SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 16


“Fasha, kenapa kau tolak dia?” pertama kali dalam hidup aku memarahi seseorang. Kali ni memang aku geram sangat dengan Fasha ni, suka sangat buli kaum lemah macam kami ni. Kami yang dimaksudkan oleh aku ni ialah budak nerd termasuklah aku.

“Kau apahal? Aku ada cari fasal dengan kau ke?” Fasha menolak badanku yang kecil sehingga menyebabkan aku terinjak ke belakang.

“Memanglah takde, tapi kau tu janganlah buli dia. Bukan dia buat salah pun dengan kau,” talut-takut aku pun masih berani lagi melawan kata-kata Fasha. Aku berjalan mendapatkan budak lelaki yang ditolak oleh Fasha tadi.

“Ek eleh...tunjuk baiklah pulak,” Fasha tersenyum sinis.

“Awak ok ke? Jom kita pergi bilik rehat,” aku menawarkan diri untuk membawak budak lelaki itu. Aku rasa budak ni mungkin budak baru kat sekolah ni, tengok dari gaya pun tahu.

“Tasha, kau tak payah tunjuk baiklah kat sini,” Fasha tiba-tiba menarik rambutku dengan kuat.

“Sakitlah,” aku meronta-ronta dan tanpa diduga aku tersiku muka Fasha yang ‘cun’ tu. Oooo....apa lagi larilah, kang tak fasal-fasal kena belasah pulak dengan Fasha ‘n’ the gang.


“Awak ok tak?” soal aku selepas kami selamat sampai ke bilik rehat. Aku memandang dia yang tengah melepaskan lelah, tak fasal-fasal kitaorang bersenam hari ni.


“Saya ok, terima kasih selamatkan saya tadi. Saya Ady,” dia memperkenalkan dirinya padaku.

“Saya Tasha, awak budak baru kat sini ke?”

“Ya, saya baru masuk hari ni. Emmm...kalau tak keberatan, boleh tak awak tunjukkan saya kawasan sekolah ni?”

“Ok, boleh je,” kami saling berbalas senyuman tanda bermulanya persahabatan kami.



“Tasha...!” Fasha menjerit lantang memanggil namaku.

“Hari tu kau siku muka aku ek...hari ni aku nak balas balik apa yang kau buat kat aku,” Fasha tersenyum jahat.

“Korang nak buat apa ni?” aku meronta apabila merasakan tanganku dicengkam dengan kuat dari belakang.

“Kau jangan takut, aku cuma nak bagi kau pengajaran supaya tak kurang ajar dengan aku,” Fasha membuat isyarat mata pada kawan-kawannya. Aku jadi panik, tak putus-putus aku berdoa dalam hati semoga takde apa yang berlaku pada aku.

“Amik ni...” Fasha membaling telur busuk padaku. Entah berapa bijik dia baling aku pun tak tahu. Lepas tu siap siram aku dengan air longkang lagi tu. Kejam betul Fasha ni. Dah puas buli aku, dorang tinggalkan aku menangis macam budak kecik kat tepi tiang.



“Ady, kenapa awak macam tak suka je kawan dengan saya lagi?” soal aku pada Ady yang sedang menulis sesuatu di atas kertas. Dah lama aku tak bersembang dengan Ady, kalau tak salah aku dah dekat dua bulan. Ady macam melarikan diri dari bertembung dan bercakap dengan aku walaupun kelas kami tak sama.

“Tak ada apalah. Hari ni, hari trakhir saya kat sini. Terima kasih sudi kawan dengan saya. Saya kena masuk kelas ni, waktu rehat pun dah habis ni,” Ady bangun dan terus meninggalkan aku terpinga-pinga seorang diri.

Selepas hari tu, aku tak jumpa Ady langsung. Khabar yang aku dengar dia dah berpindah ke Kelantan mengikut keluarganya. Fasha pulak terus memburu dan membuli aku sehingga kami sama-sama habis belajar. Fasha, merupakan musuh tradisi aku dari mula-mula aku menjejakkan kaki disekolah ini lagi. Fasha cukup anti dengan orang nerd, fasal tulah kot aku asyik kena buli je termasuklah dengan seangkatanku.



“Kesiannya kisah hidup kau Tasha, tapikan.....kalau akak jadi kau. Akak lempang je Fasha tu bagi senget mulut dia tu.”

“Orang tak sekejam tulah kak, lagipun orang dikira beruntung jugak dapat sekolah dan bercampur dengan budak-budak lain yang tak senasib macam orang. Seronok tengok dapat tengok dorang ada ibu bapa masing-masing.”

“Dahlah Tasha, jangan sebut fasal ni, nanti Tasha jugak yang sedih. Eh...kita ni lama lagi ke nak duduk sini? Akak rasa nak baliklah kejap lagi” ujar Kak Siti yang sibuk menilik jam tangannya.

“Betul jugak tu, tapi bos kita macam lambat lagi je. Apa kata kalau akak balik je dulu,” cadangku.

“Takpe ke kalau akak balik dulu ni?”

“Takpelah kak, akak balik jelah. Orang tak kisah pun balik lambat. Dah biasa,” balasku.

“Kalau dah kau kata macam tu, akak balik dululah ye, jumpa hari Isnin.”

“Ok. Aiman, Ikram nak balik dah tu,” aku mendekati Aiman dn Ikram.

“Ala.....Aiman tak puas main lagilah dengan Ikram,” adu Aiman sambil memegang tangan Ikram erat.

“Takpe, lain kali kita pergi rumah Ikram. Aiman boleh main puas-puas dengan Ikram ok?” pancingku apabila melihat Aiman seolah-olah tak mahu melepaskan tangan Ikram. Biasalah budak-budak kalau dah jumpa kawan satu kepala susah nak berpisah.

“Betul ke acik?”

“Betullah,” balasku.

“Ok. Nanti saya datang ‘umah’ awak ya,” ujar Aiman pada Ikram.

“Ok,” balas Ikram pendek.

“Adik salam acik dengan Aiman. Lain kali kita jumpa lagi,” Kak Siti mengarah Ikram berbuat demikian. Ikram patuh mengikut kata-kata ibunya.

“Bye Aiman....”

“Bye Ikram....” mereka saling berbalas lambaian tangan tanda selamat tinggal.

“Acik Tasha...” panggil Aiman.
“Ya, kenapa Aiman?”

“Aiman nak ‘kencin’. Tak tahan,” Aiman terlompat-lompat menahan rasa kencing.

“Aiman, kejap...kejap. Jom pergi toilet dulu, jangan kencing kat sini,” kepoh mulut aku membebel. Gelabah kejap aku. Laju je heret tangan kecil Aiman ke tandas yang kebetulan ada kat depan sana.

“Acik...Aiman tak tahan ni, nak keluar dah ni,” Aiman memegang ‘bawahnya’. Alalah...janganlah kencing dulu. Aiman terus berlari masuk ke tandas dan melepaskan hajatnya. Aku hanya mengekor dia dari belakang. Baru beberapa saat dalam tandas, aku terasa pelik sebaik saja terpandangkan ke arah dinding.

Aku kaget apabila ternampak seorang lelaki yang baru keluar dari tandas di hujung. Aku terjerit dan spontan berlari keluar sehingga terlupa Aiman yang masih berada dalam tandas. Sejuk kaki tangan aku menahan malu, muka ni jangan cakaplah dah naik merah. Rasa macam nak pakai topeng Sailormoon pun ada.

Aku berpaling ke belakang untuk mengambil nafas, tanpa kusedari aku telah terlanggar badan seseorang. Tulah, kalut sangat tadi.

“Tasha...”

5 komen:

Tanpa Nama berkata...

hahahHhaa...
lawk giler...
apa la kalut sgt
hehehe

yellow berkata...

i'm among the first..yeah..hehe
sape ady 2,xkn badrul kot..
kureng tol fasha 2,eeeii geram..x( emo lak..

papepun seronok bc..
chaiyok2..keep it up kak butterfly..
aja aja fighting!!!

ButTerFly_GurL87 berkata...

to tanpa nama..fasha mmg kalut sket..hehe..

yellow..mne leh bg tau spe ady tu...
nk tau knelah tggu...;)
klu geram kat fasha leh sekeh ple die..hehe..
tq support akak slalu..:x

lynna berkata...

siok lah cite ni..teruskan..

ButTerFly_GurL87 berkata...

tq2 lynna..:D

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan