SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 15


“Acik Tasha..........!!!” Aiman menjerit kegembiraan. Dia berlari mendapatkan aku yang sedang berjalan bersama Kak Siti dan anaknya.

“Ehhh...Aiman buat apa kat sini?” aku melutut dan mengusap kepalanya lembut. Mataku meliar mencari kelibat Kak Shida atau suaminya.

“Aiman ‘alan-alan’ dengan Pak Ngah. Pastu Auntie Fasha ‘cibuk’ je ikut kitaorang,” pelat-pelat dia pun aku faham apa dia cakap. Fasha...macam pernah dengar je nama tu.

“Mana Pak Ngah? Macam mana boleh datang kat acik ni?”

“Pak Ngah tinggalkan Aiman kat ‘citu’. Aiman nampak acik lalu tadi, Aiman pun kejarlah acik.”

“Aiman kejar acik buat apa. Nasib baik tak hilang tadi, acik hantar Aiman kat Pak Ngah ye?” Aiman menganggukkan kepalanya.

“Ehem....jumpa budak ni terus lupa kat kami nampak. Anak siapa ni Tasha?” Kak Siti mencelah tiba-tiba.

“Sorilah kak, terlupa pulak akak dengan Ikram. Ni anak buah bos kita, Aiman.”

“Macam mana pulak boleh sampai ke sini?” soal Kak Siti pelik.

“Aiman datang dengan bos, tapi kena tinggal kat tepi kedai tu. Kebetulan kita lalu tadi, Aiman ternampak orang, dia pun kejarlah orang sampai sini. Orang pun terkejut jugak tiba-tiba dia datang tadi,” terangku pada Kak Siti. Aiman mendekati Ikram dan menegurnya, dalam masa sekejap je dorang boleh geng. Budak-budaklah katakan.

“Orang rasa baik kita cari bos, hantar Aiman kat dia. Kang risau pulak dia nanti.”

“Kau telefon je bos, cakap Aiman ada dengan kita. Akak nak pergi beli aiskrim,” menonong je Kak Siti pergi ke Baskin Robin dengan budak berdua tu. Tinggal aku terpinga-pinga dengan memegang handphone ditangan.

“Akak....tunggulah, orang nak ikut,” aku memasukkan kembali handphone ke dalam beg. Lepas beli aiskrim baru telefon dialah, bukan lama pun beli.



“Mana Aiman ni?” Badrul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Bad...janganlah laju sangat. Penat tau,” Fasha merengek.

“Kalau you penat, you duduk dulu. I pergi cari Aiman jap.”

“Tak naklah, I ikut you jelah.”

Badrul berjalan dengan lebih laju kedepan, matanya liar mencari kelibat Aiman disekeliling. Barulah dia terasa Mid Valley ni cukup besar untuk mencari seseorang. Langkahnya terhenti tiba-tiba sebaik saja matanya terpaku ke Baskin Robin.




“Aiman nak yang mana?” soal aku pada Aiman yang berada dalam dukunganku.

“Aiman nak yang tu,” Aiman menunjuk ke arah aiskrim berperisa coklat.

“Awak nak yang mana?” soal Aiman pada Ikram yang berada dalam dukungan Kak Siti.
“Saya nak macam awaklah. Ibu, adik nak macam Aiman boleh?” soal Ikram.

“Boleh...boleh...bak duit,” gurau Kak Siti.

“Nanti adik dah kerja, adik bayar balik,” balas Ikram sambil tersengih.

“Pandailah adik ni...” Kak Siti menarik hidung Ikram.

“Aiman....” Badrul datang menghampiri kami.

“Eh...bos, saya baru ingat nak telefon bos tadi,” jawabku takut-takut.

“Takpelah, janji Aiman selamat. Risau saya tadi, ingatkan dah hilang. Apalah yang saya nak cakap dengan Along nanti,” dia tersenyum comel pada kami.

“Tak ada apalah bos, nasib baik ada Tasha ni,” Kak Siti dah mulalah tu.

“Bad....kenapa you tinggal I kat belakang tadi,” celah satu suara yang asing pada pendengaranku. Muncul seorang perempuan yang macam aku kenal je, Fasha ke ni?

“Fasha?” aku menyoal perempuan yang muncul dari belakang Badrul tiba-tiba.

“Kau Tasha?” soal dia balik.

“Bad...bolehlah you temankan I pergi shopping jap. Memandangkan ‘dia’ ni ada. Dia boleh jagakan Aiman untuk you, kan Tasha?” Fasha membuat muka menyampah.

“Ya..ya...saya boleh tengokkan Aiman. Kalau bos nak pergi shopping dengan girlfriend bos ni, pergilah. Jangan risau pasal Aiman, saya boleh jagakan,” aku cuba menyakinkan Badrul yang kelihatan terpinga-pinga.

“Helo, I ni special girlfriend dia ok!” Fasha memeluk lengan Badrul dengan erat. Meluat pulak aku tengok, rasa nak tutup mata je time ni.


“Tasha...”

“Yup, ada apa kak?”

“Akak tanya jangan marah ya.....”

“Apa dia kak? Tanya jelah,” ketika ini kami dah pun duduk dekat food court. Aiman dan Ikram leka bersembang dalam dunia mereka sendiri.

“Kau kenal ke Fasha tu ke? Yang katanya makwe bos kita tu?”

“Lebih dari kenal kak...malas nak cerita panjang je fasal dia tu, buang masa,” senang je jawapan aku bagi dekat Kak Siti ni. Kak Siti buat muka tak puas hati.

“Ala Tasya ni, dengan akak pun takkan tak boleh cerita kot? Janganlah simpan sorang-sorang,” Kak Siti ni kalau bab memujuk memang handal. Sekali lagi aku tewas dengan pujukkannya.

“Yelah....yelah..orang ceritalah, apa yang penting sekarang ni, kita makan dulu...!” aku bangun meninggalkan Kak Siti dan dua budak kecil.

“Uit...Tasha, lapar sangat kau ek. Boleh pulak tinggal akak dengan budak-budak ni,” Kak Siti membebel.

“Ala....sorilah kak, tak sengajalah. Terlupa pulak kita berempat,” aku menggaru kepala sambil tersengih.

“Apa-apa jelah kau ni.”

“Acik Tasha, kita pergi makan KFC nak tak?” soal Aiman.

“Aiman nak makan apa?”

“Aiman nak makan ‘ayam goyeng’” sekali Aiman tiru Ipin cakaplah pulak.

“Ikram pulak nak makan apa?” soal Kak Siti pada anaknya.

“Adik nak makan sama macam Aiman,” balas Ikram sambil tersenyum manja.

“Ok, boleh je. Tasha...jangan lupa tau cerita fasal Fasha dekat akak...” pesan Kak Siti lagi. Ingatkan dah lupa tadi....

4 komen:

LiNa berkata...

ckitnya..comel je si aiman tue..
sambung lagi yer..

ButTerFly_GurL87 berkata...

tggu yg ke 17 bru pnjg sket..hehe..sbr ye..:x

yellow berkata...

dh kuar n3 bru..yess..smbg lg yer..
jgn lupa hapukan fasha dgn clorox yer kak butterfly..hehe..

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok..yellow pun leh tulun akak cuci..hehe..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen