SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 10


“Assalammualaikum....” kami memberikan salam serentak.

“Waalaikumsalam, masuklah,” sahut semua yang ada.

“Umi, tengok tu,” ujar Shahida Marlia, kakak kepada bos aku sambil memuncungkan mulutnya ke arah kami bertiga. Mana taknya, kami kelihatan seperti keluarga bahagia pula, Aiman ditengah dipimpin oleh kami berdua bersama. Tangan kecilnya tak lepas memegang tangan kami sedari turun dari kereta tadi. Uminya tersenyum manis memandang ke arah kami bertiga.

“Masuklah, Bad, bawa kawan kamu tu masuk,” Uminya mengajak kami masuk. Aiman yang mengengam tangan kami berdua dengan erat menarik tangan kami dengan laju masuk ke dalam rumah. Kuat juga budak ni, mesti dia minum Milo hari-hari.

“Apa khabar mak cik?” aku menyalami tangan perempuan yang bergelar ibu kepada bosku.

“Sihat, alhamdulillah,” sesudah aku menyalami tangannya aku beralih pula kepada kakak bosku. Kemudian beralih kepada tetamu perempuan yang ada.

Senyuman yang kulemparkan pada semua tetamu terus mati sekejap apabila memandangkan muka Sherry dengan makeup yang tebal bertempel pada mukanya merenung tajam ke arahku. Itu baru sebelah kanan, sebelah kiri pula terlihatlah Lin, sepupu bosku. Terasa kecut perut pula aku tengok dorang berdua ni.

“Tasha, jomlah ke belakang, akak rasa panas pula kat sini,” Kak Shida menarik tanganku.

“Kak Shida, ada apa ke yang Tasha boleh tolong?”

“Takde apa pun, duduk je kat sini. Kejap lagi baru nak start majlisnya,” ujar Kak Shida.

“Mama, papa suruh ambik adik dekat bilik, papa kata jap lagi nak ‘setat’ dah,” Aiman datang menghampiri kami berdua.

“Nak start dah ke, jomlah ikut akak sekali kalau nak, Umi ada sekeli kot kat dalam tu,” Kak Shida mempelawa aku mengikutinya.

“Umi, nak start dah majlisnya, meh Along ambik Asyraf tu nak bawak ke depan,” baby itu kini bertukar tangan.

“Jom kita ke depan,” Aiman terkedek-kedek mengikut belakang ibunya. Majlis terus bermula selepas 10 minit kami ke depan.

Majlis berjalan dengan lancar hingga ke petang, tetamu mulai beransur balik. Aku masih dibanglo besar ini, nak balik pun tak tahu jalan, nampaknya terpaksalah tunggu bos. Kak Shida masuk ke dalam menyusukan Asyraf, Aiman pula lesap kemana bersama papanya.

Aku mula menyising lengan baju dan menolong mereka mengemas daripada tercatuk sorang diri dekat ruang tamu ni. Sherry pun dah menghilang dari tadi, sama juga sepupu bos aku, Lin dah lama lesap.

“Tasha, buat apa tu?” soal suara Umi kepada bos aku.

“Tasha tengah basuh pinggan mangkuk ni, lagi sikit je tinggal,” balas aku sambil tangan ligat membilas pinggan yang masih bersabun.

“Tinggal je kat situ, Tasha tu tetamu bukan orang gaji,” kata Uminya dan menarik tanganku yang selesai melangsaikan basuhan.

“Eh...camner boleh lupa awak ada kat sini lagi. Kesian pulak kat awak, mehlah saya hantar awak balik sekarang,” bos aku bersiap ala kadar untuk menghantarku.

“Umi, Bad hantar Tasha jap ya,” pinta bosku.

“Yelah, hati-hati,” pesan Uminya.

“Saya mintak diri dulu mak cik,” dengan sopan aku meminta diri.

“Ni ada sikit untuk Tasha, ambiklah,” Uminya menghulurkan sebungkus plastik yang berisi lebihan makanan yang ada. Aku mengambilnya perlahan-lahan dan mengucapkan terima kasih.

“Pak Ngah, nak ‘itut’,” Aiman berlari dan menerpa ke arah bosku yang sedang menunggu didepan pintu pagar.

“Aiman, jangan lari-lari, jatuh tu nanti,” jerit papanya yang segak berdiri ditepi kolam ikan.

“Aiman nak duduk mana?” soal aku sambil membuka pintu kereta.

“Aiman nak duduk belakanglah, nak babai papa...” katanya manja dan aku membuka pintu belakang untuknya naik dan menutupnya kembali.

“Ok, siap semua. Aiman jangan nakal-nakal kat belakang tu.” Aiman tersengih dan melambaikan tangan pada papanya.

“Terima kasih sebab sudi datang hari ni,” ucap bosku tiba-tiba.

“Tak ada pa sangat pun bos, dudul rumah pun tak buat apa,” ujarku jujur.

“Awak panggil jelah saya Bad, kalau nak sedap lagi tambah ‘abang’ kat depan Bad tu,” guraunya.

“Saya main-main je, panggil je Bad ok. Kitakan sekarang diluar waktu kerja, kalau waktu kerja yelah awak kena panggil saya bos,” ujarnya lagi. Aku menganggukkan kepala. Aiman kat belakang sudah pun tertidur.

“Senyap je awak ni Tasha, cubalah bersuara,” pintanya dengan suara manja. Cair aku mendengarnya.

“Saya tak tahu nak cakap apalah bos.”

“Apa bos-bos ni? Kan saya kata tadi, panggil je saya Bad,” katanya dengan lebih tegas.

“Sorry bos, eh...Bad,” aku membetulkan sebutanku.

“Ok, dah sampai pun rumah awak,” katanya.

“Terima kasih, Bad jemput saya ke rumah awak, kemudian susah-susah kena hantar saya balik pulak.”

“Perkara kecik je tu, jumpa esok.”

“Ok,” jawabku sebelum keluar dari kereta. Aiman masih tertidur dengan lena dibelakang. Aku melambaikan tangan padanya sebelum dia berlalu.

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

BESTNYA CEPAT SMBONG YE...... :X

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok...tunggu..:D

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan