SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Celupar


“Johar, hujung minggu ni kau ada rancangan apa-apa tak? Aku bosanlah nak terperuk kat rumah. Jom keluar nak?” soal Roy yang ralit menghembus asap rokok yang keluar dari mulutnya.

“Apa kata kalau kita pergi cari ‘anak ayam’ dekat tempat biasa,”cadang Rocky.

“Adus....asyik tempat biasa je, takde tempat luar biasa ke?” Johar menepuk dahinya.

“Betul tu, duit aku ni naik kempis perabih duit dekat dorang tu, kalau servis tip top ok gak, ni banyak yang hampeh,” Roy membebel.

“Aku setuju dengan Roy, kalau macam tu apa kata kita turun K.L? Kita pergi merempit,” cadang Johar pulak sekaligus menarik perhatian mereka berdua.

“Aku setuju.”

“Aku pun setuju.”

“Kalau macam tu, kita tuggu tempat biasa. Em...Roy, kau pandai-pandailah ‘ayat’ mak kau tu. Kitaorang tak kisah, bila-bila masa boleh keluar,” kata Johar sambil menyenggol lengan Rocky.

“Yup, betul tu.”

“Korang jangan risau, pandailah aku ayat mak aku nanti. Macam tak biasa,” Roy ketawa diikuti rakan-rakannya.




“Mana Johar ni? Lambat pulak dia kali ni. Dah dekat setengah jam kita tunggu dia” Roy membelek jam tangannya yang menunjukkan pukul 10 malam tepat.

“Jangan-jangan bapak dia tak bagi keluar tak?” Rocky membuat andaiannya sendiri.

“Sorrylah...perut aku meragamlah tadi. Ni semua gara-gara makan banyaklah ni petang tadi,” terang Johar sambil menongkat motornya.

“Apalah kau...Ingatkan tak jadi tadi.”

“Mana boleh tak jadi, kan aku dah janji dengan korang. Hah! Roy, senang pulak kau keluar malam ni. Tak soal siasat dengan mak kau ke?” soal Johar.

“Malam ni aku selamatlah. Mak aku pergi rumah kakak dia.”

“Betul bertuah nasib kau malam ni,” celah Rocky tiba-tiba.

“Ok, jom bertolak cepat,” sampuk Johar sambil memulas motornya. Sengaja meninggalkan asap berkepul-kepul dibelakang.



“Adoi, malang betul nasib kita malam ni, nasib baik kita sempat lari tadi. Kalau tak tidur dalam lokaplah kita malam ni,” kata Johar pada mereka berdua.

“Betullah, apa aku nak jawab dengan mak aku nanti,” sela Roy.

“Sekarang macam mana? Dah alang-alang kita smpai sini. Apa kata kita ronda-ronda satu K.L malam ni,” cadang Rocky sambil mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.

“Apa lagi, jomlah gerak sekarang.” Mereka bergerak bersama meninggalkan tempat berhenti sebentar tadi dan meneruskan perjalanan mengukur jalan diK.L.



“Wei, ni tempat apa lak ni? Kita salah masuk jalan ke ni?” soal Roy pada mereka berdua.

“Aku rasa kita salah ambik jalanlah tadi, takpelah kita teruskan jelah,” Rocky memberikan pendapatnya.

“Aku tak sedap hatilah, kita patah baliklah,” Johar merasakan jantungnya berdegup dengan agak kencang.

“Orang tua-tua kata, kalau kita dah berjalan jauh. Tak elok pusing balik,” selamba je Rocky berkata tanpa mempedulikan perasaan kawan-kawannya.

“Tu nak kata aku penakutlah tu. Hei...ni Joharlah, tak kenal erti takut tau. Orang lain kalau jumpa aku pun takut, inikan pula hantu,” Johar bercakap besar tanpa disedari mereka ada orang lain terdengar kata-kata Johar.

“Kau ni calupar betullah, kalau benda tu datang nanti menangis kau,” Roy memarahi Johar.

“Ingat aku takut ke? Nak datang, datanglah. Kalau nak datang tu cantik-cantik sikit. Nanti malu aku nak kendong kat belakang ni,” Johar tergelak-gelak sambil menepuk seat dibelakangnya.

“Suka hati kaulah, nanti benda tu datang. Masak kau...” Rocky sekadar memperingatkannya.

“Dahlah, aku nak balik.”

“Kau ni Roy, penakut betullah,” tukas Johar.

“Aku nak patah baliklah. Apa nak jadi pun jadilah, sebelum jadi apa-apa yang tak elok,” Roy bersiap sedia memusingkan motornya.

“Rocky, kau nak follow si Roy ni ke?” Rocky menganggukkan kepalanya.

“Kalau macam tu, aku balik dululah,” Roy segera memulas minyak dan berlalu dari situ. Roy menguatkan semangat untuk menempuh jalan yang diliputi oleh hutan dikiri dan kanan.

“Penakut betullah mamat sorang ni,” kutuk Johar.

“Jomlah, kita teruskan edisi pengembaraan.....!” merekaberdua memulas minyak sehingga mengeluarkan asap berkepul-kepul dan memecut meninggalkan perhentian mereka tadi.




Jalan yang disusuri terasa seperti panjang dan semakin lama masa diambil untuk sampai ke jalan besar. Mereka berhenti ditepi jalan.

“Johar, aku rasa letihlah. Aku rasa macam dah empat jam kita ronda tapi tak sampai-sampai ke jalan lain pun. Apa kata kalau kita singgah je kat mana-mana nanti?”

“Ok jugak tu, aku pun dah penat ni,” Johar berjalan merenggangkan urat badan.

“Kalau macam tu, baik kita jalan kedepan sikit lagi, mana tau kalau-kalau ada bandar ke pekan ke.”

“Jomlah...”



“Aku nampak ada lampu banyak kat depan tu. Kita pergi kat sana,” Johar memekik pada Rocky dengan kuat. Rocky menunjukkan isyarat tangan tanda ok.

“Ramainya orang kat sini, boleh tahan jugak tempat ni. Kalah K.L tu,” Rocky membukak helmet dan meletakkan diatas tempat duduk.

“Kita cari kedai makanlah. Aku laparlah,” Johar menggosok perutnya yang berkeroncong.

“Boleh jugak tu, perut aku ni pun dah mintak diisi dengan makanan.”

“Tu, ada kedai makan kat situ,” Johar menunjukkan sebuah kedai makan disebalik bangunan berwarna oren.

“Ok, cantik....” mereka berjalan bersama menuju kekedai makan.

“Wei, ada awek cun tu,” Rocky berbisik perlahan.

“Mana?”

“Tu...” mereka memandang kearah gadis yang dikatakan.

Johar menelan liur sebaik saja pandangan matanya tertancap kearah gadis yang diperkatakan oleh Rocky. Tepat seperti yang dikatakan, gadis itu kelihatan sungguh cantik dan seksi dengan hanya mengenakan tshirt tanpa lengan yang pendek dan ketat, manakala dibawahnya hanya mengenakan skrit pendek paras peha.

“Kita pergi ayat awek tu nak?” Johar kelihatan bernafsu, perutnya yang lapar terasa kenyang.

“Kau pergi mula dulu, aku support kau dari belakang. Untung besar kita malam ni kalau dapat dia,” ujar Rocky yang matanya tidak lepas memandang kearah gadis itu.

“Kau tunggu sini, aku pergi ayat dia,” Johar membetulkan jaket dan rambutnya.

“Hai, boleh berkenalan?” soal Johar dengan gaya menggoda.

“Hai...” balas gadis itu pendek.

“Nama apa? Duduk dekat mana? Tunggu siapa kat sini?” macam-macam soalan yang dilemparkan oleh Johar.

“Nama I Rina, duduk dekat Jalan Berarak dekat simpang depan sana tu.I tunggu kawan I datang ambik ni. Dah dekat sejam tunggu tapi tak nampak batang hidung pun,” balas gadis bernama Rina.

“Ooo...kalau macam tu, apa kata kalau I hantar you?”

“Boleh ke? Tak menyusahkan you ke?” soal Rina sedikit teruja.

“Tak susah pun...pasal you semua pun bolehlah....” Johar mencuit pipi Rina. Rina tersenyum manja.

‘Senangnya nak ayat dia ni, untung aku dengan Rocky dapat ‘lauk’ malam ni.’

“Rocky, kenalkan ni Rina. Rina, ni Rocky. Kawan I,” Johar memperkenalkan mereka.

“Hai Rocky,” salam dihulurkan pada Rocky. Rocky segera menyambar tangan Rina.

“Aku nak pergi hantar dia balik rumah, kau nak ikut tak? Atau kau nak stay kat sini?” soal Johar sambil mata nakalnya memandang geram kearah Rina.

“Mestilah aku nak ikut, aku pun nak rasa jugak. Takkan kau nak ‘makan’ sorang je?” Rocky mengenyitkan matanya pada Rina yang tersenyum manja ditepi motor Johar.

“Kalau macam tu, jomlah....tunggu apa lagi. Aku dah tak sabar ni,” Johar tersengih merenyam. Dia segera menunggang motornya dan membonceng Rina. Mereka membelah waktu malam menuju kerumah Rina.



“Dah sampai pun rumah I, jomlah masuk,” pelawa Rina.

“Takpe ke? Parent you takde ke?” soal Rocky dengan sedikit curiga.

“I tinggal sorang jelah dekat rumah ni, parent I takde. Dorang outstation.”

“Kalau macam tu takpelah, kitaorang masuk. Bukan apa, kalau parent you ada seganlah sikit nak masuk dalam,” balas Johar gatal.

“Masuklah, sejuk dekat luar ni,” Rina mengajak mereka sekali lagi.



“Duduklah, I pergi buat air kejap,” Rina berlalu ke dapur membancuh air. Tak sampai beberapa minit, dia keluar membawa dulang berisidua biji cawan serta sepinggan kerepek pisang.

“Makanlah dulu, I nak tukar baju kejap. Nanti I keluar balik,” Rina berlalu masuk ke dalam bilik. Johar dan Rocky menghantar Rina dengan pandangan mata yang nakal. Kepala mereka bermain dengan niat jahat.

“Kau rasa tak apa yang aku rasa?” soal Johar.

“Mestilah aku rasa apa yang kau rasa,” mereka tersenyum jahat. Pintu bilik Rina dibukak, tidak berkunci. Kelihatan Rina sedang menyarungkan baju tidur yang tipis berwana pink ke badannya.

“Wau...seksinya you,” ujar Johar.

“Apa korang buat dalam bilik aku? Keluar...keluar...” Rina menghalau mereka. Namun semuanya ternyata sia-sia.

Mereka tersenyum puas, tubuh Rina yang mulus dikerjakan oleh mereka berdua. Rina tersedu sedan diatas katil, jika tadi baju tidur tipisnya menyaluti tubuhnya kini tidak lagi. Tubuhnya dibaluti oleh selimut.

“Rina, thanks...” Johar mendekati Rina yang tertunduk menangisi nasibnya. Rambutnya yang panjang menutupi mukanya.

“Rina, dahlah...jangan nangis lagi. Kitaorang akan bertanggungjawab kalau apa-apa jadi nanti,” Johar memasang janji palsu. Kepala Rina diusap perlahan, rambut Rina yang mengurai panjang diselak lembut. Rina mengangkatkan kepalanya memandang Johar dan Rocky.

“Aaaaarrrrghhhh.....!!!” jeritan mereka berdua memecah malam yang sunyi. Badan mereka terundur kebelakang secara spontan sebaik saja terpandang muka Rina yang cantik telah bertukar menjadi begitu hodoh dengan mata yang terkeluar sebelah hingga kepipi, bibir yang merah bertukar menjadi hitam kebiruan, kulit mukanya seakan-akan dibakar.

“Kenapa korang menjerit? Bukan ke aku ni cantik? Lagipun korang kata nak jumpa aku tadi...hahahahaha” Rina mengilai dengan kuat.

“Tolong...tolong jangan apa-apakan kami...” mereka merayu namun rayuan mereka tidak diendahkan. Rina yang telah bertukar rupa bangun dan merapati mereka berdua. Muka mereka dicakar dengan kukunya yang tajam.

“Kenapa korang apa-apakan aku walaupun puas aku merayu tadi. Sekarang ni korang terimalah balasannya, aku mahu korang menemani aku sepanjang hayat korang....hahahahaha...” Rina menerpa kearah mereka. Rocky yang berbekalkan sedikit kekuatan yang ada segera menarik lengan Johar dan berlari keluar dari dalam rumah Rina.

Alangkah terkejutnya mereka seklai lagi apabila memandang keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan kubur lama. Rumah yang tadinya cantik telah ghaib, Rina pun telah hilang. Mereka segera manaiki motor dan beredar dari tempat itu.

Sampai disatu simpang keluar, mereka dikejutkan dengan satu lembaga putih dengan rambut mengerbang terbang melayang menghampiri mereka berdua. Kedua-duanya diserbu perasaan takut hingga menyebabkan mereka hilang kawalan lalu terbabas berlanggar dengan pokok besar. Kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir ditempat itu jugak.




“Assalammualaikum, pak cik. Johar ada tak?” soal Roy yang baru sampai ke rumah Johar. Dia seakan pelik apabila melihat ibubapa Johar kelihatan tergesa-gesa untuk keluar.

“Waalaikumsalam, kamu tak tahu lagi ke?”

“Tahu apa pak cik?”

“Kami baru terima panggilan tadi, Johar dan Rocky dah meninggal dunia. Katanya dioarang kemalangan disimpang Keluk sana tu,” ujar bapa Johar yang kelihatan sedikit tenang berbanding ibu Johar yang kelihatan tidak dapat menahan tangis.

“Takziah pak cik, kalau pak cik tak bagitahu saya pun tak tahu perkara ni,” Roy kelihatan sedih menerima berita kehilangan dua orang kawan baiknya sekaligus. Baru semalam mereka berjumpa dan bercakap sesama mereka, hari ini dikejutkan dengan berita pemergian kedua-duanya.

1 komen:

ButTerFly_GurL87 berkata...

huhu...siap 1 cite g...
rse cm nk wat novel lak...
novel misteri ler...rse nk try wat...
sinopsisnya dah de..tp x taulah jln ke x...hehe...

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen