-cunggap Amirul memanggil pekerja wanita itu.

“Kak...kak...tolong kami kak..ada hantu..,” ujar Amirul dengan nafas yang tercunggap-cunggap.

“Kak...ooo...kak..,” Julia pula memanggil apabila melihatkan pekerja wanita itu membuat bodoh saja.

Perlahan-lahan pekerja perempuan itu mengangkatkan mukanya ke atas. Mereka semua terkejut apabila memandang muka pekerja perempuan itu yang dipenuhi darah dan ulat merayap disekitar matanya yang berlubang. Keadaaan muka pekerja perempuan itu sungguh mengerikan sekali hingga membuatkan perut mereka terasa mual sekali.

Mereka semua bertindak untuk berlari keluar menuju keluar dari bangunan ini. Namun apa yang mereka dapat hanyalah sia-sia sahaja. Akhirnya mereka menemui jalan buntu dan kesemua mereka pengsan akibat keletihan dan ketakutan.



“Tengok tu, ada oranglah pak,” ujar seorang gadi remaja pada bapaknya.

“Mana nak?” soal bapaknya dan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh anaknya.

“Tu, pak..kat kubur lama tu,” ujar anaknya sekali lagi.

“Yelah, mari kita ke sana,” ajak bapaknya.

“Nak...nak...bangun nak..,” Pak Yob cuba mengejut mereka yang terdampar di atas kubur lama ini.

Mereka berlima terpisat-pisat membuka kelopak mata. Apabila mata mereka terbukak luas sekali lagi mereka terjerit apabila terlihat tempat yang mereka duduk iaitu di atas kubur dan tertanam beratus-ratus batu nisan.

“Kami kat mana ni, pak cik?” soal Amirul.

“Kamu semua ada kat kubur lama ni. Apa yang jadi sebenarnya ni?” soal pak cik itu lagi. Mereka semua berpandangan antara satu sama lain.

“Kan pak cik dah pesan, kalau nak bermalam pergi dekat masjid. Kenapalah kamu semua degil sanagt ni?” Pak Yob mendengus marah.

“Sabarlah pak. Dorang semua tak tahu apa tu,” anak gadisnya cuba menenangkan hati tuanya.

“Maaflah nak, teremo pulak. Pak cik bukan apa, dah ramai yang terkena dekat situ. Kawasan lama, mestilah keras sikit. Nasib baik kamu semua selamat,” Pak Yob kembali tersenyum.

“Takpelah pak cik, salah saya jugak. Degil sangat, tak ikut cakap pak cik,” ucap Yazid dengan perasaan bersalah.

“Takpelah, jadikan je pengajaran buat kamu semua dan juga pak cik anak- beranak,” kata Pak Yob lagi.

“Kalau macam tu, kami mintak diri dululah ye. Dah lewat pun ni, terima kasih ye Pak Yob,” ucap Amirul sambil bersalaman dengan Pak Yob. Sementara itu, Maria dan Julia bersalaman dengan anak gadis Pak Yob. Mereka semua masuk ke dalam perut kereta, bersedia untuk bergerak menuju ke destinasi.

13 komen:

Org Ganu berkata...

salam ziarah
huish seramnyer..
awk mmg mnt cte hantu ke?

ButTerFly_GurL87 berkata...

to--->org ganu,
yup...memang ske cte antu pun..hehe...:)

izah berkata...

Seram plak dahla sensorang kat office ni baca plak citer an2...Ahaks...sejuk anak tengkok. Apa pun best...

ButTerFly_GurL87 berkata...

to--->izah..
sejuk anak tengkok?uittt...hehe...:p
tq:x

wiwit berkata...

best222...!!!seram la jugak..
woooo, takut nak duk rumah tumpanagn dah ..
seram...

ButTerFly_GurL87 berkata...

to--->wiwit

jgn takutlah...nikan cte rekaan je...:)
xde niat nk takutkan spe2 pun...:o

Anonymous berkata...

besh la cite ni...
lawak plk bace cite dia..
sy pun suka cite seram..
maknany pasni blog ni
akn jd blog wajib utk dijengah..
hahhaha...
tahniah kat cik penulis...

~lizarazu~

ButTerFly_GurL87 berkata...

to--->lizarazu
tq sudi bce cerpen sy...
sudi2lah singgah selalu utk membce...:D

ijad berkata...

citer dia menarik...

ButTerFly_GurL87 berkata...

thanksijad.....;;)

yellow berkata...

seram2..kalu wat filem ni,mesti sy tgk smbil pelok bntal..haha..memg best..truskn wat cter an2..sy suke bc..

wanTEDDy berkata...

aWak mmg pandai meReka citer...seram sngat2...saKit janTUNG aye.........:X

ButTerFly_GurL87 berkata...

thanks yellow n wanTEDDy..
nntkan cte antu yg bru nnt...:)

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen