SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 13


“Bad....you buat apa tu?” soal Fasha sebaik saja dia menekap handphone ditelinga.

“Assalammualaikum, Fasha.”

“Waalaikumsalam, Bad.....you buat apa tu?” soal Fasha sekali lagi.

“I baru nak masuk tidur ni.”

“Awalnya you masuk tidur....jom keluar nak?”

“Fasha, you tahu tak sekarang pukul berapa?” Badrul mengerling ke arah jam dinding.

“Awal lagilah, baru pukul 11.30 malam.”

“Fasha, I kerjalah esok. Kita keluar hujung minggu nilah ek,” Badrul mengatup mulutnya menahan kuapan. Matanya terasa begitu berat sekali, namun dia terpaksalah dia menahan rasa kantuknya memandangkan Fasha tengah bergayut dengannya sekarang ni.

“Fasha, I ngantuk sangat ni. Esok I telefon you balik,” terdengar suara Fasha membebel sebelum meletakkan telefon. Badrul yang sedari mengantuk terus terlena dibuai mimpi.



“Assalammualaikum, Fasha.”

“Waalaikumsalam, you nak apa telefon I pagi-pagi ni? I tengah sedap tidur ni,” Fasha mengenyeh matanya, tangannya mencapai jam loceng dimeja sebelah.

‘Baru pukul 8, kacau betullah dia ni,’ cemuh Fasha.
“Sorilah I ganggu tidur you, takpelah nanti I call balik.”

“Eh..eh...nantilah dulu.”

“Ingatkan you marah I lagi pasal semalam. Sori dear...” ujar Badrul seolah-olah Fasha berada didepannya sekarang.

“I tak marah pun..” lambat Fasha bercakap.

“Hujung minggu ni kita keluar nak?” soal Badrul semangat.

“Minggu ni, boleh jugak,” balas Fasha laju. Fikirannya mula menerawang memikirkan baju apa yang nak dipakainya nanti.

“Ok...macam tu kita jumpa pukul 11, I ambik you kat rumah nanti.”

“Ok, see you. Sayang you selalu...” Fasha tersenyum gembira.


“Kak Siti, jadi tak keluar Mid Valley minggu ni?” soalku pada Kak Siti yang sibuk memicit jerawat dipipi.

“Pecah pun jerawat ni,” Kak Siti tersengih kemenangan berjaya pecahkan jerawatnya.

“Apa kau tanya tadi, Tasha?” betullah Kak Siti ni, buat perabih air liur aku je tanya tadi.

“Jadi tak program kita nak ke Mid nanti?” ulangku sekali lagi.

“Suami akak bagi je, cuma kena bawak sekali budak-budak tu. Tasha tak kisah ke kalau akak bawak anak-anak akak?” soal Kak Siti.

“Akak ni, orang tak kisahlah kak. Ada budak-budak lagi best, lagipun anak akak tu dah berlari pun. Jangan risaulah kak, orang boleh jaga anak-anak akak tu,” kataku menyedapkan hatinya. Aku memang suka budak-budak pun, lagipun aku ni anak yatim piatu. Tak pernah merasa kasih sayang mak bapak macam orang lain. Mujurlah ada Nora dan Zarina yang sudi berkongsi kasih sayang dengan aku.

“Kalau kau dah kata macam tu, jadi jelah plan kita nanti. Tapi...kalau tak jadi jangan marah tau. Akak takut tiba-tiba pulak suami akak tu ajak kemana-mana. Program dia tu spontan je, on the spot kena ikut cakap dia. Kang tak ikut, hangin satu badan pulak,” ujar Kak Siti. Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham.



Hari minggu.....

“Hai, hensem nampak anak umi ni. Nak kemana ni?” Badrul yang tengah berlari anak turun tangga terkejut dengan teguran uminya.

“Bad nak pergi jumpa kawan jap umi. Umi nak kirim apa-apa tak?” soal Badrul bersahaja.

“Kejap, umi pergi tengok apa yang kurang kat dapur tu. Jangan pergi dulu,” pesan uminya.

“Yelah, cepat sikit umi.”

“Pak Ngah! Nak ‘itut’.............” Aiman menerpa ke arah Badrul yang sedang berdiri menghadap luar.

“Hah...Aiman nak ikut sekali ke?” soal Badrul yang masih terkejut.Sangkanya Aiman masih tidur didalam bilik.
“Bawak jelah Aiman tu, tak salah pun. Kang muncung sedepa pulak budak tu,” sampuk Along yang tiba-tiba terpacul mengendong Asyraf. Umi dibelakang kelihatan tersengih-sengih. Mesti dah rancang apa-apa ni tadi.

“Aiman tak payah pergilah, petang ni kita keluar jalan-jalan kat Giant ok?” Badrul memujuk Aiman yang masih erat memegang kakinya.

“Ala....Aiman nak ‘itut’ jugak...” Aiman membentak, membuatkan Badrul serba salah.

“Bad, bawak jelah Aiman ni,” kalau uminya dah mengarah nampaknya kenalah ikut. Kang kecik hati pulak nanti, dia tak mahu jadi anak derhaka.

“Yelah....tapi Aiman tak siap lagi. Macam mana nak pergi macam ni?” soal Badrul sambil mencubit pipi mongel Aiman.

“Ala bukan payah pun nak siapkan Aiman ni, bagi umi siapkan 5 minit untuk siapkan Aiman. Mari Aiman, ikut nenek,” Aiman berlari mendapatkan neneknya.


“Pak Ngah! Tengok ni, Aiman dah ‘semat’ macam Pak Ngah,” Aiman memusing-musingkan badannya ibarat model memperagakan pakaian. Badrul yang tengah leka mengagah Asyraf terhenti sebentar melihat keletah Aiman.

“Alamak, ‘semat’ betullah Aiman ni. Kalah Pak Ngah, dah ready nak pergi tak ni?” soal Badrul pada Aiman.

“Dah.......” balas Aiman nyaring.

“Bad, elok-elok sikit bawak anak Along tu. Jangan nak bawak kereta laju-laju,” pesan Along sebelum mereka keluar.

“Insyaallah kak, jangan risau. Pandailah saya jaga Aiman ni. Salam ibu dulu Aiman,” arah Badrul pada anak buahnya. Aiman menyalami tangan ibu serta neneknya.

“Umi, Bad pergi dulu,” Badrul menyalami tangan uminya serta Along yang masih terpacak disebelah umi mereka.

“Bawak kereta elok-elok,” pesan uminya sekali lagi.



“Tasha, sorilah...akak lambat.”

“Takpe kak, janji jadi perginya kita ni. Mana Lokman? Akak tak bawak dia sekali ke?” soalku.

“Lokman ikut suami akak pergi Rawang. Akak bawak si adik jelah ni, takdelah nakal sangat nanti,” ujar Kak Siti. Aku yang geram tengok budak ni apa lagi, cubit lembut pipi Ikram, anak Kak Siti yang bongsu ni. Baik je aku tengok dia, tersenyum je dari tadi. Senyum pun senyum malu-malu kucing.

“Salam tangan acik dik,” aku menghulurkan tangan pada Ikram, dia menyambutnya dan mencium tanganku. Alahai..sweetnya.

“Tasha, kau tak kisah ke nak shopping dengan akak ni?”

“Akak ni, kan orang dah kata hari tu. Orang tak kisahlah kak, lagipun orang memang suka shopping dengan akak.”

“Macam-macamlah kau ni Tasha,” balas Kak Siti.

1 komen:

LiNa berkata...

best2..sambung lagi yer..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan