SeLaMaT DaTaNg ke BLog ButTerFly_GurL87

Buruk 17


Aku memusingkan kepala menghadap belakang, sekali lagi aku tersentak lalu mengurut dada. Aku melirik pandangan mata ke dalam sebentar melihat kelibat Aiman yang masih berada di dalam tandas.

“Awak buat apa kat sini?”

“Aiman...kat dalam, tak perasan...” jawabku satu persatu dengan kilut. Dahi Badrul berkerut memahami kata-kataku.

“Acik, Aiman dah...” celah suara Aiman tiba-tiba sambil memeluk kakiku. Badrul tersenyum melihat Aiman.

“Ok..saya faham apa yang awak nak sampaikan tadi,” dia ketawa. Aiman memandang pelik ke arah Badrul.

“Pak Ngah, apa yang lucu?” soal si cilik.

“Takde apa, jom balik nak?” soal Badrul sambil menarik tangan Aiman ke sisinya.

“Nak...nak...tapi kita hantar acik Tasha dululah. ‘kecian’ dia penat teman Aiman jejalan hari ni,” tutur Aiman dengan petah walaupun sedikit pelat.

“Boleh, tapi kita kena hantar auntie sekali, dia pun penat. Aiman tak kesian ke kat dia?” Aiman menggelengkan kepalanya. Aku tertawa melihat aksi spontan Aiman. Badrul kulihat tersenyum simpul melihat keletah Aiman yang selamba.

“Emm..bos bukan nak masuk dalam ke tadi?” aku menunjukkan ke arah tandas lelaki. Baru aku sedar sedari tadi lagi kami berdiri dekat dengan tandas.

“Tak jadilah...jom, saya hantar awak balik. Dah lewat pun ni, Fasha pun mesti dah penat,” balas Badrul sambil mengelih ke arah jam tangannya. Kisah kat Fasha je, aku pun penat jugak. Kaki aku rasa macam nak patah dah ni. Lupa pulak, Fashakan makwe dia, aku ni cuma pekerja dia je.

“Pak Ngah....”

“Yup, apa dia?”

“Tak ada apa, cepatlah balik. Aiman ngantuklah,” balas Aiman manja sambil melentokkan kepalanya dikakiku. Alahai...kesianlah pulak tengok Aiman. Aku mengusap perlahan-lahan kepalanya.

“Meh, Pak Ngah dukung,” Aiman merapati Badrul. Badrul mengangkat tubuh kecil Aiman dan dipikul arah depan. Aku hanya mengikut langkah kakinya yang laju menuju ke kedai di mana Fasha berada.

“Lamanya you pergi toilet....I dah penat tau, kaki I dah lenguh ni,” Fasha mengusap kakinya yang putih melepak.

“Kita balik jom, Aiman dah penat ni,” Fasha menarik muka tanda tak puas hati.

“Ala...I tak puas shopping lagilah, you tinggallah kejap Aiman dekat Tasha tu,” arah Fasha sesedap hati dia je. Rasa nak sekeh je kepala dia.

“Fasha...cukuplah tu, boleh tak you kesiankan orang lain? Jangan nak pentingkan diri you je, shopping bila-bila boleh. Tadi pun nasib baik Aiman tak hilang, kalau tak nahas I nak berjawab dengan umi dan kakak I. Bukan you tak tahu sekarang ni macam-macam kes penculikkan kanak-kanak yang jadi. Selamat Tasha ada, kalau tak Aiman ni dah lesap ke mana.”

“I cakap sikit je, you dah membebel sebakul, dahlah! Hantar I balik,” Fasha menarik muka masam mengalahkan lemon. Aku rasa nak ketawa je bila tengok muka dia kelat.

“Ok, I hantar you balik. Tasha, saya hantar awak balik sekali. Jomlah,” aku mengangguk. Mataku tertancap pada Aiman yang sudah terlentok di atas bahu Badrul. Penat gamaknya dia sampai tak sedar dengan keadaan sekeliling dia.

“You nak dia ikut kita sekali ke?” soal Fasha dengan nada suara yang tinggi.

“Yelah, you ada masalah ke dengan dia?”

“I tak suka dia ikut sekali!” bentak Fasha. Aku membatukan diri memerhatikan saja perbalahan mereka sejak tadi lagi.

“Kalau you tak suka, you boleh balik sendiri. Apa salahnya I hantar dia, lagipun I yang drive bukan you,” balas Badrul sinis. Fasha menarik muka dan menghadiahkan aku dengan jelingan mata yang tajam hingga menusuk tangkai hatiku.

“Apa-apa jelah, yang penting. You hantar I dulu.”

“Ok,” balas Badrul pendek. Fasha menghentak kaki dan berjalan dahulu dengan beg plastik yang penuh ditangan kanan dan kirinya.

“Tasha, jom saya hantar awak balik. Pedulikan dia tu, dia memang macam tu. Tapi hati dia baik sebenarnya,” terang Badrul seolah-olah aku tak mengenali lagi isi hati Fasha tu. Aku hanya membalas dengan senyuman.




“Bos...saya duduk belakanglah. Boleh Aiman baring kat belakang ni,” kataku cepat-cepat sebelum Badrul suruh aku duduk depan. Manalah tau kan?

“Ok, boleh jugak tu. Sorilah menyusahkan awak lagi. Lagi satu, jangan panggil saya bos, kan saya dah kata hari tu. Panggil je saya Bad, kita sekarang bukan dalam waktu kerja.”

“Baik, bos. Emmm...Bad.”

“Macam tulah,” Badrul tersenyum comel dan setelah memastikan kedudukkan Aiman dan aku selesa, dia pun menutup pintu kereta dengan perlahan.

“Mesra nampak, dah lupa ke I kat depan ni?” sinis sekali soalan yang dilontarkan oleh Fasha.

“Salah ke? Tasha tukan pekerja I,” Badrul menghidupkan enjin kereta dan terus meluncur dari tempat letak kereta.



“Fasha, bangun...dah sampai rumah you ni,” Badrul mencuit Fasha yang tertidur.

“Dah sampai...ok thanks,” Fasha segera membuka pintu kereta dan menuju ke belakang mengambil beg plastik yang memenuhi belakang kereta. Badrul melangkah keluar menghantar Fasha hingga ke dalam pagar rumahnya.

“Fasha, you marah lagi ke? I’m sorry ok...” pujuk Badrul.

“Takde apa pun yang nak dimaafkan, I masuk dulu. Thanks, sudi teman I sepanjang hari ni,” Fasha segera menutup pintu sebelum sempat Badrul berkata selanjutnya. Badrul mengeluh hampa, dia menapak ke arah kereta.

“Bos, saya kena alih tempat duduk kat depan ke?” soalku dengan rasa ragu-ragu.

“Takpe, awak duduk jelah kat belakang tu. Saya hantar awak balik sekarang.”



“Tasha, dah sampai ni. Tasha...” sayup-sayup suara Badrul menampar gegendang telingaku. Aku membuka mata perlahan-lahan, tak sangka boleh tertidur pulak, tadi waktu hantar Fasha tak pulak rasa mengantuk.

“Sori bos, tertidur pulak,” balasku dalam tawa kecil.

“Badlah.”

“Ooopsss...sori Bad, tertidur,” ulangku sekali lagi.

“Takpelah, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih sepanjang hari ni sebab sudi melayan kerenah Aiman. Nampaknya kenalah saya belanja awak nanti,” dia mengurut dagunya yang licin tanpa sebarang janggut.

“Perkara kecik je tu, saya tak kisah pun. Lagipun, saya memang suka dengan budak-budak ni,” balasku sambil mengusap kepala Aiman. Perlahan-lahan aku mengucup ubun-ubun Aiman. Aku mengalihkan kepala Aiman dengan hati-hati agar dia tidak terkejut dengan tindakkan aku.

“Ehem...ehem...” tiba-tiba aku terdengar suara orang yang ‘purak-purak’ sakit tekak. Aku memalingkan kepala ke arah bunyi suara itu. Aku melangkah kelur dari perut kereta dan mendapatkan Nora yang tersengih nakal.

“Bad, kenalkan kawan serumah saya, Nora. Nora, kenalkan bos kat tempat aku kerja,” Nora menghadiahkan senyuman pada Badrul. Badrul membalasnya dengan ikhlas.
“Saya masuk dulu ye. Terima kasih hantar saya balik,” aku menarik tangan Nora mengikut aku masuk ke dalam rumah. Badrul kembali masuk ke dalam kereta dengan senyuman yang tersirat seribu makna.

“Amboi...amboi, bukan main lagi dia ek. Matanya lirik-lirik, senyumannya menggoda pandangan mataku,” tu dia, Nora dah bedal nyanyi lagu karut.

“Kau ni Nora, ada je nak kenakan aku. Kau beli apa tu? Tengok,” soalku sambil pura-pura melihat barang yang ada di atas meja.

“Eleh, alih topiklah tu,” Nora senyum nakal.

“Dahlah, aku nak naik mandi. Asar belum lagi ni,” aku melangkah memanjat tangga menuju kebilik.



“Assalammualaikum...” Badrul memberi salam.

“Waalaikumsalam, lambat balik hari ni. Kesian cucu nenek, dah tertidur pun dia. Kejap lagi kejut dia bangun. Maghrib...maghrib tak elok tidur,” belum sempat Badrul menghela nafas, uminya sudah berpesan.

“Baik umiku sayang...” balas Badrul sambil melangkah ke ruang tamu. Dia meletak Aiman di atas sofa berupa katil dan segera melabuhkan punggungnya dan bersandar kepenatan.

“Bad...dah aAsar belum ni? Kalau belum, pergi cepat. Tak elok lewat-lewatkan waktu,” umi mengingatkan Badrul yang hampir terlelap. Sebaik saja terdengar kata-kata uminya, dia segera memanjat tangga dan menuju kebilik bujangnya.


“Penatnya....baring kejaplah,” Badrul menghempaskan tubuh sasa miliknya ke atas tilam. Hilang segala sengal dibadan, kalau dilayan mata ni, tertidur jugak jap lagi. Dia mencapai bantal dan didakap erat, fikirannya mengimbas kembali mengingati saat aku mengucup dahi Aiman.

“Pak Ngah! Pak Ngah! ‘Angun’, ibu panggil makan,” Aiman menggoncang tubuhnya. Badrul pura-pura tidur, Aiman yang menyangka Badrul tertidur terus mengejut Badrul tanpa henti. Aiman yang berasa geram terus mengigit lengan Badrul dengan spontan.

“Adoi! Sakitlah Aiman,” Badrul mengaduh sakit. Mukanya berkerut menahan sakit. Aiman terkedu dan terdiam kerana diserbu rasa bersalah. Badrul memandang wajah polos anak buahnya, dia tersenyum dan mengusap manja kepala Aiman.

“Pak Ngah kuatlah, sikit je ni. Eh...orang laki mana boleh nangis. Buat malu je..” Badrul memujuk Aiman yang telah bergenang air mata.

“Aiman...Aiman...janganlah nangis. Meh, sini meh...”

“Mana ada Aiman nangis, Aiman acah je,” Aiman terus mengekek. Badrul yang geram terus menggeletek pinggang Aiman.

3 komen:

Awanama berkata...

comella karenah aiman ni...manja..pndai ambik hati orang lain..smbgla lagi writer...

ButTerFly_GurL87 berkata...

ok...tq..:D

LiNa berkata...

best2..sweet sgt..suka dgn aiman...sambung lagi yer..

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Komen