SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Will You Be My Chocolate 12

Sedar tak sedar sekarang ni dah masuk 3 bulan Daniel kerja kat syarikat keluarga dia. Apa cerita entahlah, aku takde masa nak ambik tau pasal dia. Bukan salah aku pun, dia yang selalu busy keluar dengan awek's dia. Sampai tunang sendiri pun dia lupa.

Aku sekarang busy, dah tak macam dulu, adalah juga sikit masa nak buat kerja gila ngan budak-budak ni. Ni busy ngan assignment yang berlambak, exam lagi, aktiviti ngan Pematek lagi. Busy gilalah sejak masuk belaja degree ni. Dah lama tak balik rumah, apa khabar agaknya papa ngan mama.

Tengah syiok mengelamun teringat kat mama ngan papa, tiba-tiba badanku terasa gegaran kuat dibadanku.

"Woi, Yana! Terkejut aku tau. Ko kenapa?" soal aku sambil memukul lembut bahu Yana.

"Takde pelah. Saja je terkejutkan ko yang termenung jer dari tadi. Ingat kat buah jantung ek?" dia mengusik aku.

"Pandailah ko. Aku teringat kat parents akulah. Ujung minggu ni aku ingat aku nak balik rumahlah. Korang tak balik ke minggu ni?" soal aku padanya.

"Ntahlah, busy memanjang ni. Tak jamin aku nak balik umah dalam masa terdekat ni Ko nak balik, balik jelah." Balas Yana.

"Dorang tak balik ke?" soalku lagi.

"Tak kot. Minggu lepas dorang dah balik. Aku minggu depan kot baru nak balik. Lagipun exam dah dekat ni. Nak kena study banyak lagi ni." Ujar Yana. Aku menganggukkan kepala tanda setuju dengan katanya.

"Kerja akhir kita dah hantar belum?" aku memandang muka Yana yang lonjong tapi menawan.

"Alamak! Belumlah, jom teman aku. Kita pergi sendirilah. Dorang mesti balik lambat lagi ni.

Sibuk ngan aktiviti tarian dorang tu." Yana bangun dan bersiap ala kadar.

"Jomlah." Aku mencapai tudung di atas katil dan memakainya. Nasib baik baju tak tukar lagi.



"Ala, Puan Natrah takdelah pulak. Letak bawah pintu bilik dia bolehkan?" soal Yana.

"Boleh rasanya. Nanti dia bukak pintu bilik nampaklah." Aku membongkokkan badan dan memasukkan kerja kami ke bawah pintu bilik Puan Natrah.

"Ok, selamat dah masuk dalam. Jomlah." Aku mengajak Yana balik ke hostel.

"Assalammualaikum encik." Kami memberi salam apabila ternampak Encik Sham yang kebetulan lalu setentang dengan kami. Dia tersenyum sambil menjawab salam yang diberikan.

"Lama tak nampak kamu semua. Sihat?" soalnya spontan.

"Biasalah encik. Pelajar macam kami mana tak busy selalu dengan kerja yang dibagi, tu belum exam lagi. Kami sihat jer. Encik sihat?" Yana menjawab dengan pantas.

"Sihat, alhamdulillah. Jom, minum ngan saya kat kafe. Saya belanja kamu berdua." Pelawanya dengan ikhlas.

"Minum jer ke encik? Makan-makan takde ke?" seloroh Yana ngan muka selamba cekodok badak dia. Aku mencubit lengannya memberi maksud. Dia hanya tersengih memandang encik Sham.

"Jomlah, nak makan ke apa, mintak jer. Saya belanja, ikhlas." Dia tersenyum pada kami.

"Kalau dah encik cakap macamtu. Ngan rela hati kami ikut." Kami pun bergerak ke kafe yang terletak di tingkat bawah sekali.



"Yana, ko ni tak malu betullah." Protes aku.

"Apanya ko ni?" dia meyoal aku balik.

"Tak malu betullah ko. Naik malu aku tau ko g terima ajakan encik tadi."

"Ko ni rileklah. Rezei jangan ditolak. Bukan selalu lecturer nak belanja kita tau. Dapat pulak yang muda lagi hensem macam encik Sham." Puji Yana.

"Ikut suka kolah Yana." Aku menggelengkan kepala.

"Tapikan tadi ku tengok.....dia suka renung muka ko lama-lama. Tapi ko tu je, asik tunduk 180 darjah. Sian dia tau dok pandang ko."

"Banyaklah ko. Malas nak layan ko." Aku berjalan dengan agak laju meninggalkan Yana dibelakang.

"Aku rasa dia suka ko lah. Terima jelah dia." Yana memujuk aku untuk terima encik Sham. Aku bolayan jer kata-kata dia. Nak mampuih, mana nak campak tunang aku tu? Tunang? Entahlah.



"Seronoknya, cuti semester lagi." Jerit Yana dengan nada perlahan.

"Cuti sem ni nak buat apa ek? Korang takde perancangn ke?" soal aku pada mereka bertiga. Serentak mereka menggelengkan kepala.

"Kita keluar nak?" cadang Qure.

"Alamak! Baru aku ingat. Aku kena tolong baba ngan mak aku kat kanti sekolahlah nanti." Kata Yana ngan nada kecewa.

"Aku nak keluar ngan abang aku lah pulak. Lagipun kena buat persiapan perkawinan akak aku nanti." Yaya bermuram durja bila teringat aktiviti yang padat pada cuti sem ni.

"Ko Qure?" soal aku.

"Aku balik kampunglah kot." Dia menjunkitkan kening untuk mengingatkan sesuatu.

"Pelah korang ni. Tadi kate takde apa-apa nak buat cuti ni. Macam-macam korang ni. Takpelah, apa-apa pun. Selamat bercuti. Jumpa sem depan." Kata aku mengakhiri pertemuan hari ini untuk pulang ke umah masing-masing sebentar lagi.



"Assalammualaikum. Mama!" aku memberi salam dengan intonasi yang kuat.

"Wa'laikumsalam, ala...anak mama dah balik. Nape tak suruh papa g amik?" aku menyalami mama.

"Takpelah mama. Bukan susah pun balik sendiri ni." Balasku.

"Lepas kawin nanti senanglah ada orang anta ngan jemput." Ujar mama.

"Lambat lagilah mama nak kawin pun."

"Sape kata lambat? Minggu depan lagi satu kamu ngan Dany akan bernikah tau. Tengok umah ni, dah siap berhias nak sambut menantu mama tau." Mama menarik tanganku dan menunjukkan umah kami yang dah siap separuh dengan perhiasan untuk akad nikah nanti. Tergamam aku tengok.

"Amacam? Ok tak? Warna feveret anak kesayangan mama. Biru lembut." Aku mengangguk lemah. Nampaknya rancangan tak berhasillah pulak.

"Mama, karang Una nak kuar jap jumpa Daniel ye. Dah lama tak jumpa dia."

"Ok, tapi jangan lama-lama. Korang tu darah manis lagi." Pesan mama.



Petang tu, aku kuar ngan Daniel ke One Utama. Dia menjemput aku ke umah, lama jugak mama nak lepaskan aku kuar ngan Daniel. Panjang lebar dia bagi syarahan kat Daniel. Terpaksalah mamat tu tadah telinga dia.

"Ko tau kan. Hujung minggu depan lagi satu kita akan kawin?" soal dia.

"Tau, mama bagitau petang tadi time aku baru sampai umah. Terkejut giler aku tau. Ko bukan nak cakap ngan aku awal-awal." Aku membebel sikit kat dia.

"Nak bagitau macam mana? Aku pun baru tau lepas aku balik kerja tadi. Melompat gak aku tadi dengar mummy cakap kita kena kawin nanti."

"So? Macam mana skunk?" aku menyoal dia.

"Macam mana apanya? Kawin jelah. Tapi ko tak boleh sekat apa aku nak buat lepas kawin nanti tau. Ko dengan cara ko. Aku dengan cara aku."

"Ikut suka ko lah. Tapi ko kena jalankan jugak tanggungjawab ko sebagai suami. Jangan pikir kotor lak...tak kuasa aku nak tidur dengan ko. Bilik asing-asing coz aku nak privacy." Aku meletakkan syarat selaju yang mungkin.

"Ok, aku setuju. Takde makna aku nak pikir lain tau. Baby lagi cantik dari ko..." Daniel membandingkan aku dengan kekasih pujaan hatinya.

"Memang cantik pun, kalau tak, takdelah dia jadi model. Jap , aku nak beli majalah. Bosanlah duduk umah tak buat apa nanti. Boleh tangkap novel gak nanti." Aku melangkah menuju ke kedai buku dan terus ke tempat majalah.



'Fulamak, meletup minah sorang ni. Tunjuk kat mamat ni mesti bangga giler dia.' Aku merapati Daniel dan menghulurkan majalah yang ku pegang padanya.

"Apa ni?" dia mencapai majalah yang ku hulurkan.

"Cantikkan. Mesti ko bangga." Kataku.

"Meletup tuh. Tengoklah awek sapekan." Kata Daniel ngan nada riak. Menyampah aku.

"Bak sini. Aku nak beli majalah tu." Aku merampas majalah tu darinya.

"Ko ambiklah yang lain. Aku pun nak beli, cover depan awek aku sendiri. Sape taknak." Dia merampas kembali majalah ditanganku. Teruk betul perangai mamat ni.

"Dahlah. Aku nak balik. Bosan menghadap muka ko jer. Muntah darah aku dibuatnya." Kami pun beransur balik. Aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan, yang terdengar hanyalah lagu dan celoteh dj radio.

"Una, bangun sayang. Dany dah sampai tu." Mama mengejut aku dengan lembut.

"Dany mana ni ma? Dany X-Factor ke?" soal aku dalam keadaan mamai.

"Ishk...ade pulak Dany tu. Daniellah sayang. Cepat bangun, bersiap. Korang kena pergi beli barang hantaran lagi sikit ngan ambik baju kat butik hari ni jugak."

"Hari ni ke ma? Ngantuk lagi ni." Aku menarik selimut menutupi muka.

"Una....jangan nak mengada. Bangun cepat." Mama mencubit kecil aku.

"Sakitlah ma. Yelah...Una bangunlah ni." Aku bangun berjalan ke bilik air dan mandi. Nasib ko lah kena tunggu aku bersiap. Bukan selalu pun aku angun lambat, dah jadi tebiat aku time 'cuti' tiap bulan. Bangun lambat memang seronok. Hehe.

"Sori, lambat. Jangan marah." Daniel hanya tersenyum penuh paksa pada aku. Mana taknya, mama ada sekali time ni.

"Jomlah kita gerak."

"Tak makan dulu ke Una?" soal mama.

"Takpelah mama. Una tak laparlah. Una pergi dulu ye mama." Aku menyalami tangan mama.

"Penatnya ma. Banyak kerenah betullah Daniel tu. Semua benda tak kena depan mata dia." Aku melabuhkan punggung dan bersandar pada sofa.

"Apanya Una...balik-balik terus membebel?" soal mama dengan lembut.

"Takdelah mama. Daniel tu, cerewet jer. Penat Una ikut dia. Ni baru nikah belum bersanding lagi. Rasa nak cekik jer dia." Aku membebel dengan penuh geram.

"Dahlah tu. Pergi naik mandi. Kejap lagi papa balik, boleh kita makan sama-sama."

"Ok." Aku melangkah penuh longlai menuju ke atas.

0 komen:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan