SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 11


“Macam mana semalam? Seronok ke?” soal Kak Siti sebaik saja kami masuk ke dalam ofis bersama-sama.

“Apa yang seronoknya? Bukan ada fun fair pun semalam,” jawabku.

“Kau ni…..betul punya luruslah. Akak tanya pasal semalamlah, seronok ke pergi kenduri kat rumah bos?” soal Kak Siti sekali lagi.

“Rumah Bad ke? Seronok jer,” jawabku.

“Amboi...amboi, kemain dia ek. Bad....,” kata Kak Siti dengan nada memerli.

“Eh...salah. Bos,” tekanku membetulkan keterlanjuran kata.

“Eleh, malulah tu,” Kak Siti menggiatku.

“Tepi...tepi...sibuk je halang jalan aku,” celah Sherry tiba-tiba sambil menolak badanku dengan kuat hinggakan aku jatuh dan terduduk.

“Woi, Sherry...kau ni buta ke?” Kak Siti menjerit memarahi Sherry yang membuat muka toya.

“Eh, tak perasan pulak ada orang tadi. Kesiannya dia, dahlah ‘buruk’ jatuh terduduk pulak tu serupa macam nangka ‘buruk’,” sengaja Sherry menekan perkataan buruk beberapa kali.

“Kau ni dasar perempuan mulut longkang betul! Jom Tasha, jangan layan perempuan gila meroyan ni,” Kak Siti menolongku bangun dan kami berdua masuk ke dalam ofis bersama. Sempat telingaku menangkap omelan Sherry yang masih tak berpuas hati dengan kami berdua.

“Tasha, kau ok ke tak ni?” soal Kak Siti.

“Orang tak apa-apalah kak. Cuma rasa geli hati pulak bila tengok akak marah Sherry tadi.”

“Suka kau ek, kau tu. Jangan lembut sangat dengan dia, dasar perempuan tak betul,” cemuh Kak Siti.

“Ala, akak ni. Akak nanti tengah hari kita makan sup kat Sup Sedap ek?” aku mengubah perbualan.

“Boleh jugak, kau cakap jer akak dah dapat rasa bau dan masakan dia. Fuh...terangkat,” Kak Siti kulihat terpejam mata membayangkan keenakan suplah tu. Ada-ada aja Kak Siti ni.

“Ishhh...Kak Siti ni, pantang je orang sebut mulalah berangan tu. Dahlah kak, orang nak buat kerja ni,” kataku sekaligus mematikan khayalannya.

“Buat kerja tau, jangan berangan pulak,” sempat Kak Siti memerliku.



“Tasha...Tasha...cuba kau tengok kat sana tu,” mulut Kak Siti memuncung menunjuk kearah meja dipenjuru kirinya.

“Ada apa kak?” soal aku. Aku memalingkan muka kebelakang dan ternampak seseorang yang kami kenali. Siapa lagi kalau bukan bos kami.

“Siapa dengan dia tu ek? Makwe dia ke?” soal Kak Siti.

“Manalah orang tahu kak. Apa kata akak pergi tanya dia sekarang,” aku mengusik Kak Siti. Tengok tu, dia tarik muka dah.

“Tasha ni ada-ada je dia.”

“Janganlah marah kak, nanti sampai ofis kita tanya dia,” usikku lagi.

“Dah, jangan nak ngada-ngada.”

“Tadi tu, akak jugak yang beriya nak tau. Orang ajak tanya taknak pulak,” balasku selamba. Kak Siti menyepak perlahan kakiku perlahan.

“Adoi...sakitlah kak. Ganas betul akak ni.”

“Sakit ke? Sorilah, tak sengajalah pulak” Kak Siti tersengih.

“Akak jom balik ofis, perut dah kembung ni,” aku mengusap perutku yang kekenyangan.

“Jom...jom...kang termalu pulak bos kalau terserempak dengan kita nanti.”




‘Alamak, dorang perasan ke aku kat sini?’ Badrul berbisik dalam hati. Matanya sekejap-sekejap memandang ke arah kedua-dua orang pekerjanya.

“Kenapa dengan you ni? Tak sedap ke makan kat sini?” soal Fasha.

“Eh, sedap je...siapa kata tak sedap.”
“Dah tu, I tengok you duduk tak diam je, macam ada benda yang mengacau fikiran you sekarang je.”

“Mana ada,” Badrul menepis kata-kata Fasha.

“You selalu macam ni tau, ke you dah tak sabar nak balik ofis? Manalah tau, buah hati pengarang jantung you menanti kat ofis tu,” Fasha menarik muncung.

“Pandailah you ni, you sorang jelah buah hati I tau,” balas Badrul sambil mencuit manja dagunya.

“Betul ni?”

“Betul, jom kita balik. I ada meeting petang ni,” Badrul menilik jam tangannya. Matanya masih liar memerhatikan kelibat kedua-dua pekerjanya. Setelah pasti mereka berdua hilang dari pandangan matanya. Dia bangun dengan segera dan berjalan seiringan dengan Fasha ke kaunter bayaran.



‘Kenapa hati aku rasa macam sakit je bila nampak dia dengan perempuan lain?’ aku mengusap hatiku. Fikiranku melayang teringat pertembungan tadi. Mesra betul dorang berdua tu, secocok betul tengok dorang tu. Cuma tak padan dengan dia je sebab perempuan tu aku tengok pun macam jenis Sherry je.

‘Pandai je aku buat andaian sendiri, tak baik betul aku ni,’ aku meletakkan kepala ke atas meja. Masih rasa kenyang lagi, ni kalau sikit lagi boleh terlelap ni.



Badrul bersandar pada kerusinya, pertemuannya dengan Fasha sedikit sebanyak telah berhasil mengubat rasa rindu didalam hatinya. Setelah hampir dua tahun, akhirnya mereka bertemu kembali. Fasha merupakan kekeasih hatinya sejak empat tahun lalu, ketika mereka masih menuntut bersama-sama diUTM.

Kemudiannya, Fasha pergi meninggalkannya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang pereka fesyen diParis. Namun dia masih setia menanti Fasha hingga kini.

‘Kalaulah umi tahu....’

0 komen:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen