SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Butterfly


Rama-rama yang berterbangan diudara
Membuatkan hatiku rasa ingin terbang bersama
Mencari teman yang telah ditakdirkan untukku

“Lagi apa ek? Huh...tak dapat idea pulak,” Nadirah menggaru kepalanya dengan pen. Buku kecil yang dibawanya ditenung, bibirnya bergerak mengikut tulisan yang ditulisnya.

“Adoi...time nilah idea stuck, menyampah betul aku,” diperah lagi otaknya untuk mencari bait-bait puisi. Akhirnya dia mengaku kalah, dan meletakkan pen dicelah telinganya sambil mebuang pandangan kehadapan.

“Comelnya rama-rama tu,” Nadirah teruja apabila ternampak rama-rama dengan kelopak berwarna biru yang terbang ke arah sekuntum bunga. Perlahan-lahan dia bangun dan bergerak ke arah rama-rama itu.

Seolah-olah ia dapat merasai dirinya didekati oleh manusia, rama-rama itu terbang dari kuntuman bunga yang tertanam disitu. Nadirah tampak kecewa apabila melihat rama-rama itu terbang meninggalkan tempat yang dihinggapinya.

“Eh, ada lagilah kat situ. Cayalah....” dia memetik jari apabila sekali lagi ternampak rama-rama itu berhenti dideretan bunga berwarna ungu.

“Eh...sedari, jangan tangkap rama-rama tu. Kesian dia,” tegur satu suara milik seorang lelaki. Suara itu jelas kedengaran begitu hampir dengan tempat dia berdiri sekarang. Nadirah tersentak dan langkahnya terundur kebelakang sedikit demi sedikit kemudianya terus memecut lari.

“Alamak, dah lari pulak dia. Kasar sangat ke aku tegur dia tadi?” Radzin bercakap sendirian. Dia mengeluh dan meneruskan langkah ke depan bersama kamera yang terlilit dilehernya.

“Eh, apa benda ni?” Radzin menundukkan badannya dan mengambil buku nota kecil yang berada tepat dibawahnya. Dia membelek isi kandungan buku itu.

“Puisi, siapa punya ni? Budak perempuan tu tadi ke? Nama pun takde. Takpelah, baik aku simpankan dulu,” dia memasukkan buku nota tadi ke dalam poket begnya.


“Nira, kau nampak buku aku tak?” soal Nadirah pada sepupunya, Munirah. Meja yang kemas tersusun telah dilanda ribut oleh Nadirah yang begitu sibuk mencari buku puisinya.

“Kau letak mana? Cuba cari betul-betul,” Munirah bangun dari duduknya dan menolong Nadirah mencari bukunya.

“Dira, tak jumpa pun. Entah..entah, kau tercicir tak kat mana-mana tak? Hah...cuba kau ingat balik bila kali terakhir kau letak buku kau tu,” ujar Munirah.

“Betul cakap kau tu.”

“Baik kau tenangkan diri, dan ingat balik. Duduk dulu, biar aku buat air jap,” Munirah cuba menenangkan sepupunya. Nadirah melabuhkan punggungnya dibirai katil dan cuba mengingati peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini.

“Dah ingat kat mana kau letak?” soal Munirah yang muncul dengan dua biji cawan berisi air milo.

“Dah...aku rasa aku tertinggal dekat atas bukit tulah,” ujar Nadirah sambil menyambut huluran cawan.

“Macam mana boleh tertinggal kat atas tu?” soal Munirah sambil menghirup air milo yang dibancuhnya.

“Ni semua mesti gara-gara mamat yang sergah aku waktu tu,” Nadirah mencemikkan bibirnya. Perasaan geram bersarang dalam hatinya kini apabila teringatkan sergahan lelaki yang tak dikenalinya hingga menyebabkan dia tertinggal buku puisinya.

“Jangan risaulah, harap-harap buku tu selamat,” Munirah cuba menyedapkan hatinya.

“Harap-harap macam tulah. Sedaplah air kau buat ni,” sempat Nadirah memuji air yang dibancuh Munirah tadi.

“Thank you,” mereka berdua tersenyum sebelum tergelak ‘tanpa sebab’.


“Mana buku aku ni?” Nadirah tercari-cari bukunya. Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa membuai rambutnya yang mengurai panjang hingga ke pinggang.

“Assalammualaikum, maaf mengganggu. Awak cari ni ke?” soal Radzin yang sedari tadi memerhatikan gerak-geri Nadirah. Nadirah berpusing kebelakang dan menghadap lelaki yang berdiri dibelakangnya.

“Eh, tu buku saya. Mana awak dapat? Awak ‘cilok ek’?” soal Nadirah dalam nada curiga. Matanya dikecilkan seolah-olah menampakkan dirinya seorang yang garang.

“Comellah awak buat macam tu,” puji Radzin ikhlas.

“Apa kes puji orang ni?” Nadirah mencemikkan mukanya.

“Aik...orang puji pun marah ke? Nah, ambik ni balik. Sorrylah kalau saya terbaca isi dalam tu, bukan apa. Mana tahu kalau-kalau ada alamat awak ke, nombor telefon awak ke, apa ke,” Radzin menarik segaris senyuman.

“Takde maknanya. Apa-apa pun, terima kasih,” Nadirah mengucapkan terima kasih dan mengambil bukunya. Dia membelek bukunya risau kalau bukunya rosak.

“Awak...berani awak conteng buku saya ye!” pandangan matanya kini mencerlung memandang ke arah Radzin.

“Ye ke? Mana ada, mata awak silap pandang kot,” Radzin cuba menafikan perbuatannya walaupun dia apa isi yang ditulisnya.

“Banyaklah, mata saya elok lagi tau. Tengok ni,” Nadirah menunjukkan buku yang tertulis nama serta nombor telefonnya.

“Eh, siapa yang conteng buku awak ni? Ni macam nama saya, nombor telefon saya,” Radzin buat-buat terkejut.

“Awak jangan main-main boleh tak? Mengaku jelah awak yang buat ni,” Nadirah dikipas rasa marah. Mukanya berubah menjadi merah menahan marah.

“Ok...ok...jangan marah, saya gurau je. Baik, saya mengaku saya yang conteng buku awak tu,” akhirnya dia mengaku perbuatannya.

“Ok, fine. Saya mintak diri dulu.”

“Eh, nanti dulu. Boleh saya tahu nama awak tak?” soal Radzin dengan berani.

“Buat apa awak nak tahu?”

“Sebab awak dah curi hati saya.”

“Bila masa?” soal Nadirah.

“Sejak ni,” Radzin menunjukkan sekeping gambar pada Nadirah yang sedang tersenyum memandang pemandangan diatas bukit. Nadirah menyambutnya, sekuntum senyuman terbit dari bibir nipisnya.

“Cantik gambar ni, pandai awak ambik. Nampak neutral sangat.”

“Pada sayalah, orang dalam gambar ni lagi cantik. Awak suka ke gambar ni? Ambiklah, saya bagi ikhlas,” Radzin menghadiahkan segaris senyuman pada Nadirah.

“Thanks,” Nadirah membalas senyuman Radzin.

“Saya Radzin,” ujarnya tanpa disoal.

“Nadirah,” terasa getaran dihati Radzin tatkala mendengar Nadirah memperkenalkan dirinya.



“Dira, kau ni kenapa? Pucat semacam je aku tengok,” Munirah menjamah dahi Nadirah. Tak panas.

“Aku tak apa-apalah, aku ok je.”

“Ok kau kata, dah kita pergi klinik sekarang,” Munirah risau apabila melihatkan keadan Nadirah yang pucat dan lemah.



“Doktor, apa sakit dia ni?” soal Munirah dengan rasa tak sabar.

“Saya harap awak dapat bertenang sekarang ni,” doktor muda itu menarik nafas panjang.

“Sepupu awak sekarang berada ditahap kritikal. Ketumbuhan dikepalanya semakin membesar. Peluang untuk dia hidup amat tipis,” terang doktor muda itu dengan payah.

Munirah tergamam, tidak disangka nyawa sepupunya kini berada dalam keadaan kritikal. Sebutir air mata mengalir membasahi pipinya. Air mata ditahan dari mengalir lebih deras. Dia bangun dan mendapatkan Nadirah untuk dibawa pulang kerumah.



“Dah lama saya tak nampak awak. Mana awak pergi? Sibuk ke?” soal Radzin sebaik saja dia duduk disebelah Nadirah yang asyik memandang kelompok rama-rama yang berterbangan.

“Awak...andai kata kita tak ditakdirkan hidup bersama. Saya harap awak jangan lupakan saya ye,” kata Nadirah tanpa memandang muka Radzin yang kelihatan terkedu.

“Apa awak cakap ni? Saya tak suka tau awak cakap macam tu. Sayakan dah janji nak hantar rombongan masuk meminang awak bulan depan.”

“Saya tak boleh terima pinangan awak.”

“Kenapa? Apa salah saya?” Radzin menyoal Nadirah bertalu-talu.

“Maafkan saya,” Nadirah bangun dan berlari dari situ.



“Kenapa awak buat macam tu pada saya?” Radzin mengambil tempat duduk disebelah Nadirah.

“Kenapa awak cari saya lagi?” soal Nadirah seolah-olah marah dengannya.

“Sebab saya sayangkan awak. Munirah dah cerita semuanya pada saya, saya tetap dengan keputusan saya yang dulu. Saya tetap akan memperisterikan awak walau apa pun yang jadi. Nadirah sayang....sudi tak awak jadi isteri saya?” Radzin melamar kekasih hatinya.

“Awak...saya t...” Radzin meletakkan jari telunjuknya dibibir Nadirah seolah-olah suruh dia mendiamkan diri.

“Minggu ni jugak kita nikah,” Radzin memberi kata putus sebelum sempat Nadirah menolak sekali lagi. Setitis air mata gugur membasahi kepipi gebu milik gadisnya.


“Dira, cantiknya kau. Macam puteri kayangan pulak aku tengok kau,” Munirah membetulkan kedudukkan tiara diatas kepala Nadirah. Nadirah tersenyum simpul mendengar pujian dari sepupunya.

“Puteri kayanganlah sangat. Ada je kau ni, mak aku mana? Dia dah siap ke?”

“Mak kau kat luarlah sambut tetamu, kau tu kena tunggu dulu, pengntin lelakinya tak sampai lagi. Kau tak boleh keluar jumpa orang lagi. Nanti hilang pulak seri kau tu,” tutur Munirah panjang lebar.

“Kau ni, banyak cakap pulak. Hah...tu kompang dah bunyik. Jom....” Munirah menggelengkan kepala melihat tingkah Nadirah yang kelihatan begitu gembira hari ini. Senyuman manis tak lekang dari hari nikah semalam hingga hari persandingannya hari ni.



Kompang dipalu menandakan ketibaan pengantin lelaki telah tiba. Munirah memimpin Nadirah keluar dan berjalan menuju ke arah pengantin lelaki yang segak berdiri menanti ketibaan pengantin perempuannya.

Nadirah tersipu malu apabila pandangan bertembung dengan mata Radzin. Tangan kanannya dipaut kemas pada lengan kiri Radzin, manakala tangan kirinya memegang erat sejambak bunga. Mereka berjalan seiringan ke arah pelamin yang tersergam indah berwarna biru lembut.

Kenduri berjalan dengan lancar, ramai tetamu yang hadir meraikan hari bahagia mereka berdua. Radzin bersembang dengan kawan-kawannya yang datang dari jauh manakala Nadirah pula sibuk melayan sanak saudara.


“Penatnya yang...” Radzin menghempaskan badannya diatas katil. Nadirah duduk lesu dibirai katil. Mukanya kelihatan pucat sedikit.

“Sayang ok tak ni?” Radzin bangun dan memeluk Nadirah dari belakang.

“Ok bang. Sayang ok je, cuma penat sikit,” balas Nadirah.

“Ye ke ni?”

“Ye bang. Abang...boleh tak kita pergi atas bukit tu sekarang? Sayang teringin nak tengok rama-ramalah,” Nadirah bersuara walaupun lemah. Hatinya meronta-ronta untuk pergi keatas bukit melihat rama-rama kesukaannya.

“Sayangkan tak sihat ni. Esoklah kita pergi,” Radzin memujuk isterinya.

“Bolehlah bang, mana tahu kalau-kalau sayang tak sempat nak tengok rama-rama hari esok” Nadirah memujuk suaminya lagi. Radzin serba salah, luluh hatinya mendengar kata-kata Nadirah.

“Oklah, tapi tukar baju dulu. Takkan nak pergi pakai baju pengantin ni pulak?” Radzin berseloroh.

“Apa salahnya, teringin tau nak pergi sana pakai baju pengantin,” balas Nadirah yang masih tidak mahu mengalah.

“Yelah...yelah, sayang abang ni. Manja betul dia. Jom....” Radzin memimpin tangan isterinya dan berjalan seiringan menuruni tangga.

“Mak, kami keluar kejap. Nak pergi tengok rama-rama kat atas bukit,” pinta Nadirah.

“Yelah, hati-hati sikit. Elok-elok jalan tu,” pesan emaknya.

“Nira...nanti kalau apa-apa jadi kat aku, kau tolong tengok-tengokkan mak aku ye,” Nadirah berpesan pada Munirah yang berdiri disisi emaknya.

“Mak, Dira mintak maaf kalau Dira banyak buat salah pada mak selama ni. Terima kasih atas jagaan mak pada Dira. Dira sayang mak selamanya,” Nadirah tersedu-sedu menahan tangis.

“Kenapa Dira cakap macam tu? Dira bukan nak pergi mana pun, Dirakan nak pergi tengok rama-rama atas bukit tu je,” emaknya mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang. Nadirah memeluk kejap tubuh emaknya seolah-olah dia mahu pergi jauh.


“Sayang...tengok ni, banyakkan rama-rama hari ni,” Nadirah tersenyum memandang rama-rama yang berterbangan dihadapannya. Radzin menghampiri isterinya dan memeluk isterinya dari belakang.

“Abang, terima kasih bawak sayang datang sini. Boleh tak kalau sayang nak manja dengan abang puas-puas hari ni?” soal Nadirah.

“Kenapa cakap macam tu? Hari-hari sayang boleh bermanja dengan abang,” Radzin meleraikan pelukannya dan melabuhkan punggungnya diatas rumput diikuti Nadirah. Nadirah meletakkan kepalanya dibahu suaminya. Pinggangnya dipaut kemas oleh Radzin.

“Sayang....”

“Ya bang,” sahut Nadirah.

“Abang ada satu benda nak bagi sayang.”

“Apa benda tu bang?” Radzin mengeluarkan rantai silver yang berloketkan rama-rama berwarna biru lembut.

“Cantiknya bang.”

“Mestilah cantik, khas untuk sayang abang. Meh abang pakaikan,” Radzin memakaikan rantai silver itu dileher isterinya.

“Terima kasih bang. Dira sayang abang selamanya,” dengan suara perlahan Nadirah mengucapkan perasaannya.

“Abang pun sama....”

“Abang.....kalau abang rindu sayang, dengarlah lagu Butterfly ni. Jangan lupa lawat pusara sayang dan doakan sayang,” dengan susah payah Nadirah menuturkan kata. Nadirah menghulurkan Mp4 yang sentiasa dibawanya bersama ketika kemana-mana. Lagu Butterfly nyanyian Melly Goeslow dan Andhika Pratama menghiasi ruangan udara mereka seketika.

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

“Dira sayang abang,” ungkap Nadirah untuk kali terakhir. Nadirah mengucap dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafas terakhir disisi suami tercinta tanpa disedari Radzin sendiri.

“Sayang....sayang...” Radzin memanggil Nadirah namun tiada sahutan. Dia memegang nadi dipergelangan tangan Nadirah dan ternyata Nadirah telah pergi jauh meninggalkan dia dan keluarganya untuk selamanya.

Dia memeluk tubuh isterinya erat, setitis air matanya mengalir dan jatuh tepat mengenai pipi isterinya. Tidak disangka olehnya, hari bahagianya bertukar menjadi hari mendukacitakan apabila dia kehilangan Nadirah dihari bahagianya.

Dia berdiri dan mencempung tubuh Nadirah dengan perasaan sedih yang menyelubungi dirinya kini. Rama-rama berterbangan mendekati mereka, rama-rama itu seolah-olah mengiringi pemergian Nadirah.

8 komen:

ButTerFly_GurL87 berkata...

1st time buat cite yg bermain dgn emosi sedih...
x taulah berjye ke x....:-/

Miss Kira berkata...

siyess..
sedih rrr..
xp best..
heheh

Awanama berkata...

best :)

Awanama berkata...

sedih gler..baru kawin nadirah da meninggal..:((

Awanama berkata...

lana ite dah ader
try la buat pnjang sket part dier jumpa nadirah pastu part diawang pisah pun panjag sket sure melatop

wan TEDDy berkata...

cantik gaye bahase awak TAPi AWAK NI orang negeri mane yerk sbb ayat awak da ble bgi saya bca cerpen bertatahkan sms......he..he..he..:D

ButTerFly_GurL87 berkata...

thehe..tq 4 all komen...
ntah le..kdg2 leh wat cte ayt ok, kdg2 ayat men2..ikut kple je wat cte...
sy org m'sia..;;)

loladyna berkata...

siyes cdh...good storyline..i like...=p

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen