SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 10



“Ok. Daddy, mummy, pak cik dan mak cik. Thanks sudi dengar apa yang kami nak cakapkan hari ni. Kami sebenarnya setuju untuk berkawin. Tapi bersyarat.....” ujar Daniel dengan hati-hati. Silap cakap nanti terlepas pulak peluang.

“Apa dia syarat korang tu? Cakaplah cepat.”

“Syarat kami tak banyak dan tak susah. Kalau setuju kami ikut cakap semua untuk kami dikawinkan secepat mungkin. Kalau tak setuju, kami boleh kawin bila mana kami rasa kami dah sedia sepenuhnya. Setuju tak?” mereka menganggukkan kepala.


“Apa lagi. Bagitahulah syarat korang tu.” Sampuk papa tiba-tiba.


“Dany mintak biar kami kawin lepas Dany dah kerja selama dua tahun di syarikat daddy.”


“Una pulak?” mereka memandangku.


“Una mintak banyak sikit dari Dany. Una kalau boleh nak teruskan niat untuk belajar dan bekerja lepas Una habis belajar nanti. Boleh tak?” aku menarik nafas lega lepas habis cakap pada semua.


“Kami tak setuju....dengan syarat Dany. Dany! Permintaan kamu tu ditolak. Kamu saja mintak tangguh untuk berkawinkan? Dany ingat daddy tak tahu ke?”


“Una pulak, kami memang tak kisah. Janji Dany mesti bagi kamu keizinan dulu pada kamu.” Ujar papaku.


“Daddy, Dany tak sedia lagilah. Bagilah Dany sikit masa, Dany nak try hidup sendiri dulu.” Dany membentak apabila permintaannya ditolak.


“Ok. Daddy boleh tolak ansur lagi. Sebaik saja genap dua bulan kamu kerja di syarikat kita. Kamu berdua akan berkawin. Nak tak nak kamu kena terima. Muktamad.” Daddynya memberi kata putus.


“Sebelum tu, jangan lupa pulak. Dua minggu lagi kamu berdua akan bertunang. Cukup masa lepas tu kawin terus.” Mummynya memberi peringatan pada kami. Aku menganggukkan kepala perlahan. Daniel sudah tertunduk lesu memandang ke bawah.



“Apahal muka ko macam tikus mondok ni? Cuba ko senyum banyak-banyak.” Aku memujuknya yang dari tadi mendiamkan diri.


“Macam mana aku nak senyum kalau dah syarat aku ditolak mentah-mentah. Bengang tau. Kau jugak yang dah terlepas.” Ujarnya perlahan namun mampu didengari oleh aku.


“Ko ni, rilek la. Daddy ko dah bagi jalan untuk kita lambatkan perkawinan kita.” Dia memandangku.


“Apa maksud ko?” soalnya.


“Lampi la ko ni. Tadikan daddy ko ada cakap, kita akan dikawinkan bila ko dah genap kerja kat syarikat selama dua bulan.” Aku menaikkan dua jari ku.


“So what?” dia menyoalku sekali lagi.


“Ko ni memang lampi tul la. Kata jer budak paling pandai kat U. Hampeh tullllllll............” aku mengutuknya selamba.


“Tempoh dua bulan tu, ko boleh panjangkan dia dengan percutian ko lepas habis belajar nanti.” Kataku dengan riang.


“Pandainya ko. Napelah aku tak terpikir apa yang ko pikirkan tadi. Cantiklah idea ko tu.” Kami berdua terus tersenyum lebar sampai ke telinga. Sampai ke?



************************


Dua minggu lepas tu.....


“Dany, bangun.........” mummy menepuk bahuku dengan lembut. Aku membuka sedikit mata dan mengatupnya semula.


“Ya Allah!!!Degilnya budak bertuah ni. Dany! Bangun!!!!!!!!!!!!!!” mummy menjerit ke telingaku. Terus aku terbangun dan berdiri tegak.


“Pergi mandi cepat. Dah lambat ni.” Mummy menghulurkan tuala Doraemon kepadaku.


“Nak pergi mana ni mummy? Dany ngantuk lagi ni.” Aku kembali berbaring ke atas katil sambil mata terpejam rapat.


“Dany!!!!! Budak bertuah sorang ni. Bangunlah. Mandi dan siap. Hari ni hari pertunangan kamu dengan Una. Bangun cepat.” Mummy menarik lenganku dan mengheretku ke bilik mandi.


Setengah jam lepas tu baru aku turun ke bawah setelah bersiap hampir 15 minit. Turun-turun ke bawah, semua dah siap sedia cuma menunggu aku.


Kami terus bertolak ke umah Una, kalau ikut hati malas aku nak pergi. Bukan penting pun, kalau aku yang sarungkan cincin takpelah juga. Mummy yang sarungkan nanti bukan aku. Si Mimi ni pun mulut bising je pot pet pot pet tak kira masa. Serabut kepala aku dengar dia berceloteh, aku katup mulut dia pakai sapu tangan yang ada sedikit bau tungkik. Hehe.


“Wei, apa ni. Busuklah wei. Berapa zaman ko tak basuh sapu tangan ko tu?” Mimi membebel padaku.


“Padan muka kau. Bising sangat. Dapatlah sebijik.” Aku mengelakkannya yang dah menarik muka cekodok. Lantak ko lah debab oit. Baru diam ko kena ngan aku.


“Yea...Dah sampai. Tak sabar nak tengok bakal akak iparku yang cantik.” Mimi menjerit kegirangan.


“Diamlah. Senonoh sikit perangai ko tu. Dah, aku duduk dalam kereta je tau. Apa-apa hal panggil aku nanti.” Pesan aku pada adikku, Mimi debab.


“Yelah. Ko jangan lari pulak.” Aku membatukan diri sambil mata masih menatap adikku seolah-olah menghalau dia pergi dengan cepat dari keretaku.


**********************


“Assalammualaikum.” Rombongan lelaki memberi salam kepada pihak perempuan.


“Wa’alaikumsalam. Masuklah.” Papa menyambut salam yang diberi oleh mereka sekaligus menyambut kedatangan rombingan pihak lelaki.


“Duduklah.”pelawa mama pada mereka.


Aku yang duduk di dalam bilik dengan persalinan baju bertunang berwarna pink hanya menunggu kedatangan mummynya untuk menyarung cincin pertunangan. Hampir 15 minit kemudian, mummynya dan mama serta beberapa orang masuk ke dalam bilikku untuk menyarungkan cincin pada jariku.



“Cantiknya bakal menantu mummy ni.” Pujinya ikhlas padaku. Aku tertunduk malu. Aku menghulurkan tanganku padanya, disambut tanganku dan disarungkan cincin berwarna emas pada jari manisku. Kini sahlah aku bergelar tunang kepada Daniel. Aku tunduk dan menyalami tangannya seta mengucup lembut ke tangannya. Dia mencium pipiku dan memelukku dengan erat.





Malamnya, kami berbual melalui telipon.

“Amacam tadi? Seronok ke dapat cincin?” sindirnya dengan sinis.


“Seronoklah, tapi lagi best kalau ko beli cincin pakai duit ko sendiri. Lagi aku terharu.” Ujarku selamba.


“Ingat aku ni cop duit ke? Dari aku beli untuk ko baik aku beli cincin pastu bagi kat buah hati kesayangan aku, Baby tu.” Dia cuba menyakiti hatiku.


“Blahlah ko. Tak hingin aku nak pakai pun cincin ko bagi tu. Lepas ni aku start busy tau. Lagipun malas aku nak jumpa ko dah. Dahlah lepas kawin nanti kena meghadap muka ko hari-hari. Muntah darah aku nanti.” Aku mengenakannya.


“Sedapnya ko berrkata-kata. Aku pun busy jugak lepas ni. Aku kan nak final dah. Ko pun sama. Jangan lupa tu. “ dia mengingatkan aku.


“Jangan risolah. Aku ingat yang aku ni pun final exam je. Cuma aku ada satu lagi sem untuk dihabiskan. Apa-apa pun sebelum mengakhiri perbualan kita. Aku nak ucapkan gud luck untuk ko.”


“Ok. Aku pun sama, gud luck. Jumpa lagi nanti. Bye.”


“Bye. Assalammualaikum.” Aku mengakhiri perbualan.

0 komen:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan