SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 3


“Apa kau buat ni? Habis baju aku.” Marah Sherry. Apa taknya, aku dengan tak sengaja telah menumpahkan air kopi pada bajunya dan mug tu terhempas ke lantai. Salah dia juga, ada ke patut dia suruh aku bawa fail yang maha tebal dengan mug berisi air sekaligus. Dia pula yang jalan kat depan aku terkedek-kedek menggelek punggungnya.

“Maaf cik Sherry.” Hanya itu mampu ku ucapkan.

“Dah, sekarang ni kau bawa fail ni ke meja. Lepas tu kau ambil penyapu dan penyodok dengan mop sekali. Kau bersihkan tempat ni cepat.” Jerkahnya. Aku menunduk kepala ke bawah.

“Apa tercegat lagi. Cepat pergi sekarang...!!!!!” pekiknya lagi.

“Takpelah cik, biar mak cik yang buat. Bukan kerja cik bersihkan ofis kita ni pun.” Mak cik cleaner atau Mak Tom membantah aku untuk membersihkan lantai yang telah dicemari dengan mug yang pecah serta tumpahan air kopi.

“Takpe mak cik. Saya yang buat salah, jadi saya yang kena bersihkan tempat tu.” Aku berdegil untuk membersihkan kotoran itu juga.

“Degil sungguh cik ni. Ikut ciklah.” Dia menarik nafas ketat melihatkan kedegilanku.

“Mak cik tunggu je. Nanti saya hantar balik ke sini. Saya pergi dulu ye mak cik.” Ucapku sopan. Aku berjalan menaiki lif ke tingkat 4 dimana terletaknya ofisku.


Aku membersihkan serpihan mug yang pecah, ku kutip lalu kumasukkan ke dalam plastik sampah. Setelah selesai, kumop lantai yang terkena tumpahan air kopi. Sedang elok aku mengemop, tiba-tiba bunyi betik masak jatuh ke lantai.

“Bos....alamak. Macam mana boleh jadi macamni.” Segeraku angkat badan bos yang boleh tahan beratnya. Dia mengaduh perlahan dan perlahan bangkit berdiri.

“Takpe...takpe..saya ok. Salah saya juga, mata kemana tadi. Tak perasan lantai licin. Awak buat apa kat sini?” dia memandang aku yang sedang buat pose dengan mop ditangan.

“Saya bersihkan lantai ni bos. Tak sengaja tadi terjatuhkan mug. Air pun tumpahlah kat lantai.” Jawabku dengan jujur dan lurus.

“Eh..ni kan bukan kerja awak. Kerja awak kat dalam ofis sana bukan mop lantai.”

“Takpelah. Saya suka buat kerja ni kat rumah.” Aku tersengih-sengih macam tiram busuk.

“Ada-ada je jawapan awak. Takpelah, kejap lagi masuk ofis saya.” Dia berpesan padaku sebelum menapak ke biliknya. Sudah...kenapa pula ni?

“Mak cik, seperti yang saya janjikan. Nah, terima kasih.” Ucapku pada Mak Tom.

“Rajin betul kamu ni.” Pujinya.

“Mak cik, tadi tengah saya syok mop lantai. Bos ada lalu dan tegur saya.” Terangku.

“Hah..bos? Habis mak cik kena marah nanti. Kamulah ni, kan mak cik dah kata. Biar mak cik yang bersihkan tempat tu.” Mak Tom sedikit pucat.

“Takde apalah mak cik. Bos jatuh tadi. Lantai licin, mata dia pula ke mana. Dah gedebuk terjatuh macam betik busuk.” Selorohku. Mak Tom yang dengar terus ketawa mengekek.

“Oklah mak cik. Saya dah lambat ni. Bos nak jumpa saya sekarang ni.” Aku meminta diri.

“Yelah. Elok-elok.” Pesannya.



Tok! Tok! Tok!

Aku mengetuk pintu bilik yang tertera nama Badrul Amri lengkap dengan jawatannya.

“Masuk” kedengaran suara dari dalam menjemputku masuk ke dalam. Kupulas tombol pintu dan menapak ke dalam.

“Assalammualaikum bos.” Aku memberi salam.

“Wa’laikumsalam. Duduklah. Ada benda saya nak bincang ni.” Palawanya.

“Bos nak pecat saya ke?” aku sudah kepucatan membayangkan diriku ditendang keluar dari syarikat atas kesalahan yang telah kubuat (ada ke?).

“Apa pula macam tu. Pandai-pandai je. Saja je saya nak berkenalan dengan awak. Tak boleh ke?” soalnya bersahaja.

“Boleh, tapi....weird sikitlah bos.” Jawabku dengan jujur. Mana tak, ingat ada buat salah ke tadi, takpun nak naikkan pangkat ke. Hehe. Perasan je.

“Pelik ke bila seorang bos nak kenal dengan pekerjanya?” soalnya semula.

“Tak..tak..” jawapku sedikit gugup.

“Awak sekarang buat kerja apa?”

“Hah..?” aku ternganga sedikit.

“Maksud saya. Awak ni kerja sebagai apa kat syarikat ni?” soalnya lagi.

“Kerani, bos.” Jawabku lambat.

“Ok, kerani. Tapi kenapa sejak saya mula-mula langkah kaki masuk ke sini....macam-macam pekerjaan yang saya tengok awak buat.”

“Maksud bos?”

“Yelah, hari pertama saya kat sini. Awak jadi jaguh sukan larian. Kemudian saya nampak awak bancuh air. Tadi pula, saya tengok awak jadi cleaner.” Terangnya.

“Apa nak pelik pula bos, bancuh air tu kan perkara biasa kalau kita nak minum.” Jawab aku sambil tergelak kecil.

“Memang biasa, tapi akan jadi luar biasa kalau awak bancuh air untuk pekerja lain. Sedangkan dia bukan bos awak yang patut awak patuhi arahannya.” Aku menundukkan muka ke lantai.

“Lepas ni, saya nak tengok awak buat je kerja awak sebagai kerani. Jangan buat kerja selain dari kerja awak. Jangan dengar arahan dari sesiapa kecuali bos awak.”

“Faham bos.” Aku menganggukkan kepala.

“Lagi satu...” aku buat muka ikan emas comel padanya.

“Jangan pura-pura dengar apa yang saya cakap ni. Dengar arahan saya, balik ke tempat awak sekarang. Sesiapa pun takkan ganggu kerja awak lagi. Siapa ganggu bagitahu saya.” Ucapnya sambil tersenyum nakal padaku.

“Terima kasih bos. Saya mintak diri dulu.” Pintaku.

4 komen:

ixoraus1 berkata...

salam..best cerita ni. tak sabar nak bc n3

wAtashiwa Nemo-cHan berkata...

hye...
nemo just link u....
nemo xabis lg bcer citer2 u...
tp bg nemo mase erk?

hm... sng2 jengah la tapak nemo....
www.chentanemo.blogspot.com

in_wired88 berkata...

yeah..bos penyelamat dah datang..hehe

Khar berkata...

Jemput ke blog kami.

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen