SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 11

“Yes......Merdeka. Tinggal satu sem je lagi. Ok korang. Aku tak sabar nak balik ni. Papa aku jemput jap lagi.” Aku begitu semangat untuk balik ke umah setelah penat perah otak untuk menjawab kertas akhir tadi.

“Ok. Jomlah balik umah cepat. Nak kemas barang. Babah aku nak jemput gak nanti.” Yana berjalan dengan agak laju menuju ke arah kereta.

“Sabarlah korang ni. Baru nak bukak pintu ni.” Qure berjalan perlahan-lahan.

“Macam tak caya je kan. Tinggal satu sem je lagi nak habis belaja diploma.” Bising mulut kami cuti sem kembali lagi. Saat yang dinanti-nantikan setelah penat bertungkus lumus belaja untuk sem ni.

“Korang, papa aku pun dah sampai. Jumpa lagi sem depan.” Aku memeluk mereka dan bersalaman sebelum balik ke umah.

“Jumpa lagi. Take care.” Ucap mereka sebelum aku melangkah keluar dari pintu umah ke kereta. Aku melambaikan tangan pada mereka.



“Una, macam mana exam baru ni? Boleh jawab tak?” soal papa.
“Mestilah boleh pa. Lecturer bagi banyak hint tu. Banyak yang kena.” Aku tersengih mengingatkan soalan yang boleh dijawab dengan mudah memandangkan hint yang diberikan kena pada sasarannya.

“Una cuti nanti nak buat apa?”

“Entahlah. Duduk umah jelah. Bukannya cuti 4 bulan pun. 4 minggu je cutinya pa. Dah abis belaja dip nanti baru boleh cuti lama sikit.” Balasku.

“Kejap je ye Una cuti.”

“Biasalah pa. Swasta bukannya awam pa.” Jawabku lagi.

“Takpelah, cepat sikit habis belajanya.” Ujar papa perlahan.

“Betul tu. Boleh cari kerja secepat mungkin lepas tu.” Kataku sambil menepuk tangan.

“Cuti ni duduk umah jelah teman mama sesorang je kat umah tu.” Cadang papa.

“Tulah yang Una nak buat pun. Boleh hias rumah.”

“Ikut Unalah.”



“Una, tak pergi melawat tunang Una ke?” soal mama yang melihat aku sedang leka menatap majalah Remaja.

“Malaslah ma. Selalu jumpa pun bosan nanti.” Jawabku dengan selamba.

“Ada pulak macam tu Una ni. Dah, malas nak melawat, telipon je dia tanya khabar. Nanti apa pulak mak bapak dia kata.” Ujar mama dengan lembut.

“Una ke yang kena telipon dia? Bukan dia ke patut telipon Una, ma?” soal aku yang tidak puas hati dengan permintaan mama.

“Nah, telipon cepat.” Mama memberikan telipon pada aku. Aku mengambilnya perlahan dan mendial nombor telipon umah Daniel dengan kepayahan.

“Assalammualaikum, auntie ye?” soal aku.

“Una ke ni?”

“Ye auntie, Una ni. Apa khabar auntie semua?”

“Alhamdulillah, sihat je semua orang dalam umah ni. Una sihat? Mama ngan papa?” soalnya lagi.

“Semua sihat auntie. Auntie tak keluar ke mana ke hari ni?”

“Kebetulan je ni, auntie nak pergi perjumpaan persatuan ni. Una telipon ni, mesti nak cakap dengan Dany kan?”

“Ye auntie, Daniel ada ke?”

“Daniel tak bagitahu Una ke?”

“Bagitahu apa auntie?” soal aku dalam kepelikkan.

“La...budak bertuah sorang ni. Dia pergi bercutilah Una. Betul ke dia tak bagitahu kamu?”

“Takde pun auntie. Una tak tau apa pun pasal ni. Lupa kot auntie.” Ucapku.

“Macam mana boleh lupa pulak budak ni?” bebelnya.

“Takpelah auntie. Agaknya dah selamat sampai la tu. Bila dia pergi auntie?” soal aku lagi.

“Malam tadi dia bertolak ke Pangkor dengan kawan-kawan dia. Tak pulak cakap berapa lama dia pergi.”

“Takpelah auntie. Terima kasih. Nanti hujung minggu Una datang melawat auntie dan semua.”

“Ok. Nanti auntie masak sedap-sedap untuk Una.”

“Ok. Bye auntie. Assalammualaikum.”

“Wa’laikumsalam.”

“Daniel takdelah ma. Dia pergi bercuti ngan member dia.” Aku memberitahu mama sebaik aku habis bercakap dengan auntie.

“Takpelah dia takde. Nak buat macam mana. Hujung minggu ni jadi jugaklah kita pergi umah dia ye.” Ujar mama.

“Jadi je ma, tadi Una dah cakap ngan auntie kita nak pergi umah dia.”

“Oklah tu. Jom ikut mama ke dapur.”

“Jom.” Aku mengikut langkah mama ke dapur untuk memasak.



Sebulan lepas tu....

“Una, cantik cincin ko.” Qure memegang tanganku yang tersarung cincin belah rotan.

“Cantiklah. Mana ko kidnap cincin ni?” soal Yaya pulak sambil mata mereka tajam memandang cincin dijariku.

‘Alamak, kantoi. Kenapa boleh tak perasan aku pakai cincin ni?’ gumam hatiku.

“Banyaklah korang kidnap. Ada orang bagilah. Tak mainlah kidnap.” Nafi aku.

“Orang mana yang baik hati bagi ko cincin ni? Ke ko bertunang cuti ari tu?” soal mereka lagi.

“Mamat sengal mana yang nak kat aku ni. Dahlah tak cantik, miskin lak tu.” Ujar aku dengan buat muka sardin sedih.

“Yelah tu. Baik ko cakap, manusia mana bagi cincin kat ko?” melampaulah pulak dorang ni. Sekeh sorang-sorang baru tau.

“Nenek kebayan bagi. Dia masuk dalam mimpi aku, bagi cincin ni.” Dengan selamba badak aku menjawab. Muka sorang-sorang bengang dengar jawapan aku. Nasib baik Puan Rosila masuk lepas tu. Selamat aku, harap-harap dorang tak tanya dah pasal cincin ni.

“Jom pergi makan. Perutku dah berbunyi lagu Keroncong buat Ana ni.” Yana mengusap perutnya yang kempis tu. Badan je keremping tapi kuat makan budak ni. Tak kira waktu asal lapar je mesti makan. Asal makan mesti laparlah tu. Eh..sama jelah tu.

“Jomlah.” Kami bangun dari tempat dan bergerak ke kafe Fitm.

“Una, handset ko lah.” Kata Yaya yang menyedari handsetku berbunyi. Aku terus meraba handsetku yang terletak dalam begku. Pantasku tekan jawab.

“Assalammualaikum.” Aku memberi salam.

“Wa’laikumsalam. Aku ni, Dany.”

“Kenapa ko telipon aku ni? Mimpi ke?” soal aku.

“Saje je.”

“Tak percayalah. Ko tu, kalau takde hal takkan telipon akunya. Baik ko cakap cepat.” Aku memaksa dia.

“Aku kena masuk kerja bulan depan. Tadi daddy baru telipon aku bagitahu hal ni.”

“Ko kat mana sekarang ni?”

“Aku kat Langkawilah sekarang. Kenapa?” soalnya pulak.

“Saje tanya. So?”

“Aku kena kerjalah bulan depan.”

“So? Apa masalahnya? Soal aku bersahaja.

“Masalahnya, kau tak ingat ke? Sah je aku dah kerja 2 bulan kat syarikat, kita kena kawin la wei.” Tempiknya.

“Ye tak ye. Kenapa cepat sangat ko kena masuk kerja?” soal aku.

“Family kita semua cadang nak g Umrah dalam masa berapa bulan dari sekarang ni. Tu yang dorang nak cepatkan lagi perkawinan kita.”

“Ye ke. Takpelah. Nanti ko balik. Kita bincang lagi. Susahlah cakap dalam telipon ni. Aku ada kelas jap lagi ni. Ok, bye. Assalammualaikum.

“Wa’laikumsalam.” Aku menarik nafas panjang setelah selesai bercakap dengan dia tadi. Aku melangkah ke arah kawan-kawanku yang setia menanti macam pak pacak di tepi dinding berdekatan kafe.

“Jomlah masuk. Kata tadi lapar.” Aku menarik tangan Yana dan menuju ke dalam kafe. Mereka berdua mengikuti langkah kami.


“Mama, papa, betul ke nak pergi Umrah? Nape tak bagitahu Una awal-awal? Nasib baik Daniel cakap tau.” Aku menatap wajah mereka berdua.

“Ni lah kami nak bagitahu Una. Memandangkan Una dah tau, baguslah. Kami dah cadang nak kawinkan kamu berdua lepas Una habis belaja ni. Bolehkan?” ujar mama penuh hati-hati.

“Una tak kisah semua tu. Tapi dengan satu syarat dari Una. Una nak kami dinikahkan je dulu. Sanding-sanding nanti lepas Una dah sedia. Kalau tak jangan harap Una nak kawin dalam masa terdekat ni jugak.” Tegasku.

“Una, janganlah macamni. Nanti apa pulak cakap orang lain.” Pujuk mama dan papa.

“Una tak peduli apa orang lain nak cakap. Yang penting hati Una ni.” Aku membentak.

“Nantilah kami pikir dan bincangkan dulu.” Papa mengalah melihatkan kedegilanku. Aku menarik senyuman nipis.



“Ok, sekarang semua dah berkumpul. Eloklah kita bincangkan perkara ni.” Kata daddy Daniel dengan penuh sopan.

“Dany, Una, kamu berdua sedia untuk dengar apa yang kami nak cakapkan ni?” soal papa pada kami. Aku memandang Daniel dan serentak kami menganggukkan kepala tanda sedia.

“Permintaan Una untuk nikah je dulu. Kami akur je dengan kehendak Una.Paling penting, Dany dan Una bersatu. Sekurang-kurangnya ada orang jaga Una bila kami takde nanti.” Ujar papa. Aku menarik nafas lega.

“Una nak mintak satu lagi.” Semua mata memandang ke arahku. Mesti dorang kata aku ni banyak songeh. Lantaklah, aku yang nak kawin.

“Apa dia?” soal mereka.

“Pernikahan kami nanti, Una mintak biar antara kami dan sanak saudara je hadir dan tahu. Majlis sanding tu, kita tukar buat kenduri kesyukuran. Bila Una dah sedia nanti, baru kita buat majlis sanding tu.” Tegasku.

“Baiklah, kami ikut je cadangan Una.”

“Dany pun nak mintak..........” belum sempat dia habis cakap, mereka bangun dari tempat duduk masing-masing menuju ke meja makan.

“Daddy, nantilah. Dany pun nak mintak sesuatu jugak.”

“Dany, kamu tutup mulut kamu. Kita pergi makan je.” Kata daddynya dengan selamba.
Terpaksalah Daniel bangun dan bergerak ke meja makan. Sempat jugak dia sebelum bangun tu menjeling aku dengan tajam, tanda-tanda orang tak puas hatilah tu. Aku tersenyum je memandang dia.


******************


“Bengangnya aku, macam mana kehendak dia semua dapat. Ni yang aku tak puas hati ni.” Aku menghentak tanganku ke meja dengan sekuat hati tanda tak puas hati.

“Tapi, bagus jugak dia mintak rahsiakan pernikahan kitaorang. Senang sikit aku nak bergerak, orang tak tau aku dah jadi duami. Selamat aku.” Aku membebel seorang diri.

“Arghhh...dari layan pasal ni. Baik aku gayut ngan Dina jap la.” Aku mencapai handset kesayanganku. Laju je tanganku mencari nombor Dina. Setelah dapat aku meneliponnya.

“Helo sayang, buat apa tu?”

“Malam ni kita keluar makan nak?”

“Nanti I ambik you ok?”

Nasib baik awek nombor lapan aku ni sudi keluar. Bila ntah aku nak jadi seorang yang setia pada satu. Dalam hidup aku tak sah kalau takde perempuan, nasiblah orang hensem cam aku ni.
Awek aku setakat ni je dah cecah 10 orang, dari merata-rata tempat aku pasang. Tapi yang paling aku sayang ialah Baby, sebut je nama Baby, semua kenal. Maklumlah model yang tengah meningkat naik sekarang ni.

Cuma buat masa sekarang ni, Baby takde je. Kalau tak, dah lama aku ajak dia keluar makan malam dengan aku malam ni. Husna.....Malaslah aku nak pikir pasal ko. Bagi aku, ko tak sehebat awek-awekku yang lain.

Mengantuklah pulak. Apa-apa pun, tido dululah. Awal lagi ni, set jam dulu. Aku pun memejamkan mata dan tidur dengan jayanya.

0 komen:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen