SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Baju Raya Oh Baju Raya!


“Milah, kau dah beli baju raya belum?” soal Siti tidak menyempat. Aku yang baru nak menghela nafas pun tak sempat.

“Ish..kau ni, bagilah aku bernafas dulu. Dahlah penat nak berkejar naik bas tadi. Kau punya pasallah ni,” cemuhku selamba. Siti ni memang juara tidur, kalau dah tidur tak ingat nak bangun. Terpaksalah Mak Cik Kalsum lontarkan suaranya yang nyaring tu kat telinga dia ni.

“Ala, kau ni saja je nak kenakan akulah tu...” Siti menarik muncung.

“Terasa ke? Siapa makan cili dia terasa pedasnya,” sekali lagi aku membalasnya dengan sindiran tajam.

“Kau ni, jawablah soalan aku tadi. Sibuk je nak kenakan aku,” Siti mendesak aku sekali lagi.

“Yelah..yelah...aku belum beli lagi baju raya tahun ni, aku ingat nak turun K.L cari baju raya nanti. Kau nak ikut tak?”

“Boleh jugak tu, aku pun teringin jugak nak pakai baju raya yang gempak-gempak tahun ni. Sekali skala nak melaram,” Siti mula memasang angan memakai baju raya baru.

“Siti, kau nak pakai baju apa tahun ni?”

“Aku nak pakai kebayalah tahun ni. Bagi gempak sikit kat tunang aku tu, biar terjojol sikit bijik mata dia. Yelah, selalu dia kutuk aku pakai baju kurung je, konon tak updatelah apalah. Nilah masanya aku nak menonjol sikit...” ujar Siti dengan muka ‘gembira’.

“Emm...kau rasa baju untuk saiz macam kita ni ada ke?”

“Belum cuba belum tahu, apa-apa pun nanti dah sampai sana kita baru tahu,” Siti tergelak. Aku hanya tersenyum membayangkan saat bershopping di jalan T.A.R nanti.




Hujung minggu yang dinantikan.....


“Siti, kau bangun pukul berapa pulak hari ni? Jenuh aku tunggu kau kat sini, konon telefon tadi dah siaplah, tinggal nak pakai tudunglah. Mengada je kau ni, ikut rasa hati aku tadi, nak je aku pergi dulu,” dengan selaju LRT Putra aku membebel pada Siti yang tercungap-cungap.

“Sorilah, jam loceng aku rosaklah,” alasan lapuk betullah budak ni. Ni mesti bantai tidur balik lepas Subuh tadi.

“Siti...Siti...bilalah kau nak ubah perangai, dah nak jadi bini orang pun tak lama lagi. Perangai tetap sama dari dulu sampai sekarang,” aku sambung bebel lagi. Aku ni memang kuat membebel pun. Kat rumah tu sehari tak boleh kalau aku tak membebel, mesti aku rasa tak tenang nak duduk. Habis ayam dengan itik kat reban mak jadi mangsa bebelan aku.

“Dahlah tu, kang aku suap kau dengan lolipop baru tau.”

“Kau tak puasa ke?” aku terkejut.

“Banyaklah kau, aku puasalah. Saja je bikin kau gempak,” Siti ni tak habis-habis dengan perkataan gempak dia. Korang jangan tak tahu, dia ni peminat nombor satu majalah Gempak.

“Jom, bas dah sampai tu,” aku menarik tangan Siti menaiki tangga bas dan mencari tempat duduk yang strategik. Kejap lagi boleh lentok kepala kat tingkap ni, seronoknya. Nak tunggu sampai ke K.L pun mahu makan dua jam kalau bercampur dengan jam. Kalau nasib baik sejam je dah sampai K.L dari Ijok ni.



“Milah, bangunlah. Kita dah dekat sampai ni,” perlahan suara Siti mengejut aku dari lena. Tak sedar boleh tertidur tadi. Kami berdua turun ke destinasi mana lagi kalau bukan depan Sogo. Apa lagi round Sogo dululah nampaknya kita.

“Milah, pasar bukak pukul berapa? Lama lagi ke? Aku dah tak sabar nak beli baju raya ni,” Siti menghayun lenganku sesuka hatinya.

“Aku rasa karang dah boleh pergi kot. Kau nak makan dulu ke?” soalku sengaja mengusik.

“Eeee...merepek je. Puasalah!” balas Siti dengan nada marah sedikit.

“Taulah, saja kacau kau je,” dengan pantas aku menerima cubitan ketam dilengan.

“Sakitlah..!”

“Padan muka,” Siti menayang ibu jarinya dan tersenyum menang.




“Milah, dari Sogo ke kedai hujung sana, ni dah separuh dari pasar kita jalan. Tak jumpa pun baju yang ada saiz XXXXL, aku dahlah teringin nak pakai baju kebaya,” Siti mula merengek-rengek, dah rupa budak kecik pun ada.

“Kau ni, sabarlah. Kita tak sampai ke depan lagi. Hah...tu ada baju cantik kat situ, jom pergi sana,” aku menarik tangan Siti menghampiri gerai yang mempamerkan baju kebaya yang cantik-cantik. Siti kelihatan sedikit ceria, hatinya menaruh harapan agar baju yang dikehendakinya ada.

“Milah...banyaknya baju. Cantik-cantik pula tu,” Siti kelihatan teruja dan tangannya ligat menyelak satu-persatu baju yang digantung.

“Ada ke Siti baju yang kau nak tu?” aku menyoal Siti yang masih lagi ligat menyelak baju-baju yang ada.

“Ya dik, nak cari baju apa?” soal si penjual.

“Kak, baju saiz XXXXL ada tak?” soal Siti.

“Sorrylah dik, kita tak juallah baju saiz besar, paling besar pun saiz XL je. Rugilah kami kalau jual baju saiz macam tu,” terang si penjual. Muka Siti yang kelihatan bercahaya tadi kini bertukar rupa.

“Oklah kak, terima kasih,” kami berlalu pergi.

“Siti, kau nak cari lagi tak?” soalku pada Siti yang sedikit muram.

“Kalau ikut aku, aku teringin sangat nak pakai baju kebaya buatan kedai, tak kiralah harga berapa pun. Janji sampai jugak hajat aku nak pakai baju kebaya tahun ni.”

“Kalau tak dapat jugak camner?” dugaku.

“Tak dapat jugak nak buat camner, terpaksalah aku beraya pakai baju tahun lepasnya.”

“Kau ni, kecik punya perkara pun dah bad mood. Macam nilah, apa kata kalau aku jahitkan je baju untuk kau nak tak?” aku memancing minatnya.

“Betul ke ni? Ya Allah, Milah...kaulah sahabat dunia akhirat aku. Tapi, kau reti menjahit ke?” soal Siti curiga.

“Betullah kau ni, nyanyuk pe? Akukan pernah ambik kelas jahitan dulu lepas STPM. Lupalah tu...” aku mencubit pipi tembamnya.

“Sorry..terlupa kejap. Nasib baik ada kau, kalau macam tu, kau teman aku pergi cari kain ela sekarang jugak...” dengan pantas Siti menarik tanganku.

“Banyaknya kau borong kain, Siti.”

“Ala, tahun ni je aku nak melaram habis-habisan. Kau jahitkan aku empat pasang ek,” pinta Siti dengan manja.

“Kalau aku sempat, kau ingat aku ni mesin proses baju kebaya ke? Kalau bagi kainnya sebelum puasa hari tu sempatlah jugak nak buat. Ini dah tinggal lagi seminggu lebih je cik kak oit...” aku mengingatkan kembali kenyataan pada cik Siti kita sorang ni.

“Ala...bolehlah, nanti aku bayar double kat kau ek...” Siti cuba memancing aku dengan perkataan double.

“Ok..tapi, aku tak janji tau boleh siap sebelum raya.”

“Takpe, yang penting kau siapkan kain yang warna blue black dengan pink dulu ek,” ujar Siti.

“Yelah..yelah....” terpaksalah aku mengalah dengan permintaan Siti kali ni.





“Milah...banyak kau beli kain? Nak buat apa banyak-banyak ni?” soal mak aku yang sudah pun melabuhkan punggungya setentang aku yang sedang menilik kain-kain yang dibeli oleh Siti siang tadi.

“Bukan Milah punya semua ni mak, Siti punya semua ni. Dia nak mintak tolong Milah jahitkan baju raya untuk dia,” terangku.

“Semua ni? Sempat ke Milah nak jahit semua ni?” soal mak sambil tangannya memegang satu-persatu kain Siti.

“Entahlah mak, harap-harap sempatlah Milah jahit dua pasang baju yang Siti nakkan ni mak.”

“Nampaknya tak bolehlah kau tolong mak buat kuih raya nanti,” perlahan je suara emak berkata.

“Mak jangan risau, nanti Milah senang, Milah tolonglah mak buat persiapan raya. Sementara ni, mak mintak je tolong dengan budak berdua tu dulu,” aku memberi cadangan pada mak yang kelihatan sedikit sugul.

“Eh..ya tak ya jugak, budak-budak tu ada. Bolehlah mak mintak tolong dorang tu,” nasib baik mak dah ceria balik. Senang hati aku kejap. Kejap je, tak boleh lama-lama. Kejap lagi kena start projek menjahit baju Siti ni. Kang tak siap, tak beraya pulak minah sorang tu.





“Sakitnya pinggang aku ni...” aku bangun dan berjalan menuju ke tepi tingkap. Aku memusingkan badan ke kiri dan kanan, membetulkan urat dipinggang. Jam kat dinding pun dah menunjukkan pukul 11.15 malam. Mak masih setia membuat kuih raya, adik-adik aku dah lama masuk tidur.

Sedar tak sedar, lagi dua hari je nak raya. Nasib baik aku dapat cari baju raya hari tu, kalau tak terpaksalah aku bersekang mata nak menyudahkan baju raya aku campur dengan Siti. Siti tu memang cerewet orangnya bukan macam aku. Aku senang je kalau time membeli ni. Apa yang berkenan je dimata terus beli tanpa banyak bantahan dari hati.

“Milah, dah siap ke menjahitnya?” sapa suara ayah dari belakang.

“Eh..ayah, tak tidur lagi ke?”

“Mata ni tak nak lelap pulak. Baik ayah pergi tolong mak kau tu,” ujar ayah dan menghilangkan diri ke dapur. Korang jangan pelik, ayah aku memang macam tu, dia suka tolong mak buat kerja kat dapur. Bukan senang nak cari suami macam ayah aku ni. Eh..eh..puji lebih-lebih pulak aku ni.

“Mak...” aku datang ke dapur. Nampak ayah duduk bersila tolong mak gentelkan kuih jadi bulat.

“Ya Milah, nak tolong mak ke?” soal mak mengusik.

“Takdelah, ada lagi tu tak siap. Nanti dah siap, Milah tolonglah mak ya. Ni pun saja je Milah datang tengok mak dengan ayah buat kuih.”

“Yelah tu, esok mak ingat nak pasang langsirlah Milah. Milah boleh tolong mak tak?”

“Boleh je mak, apa salahnya. Kalau macam tu, biar Milah cuba siapkan jahitan tu,” aku segera beredar dari dapur dan mendapatkan tempat menjahit dan meneruskan jahitan yan terbengkalai sebentar tadi.




“Milah...Siti telefon ni, penting katanya,” mak memanggil aku yang sedang berdandan dalam bilik.

“Kejap mak, Milah datang ni,” aku membukak pintu bilik dan berjalan ke arah terletaknya telefon rumah. Selalu Siti telefon handset, ni mesti kes takde kreditlah ni.

“Assalammualaikum, cik Siti. Ada apa telefon aku pagi-pagi ni?”

“Baju aku dah siap ke?” soal Siti tak menyempat.

“Apa kes tanya fasal baju ni? Salam aku jawab ke tak? Dah tu bukan nak tanya khabar aku, terus je tanya khabar baju dia dulu. Kecik hati aku macam ni,” tukasku.

“Sorry...sorry...waalaikumsalam, kau apa khabar? Sihat ke? Baju aku dah siap belum?” betullah budak ni lurus, apa yang dikata main ikut je.

“Tak sabar je, baju kau dah siap pun.”

“Ye ke? Bila aku boleh datang ambik?” soal Siti teruja.

“Bila-bila kau naklah,” balas aku.

“Macam tu, aku ambik petang karanglah. Aku nak keluar dengan Amri ni, oklah. Jumpa petang karang. Nanti aku mesej kau, bye..assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”



“Assalamualaikum....Milah...Oh..Milah....” Siti memberi salam sekali gus memanggil namaku.

“Oh..Kak Siti, naiklah dulu. Kak Milah takdelah, dia ke pekan jap dengan mak,” muncul Esah, adikku.

“Dah lama ke dia pergi?”

“Baru je pergi tadi, katanya kejap je. Naiklah dulu, macam tak biasa je,” Esah pelawa Siti naik ke rumah kami.

“Takpelah Esah, Abang Amri ada kat tengah tunggu dalam kereta tu. Dia pun nak balik dah ni, dah lewat,” Siti menolak dengan lembut. Esah mengangguk faham.

“Akak nak ambik baju yang Kak Milah jahit hari tu, dah siapkan?” soal Siti.

“Rasanya dah siap, tapi tak tahu dia letak mana, nanti jap Esah telefon dia. Akak tunggu kejap ya,” Esah menghilangkan diri ke dalam bilik aku. Tanggannya ligat mendial nombor telefon handsetku.

“Assalammualaikum,” salam kuberi.

“Waalaikumsalam, Kak Milah. Mana Kak Milah letak baju Kak Siti? Dia ada kat sini ni, tapi dia nak cepat,” balas Esah.

“Cuba kau tengok dekat atas almari tepi cermin solek tu. Kak Milah letak situ rasanya, lepas tu, kau lipat masuk dalam plastik yang cantik sikit tau,” aku memesan pada Esah.

“Ok,” balasnya pendek.

“Kak Siti, sorry lambat sikit. Cari baju akak tadi,nah..” Esah menghulurkan beg plastik yang berisi baju Siti di dalamnya. Siti mencapai lembut beg plastik dari tangan Esah.

“Nah, ni upah menjahit. Pesan kat Kak Milah, kalau kurang cakap, kalau lebih simpanlah. Akak bagi ikhlas, terima kasih ya. Akak balik dulu, assalamualaikum,” pinta Siti dan melambaikan tangannya ke arah Esah yang masih setia menghantar kepulangan Siti.



Esoknya dipagi raya yang mulia selepas solat raya...

“Warghhhhh...............!!!” tiba-tiba terdengar satu jeritan yang kuat dan bakal memecahkan bumbung rumah Siti.

“Siti..!!! Apa yang kau terjerit-jeritkan pagi raya ni? Tak malu dengan jiran lain ke?” Mak Cik Kalsum memekik dari dapur sebaik saja terdengar jeritan sumbang yang datangnya dai bilik Siti, anak daranya.

“Mak, kalau Amri cari Siti suruh dia tunggu dulu. Siti nak pergi rumah Milah kejap,” Siti memesan pada emaknya yang sibuk menyediakan makanan didapur.



“Assalamualaikum Milah...oh Milah...” Siti memberi salam dengan nyaring.

“Waalaikumsalam, Siti rupanya. Masuklah dulu, Milah tengah bersiap lagi tu,” mak aku menjemput Siti masuk ke dalam rumah kami. Siti tergesa-gesa menaiki tangga dan segera menuju ke bilikku.

“Milah...!”

“Opocot mak kau..!” dengan spontan aku melatah. Habis tercucuk jari aku dengan kerongsang. Bertuah sungguh kawan aku sorang ni.

“Kau ni kenapa? Cuba bagi salam sebelum masuk bilik aku ni. Tak pun ketuk dulu ke pintunya, nasib baik tak gugur jantung aku ni. Kau kenapa datang awal pagi ni?” aku menyoalnya tanpa memandang ke arahnya yang tersebik dikatil bujang aku.

“Milah, cuba kau pandang kat aku kejap. Tengok apa yang dah kau buat dengan baju aku ni,” kata Siti perlahan tidak seperti tadi lagi. Aku memusingkan badan menghadapnya.

“Ya Allah, baju fesyen apa ni?” soalku sebaik terpandangkan baju Siti yang sedikit pelik.

“Boleh pulak tanya aku. Patut aku yang tanya kau.”

“Macam mana boleh jadi macam ni? Biar aku ingat balik kejap,” aku duduk di hujung katil dan menongkat dagu.



“Ngantuknya, mak dengan ayah dah tidur pulak, aku jugak yang tak tidur lagi. Menguap tak tahu berapa kali dah,” mataku genyeh perlahan. Entah yang keberapa kali aku menahan kuapan mulut.

Tangan aku masih setia meneruskan jahitan, Lusa dah nak raya, baju Siti kena siapkan jugak. Entah apa silapnya aku terpaksa bukak balik jahitan untuk betulkan kedudukan.
Mata aku semakin berat, kopi yang aku minum tadi tak memberi apa-apa kesan.

“Eh, betul ke tak baju ni?” aku cuba mendekatkan mata memandang. Namun mataku semakin kabur hingga warna hitam nampak seperti pink dan warna pink aku tengok macam warna hitam. Akhirnya siap juga baju Siti.

Pagi lepas sahur dan solat subuh, aku terlelap sekejap. Sedar-sedar, Esah kejut aku suruh tolong ayah masak ketupat. Petang pulak aku ikut mak pergi pekan.


“Er..Siti, jangan marah ek. Aku tak sengajalah. Malam tu aku nampak warna baju kau sama je, tu yang aku tersilap jahit tu. Makanya terhasillah baju yang kau pakai sekarang ni,” aku tergelak paksa.

“Apalah nasib aku, baru nak bergaya dah jadi macam baju badut pulak dipagi raya yang indah ni,” Siti membukak lagu sedih. Aku pulak yang jadi serba salah. Mana taknya, baju kebaya dia aku dah tersalah cantumkan bahagian tangan. Baju kebaya hitam dia bercantum dengan warna pink kat bahagian tangan, dan pastinya baju kebaya pink dia pun sama je situasinya.

“Siti...aku mintak maaf ek. Nanti gaji aku ganti balik, aku tak sengajalah. Kalau kau tak kisah, kau pinjamlah dulu baju aku,” ingatkan cakap macam tu Siti jadi cair rupanya makin lebat air mata Siti mengalir.

“Siti, janganlah nangis. Aku ikhlas ni bagi kau pinjam baju raya aku lagi satu tu,” aku cuba memujuknya.

“Banyaklah kau, mana muat aku pakai baju kau,” alamak...lupa pulak. Patut makin lebat dia nangis.

“Ok...ok...aku mintak maaf. Dahlah, jangan nangis lagi. “

“Macam mana ni Milah? Amri mesti dah datang dengan keluarga dia, apa yang aku kena buat?”

“Siti, Milah...mari keluar. Amri datang tu, katanya nak jemput Siti balik,” tiba-tiba terdengar suara emak memanggil kami.

“Kejap mak, nanti kitaorang keluar.”

“Milah...macam mana?”

“Keluar jelah, nak buat macam mana?”



“Amri...” Siti memanggil lembut nama tunangnya.

“Eh, Siti..?” Amri termati senyuman.

“Kenapa pandang Siti macam tu? Buruk ke Siti hari ni?”

“Taklah...Am rasa Siti nampak cantik sangat hari ni. Mesti mak senyum lebar pandang bakal menantu dia yang manis ni,” Amri tersenyum manis memandang Siti.

“Betul ke ni? Am tak tipu?” soal Siti.

“Buat apa Am nak tipu, jom balik. Nanti kita datang raya rumah Milah.”
“Ok, Milah...terima kasih buatkan aku baju ni. Biar pun macam badut tapi Amri suka pun aku dah puas hati. Nanti aku datang raya rumah kau, bye..” Siti berbisik ditelingaku sebelum dia berlalu.

Aku yang sedari tadi memerhatikan tingkah laku kedua pasangan bahagia itu hanya tersenyum. Dari sinar mata Amri aku tahu dia ikhlas memuji Siti, apa-apa pun aku kena siapkan hidangan. Sekejap lagi tetamu nak datang, dan apa yang penting sekarang ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA PEMBACA....

3 komen:

Awanama berkata...

comel lh...
lain sket

yellow berkata...

ngeh3..lwkla milah ni..bley plak dia t'salah tgn,seb baik amri suka..:D
ingtkn bukak td nk tngok n3 bru buruk,rupany smbg pas raya plak..xpe2..yg penting smbg yer..:)
hehe..kt cni nk ucap camat ari raye,maap zahir batin yer boowat kak butterfly..;)

ButTerFly_GurL87 berkata...

tq tanpa nama...

tq 4 yellow too...
xpe t ari rabu akak pos cite buruk k...
apa2 pun selamat hari raya buat yellow dan semua pembaca setia diblog ni....:)

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen