SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Jelmaan Ular


“Ayob, kau nak ke mana dengan sabit tu?”

“Nak pergi menyabit ke?”

“Ke nak pergi cari puteri bunian?” terdengar suara-suara mengusiknya. Dia mempercepatkan langkah kakinya. Bimbang tidak tahan dengan usikan mereka.



“Dorang ni tak boleh ke kalau tak mengacau aku sehari, bosan betul dengan dorang ni,” Ayob mengayun sabit ditangannya seolah-olah menyabit kepala mereka.

“Apalah nasib aku ni, kais pagi makan pagi kais petang makan petang,” Ayob bercakap sendirian mengenang nasibnya yang malang.


“Kalaulah aku kaya.....” fikiran Ayob mula diliputi imiginasi. Sedang enak dia bersandar pada pokok tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi tembakan yang kedengaran berhampiran dengan tempat duduknya sekarang. Ayob tersentak dan terus berlari menuju kearah bunyi tembakan tadi.

Bimbang ada bahaya yang menanti dihadapan, dengan hati-hati Ayob menyusup perlahan-lahan ke dalam semak. Kini ternampaklah dia, dihadapannya kini terlihat Kordi dan Mamat bergelak ketawa sesama sendiri. Apa yang mengejutkannya lagi ialah ditangan Kordi tersemat kemas seekor ular sebesar ular tedung yang kulitnya kelihatan begitu cantik sekali.

“Wau...kaya kita macam ni, bangga betul aku dapat tangkap ular sekor ni,” Kordi mula meninggi dirinya.

“Jangan lupa, aku pun tolong kau tangkap ular tu,” Mamat mengingatkan Kordi.

“Aku tau, kau jangan bimbang. Jasa kau tu, akan aku kenang sampai bila-bila,” ujar Kordi sambil menepuk-nepuk bahu Mamat.

“Jasa aje ke? Jangan lupa bahagian aku pulak,” Mamat membuat isyarat duit dengan jarinya.

“Itu kau tak perlu risau, sebaik aje aku dapat hasilnya, aku akan bagi bahagian kau,” Kordi ketawa besar apabila membayangkan hasil lumayan yang akan diterimanya sebaik saja dijual ular.

“Jomlah kita pergi, hari pun dah tinggi. Petang ni aku nak turun kebandar,” kata Kordi sambil melangkah menyusuri semak samun.


“Kejamnya dorang tu, sanggup dorang bunuh ular tu untuk kepentingan diri sendiri. Aku sendiri tergamak buat macam tu sekali walaupun aku ni tak berduit,” Ayob menggeleng-geleng kepalanya.

Ayob bangun dari tempat persembunyiannya tadi, dia menuju ke dusunnya. Satu-satunya harta pusaka yang ditinggalkan oleh kedua orang tuanya, kebun itulah sumber pendapatannya.

“Wah....banyak pulak pisang yang menjadi ni, semak pun makin naik. Nasib baik aku bawak sabit ni,” Ayob tersenyum dan menuju ke pondok kecilnya.

“Mana aku nak mula dulu ni?” Ayob melemparkan pandangan kearah semak dihujung pagar dusunnya.

“Mula dari situ dululah,” kata Ayob sambil mengenggam erat sabit ditangannya.




“Selesai kerja aku, esok aku bolehlah aku jual semua ni,” Ayob mengesat peluh dengan tuala yang tersangkut dibahunya.

“Alahai, mengantuklah pulak,” matanya terasa sungguh berat, akhirnya dia tertidur. Sedar-sedarnya dari tidur, matahari hampir terbenam. Dia bingkas bangun dan mengemas pondoknya.

“Macam mana aku boleh tertidur ni? Maghrib pun dah dekat ni, apa nak jadi dengan aku ni,” Ayob memarahi dirinya yang kadangkala alpa dengan suruhanNya.

Ayob berjalan dengan agak laju menyusuri jalan kecil yang menembusi ke jalan besar dihadapan sana. Belum sampai separuh dia berjalan, dia dikejutkan dengan bunyi suara tangisan perempuan yang teresak-esak. Langkahnya terhenti, dia tercari-cari arah bunyi suara tangisan itu.

Setelah pasti dengan arah bunyi itu, dia menghayun kaki menuju kearah yang didengarinya. Langkah kaki diatur kemas, khuatir jika derap kaki yang kuat mengejutkan empunya suara tangisan itu. Semakin hampir dia dengan tangisan itu, semakin dirasakan debaran dihatinya dipalu.

“Maaf mengganggu,” Ayob cuba menyapa gadis dihadapannya kini. Kelihatan badan gadis itu terhinggut-hinggut menahan tangis. Perlahan-lahan gadis itu memalingkan mukanya memandang Ayob.

“Maaf mengganggu saudari, kenapa saudari menangis sendirian kat sini?” soal Ayob, terfikir olehnya mana tahu kalau-kalau gadis ini adalah puteri bunian.
“Saya....saya....” gadis itu kelihatan tergagap-gagap, sekali sekala dia mengetap bibirnya. Seolah-olah sukar sungguh untuk meluahkan kata-kata.

“Takpelah, macamni sajalah, apa kata awak ikut je saya balik ke rumah saya dulu,” Ayob menyatakan hasrat hatinya.

“Tapi tidak manis kalau saya ikut awak,” gadis itu menolak lembut.

“Saya risau kalau tinggalkan awak sorang diri kat sini, bahaya duduk sini sorang-sorang. Tambahan awak tu perempuan, apalah salahnya awak ikut saya dulu. Saya tak berniat jahat pun,” kata Ayob lagi.

“Baiklah kalau begitu, saya ikut saja kata-kata awak,” gadis itu berhenti menangis dan bangun berjalan seiringan dengan Ayob.

“Siapa nama awak?” soal Ayob.

“Panggil saja saya Ratna Sari,” ujar gadis itu.

“Saya Ayob, boleh tak kalau saya panggil awak Ratna?”

“Sudah tentu boleh,” gadis itu tersenyum senang.


Sedar tak sedar, sudah lima hari Ratna Sari menumpang dirumah Ayob. Ramai yang tertanya-tanya siapa perempuan yang tinggal bersama Ayob. Adakah isteri Ayob? Atau puteri bunian?

“Ratna....”

“Ya,” sahut Ratna Sari.

“Boleh saya tahu kenapa awak menangis waktu saya jumpa awak dulu?” soal Ayob sambil memandang wajah bujur sirih milik Ratna Sari.

“Saya sebenarnya menangisi nasib saya yang sudah menjadi yatim piatu, sudahlah nasib malang, dihalau keluar dari rumah oleh ibu tiri saya,” terang Ratna Sari.

“Janganlah awak bersedih lagi, izinkan saya menjadi tempat untuk awak berteduh, itupun kalau awak sudilah,” dengan gaya bersahaja Ayob berkata hingga membuatkan Ratna Sari tersipu malu.

“Saya sudi,” sambut Ratna Sari.

Akhirnya mereka berdua telah dinikahkan, Ayob berasa sungguh bahagia memiliki isteri secantik Ratna Sari. Hidupnya dulu ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang kini telah berubah sepenuhnya. Jika dulu, hasil tanaman didusunnya kurang menjadi, kini tidak lagi.




“Ayob, marilah singgah sini.Minum-minum dengan kitaorang. Bukan main lagi kau sekarang ni ya,” panggil Kordi.

“Betul tu, berubah betul kau lepas kawin ni, nak bertegur dengan kitaorang pun dah tak lalu,” sambung Mail pulak.

“Bukan macam tulah, aku sibuk sekarang ni,” balas Ayob sambil menghalakan kaki kearah Warung Pak Man.

“Kalau ya pun, duduklah dulu. Sembang-sembang dengan kitaorang ni,” giliran Mamat pulak menyampuk.

“Mentang-mentang dah berkawin sekarang ni, lainlah macam kami ni, bujang lagi,” kata Kordi.

“Hei Yob...kau taknak kenalkan bini kau dengan kitaorang ke?” soal Mamat tiba-tiba.

“Errr....”

“Takkan tak bagi kot, kitaorang ni teringin jugak nak tengok orang rumah kau tu, nak harapkan kau kenalkan ‘harem’lah,” sahut Kordi pulak.

“Errr...aku...” Ayob teragak-agak untuk berkata.

“Kau takyah malu-malu dengan kitaorang ni, malam nanti kitaorang datang makan malam kat rumah kau ok?” Kordi membuat keputusan tanpa memikirkan Ayob.





“Assalammualaikum,” mereka bertiga memberi salam. Kelihatan Ayob yang terkial-kial keluar ke pintu.

“Waalaikumsalam....jemputlah naik,” Ayob menjemput mereka bertiga naik.

“Mana orang rumah kau?” soal Kordi tidak menyempat.

“Ratna...” Ayob memanggil Ratna Sari, isterinya.

“Kenalkan, nilah bini aku, Ratna Sari,” Ayob memperkenalkan isterinya, Ratna Sari kepada mereka.

“Cantiknya bini kau, Yob...”

“Macam puteri baru turun dari kayangan pun ada,” mereka ternganga melihat kecantikan Ratna Sari.

“Jemputlah masuk dalam. Makanan dah siap tu,” ujar Ratna Sari sambil tersenyum manis.

“Meletop aku tengok bini dia, tak padan langsung dengan dia,” Mamat mengutuk secara berbisik pada kordi dan Mail. Mereka berdua tersengih.

“Duduklah, jemput makan,” Ayob menjemput mereka bertiga makan.

“Ratna tak makan sekali ke?” soal Kordi.

“Takpelah, saya kenyang lagi. Makanlah dulu,” kata Ratna Sari.



“Terima kasih ya bagi kami makan sedap-sedap ni, kenyang betul rasanya,” ujar Mail sambil mengusap perutnya yang buncit sedikit.

“Lain kali bolehlah kami datang makan kat sini lagi,” seloroh Mamat selamba.

“Boleh...boleh...jemputlah datang kesini lagi, masih banyak lagi perhitungan antara kita,” tutur Ratna Sari tanpa disedarinya.

“Kami mintak diri dululah ya,” pinta mereka yang saling berasakan untuk jalan dari situ kerana terkejut melihat muka Ratna Sari yang berubah tiba-tiba.



“Kau tak pelik ke tadi?” soal Mail tiba-tiba.

“Apa yang kau nak pelikkan sangat ni?”

“Yelah, tiba-tiba je bini si Ayob tu cakap macam tu...kenal pun tidak,” Mail memutar fikirannya.

“Alah...pandai je kau ni, dahlah tak payah nak dipikirkan sangat. Jom kita lepak warung Pak Man dulu. Malam pun masih muda lagi ni,” ajak Kordi.

“Boleh jugak tu,” mereka bertiga mengatur langkah ke warung bersama.


“Kenapa malam ni panas semacam je ni?” Kordi membuka baju yang membaluti badannya. Kemudian dikipas badannya dengan baju yang ditanggalkan sebentar tadi. Dia kemudiannya bangun membuka daun tingkap bilik.

Tidurnya terganggu akibat rasa panas, mata yang tadi sungguh berat kini kembali segar. Dia memandang keluar bilik, malam sungguh pekat. Bulan seolah-olah malu untuk menonjolkan diri sepenuhnya. Fikirannya tiba-tiba melayang mengingati isteri Ayob, Ratna Sari. Dia tersenyum sendirian.

‘Hai, Ratna...kalaulah aku dapat kau.’

Dia mengusap kumis sejemput miliknya sambil membayangkan saat dia berasmara bersama Ratna Sari, tiba-tiba matanya tertancap pada bayangan seorang gadis dibawah pokok berdekatan rumahnya. Dia seolah-olah mengenali susuk tubuh gadis itu.

‘Ratna?’ hatinya berbisik.

Tok!Tok!Tok!

Jantung Kordi berdegup kencang akibat terdengar bunyi ketukan pintu rumahnya. Segera dia berlari menuju ke ruang tamu dan membuka pintu. Sebaik saja pintu dibuka, dirinya diterpa oleh seseorang yang berambut panjang, hitam berkilat dan mayang mengurai.

“Ratna...?”

“Ya, bang Kordi. Maaf mengganggu abang Kordi malam-malam begini,” ucapnya sambil menyeka air mata yang mengalir dipipinya.

“Kenapa ni Ratna? Duduklah dulu,” pelawanya sambil mata tidak lepas memandang susuk tubuh Ratna Sari yang mengiurkan hati lelakinya.

“Duduk dulu, abang buatkan air kejap.”



“Kenapa Ratna datang sini malam-malam macam ni? Tak manis kalau orang nampak,” katanya seolah-olah bimbang. Dia mendekatkan dirinya dengan Ratna.

“Maafkan Ratna, bang...” katanya dengan teresak halus.

“Dah...dah..jangan nangis lagi, tenangkan diri dulu. Kemudian baru cerita kat abang,” pujuknya sambil mengambil kesempatan untuk memaut tubuh Ratna ke dalam pelukkannya.

Nafsunya semakin tergugat apabila tercium haruman rambut serta badan Ratna Sari. Dia semakin merapatkan dirinya dengan Ratna Sari, jari jemarinya semakin galak berlegar dibadan gadis itu. Dia memejamkan matanya melayan nafsu yang mengundang dirinya.

Pelukan tangannya semakin erat pada tubuh Ratna Sari, didekatkan mukanya untuk mencium gadis itu. Alangkah terkejutnya dia sebaik saja matanya dibuka kembali, dihadapannya kini terlihat seekor ular yang tengah merenungnya.

Dia terkejut dan menahan diri dari bernafas, dengan perlahan-lahan dia cuba mengesotkan badannya kebelakang. Namun, ular itu seolah-olah tahu mangsanya ingin melarikan diri. Ular itu dengan pantas menyusup kearah mangsanya dan mematuk mangsanya sepantas kilat.




“Kordi...!” Mamat mengetuk pintu rumah Kordi. Hatinya dilanda pelik, sudah masuk kali kelima dia memanggil Kordi, namun tiada jawapan. Mail yang berada bersamanya sudah duduk bercangkung.

“Mat, apa kata kalau kita pecahkan je pintu dia, mana tahu kalau dia pengsan ke,” cadang Mail.

“Kalau macam tu, kau tolong aku,” Mail bangun dan mereka berdua bersatu padu menolak pintu rumah Kordi.

“Kord....” Mamat cuba memanggil Kordi sekali lagi sebaik saja mereka berjaya membuka pintu rumah Kordi. Mereka berdua terkejut melihat badan Kordi yang terdampar diatas kerusinya dengan mulut yang mengeluarkan buih putih dan mata terbeliak keatas seolah-olah menanggung kesakitan yang amat sangat.



“Tok, apa dah jadi ni? Pak Ali?” soal Mamat pada mereka.

“Hah...Ali, apa yang jadi pada budak tu?” soal Tok Ketua pada Pawang Ali.

“Aku rasa si Kordi ni mati kena patuk dek ularlah, cuba korang tengok dekat badan dia ni. Banyak betul kesan patukan ular.”

“Betul ke ni Pak Ali?” soal Mamat yang kelihatan sedikit gelisah.

“Budak ni, takkanlah aku nak tipu pulak,” Pawang Ali merengus sedikit.

“Aku dapat rasa, ular ni bukan sebarangan ularlah. Ular ni boleh jadi ular jadian,” sambung Pawang Ali lagi setelah berdiam sebentar tadi.
“Mana Pak Ali tahu?” soal Mail sedikit bodoh.

“Akukan pawang, mestilah aku tahu,” jawab Pawang Ali.

“Apa-apa pun, kita uruskan dulu jenazah ni dulu,” arah Tok Ketua.

“Mam....” belum sempat Mail habis cakap, kelibat Mamat sudah hilang dari situ.



“Apa yang jadi ni? Kenapa ular tu bunuh si Kordi?” Mamat menyoal dirinya seorang diri. Fikirannya bercelaru ketika ini, serasa ingin menjerit membuang perasaan celarunya.

Dia berhenti dipokok dan melabuhkan punggungnya dibawah pokok. Hatinya berdetak kemungkinan ular itu mungkin akan datang dan membunuhnya pulak.

‘Apa yang perlu aku buat ni? Pisau...’ dia teringat pisau yang sentiasa dibawa bersamanya. Dia mengeluarkan pisau itu dari poket seluarnya dan mengacu pisaunya kedepan dan ketepi seolah-olah menyiat kulit ular itu.

“Sekarang ni, aku tak perlu risau lagi. Kalau kau berani, datanglah...aku bunuh kau hidup-hidup,” kata Mamat sambil ketawa. Sebaik saja dia cakap, muncullah ular dihadapannya. Mamat terkedu, semangatnya terus hilang sebaik saja ular itu muncul. Dia bangun dan cuba untuk melarikan diri dari ular itu, belum pun sempat dia berbuat begitu. Ular itu mematuk kaki Mamat.

Gerakan Mamat terhenti, dia memegang kakinya dan dikuatkan semangatnya untuk melarikan diri. Namun bisa patukan ular itu menjalar kebadannya membuatkan dia tidak boleh bergerak. Perlahan-lahan kabus muncul, dan ular tadi bertukar ke bentuk seorang gadis yang dikenalinya.

“Ratna...?” katanya dengan payah.

“Ya, aku Ratna.”

“Ke...ke..napa?”

“Dendam....”

“Apa yang dah aku lakukan pada kau?” soalnya Mamat dalam keadaan termengah-mengah menahan sakit.

“Kamu berdua telah membunuh bapaku, Raja Ular Permantan. Aku kesini untuk menuntut balas atas apa yang kamu berdua telah lakukan.”

“Apa kau cakapkan ni? Aku tak faham...”
“Tak perlu kau fahamkan apa-apa lagi, aku cuma ingin kau rasa apa yang telah kau buat pada bapaku. Setelah itu, tugas aku selesai...” ujar Ratna Sari, ular jadian. Sebaik saja Ratna Sari berkata, Mamat pun telah menghembuskan nafas akhirnya. Ratna Sari tersenyum puas dan dia bertukar kembali menjadi ular dan terus menyusup memasuki ke dalam semak meninggalkan mangsanya.

“Mamat! Mamat!” Mail menjerit memanggil nama Mamat. Dia yang terlihat kelibat Mamat menyusuri ke dalam hutan terus mengikuti jejak temannya sebaik saja tugas menguruskan jenazah Kordi sebentar tadi selesai.

Mail mengesat peluhnya, dia memerhatikan kawasan sekelilingnya. Pandangan matanya jatuh pada satu susuk yang dikenalinya dibawah pokok besar berhampiran tempat yang dia berdiri. Dia terus berlari mendapatkan temannya. Belum sempat dia sampai ke arah Mamat, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular dihadapannya. Terus dia membuka langkah seribu dek kerana ketakutan pada ular itu.




“Maafkan aku, suamiku. Terima kasih kerana telah menjaga aku selama ini, tugasku telah selesai. Aku ingin pulang ke tempat asalku,” sebaik saja Ratna Sari berkata-kata, dia terus bertukar menjadi ular dan menyusup keluar dari rumah yang didiaminya selama ini bersama suaminya.

7 komen:

ButTerFly_GurL87 berkata...

sorylah ek klu cte kali ni x brape...huhu...
bhse pun cm tunggang langgang abis aku rasa...
apa2 pun korang layan jelah....;)
gusi aku ngah skt g ni...:-L

Suhaidah Tan berkata...

ok wat bez2....kcian lak kat c ayob tu kna tinggal huhu

noorhayaty85 berkata...

best2...tp ksian kat lki dia...he3..

Anonymous berkata...

idea dah mnarik tp rseny
cam xbrapa besh pengolahan kali ni..
hehe...
sy pn bkn pndi nk tls cite2 ni...
tp klu bndingkn ngn cite yg sblm ni
cite kali ni kureng sket la...
papepon...jgn putus ase tuk tls cite lagi k...
gud luck...

~lizarazu~

ButTerFly_GurL87 berkata...

betullah lizarazu...
sy pun rse cm x brape sgt cte kli ni...
myb sbb skt gg kot...hehe...

Hana Norisa berkata...

best...tp ksian ayob kena tinggal...tak patut btul lah ratna ni...huhuhu...

ButTerFly_GurL87 berkata...

to Hana Norisa
keciankan ayob kne tinggal...
tp pe nk wat coz ratna tu hny jelmaan ular ke manusia je...

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen