SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 9


“Tasha, kau buat apa tu? Dah lunch hour dah ni. Jom teman akak pergi beli makan kat bawah,” aku tersentak apabila Kak Siti menegur aku.

“Tulah kerja kau, asyik berangan je. Jomlah cepat, akak dah lapar sangat ni,” ujarnya lagi. Aku bangun dengan gaya malas bercampur lapar membontoti langkah Kak Siti.

“Kamu berdua nak kemana ni?” soal bos aku yang kebetulan berada dalam lif. Aku pun tak sedar bila masa dia ada, seronok sangat layan rasa lapar.

“Kami nak turun beli makan dekat bawah bos. Bos mesti nak pergi lunch kat restorankan?” balas Kak Siti.

“Siapa kata saya nak ke restoran? Saya pun nak turun ke bawah nak makan kat situ. Emmm...alang-alang kita nak ke bawah ni. Jomlah makan sekali, saya belanja. Bukan senang tau saya nak belanja orang lain,” selorohnya lagi.

“Takpelah bos, menyusahkan bos je. Kami nak tapau je, makan kat ofis nanti,” balas Kak Siti lagi. Aku hanya menjadi pemerhati dan pendengar saja.

“Tak baik tau tolak permintaan saya. Bukannya susah pun. Makan je, tapi kalau taknak takpelah. Tak baik paksa-paksa orang ni,” ada sedikit nada rajuk darinya.

“Eh...eh...janganlah merajuk bos. Kami temankan bos makan,” ujar Kak Siti. Bosku kembali tersenyum, comelnya dia senyum.

“Tasha, awak tak kisah ke?” Kak Siti menyenggol aku dengan sikunya yang tajam. Aku yang terkhayal sekejap tadi terus kembali ke alam nyata.

“Saya, tak kisah bos,” jawabku sambil tersenyum.

“Korang selalu makan kat sini ke?” soal bos aku setelah kami selesai memesan makanan.

“Kami selalu lepak sini juga kalau tak bawak bekal. Bos mesti pertama kali datang sini kan?” lancang sekali Kak Siti ni menyoal.

“Takdelah, ni dah masuk kedua je. Saya penah ke sini dengan Yazid hari tu. Ni, dia takde pulak. Tiba-tiba pulak teringin nak pekena teh tarik. Tu yang laju je turun ke bawah. Tak sangka terjumpa kamu berdua tadi,” ujarnya.

“Kami tak kisah pun, kalau hari-hari bos nak ajak kami ke sini pun takpe,” kata Kak Siti.

“Eh...lupa pula saya. Hujung minggu ni, jemput datang ke rumah saya. Ada majlis cukur jambul anak buah saya,” pelawanya pada kami.

“Anak buah bos ke anak bos?” seloroh Kak Siti selamba.

“Apa pula anak saya, sayakan bujang lagi ni. Anak kakak sayalah. Jangan lupa tau, jemput datang,” pelawanya sekali lagi.

“InsyaAllah, kalau takde aral melintang. Kami sampailah ke rumah bos tu.”

“Tasha, awak jangan tak datang pula.” Aku menganggukkan kepalaku.



“Tasha, kenapa kau senyap je hari ni?” soal Kak Siti padaku.

“Takde apa kak, cuma takde mood je hari ni,” balas aku.

“Takde moodlah sangat, makan tadi lalu je, siap berangan je kau sepanjang hari ni.”

“Janganlah marah kak, berangan tu penting dalam hidup saya ni.”

“Pentinglah sangat. Tasha, kau nak pergi tak minggu ni? Akak kalau takde apa program dengan hubby dan anak-anak akak tu, boleh je akak ikut. Kalau tak, kau pergi jelah, kang apa pula bos kita cakap. Akak ni takpelah, dah kahwin. Kau tu bujang lagi, takde hallah nak pergi,” ujar Kak Siti dengan panjang lebar tanpa sempat aku berkata apa-apa.

“Bujang pun kak, saya ni mana ada transport nak pergi,” balas aku.

“Takpe, yang tu kau takyah susah hati, pandailah akak uruskan,” kata Kak Siti sambil mendabik dadanya.

“Apa-apa jelah akak ni. Layan jelah,” balas aku.



Hujung minggu tiba...

“Mana Kak Siti ni? Cakap nak datang masa ni,” aku mengeluh perlahan sambil memandang jam yang menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku dengan Kak Siti berjanji untuk pergi awal, konon-konon nak menolong apa yang patut dirumah bos kami nanti.

Pon! Pon! Pon!

Kedengaran hon kereta dibunyikan dari luar rumah aku. Aku bingkas bangun dan mencapai beg tanganku yang kecil comel berwarna pink. Aku mengunci pintu rumah serta grilku dengan pantas. Bila aku pusing kebelakang, baru aku perasan, kereta Kak Siti bertukar menjadi kereta bosku. Apa sudah jadi ni weh?

“Tasha! Cepatlah naik,” bos aku memanggil aku. Seakan tak percaya je dia menjemput aku dirumah. Aku yang masih terpinga-pinga mengikuti saja katanya.
“Assalammualaikum bos, macam mana bos boleh ada kat sini?” soal aku sebaik saja aku memasuki ke dalam perut kereta.

“Ooo...Siti telefon saya tadi, dia tak dapat pergi rumah saya, dia cakap lagi, awak nak pergi tapi transport takde. Jadi saya ambiklah awak, lagipun saya tak buat apa sangat pun kat rumah tu.” Kak Siti memang nak kena dengan aku ni, pandai je dia buat cerita. Terbayang dimataku dimana aku mencekik leher Kak Siti sekuat hati.

“Tasha, awak tak kisahkan? Lagipun bukan saya sorang je ambik awak ni, tengok kat belakang tu,” dia menunjukkan ke arah belakang. Aku memalingkan badanku melihat ke belakang. Terlihat kelibat seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 5 tahun.

“Anak siapa tu bos?”

“Anak kakak saya, Aiman, salam auntie,” arah bosku pada anak buahnya. Comelnya dia, macam bos aku sikit. Aiman mencapai tanganku, dan dengan sopan mencium belakang tanganku.

“Auntie ni siapa? Makwe Pak Ngah ek?” soal Aiman selamba. Aku terkedu, bos aku apatah lagi.

“Pandai je Aiman ni, Pak Ngah sekeh Aiman nanti,” Aiman menjelirkan lidahnya pada bos aku.

“Meh sini, duduk atas riba nak?” aku ni pantang sikit nampak budak kecik, habis semua aku nak riba. Aiman bangun dan melangkah ke depan dan duduk atas ribaan aku.

“Aiman, umur berapa tahun?”

“5 tahun,” balasnya.

“Aiman nak bawa acik pergi mana ni?”

“Pergi rumah nenek Aiman, adik Aiman kena potong rambut dia hari ni,” dengan lancar dia menuturkannya.

“Mana Aiman tau adik Aiman kena potong rambut? Siapa bagitahu Aiman?” soal aku sambil memeluk tubuh kecil milik Aiman.

“Nenek bagitahu kat Aiman, Mama dengan Papa pun cakap macam tu sekali,” ala pandainya dia bercakap.

“Auntie....” panggilnya manja.

“Apa sayang? Janganlah panggil auntie, tak bestlah. Panggil aciklah, baru lagi mesra,” pandai-pandai aku je suruh dia panggil aku macam tu.

“Acik, apa nama acik? Tak acilah acik dah tau nama Aiman.”

“Nama acik, Tasha.”

“Nama acik lebih kurang sama dengan makwe Pak Ngah dulu, tapi nama dia Fasha, bukan Tasha.”

“Aiman...!!!!”

“Ooopsss...sorrylah Pak Ngah. Aiman tak sengajalah,” Aiman mengatup mulutnya dengan kedua belah tangan kecilnya sambil tergelak manja. Sweet sangat Aiman ni.

“Janganlah marah dia bos, Aiman tak sengaja pun kan?” Aiman menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum kemenangan apabila melihat Pak Ngahnya tak jadi nak marah. Ala, marah manja-manja je.

5 komen:

ButTerFly_GurL87 berkata...

cte ni makin bosan jugak ke?

Awanama berkata...

xla.. mane ade... :)

ButTerFly_GurL87 berkata...

tq...tq...:D

wani berkata...

btul 2..
xbosan pn..
tp klu writer pnjngkn ckit n3 ok gak..
xde la cpt sgt hbs bc..
heeheee

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok,sy akn cbe pnjgkan n3 len nnt...
gpun nk abiskan cte ni lu...:D

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen