SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 7


"Alamak, dah lambat ni...mati aku.." aku terjerit kecil apabila terpandangkan jarum jam yang sudah terpaku pada pukul 8.30 pagi. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala di kerusi dan segera mandi sekoboi yang boleh.

Setelah mandi sekoboi mungkin dalam masa 5 minit, aku menyarung baju kemeja dan seluar slack berwarna hitam. Rambutku sikat ala kadar dan kuikat gaya kuda sahaja. Sempat kucalitkan sedikit gincu berwarna merah garang pada bibirku. Setelah selesai bersiap, kucapai tas tanganku dan keluar dari rumah.

"Mana bas ni? Time-time macam ni lak takde bas nak lalu. Habis aku macamni...." aku terjenguk-jenguk melihat bas. Jam tangan aku dah menunjukkan pukul 8.50 pagi. Aku rasa macam nak menjerit bercampur dengan menangis.

Pon! Pon! Aku yang terkejut mendengar hon kereta dan terlompat secara spontan. Siapa yang berani hon ni? Aku membetulkan cermin mataku yang telah senget sedikit. Aku menjenguk ke dalam kereta untuk melihat siapa pemandu di dalam kereta perdana berwarna oren metalik ni.

"Tasha...jom ikut saya. Dah lambat ni." Jerit suara yang aku kenali. Bos akulah siapa lagi. Nasib baik dia turunkan cermin sebelum memekik pada aku.

"Takpelah bos. Kejap lagi sampailah bas tu." Aku cuba menolak ajakannya. Takut termakan budi dengan bos aku yang comel ni.

"Apa salahnya jomlah. Kita pun nak ke satu tempat sekali." Pujuknya lagi. Aku menggelengkan kepala dan mencemik muka tanda tidak mahu.

"Saya kata naik, cepat! Kalau tak, cukup bulan potong gaji sebab lambat dan ingkar arahan bos." Aku segera membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta. Dia tertawa melihat telatahku yang sedikit kelam kabut ketika itu.

"Kenapa bos ketawa ni? Saya buat lawak ke?" soalku selamba.

"Tak...awak tak buat lawak pun. Cuma telatah awak yang buatkan saya tergelak. Degil juga awak ni ye. Saya gertak sikit baru nak naik kereta saya ni."

"Bukan apa bos. Saya takut termakan budi dengan bos yang comel ni."

"Hah..? Comel?" dia buat muka terkejut. Comelnya....

"Takde apa-apa. Saya salah cakap." Aku segera jawab untuk menutup malu.

"Ye ke? Saya...." tak sempat dia nak habiskan kata-kata, handsetnya menjerit-jerit meminta untuk dijawab panggilan.

"Wa'laikumsalam. Ye, saya. Ada apa? Client nak jumpa dengan saya? Pukul 10, ok. Thanks. Ni, cakap dengan Shukri, dia tak payah pergilah. Saya bawa Tasha ikut saya je. Alang-alang dia ada dengan saya ni. Dah...awak takyah nak terjerit-jerit. Ok, bye." Dia mematikan panggilan yang kurasakan dari Sherry.

"Sherry telifon. Saya kena jumpa client jap lagi. Awak ikut jelah saya." Aku membuat muka cuak.

"Dah, takyah nak buat muka cuak camtu. Awak just ikut je saya. Teman saya je, bukan buat apa pun." Aku mengangguk kepala nak tak nak. Keretanya meluncur laju ke arah destinasi.

"Ok, kita dah sampai, jomlah turun." Dia mematikan enjin kereta. Aku terintai-intai sebelum keluar dari kereta. Langkah kakiku rasakan lemah apabila memikirkan yang aku akan berdepan dengan client yang bermuka garang macam bapak harimau ditambah dengan pengatahuan aku yang tak seberapa ni. Apa jadi kalau dia tanya kat aku nanti.

"Tasha, jom masuk dalam. Jangan takut, takde apa pun yang awak perlu takutkan." Dia cuba menenangkan perasaanku yang dah berdebar semacam je ni.

"Bos, boleh saya pergi ladies dulu tak? Saya rasa...."

"Awak rasa apa? Dah jom masuk. Jangan biarkan orang tunggu kita." Katanya dengan tegas sekaligus mematikan rasaku yang ingin ke tandas sebentar tadi. Aku membontoti langkahnya dari belakang sambil berjalan dengan kepala tertunduk ke bawah.



Naik berpeluh ketiak aku jumpa client first time macamni. Nasib baik soalan dia tanya tak melampaui batas pengetahuan aku yang tak berapa nak dalam ni. Bos aku ni pulak asyik tersenyum je bila aku kena soal tadi.

“Bos...! Kenapa asyik tersenyum je ni?” gilo apo orang tuo ni.

“Takde apa, saya suka cara awak bercakap tadi dengan dorang. Baguslah awak ni. Lain kali awak ikut saya jelah jumpa client.” Selorohnya bersahaja dan membuatkan aku tergamam.

“Manalah saya ni layak ikut bos. Saya ni pun budak lepasan SPM je bos.”

“Ye ke. Tak cayalah saya.”

“Percaya jelah bos. Saya memang budak lepasan SPM je.” Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa lagi, bos aku ni pulak semangat duk melayan lagu. Kepala pun dah angguk-angguk geleng-geleng.

“Kita masuk lepas lunch nantilah ye, alang-alang je ni. Apa kata awak teman saya beli hadiah jap.”

“Huh? Mana boleh bos, sekarangkan office hour.” Aku membantah.

“Siapa bos sekarang? Cuba awak tengok jam awak pukul berapa sekarang?”

“Pukul 12.15, kenapa bos?”

“Alang-alang je tu, dah dekat dengan lunch hour pun. Follow je saya, bukan kena bayar pun.” Aku mencemikkan bibirku, terpaksalah ikut cakap bos aku.



Aku menggaru-garukan kepala memandang keluar, kat mana aku sekarang ni? Aku tengok bos aku tenang je masuk parking kat sini. Macam dah biasa je dengan kawasan sini.

“Bos, kita kat mana ni? Tadi saya nampak macam kita lalu kat KLCC je.” Soal aku dalam sengal.

“Memang pun. Sinilah KLCC. Kenapa?Awak tak pernah datang sini ke?” malunya aku tak tahu sini KLCC, nampak sangat aku ni kekampungan. Mana tak, selama ni aku ke KLCC naik LRT Putra je.

“Pernah datang, tapi tak pernah masuk tempat parking dia.” Jawabku dengan terang lagi jujur.

“Takpelah, sekarang saya dah bawak awak masuk tempat parking dia, dah jom masuk dalam.” Dia mengajakku dan tersenyum comel padaku.

“Bos, nak beli apa ni? Hadiah untuk makwe ye?” soal aku selamba apabila melihat dia ralit melihat baju wanita.

“Yup, makwe kesayangan saya. Boleh awak pilihkan?” dia dah ada makwe ke?Kecewalah anak dara kat ofis tu termasuklah aku.

“Bos nak yang macam mana?Saya ni manalah reti nak pilih baju sebenarnya pun.” Aku tergaru-garu kepala.

“Ok, apa yang sesuai untuk perempuan umur dalam lingkungan 50 tahun?” soalnya. Dia ni biar betul? Makwe dia perempuan setua tu ke?

“Saya tak tahulah bos, tapi rasanya yang ni ok kot.” Aku menarik sehelai blouse berwarna coklat tua. Dia menyambut baju yang kuberikan.

“Cantik juga ni. Pandai awak pilih, terima kasih. Saya ambik yang ni jelah.” Senangnya dia beli macam tu je. Harga baju ni pun suku dari gaji aku. Tak sanggup nak beli.

“Awak tak nak beli satu dua ke?” solnya sambil mengeluarkan duit dari dompetnya.

“Tak kot bos.” Aku mengenyih padanya.

“Ok, lepas ni kita singgah jap kat Kinokuniya ye. Dah lama tak lepas gian baca buku.” Aku hanya menganggukkan kepala.

4 komen:

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok...ni n3 terakhir utk bln ni...:)
nak rest japlah utk bln ni...:-t
nak cr idea yg kdg2 hmpr kekeringan...~x(
kt jumpa bln 7 nnt insyaallah...;)
tq wat sume yg sudi bce & singgah ke blog sy...:X

Anonymous berkata...

buatkan jalan cerita supaya pembaca ingin tahu lebih lagi..
kejutan yang secara tiba2.
masukkan unsur2 pelajaran dan pengajaran..

Anonymous berkata...

harap sambungannya nanti buat kami teruja :D

Anonymous berkata...

best gila huhuhuu sambung la lagi ye nnti sambung pnjang2 na:))
-iftiliyana-

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen