SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 8

“Ma, pa...Nape tengok auntie camtu?” soal aku yang kepelikan melihat mereka terhenti untuk melangkah.


“Ani, ko ke? Ya Allah!!! Lama aku tak jumpa ko.” Kata mama ngan gembira setelah melihat mummy Daniel. Mereka saling berbalas salam dan berpelukan. Aku hanya memandang reaksi mereka.

“Omar mana?” soal papa.

“Marilah masuk, nanti boleh kita cerita panjang lebar.” Jemput mummy Daniel.

“Abang...Tengok sape datang ni bang..” mummy Daniel mendapatkan suaminya yang menanti diruang tamu.

“Man, apa kabar ko? Lamanya tak jumpa ko.” Daddy Daniel bersalam dengan papa dan berbalas pelukan sambil menepuk-nepuk belakang masing-masing.

“Excuse me. Sori Una ganggu. Una pelik ni....Papa, mama, auntie ngan uncle kenal satu sama lain ke?” soal aku dalam kebodohan.

“Lupa pula. Ni anak aku Ani, Omar. Kenalkan Husna, anak aku.” Aku menyalami mereka berdua.

“Ala, aku dah kenal anak ko. Dia dah pernah datang pun hari tu. Tak sangka aku anak kita berjodoh.” Mereka tersenyum melihat aku.

“Una, uncle ngan auntie ni kawan lama kami tau. Kami terpisah bila kita terpaksa berpisah atas sebab papa ditukarkan tempat bertugas je. Pastu dorang ni pun pergi oversea. Sekarang baru ada rezeki jumpa balik.” Ujar papa ngan panjang lebar. Aku hanya menganggukkan kepala memahami situasi sebenar.

“Mummy, daddy, tengok abang ni. Asik kaco Mimi je.” Mimi mencubit Daniel yang ketika itu tengah menuruni tangga bersama.

“Korang ni, malu sikit ngan pak cik dan mak cik ni. Meh sini korang, mummy nak kenalkan dengan kawan lama mama merangkap bakal besan kami ni.” Mummy Daniel memanggil mereka kesisinya. Mereka bersalaman ngan papa dan mama.

“Apa kabar pak cik, mak cik?” sapa Daniel.

“Baik, alhamdulillah. Ni anak sulung kamu kan Ani? Dah besar dah Dany. Mimi, amboi makin comel dia.” Mama memandang mereka sambil tersenyum.

“A’ah...Nilah anak bujang aku yang nakal dulu tu. Ni yang comel ni Mimi yang paling comot dulu.” Ujar mummy Daniel.

“Tengok dorang ni. Terkebil-kebil bijik mata dengar kita cerita pasal dorang dulu. Kamu tak ingat lagi ke Dany, Una, Mimi?” soal mama dengan penuh perasaan.

“Ingat apa ma?” soal aku.

“Dulu-dulu kamu asyik bergaduh je. Pastu baik balik, gaduh balik. Tu jelah kamu tau. Mimi je masih berhingus g time tu.” Ujar daddy Daniel. Aku memandang Daniel dan dia memandang aku kembali.

“Tak ingat la tu. Dah la, asyik bersembangnya. Jomlah kita menjamu selera pulak. Perut pun dah berkeroncong ni.” Pelawa daddy Daniel. Kami pun bergerak ke meja makan yang sudah tersedia dengan hidangan yang menyelerakan. Meriah masa makan tu, macam-macam cerita yang keluar. Pertemuan semula ni macam ada bau bahaya je.

“Sedap betul ko masak Ani. Dah lama tak rasa masakan ko.” Seloroh mama.

“Yelah tu. Ko pun apa kurangnya. Nasi beriani ko tu, dah lama kami tak rasa.” Balas mummy Daniel.

“Kalau ko nak aku masak boleh je. Minggu depan jemputlah datang umah aku pulak. Aku masak sedap-sedap untuk korang semua.” Usul mama.

“Boleh jugak tu. Sampai jugak kami ke umah korang pulak.”

“Hari pun nak beransur gelap. Kami balik dulu la ye. Jemputlah ke umah kami.” Papa meminta izin untuk pulang.

“Yelah. Jemputlah datang ke umah kami lagi. Seronok jumpa korang balik.” Kata daddy Daniel sambil tersenyum pada kami. Kami bersalaman dan mengundur diri pulang ke umah.


Malam tu...


Aku membelek album lama yang aku mintak daripada mama sebaik kami pulang ke umah. Macam-macam aksi yang dirakam oleh kamera. Kelakar pun ada tengok aksi aku masa kecik dulu. Aku menyelak satu persatu gambar sehingga aku terhenti pada satu gambar yang dirakamkan. Ingatan aku melayang pada kenangan dahulu.

“Dany, bak la balik anak patung aku.”

“Kalau ko nak kejarlah aku sampai dapat.” Daniel berlari sambil ditangannya dipegang erat anak patung kesayanganku. Kami berkejaran sambil aku terpekik-pekik memanggil namanya.

“Dany, bak la anak patung aku. Ko ni suka kacau aku.” Aku menghentakkan kaki ke tanah.

“Ala ko ni. Tak nak ke anak patung ko ni. Aku campak dalam longkang ni.” Daniel menggugut untuk mencampakkan anak patungku ke dalam longkang.

“Dany!!!!!!Janganlah.....” aku menjerit sekuat hati bila melihatkan anak patungku hampir terlepas dari pegangan tanganya. Aku berlari menuju ke arahnya. Daniel pulak bila melihat aku mengejarnya terus bnerlari dengan laju ke bawah pokok besar.

“Mak....” aku dah tergolek jatuh akibat berlari tadi. Air mata dah meleleh membasahi pipi aku yang tembam. Kakiku sudah luka dibahagian lutut. Daniel terus berlari masuk ke dalam rumah mengambil ubat dan kain untuk mengelap darah yang mengalir.

“Janganlah nangis. Jom bangun, kita duduk atas bangku tu. Aku ubatkan ko.” Pujuk Daniel sambil memimpin tanganku menuju ke arah bangku. Aku hanya mengikuti langkahnya sambil teresak-esak menangis menahan pedih dilutut.

“Aku mintak maaf wat ko jadi sampai macamni. Nah, ambik ni.” Dia menghulurkan sebungkus coklat pada aku untuk memujukku dari menangis lebih lama lagi. Aku mengambilnya dari tangan Daniel, kubuka coklat tu dan mematahkan setengah dari coklat dan aku suapkan ke mulut Daniel. Tiba-tiba aku kami terasa ada cahaya yang memancar ke arah kami.

Rupa-rupanya, daddy Daniel mengambil gambar kami ketika aku menyuap coklat pada Daniel. Baru sekarang aku teringat kembali kenangan ketika itu. Ingat ke Daniel kenangan ketika itu? Akhirnya aku terlelap dalam senyuman dan aku dibuai mimpi kenangan dahulu.


************************

‘Betul ke mummy cakap siang tadi? Kenapa aku tak ingat lansung pasal dulu.’ Desis hatiku.
Aku manatap kembali album lama sambil melihat gambar yang ada di dalam album. Ku selak satu persatu helaian yang ada hingga mataku tertancap pada satu gambar yang mengamit kembali memoriku.

“Dany, bak la balik anak patung aku.”

“Kalau ko nak kejarlah aku sampai dapat.” Aku berlari sambil ditangan kupegang erat anak patung kesayangannya. Kami berkejaran sambil dia terpekik-pekik memanggil namaku.

“Dany, bak la anak patung aku. Ko ni suka kacau aku.” dia menghentakkan kaki ke tanah.

“Ala ko ni. Tak nak ke anak patung ko ni. Aku campak dalam longkang ni.” Aku mengusiknya dengan menggugut untuk mencampakkan anak patungnya ke dalam longkang.

“Dany!!!!!!Janganlah.....” dia menjerit sekuat hati bila melihatkan anak patungnya hampir terlepas dari pegangan tangaku. Dia berlari menuju ke arahku. Aku berlari dengan laju sambil tertawa melihatkan muka dia yang dah merah menahan tangis dan marah padaku. Aku berlari menuju ke arah pokok besar.

“Mak....” larianku terhenti, dan aku menoleh kebelakang. Aku tengok dia ah terduduk sambil tangannya memegang lututnya yang berdarah. Aku terus pusing dan berlari ke dalam umah. Ku capai ubat dan kain dan terus menuju ke arahnya yang sedang menangis.

“Janganlah nangis. Jom bangun, kita duduk atas bangku tu. Aku ubatkan ko.” Aku memujuknya sambil memimpin tanganya ke bangku bawah pokok besar tadi.

“Aku mintak maaf wat ko jadi sampai macamni. Nah, ambik ni.” Ku hulur sebungkus coklat yang menjadi kesukaan kami padanya. Dia mengambil coklat itu dan mematahkan setengah coklat dan disuapkan ke dalam mulutku. Ketika itu jugak cahaya kamera memancar ke arah kami, rupa-rupanya, daddy mengambil gambar kami.

‘Tak sangka aku, kami dah kenal dari dulu lagi sebenarnya. Dia ingat ke tak tentang hal ni?’ bisik hatiku sendiiran. Mataku semakin layu dan akhirnya aku tertidur dibuai kenangan dulu.

************

“Assalammualaikum.” Salam diberikan oleh tetamu kami.

“Wa’laikumsalam. Masuklah, sampai pun korang ke umah kitaorang. Jemput masuk.” Pelawa papa pada mereka. Kami bersalaman dan menuju ke arah ruang tamu.

“Mimi mana? Tak ikut ke dia?” soal mama sebaik sahaja melihat Mimi yang tidak turut serta.

“Mimi ikut rombongan sekolah ke Kelantan dalam dua hari ni.” Ujar mummy Daniel.

“Jemputlah makan. Kita sambung cerita sekali.” Kami bangun dan berjalan menuju ke arah meja makan yang siap terhidang.

“Dany, kamu sekarang dah sem yang keberapa?” soal papa yang ketika itu semua sudah selesai makan dan lepak diruang tamu.

“Sem akhir ni pak cik. Tak lama dah nak final.”

“Lepas habis ni Dany buat apa pulak? Sambung belajar lagi ke atau kerja ngan daddy?” soal papa lagi padanya.

“Aku dah sound awal-awal suruh kerja je ngan aku. Aku pun nak bersara dah tak lama lagi. Biar dia belajar dulu dalam bidang ni.” Sampuk daddy Daniel.

“Baguslah macam tu. Anak aku tu pun tak lama je nak habis belajarnya. Pastu katanya nak sambung belajar lagi.” Kata papa.

“Eloklah macam tu. Belajar tu pun penting untuk masa depan.” Ujar daddy Daniel.

“Mari makan cucur udang ni. Panas lagi ni, baru angkat dari dapur. Una masak lagi tu...” pelawa mama. Kami pun duduk bersama menikmati hidangan dan bersembang. Aku dan Daniel banyak diamkan diri, bila ditanya baru kami bukak mulut.

“Hah...Alang-alang kami datang ni. Kami ingat nak bincangkan hal ni dengan kamu berdua. Aku nak ambik anak kamu untuk dijadikan anak kami. Boleh tak?” soal daddy Daniel pada mama ngan papa.

“Kami tak kisah. Tapi eloklah kalau kamu tanya empunya badan ni.” Papa menuding jarinya ke arahku yang terpinga-pinga.

“Boleh je uncle, auntie. Una tak kisah jadi anak uncle ngan auntie. Lagipun papa ngan mama dah setuju, Una ikut jelah.”

“Una...Una...Tak paham rupanya budak ni.” Mereka gelakkan aku kecuali Daniel yang masih terkulat-kulat memahami maksud daddy dan mummynya.

1 komen:

Awanama berkata...

=))

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen